catatan peribadi ryina ikhwan

Ikuti catatan peribadi ryina ikhwan di http://ryinaikhwanroslina.blogspot.com/

Tuesday 3 May 2011

Bahagian 12

Syed Ikhwan terbaring di katil sepanjang lapan kaki lebar dan 14 kaki panjang.  Dia memeluk bantal peluk sambil memejam mata dan memasamkan muka.  Intan-intan duduk bertimpuh di atas katil dengan penuh hormat  tidak berkelip memandang gelagat Syed Ikhwan dengan penuh rasa sayang.  Sesekali ada yang menggosok betis dan paha Syed Ikhwan dengan wajah penuh cinta dan pengharapan. 
“Cucu aku mana?  Kau orang jaga aku buat apa?  Pergi jaga cucu aku!”
“Dah ramai yang jaga!”  Seorang Intan mengeluh, hampa kerana dipaksa keluar.
“Dah tu engkau kat sini buat apa?  Tak ret-reti nak cari kerja sendiri, masak ke kemas ke, meneman cucu aku mandi ke?  Itu pun nak kena aku ajar?  Makan gaji buta je?  Buat taik mata je!”
Intan-intan sekadar tersenyum, tidak membantah.  Mereka bergandingan dengan lenggang lenggok masing-masing pergi ke sudut lain di istana itu mencari apa-apa pekerjaan yang boleh dibuat.
“Heh!  Semua orang pergi siapa nak suapkan aku makan ni?”
Dia menunjukkan isyarat matanya kepada buah-buahan berisi buah tamar dan anggur di atas sebuah meja di tepi katilnya.  Dulang dan pinggan bertatahkan emas dan permata.  Intan-intan berhenti dan berebut untuk ke depan semata-mata untuk berkhidmat kepada Syed Ikhwan.
“Tak payah berebut.  Aku nak seorang saja.  Mari sini Sarah!  Suapkan aku!”
Sarah memandang dengan senyuman puas.  Bangga kerana dipilih Syed Ikwan.  Yang lain keluar dengan rasa cemburu dan sakit hati.  Sayang dan kasih pada Syed Ikhwan menyebabkan mereka tidak mahu berenggang walau seminit.
“Ayahanda, mana pernah beri kami gaji…”
Sarah cuba mengusik Syed Ikhwan dengan senyuman seorang anak yang bagitu kasihkan seorang bapa.  Dia berkata ketika punggungnya mencecah  birai katil Syed Ikhwan yang bersalut jade berbagai warna.  Cadar dan selimut dihiasi bunga-bunga besar yang disulam menggunakan benang-benang emas.
“Kau orang yang tak nak gaji!  Bukan aku tak nak bagi!  Ingat kau orang dah sain agreement tak nak gaji kalau dapat bekerja dengan aku?  Aku tak suruh pun!”
Syed Ikhwan masih lagi memasamkan muka.
“Nak mengungkit?  Nak gaji ke?  Aku bagi!”
“Tak nak… Sarah cuma ingin berkhidmat untuk ayahanda…”
Ada rasa sayu di hati Sarah,  dan Syed Ikhwan mengetahuinya.  Dia memandang Sarah dengan senyuman nakalnya.
“Alah sayang anak papa sorang ni! Comel…  Aku dah kutip kau masa engkau merah lagi tau tak?  Aku saja yang sayang kat kau ni…”
Dia mencium pipi Sarah kiri dan kanan serta mulut Sarah yang tertutup.    Sarah gembira dipeluk dan dicium Syed Ikhwan.  Lelaki yang merupakan majikan namun sayangnya melebihi sayang kepada seorang ayah.
“Orang lain berebut nak kerja dengan aku tau tak?  Aku pilih yang terbaik saja berkhidmat untuk aku… yang aku tak pilih baru Dior, Roy, Mc Kenzie dan yang lain ambil!  Bekas-bekas aku ja dia orang layak!”  Syed Ikhwan tersenyum puas.  Dia puas kerana dapat mengalahkan suku sakat Raja Bunian yang lain.  Baginya dialah yang terbaik.  Cuma dia yang perlu dan patut dikasihi semua.  Kasih sayangnya kepada manusia bunian dan manusia di luar melimpah ruah.  Dan kerana itu hanya dia yang patut mendapat kasih dan sayang manusia seluruh dimensi, seluruh cakerawala.
