catatan peribadi ryina ikhwan

Ikuti catatan peribadi ryina ikhwan di http://ryinaikhwanroslina.blogspot.com/

Thursday 27 January 2011

Bahagian 10--- Imej paranormal

Selang seminggu kami dipanggil ke Subang Jaya.  Ku tinggalkan anak-anak bersama Angah.  Kebetulan adik Asakir, Asri turut tingal sementara di rumah kami.   Asakir mengambil Asri tinggal bersama mengenangkan Asri semasa di kampung asyik merayau tak tentu hala, tidak kira siang dan malam. Dan kerana itu menjadi kebimbangan ayah dan ibu mertuaku.  Sementara itu dia bekerja bersama dalam syarikat.  Asakir mengajak adiknya bekerja tanpa niat meminta gaji kerana faham kedudukan kewangan syarikat.  Namun Abang Yee tetap memberi Asri gaji yang agak lumayan apabila melihat Asri rajin bekerja, cekap dan cepat belajar daripada Wajiran dan Siti Aisyah.  Sehinggakan di rumah kami juga Asri menatap computer belajar membuat solid work
Sampai di sana, Dr Khalisa membuka computer dan menunjukkan gambar yang diambil semasa perkelahan seminggu sebelum itu.  Tiada apa yang menarik pada mulanya.  Namun apabila Dr Khalisa membesarkan gambar dan Abang Yee pula melihat gambar itu sambil tersenyum-senyum, kami mula merasa sesuatu yang aneh.  Abang Yee kemudian memfokuskan satu sudut tertentu.
“Aku tak leh cakap… engkau tengok sendiri apa yang ada dalam gambar!”
Berdebar-debar aku turut mengambil bahagian menatap setiap sentimeter gambar yang telah ditunjukkan Abang Yee.  MasyaAllah.  Di belakang Ikhwanis, terdapat gambar sesuatu.  Cukup terang.
“Abang Yee, ni Big Foot ya?”
Tanyaku.  Namun dia cuma tersengih.
“Ni ada lagi Rosya, satu!”
“Ni Tok Wira ya?”
Aku bertanya namun Abang Yee buat tidak peduli.
“Kalau Tok Wira memang munasabah, sebab dulu The Yees pernah kata Tok Wira selalu ambil Anis tengah malam jalan-jalan dalam hutan!”
Aku bercakap seorang diri setelah tiada seorang pun melayan aku kerana semua asyik melihat gambar.
Kak Mun bertanya,
“Ni kubur ya?  Kubur ni kat luar ke kat dalam?”
Aku menjawab,
“mana ada kubur kat luar.  Kalau ada mesti kita dah nampak!  Kat situ tempat tinggi, ada ke orang nak tanam orang atas bukit! Celah batu-batu?”
Aku turut memerhati sudut yang lain.  Memang jelas kelihatan ada satu kubur Islam di situ, ada dua batu nisan berwarna putih.  Aku melihat pula sebatang pokok.  Ku perhatikan dia betul-betul.  Ada gambar kepala perempuan cantik di kulit pokok tersebut. Sedangkan tubuhnya pula berada di luar pokok.  Dia tidak bertudung, berambut separas bahu menoleh ke kiri sambil tangannya menjamah rambutnya.  Ayu sungguh wajahnya, berhidung mancung, putih bersih, bermata besar dan mukanya licin tanpa ada sebiji pun jerawat.  Dia memakai baju kurung Kedah dan berkain batik.
“Abang Yee, ni Intan ke?”
Aku bertanya.  Abang Yee melihat gambar yang ku tunjukkan lantas tersenyum. 
“Abang Yee ni suami isteri yang disumpah jadi batu.  Siapa yang sumpah?  Sang Kelembai?”
Suraya bertanya.
“Mana ada sang Kelembai?  Cerita dongeng je tu!”  Aku menyampuk.
“Tu kat depan tu!”  Suraya menunjuk pada Abang Yee.
Suraya ketawa dan Abang Yee tersenyum gelihati.  Teruk betul.  Rupa-rupanya Sang Kelembai tu memang wujud.  Dan cerita Sang Kelembai itu cerita antarabangsa kerana semasa di Jepun aku pernah juga menonton televisyen yang mengaitkan kisah Sang Kelembai edisi Jepun yang menyumpah manusia dan binatang menjadi batu!  Cerita apa itu?  Momo Taro atau apa?