Sarah memicit betis dan kaki Syed Ikhwan.  Dia tersenyum sepanjang waktu sambil sekali sekala menjeling Syed Ikhwan dengan perasaan cinta yang tidak berbelah bagi. 
“Suapkan aku!’  Dia memerintah.
“Ayahanda mahu apa?”
“Anggur!”
Intan berdiri lalu mencapai dulang berisi anggur. 
“Rosya mana?”   Tanyanya secara tiba-tiba membuat Sarah kebingungan.
“Rosya mana ayahanda?”
“Rosya cucu aku novelis tu!”
Sarah menggaru kepala yang tidak gatal.  Tangannya masih memegang anggur yang tidak jadi disuapkan ke mulut Ikhwan.
“Dia kat luarlah!  Mana dia orang boleh masuk lagi!  Macamana nak masuk?  Perangai macam hantu semua?”  Sarah memasamkan muka.
“Aku tahulah!  Engkau ingat aku ni bodoh ke? Engkau tu yang tak paham. Orang suruh pergi kelas tak nak… nak berkepit je bawah ketiak aku ni!  Sudahnya tak faham apa… lurus bendul. Yang kau jeles denga Rosya tu kenapa?”
“Habis tu ayahanda nak apa?”
“Rosya yang satu lagi.  Aku nak lunyai telinga budak tu panggil Asakir sekali!”
“Ayahanda petik je lah jari. Lagi cepat.”
Syed Ikhwan tersenyum.
“sekali sekala pandai jugak kepala otak engkau ni!”
Ikhwan memetik jari.  Sekali petik, muncul sepasang suami isteri, Rosya dan Asakir.  Dua batang tubuh yang tiba-tiba muncul di depan duduk bertimpuh dan bersila. Ikhwan berdiri.
“Budak dua ekor ni!  Geram betul aku!  Tak puas aku kalau tak maki habis-habisan.”
Di sepaknya Rosya dan Asakir sehingga terbaring.  Dua tubuh itu tidak berubah air muka, masih lagi tersenyum, memandang dengan senyuman walau pun pandangannya kosong.
“Ni yang buat aku lagi marah ni!  Sengih je tak habis-habis!”
Di tarik-tariknya sampai tercabut telinga Rosya.  Ada darah keluar. Namun Rosya masih tersenyum.  Asakir cuma memandang dengan senyuman seperti orang kebodohan.
“Engkau ingat cucu aku tu hologram ka apa?  Macam kau orang nih? Ingat telinga dia dibuat daripada getah?  Tak ada rasa sakit macam kau orang ni?”
Dia menampar muka Asakir sekuat hati.  Diambilnya garpu dan dicucuk pula telinga Asakir dengan garpu.  Darah menitik keluar tetapi darah itu tidak jatuh ke lantai, malah lenyap di udara.  Warna merah pekat membasahi pakaian suami isteri itu. Intan memandang dengan gusar.
“dah la tu ayahanda… Menambahkan sakit hati ayahanda…Dia orang mana tahu rasa sakit…”
“Engkau tahu apa?  Aku jaga anak dia orang tu macam menatang minyak yang penuh.  Kasihan budak tu dapat ibu pemalas, ayah pula tak reti bahasa!”
Ikhwan mencucuk perut Asakir sehingga tembus. Darah pekat semakin banyak mengalir namun seperti juga Rosya, Asyakir masih tersengih-sengih seperti kerang busuk.
“sengih-sengih!  Itulah yang kau tahu!  Jaga anak sorang pun tak boleh! Makin lama duduk depan aku makin aku sakit hati! Dah!  Berambus!”
Rosya dan Asakir ghaib sekelip mata.
“masa ayahanda keluar dulu kan Rosya dah minta maaf.  Sudahlah tu..”
“Engkau tahu apa?  Aku sayang cucu aku Wanis tu.  Engkau kalau aku tahu budak tu terjatuh ke menangis ke kena gigit semut ke aku terajang engkau, tahu tak?”