“Berapa tahun Abang Yee dia kena sumpah?”  Tanya Suraya.
“Dah 800 tahun…”
“Kenapa dia dihukum macam tu?”  Aku bertanya.
“Dia laki bini makan orang.  Dah bagi amaran tapi tak berhenti juga.”
“Bila habis hukuman?” Tanya Kak Imah.
“Dua ratus tahun lagi!”
“Laa masa tu kita dah tak ada!”  Komen Kak Imah membuat aku gelihati.
“Dia nak tengok laki bini tu tapi tak sempat!”  Aku memberitahu Abang Yee yang tersenyum.
Kami menyambung mencari gambar-gambar yang lain pula.
“Kau orang tahu tak… Kat situ ada stargate!  Banyak kat situ!  Sikit je lagi kau orang nak masuk.  Kamu dah jumpa pun pintu tu, kalau kamu pijak ya, terus semua orang masuk dalam.  Yee Manja duduk kat pintu stargate menanti kamu masuk sambil menangis dan ketawa.  Kami betul-betul gabra masa tu!  Cepatlah pijak!  Cepatlah pijak!  Masa tu stargate ada dalam air tempat sisters mandi manda.  Stargate tu pulak terus bersambung ke  bilik Yee Manja…”
“Nakal betul Yee Manja.  Boleh dia buat macam tu tanpa pengetahuan boss!”  Abang Yee tersengih ketika memberitahu kami.  Kemudian dia mendiamkan diri seperti sedang berfikir sesuatu.  Sejurus dia tersenyum lagi.
“Boss lagi bijak!  Aku dah tahu kenapa dia panggil kamu malam ni.  Dah tiga hari kamu semua berulang alik ke office kerana meeting… badan penat, malam ni mesti tidur mati…  So dia panggil kamu semua sebab kalau kamu tidur di rumah kamu malam ni, mesti Yee Manja tarik ke dalam!”
Kata Abang Yee Mc Kenzie.  Aku berfikir seketika.  Dior atau Tok Anjang sengaja melarikan kami dari Yee Manja.  Kalau kami di Subang Jaya, senang untuk Abang-abang Yee memantau kami semua dan Yee Manja.
“Perjumpaan malam ni sebagai hadiah untuk Yee Manja.  Dah seminggu lebih dia menangis rindukan kamu semua.  Dia menangis tengok hadiah kamu semua. Dia menangis sambil memeluk novel Rosya.  Intan-intan semua dah mula bimbang tengok Yee Manja.  Hari kamu berkelah tu ada empat belas ribu Intan standby kat situ menunggu kamu semua kat stargate!”
“Sekarang telecast!  Lambailah kat ayahanda kamu tu!  Dia duduk atas tilam sambil menangis tengok kamu!”
Abang Yee kemudian ketawa. 
“Yee Manja… bangga betul tengok hadiah kamu!  Dia tayang kat Tok Anjang.  Dia kata, tengok hadiah aku, dia orang bungkus elok, kau punya tak elok… hadiah aku ada riben ada kad!  Sampai plastik pun plastik cantik!  Anak-anak kau orang pun bagi hadiah!  Punyalah banyak hadiah mengalahkan pengantin!”
Aku tersenyum mengingatkan betapa comel dan bangga wajah Yee Manja sewaktu menerima hadiah-hadiah dari kami.  Aku memberinya satu set cawan  Jepun, Asakir memberi satu sebiji mug yang berlatarbelakangkan padang pasir, manakala Anis, Hafiz dan Haziq memberikan Yee Manja coklat setiap seorang.  Sesekali air mata tumpah kerana merindui Yee Manja. Namun tentu dia juga tahu kami juga merinduinya.  Dia boleh menerima frekuensi daripada kami semua.  Cuma harapanku agar ayahanda Yee Manja tidak terlalu nakal… Nanti bertambah sakit kepala Tok Anjang, menjaga kami dan Yee Manja tidak habis-habis.  Mana lagi hendak tumpukan perhatian pada pemerintahannya yang lain.  Kami ni pula saja nak buat Tok Anjang keluar, mulalah buat perangai.. asal Tok Anjang keluar kena maki hamun pun tak apa… Begitulah Kata Kak Moly…
“Abang Yee, stargate hari tu kat tempat kita orang main air ya?”