Sarah terdiam tidak tahu menjawab.  Bukan dia tidak tahu kalau ayahanda kesayangan itu mengamuk habis huru hara seluruh istana dan Gang of Thirteens.  Jalan yang terbaik adalah dengan mendiamkan diri dan mengiakan sahaja segala sumpah seranah Ikhwan. 
“Senyap sunyi istana ni kalau Gang of Thirteens tak adakan?”  Kata Sarah mengalihkan perhatian Ikhwan.  Dia bosan apabila Ikhwan merindui kaum kerabatnya di ‘luar’.  Bagi Sarah suku sakat Tok Anjang di luar tidak layak untuk disayangi.  Mereka manusia cepat lupa diri.
Syed Ikhwan tidak menjawab.  Dia merindukan anak-anak angkatnya yang berjumlah tiga belas juta ini.  Anak-anak yang telah dididik dan diasuh dengan sepenuh kasih sayang.  Dia sanggup berkorban nyawa untuk anak-anak itu dan anak-anak itu juga sanggup hilang nyawa untuk dirinya.  Syed Ikhwan menangis seperti budak kecil.  Dia meletakkan kedua jari jemari sebelah kiri dan kanan sambil menutup mata.  Air mata mengalir keluar dan suara tangisan Syed Ikhwan kedengaran hampir seluruh istana bunian di Chini.  Intan-intan yang mendengar keluh kesah meneka di dalam hati dan ada yang berbisik-bisik kenapa ayahanda kesayangan menangis.  Kena marah oleh Mc Kenzie?  Oleh Dior? Atau oleh Tok Anjang?  Atau kena hukum sebat?  Kena kurung? Atau kena sumpahan?  Untuk masuk bertanya kepada bangsawan-bangsawan, intan tidak berani.  Akhirnya mereka menunggu sahaja sehingga berita itu tersebar dengan sendiri.
“Engkau ingatkan aku pasal dia orang kenapa?  Sunyi aku tau tak?  Rindu aku kat dia orang… tak ada orang dah nak join aku…”
“Maaf ayahanda… saya tak sengaja… nak sebut hal mereka…”
“itulah engkau!  Nak bercakap tak reti…”
Sarah kesal tidak sudah.  Kenapalah dia terlepas cakap menyebut tentang Gang of Thirteens.  Namun hakikanya dia juga begitu rindukan Gang of Thirteens… tentera-tentera elit yang dididik ayahanda… yang lasak dan nakal… yang tegas dan sanggup berperang tanpa rasa takut itu…  Dia mengambil tisu dan mengesat air mata Ikhwan yang deras mengalir.
“Tak pa lah ayahanda… mereka dah insaf, sudah berubah menjadi manusia yang lebih baik.  Menghilangkan diri untuk beramal kepada Allah…”
Tangisan syed Ikhwan semakin deras, dan Sarah rasa bersalah yang amat sangat.  Mahu dipujuk dengan kata-kata apa lagi?
“Ayahanda kita jenguk rumah Rosya kejap.  Kita tengok wanis buat apa?”
“Tak payah!  Engkau pergi buat kerja!  Curi tulang je!  Aku nak jenguk cucu aku!”
Bunyi ketukan di pintu.  Syed Ikhwan menatap pintu dan tiba-tiba seperti hijab terbuka, kelihatan seorang anak muda berwajah kacak menungu dengan hormat.  Dengan tiba-tiba juga dinding seperti ghaib dengan sendiri dan anak muda itu melangkah dengan sopan lalu memberi salam.
“Assalamualaikum ayahahanda!”
“Waalaikum salam.”
Anak muda itu duduk di sebuah kerusi yang terletak agak jauh dari katil.
“Tiba-tiba je datang mengadap aku ni untuk apa?  Nak apa, Jeram?”
“saja ayahanda, sengaja datang menjenguk ayahanda.”
“haa!  Itulah saja kerja kau orang, menyemak kat mata aku ni je!  Asyik-asyik tengok muka kau orang!  Macam la aku tak ada kerja lain!  Aku pun nak juga keluar jalan-jalan, bukan duduk saja kat sini macam barang pameran.  Cakap saja nak apa?  Menyusahkan betul, anak-anak aku kat luar tak adalah menyeksakan aku macam kau orang ni!”