“Mana aku tahu!”  Abang Yee malas melayan.
“Masa tu kita orang semua buat bulatan seramai tujuh orang… sambil tu kita orang cakap pasal Yee Manja… pasal stargate… tapi pelik betul masa tu sebab masa kami berendam tu rasa ada orang massage, macam duduk dalam jakuzzi… ada air dari bawah naik ke atas… lepas tu tak rasa macam air, macam gel lembut macam sutera!”
Kami semua memandang Abang Yee yang tersengih-sengih.  Sisters semua mengiakan kata-kata Suraya.  Cuma aku yang tak berendam hari itu, jadi tidaklah aku dapat membayangkan apa kata sisters.  Abang Yee tergelak.
“Sikit je lagi kau orang dah boleh masuk!  Next time kalau kau orang pergi berkelah, aku pasti kau orang akan jumpa, tapi lepas ni camping… cari tempat yang sesuai, hint dia  dalam negeri selangor juga….  Intan-intan masa tu dikerahkan Yee Manja memanggil kau orang, memang nyaris kau orang masuk dalam… Yee Manja dok menangis… cepatlah!  Cepatlah kata dia… kita orang pula… dok ketawa apasal la kau orang ni bodoh sangat, dah jumpa pun pintu tu tapi kenapa la tak pijak sikit je lagi… engkau orang kalau termasuk ari tu bukan yang berendam saja, tapi semua suami dan anak-anak akan masuk sekali… tak lama mungkin tujuh jam.. Kau orang masuk dalam semua berlagak macam kambing masuk bandar… dah tu tengok rumah kau orang yang Yee Manja dah buat… macam istana kat luar ni …  kalau istana kat dalam kau orang tak layak lagi…”
Kami mengeleng kepala rasa kesal yang amat sangat.  Dalam hati masing-masing sibuk merencanakan untuk camping pula.  Untung nasib dapat juga kami masuk dalam jumpa Kings and Queens, jumpa all the yees.  Mungkin aku dapat jumpa Sifuku… Kalau aku jumpa dia kat dalam memang aku akan marah habis-habisan kerana tak tunaikan janji nak bagi aku terapi!  Kata nak buat aku kurus… tapi tak kurus pun!  Geram betul!
Abang Yee melayan brothers yang mati kutu kerana tidak dapat melihat gambar yang kami lihat.  Aku dan sisters masih lagi mengelilingi komputer melihat dan mencari gambar ‘dalam’.
“Ni, macam perempuan berkemban.  Rosya nampak tak?”
Aku yang sedari tadi memerhati perempuan berkemban itu turut mengangguk.
real betul ya!  Dia macam baring, dia angkat lutut kiri, clear betul badan dan muka dia ni!”  Aku memberitahu!
Diam seketika.  Cantik betul keluk tubuh Intan sehingga aku yang perempuan ni juga turut merasa kagum. 
“Ni sapa ni tak pakai tudung ni?”
sisters semua pakai tudungkan?”
“Dia duduk sebelah sapa ni”
“sebelah Kak Moly!”
“Ya Allah!  Ni Siti Aisyah ni, tapi kenapa gigi dia macam ni!  Ya Allah ya tuhanku… Tengok ni, gambar Siti Aisyah.. ada tudung tapi sebalik tudung tu keluar rambut berjurai-jurai…  tengok gigi dia.. jarang, tajam, dan panjang… badan dia pun besar ni!”  Aku memberitahu sambil walau terasa sejuk di bahu dan tengkukku.  Memang benar apa yang ku nampak.  Bukan bayang bukan imaginasi.  Seorang perempuan dengan rambut mengerbang ‘bertindan’ dengan gambar Siti Aisyah.  Dan wanita itu bukan wanita yang cantik seperti di dalam gambar dan lukisan tetapi wanita yang agak menakutkan.