“Dah lama saya berfikir tentang ibu bapa saya… Di mana mereka ayahanda?”
“Engkau ni memang la!  Mana lah aku tahu mak bapak kau kat mana?  Masa aku jumpa kau, kau sorang saja bogel dalam semak!  Buat sakit kepala otak aku pula kena fikir pasal mak bapak engkau!  Macam Rosya pulak sekejap tanya pasal nenek moyang dia, sekejap tanya pasal anak dia!  Engkau ni dah berjangkit perangai budak Jepun tu ya!  Budak pemalas tu?”
“betul ke ayahanda tak tahu?”  Jeram membantah tidak puas hati.
“Aku tak tahu la!”
“nama saya siapa yang letakkan?”
“Aku yang letakkan!  Sebab aku jumpa kau kat jeram… kat Gua Musang!  Sedar sikit diri kau tu siapa tau tak?  Entah-entah kau ni anak pontianak Gua Musang. Hahahahaaha…Aku saja yang sayangkan kau!  Jangan kau nak sayang ayahanda yang lain tu!  Sayang aku sorang je!”
Ikhwan memandang Jeram lagi.  Jeram masih mengharapkan jawapan.
“Ibu engkau pelacur, bapak engkau bapa ayam!”
Jeram menunduk.  Dia menahan airmata dari keluar.
“Saya hanya mahu tahu siapa ayah dan ibu saya ayahanda… adakah itu juga satu larangan?”
“Mak engkau pelacur bapak engkau bapak ayam!  Tak puas hati lagi?”
Ada air mata yang mengalir di pipi Jeram.  Hati meronta ingin mengetahui asal usul diri sendiri.  Setiap kali bertanya setiap kali itulah juga dia dimarahi Syed Ikhwan.
Dia bangun lalu menunduk hormat lantas mencium kedua belah tangan Syed Ikhwan.  Syed Ikhwan mencium rambut Jeram.  Bukan Syed Ikhwan tidak memahami bagaimana perasaan anak muda itu yang seringkali bertanya tentang ibu-bapanya.  Hendak dinyatakan hal sebenar, takut pula Jeram tidak dapat menerima kenyataan.  Atau mahukah dia menerima kenyataan bahawa kedua ibu bapanya telah disumpah menjadi batu selama tiga ratus tahun kerana mengamalkan sihir?  Perasaannya tersentuh melihat raut wajah Jeram.  Kacak, putih, bersih dan patuh.
“kau dah makan dah?” 
“Belum…”
“Tunggu, nanti aku masak!  Memang menyusahkan aku!  Sajalah datang sini nak bermanja dengan aku!  Dah tua bangka pun nak juga manja dengan aku!”
Jeram kembali tersenyum.  Syed Ikhwan lantas memandang Sarah.
“Engkau Sarah tercegat kat situ buat apa?  Pergi dapur tolong aku masak!  Tak boleh tengok lelaki handsome mula la buat muka ayu macam tu!  Tak payah nak goda Jeram.  Aku yang akan carikan jodoh kalau kau dah rasa nak kawin nanti!”
“Mana ada?”
“Udah!  Banyak cekadak pulak!  Elok aku kawinkan saja kau dua orang ni!  Duduk jauh-jauh dari aku… menghabiskan beras aku je!”
Mereka berdua ketawa gelihati.  Syed Ikhwan tersenyum.  Manisnya senyuman Syed Ikhwan.  Gagah tubuhnya dan bersih wajahnya.  Kacaknya dia walau sudah nampak beberapa kedutan di hujung mata dan garis di dahi.
Syed Ikhwan menyikat rambut sebelum bergegas ke dapur istana.  Jeram dan Sarah mengikut dari belakang.  Syed Ikhwan sengaja melenggangkan badannya ke kiri dan kanan, berjalan seperti intan-intan penuh sopan dan santun.  Jeram dan Sarah tersenyum melihat gelagat Syed Ikhwan, lelaki yang dilimpahi dengan kasih sayang melimpah ruah dan kenakalannya juga tidak terbendung oleh sesiapa, baik Raja Bunian sekali pun. Comel gelagatnya.  Manis wajahnya.  Perkasa tubuh badannya.  Dalam ilmu agamanya.  Berkesan ilmu dunianya.  Dialah lelaki terbijak di alam maya.