Abang Yee datang ke tempat kami dan melihat dengan penuh minat.
“sapa dia Abang yee”  Aku bertanya.
“Nenek kebayan ya?” Tanya Moly pula.
“Peah!  Bidan… dah dua ratus tahun dia jadi bidan!”   kata Mc Kenzie.
“Seramnya!”  Suraya menyampuk.
“Oii! Dia tu baik tahu tak?”  Abang Yee memarahi kami.  Raut muka Abang Yee membayangkan dia takut Peah berkecil hati.  Adakah Nenek Peah di ruang itu bersama kami?
“Dia tengah massage Siti Aisyah tu!  Lepas ni mengandunglah Siti Aisyah!”
Siti Aisyah kalau tak silap belum mempunyai anak walau sudah berkahwin selama empat tahun.  Aku tidak bertanya kerana ia adalah perkara yang begitu sensitif baik bagi isteri mahupun bagi suami.  Sesekali aku merasa simpati pada mereka berdua namun layanan mesra Siti Aisyah pada Arif seringkali membuat aku berfikir akan kelemahan diri dan aku cuba memperbaiki diri sendiri agar mencontohi Siti Aisyah.  Mereka berdua memang sepadan, sama baik dan saling mengambil berat.  Arif walau masih bekerja di syarikat lain, namun setiap kali berkumpul seperti menjadi satu kemestian memakai uniform syarikat kami.  Sayangnya dia pada Abang Yee dan famili kelihatan di wajahnya yang sering tersenyum mendengar percakapan dan maki hamunu Abang Yee pada kami semua.  Dia tidak seperti Siti Aisyah yang banyak mulut.  Dia lebih banyak mendengar dari bercakap.  Jarang sekali aku mendengar dia bercakap kecuali sekali sekala dia akan menghampiri Asakir bertanya itu ini.  Memang aku gembira melihat Siti Aisyah dan Arif, yang sering dirujuk Abang Yee sebagai pasangan suami isteri yang ideal, yang tidak banyak kerenah seperti kami.  Betulkah tidak banyak kerenah?  Hanya masa yang menentukan kerana kami sebenarnya masih tidak mengetahui mereka berdua seperti mana kami mengenali diri masing-masing. 
“Aisyah!  Nanti kalau dapat anak namakan dia Peah, sempena nama bidan tu tau!”  Aku mengusik Siti Aisyah.  Siti Aisyah cuma tersengih tidak dapat menjawab.
Abang Yee kemudian berjalan mundar mandir.   Aku memerhatinya seketika sebelum fikiran ku khayal semula akan abang-abang Yee ku.  Sekarang ini aku semakin keliru.  Sudah tidak ku kenal lagi siapa Mc Kenzie, Calvin dan Siapa Dior.  Mereka seperti orang yang sama.    Tok Anjang sudah jarang membalas sms ku.  Ku alamatkan sms ku padanya dengan nick name, ‘ayahanda Tok Anjang’. Tiada balasan semenjak dia mengisytiharkan bahawa dia adalah orang pertama yang menjalankan hukuman rejam kepada penzina.  Malam itu dia mengatakan dia bukan lagi Dior yang dulu.  Dia mahu menjarakkan hubungan antara kami dan dirinya kerana sebab-sebab tertentu.  Dia sudah nyatakan dengan jelas kepada kami bahawa bukan senang untuk dia berada ‘jauh’ dari kami sedangkan hakikatnya dirinya amat ‘dekat’ dengan kami.  Dia juga menegur kami kerana terlalu bermanja dengan Yee Manja.  Aku merasakan aku yakin maksud dan tujuan Dior berkata begitu.  Kerana itu sejak malam itu aku cuba sedaya upaya untuk tidak menghantar sms padanya lagi.  Aku hanya menghantar sms pada Abang Yee tanpa meletak kod tertentu.  Sesekali aku merindukan sms Tok Anjang, sms Yee Manja dan sms G.  Namun aku tabahkan hati ini… kerana ku tahu tidak lama lagi semua Yees akan menghilang… Abang Yee akan ghaib entah ke mana lagi.  Dan kali ini bukan sekadar dua minggu… tapi untuk selamanya.

No comments:

Post a Comment