“Engkau tunggu kat luar.  Biar aku masak special untuk kau orang ni… Jangan bagitahu yang lain.  Nanti dengki pula dia orang, aku masak untuk kau, tak masak untuk dia orang…”
“Alah!  Sarah nak tolong!...”
“Tak payah aku kata!  Jangan nak manja-manja, nak gedik dengan aku!  Kau nak aku panggil Papa Mussoni kau?”  Ikhwan mengugut.
Siti Sarah termalu-malu di depan Jeram.  Dia jarang bertegur sapa dengan lelaki.  Dia bertugas sebagai seorang intan, yang berkhidmat untuk bangsawan-bangsawan bunian di istana.  Dia tidak dibenarkan bercakap dan bertegur sapa dengan lelaki ‘khadir’ lelaki yang berkhidmat, apatah lagi dengan Jeram atau tentera, atau pihak pentadbir.  Dia hanya dibenarkan bercakap dengan majikan sahaja.  Apabila dia dipilih oleh Syed Ikhwan dia merasa bangga dan dihargai yang amat sangat.  Kerana dia tahu, Syed Ikhwan disayangi semua intan. Entah kenapa juga Syed Ikhwan selalu  dihukum sebat, dia tidak mengerti.  Kenapa lelaki sebaik itu dihukum sebat oleh tujuh Raja Bunian?  Dia bagai tidak mahu mepercayai.  Lagi membingungkannya ialah Mc Kenzie  atau Dior atau Tok Anjang atau Dino atau Wira atau Puma atau Zaidi tidak akan menghukum tanpa sebarang kesalahan.  Ketegasan mereka berpada-pada dan kebaikan hati mereka walau tidak terserlah tetap dapat dirasai. 
Ketika mereka berdua duduk menunggu sambil tunduk dan  senyap itulah, Syed Ikhwan keluar menatang dulang diiringi oleh beberapa ekor jin perempuan.  Mereka ingin bangun menolong namun dibantah oleh syed Ikhwan dengan isyarat tangan.  Syed Ikhwan meletakkan dulang dan jin-jin pula meletakkan pinggan mangkuk, sudu dan garpu.
“Makanlah… jangan segan-segan.  Nanti kalau nak boleh tambah lagi…”  Ikhwan tersenyum manis dan memandang penuh dengan penuh kasih sayang.
Mereka berdua teragak-agak, saling memandang.
“Tengok apa?  Kata lapar tadi?”
Syed Ikhwan mengambil sehiris daging rusa dan mula menikmati hidangan dengan penuh nikmat.
“Sedap aku masak.  Tak boleh banding dengan Queens atau Kings lain!”
Melihatkan begitu berselera Syed Ikhwan bersantap, mereka berdua mula menikmati hidangan daging rusa, sup ayam hutan, daging burung puyuh dan sayur petola. 
“sedap ayahanda!’  Kata sarah.
“memang sedap betul ayahanda.”  Tambah Jeram pula.
Selesai mereka makan, Sarah dan Jeram meminta diri.  Bersalam dan mencium pipi Syed Ikhwan.
“Engkau ni kenapa Jeram?  Terus nak balik, tak cakap pun terima kasih kat aku? Dah pandai kurang ajar dah?  Siapa ajar kau kurang ajar macam ni?”
Jeram mengerikut cuba menahan kesakitan.  Kedua belah tangannya menekan perut.  Wajahnya semakin bertambah pucat.
“Kenapa kau ni?”
Lama sebelum Jeram dapat menjawab.
“Sakit perut ayahanda… tak tahan ni…”
“Sarah kau ni pula kenapa?  Berpeluh-peluh?”
“Sakit perut…”
Syed Ikhwan memandang seperti mahu menelan.
“Hai tadi bukan main lagi melantak, sekarang sakit perut pula?  Engkau tak baca Bismillah?  Tak baca doa makan?  Baik jin tiga ekor tu lagi, tak sakit perut pun!”
Mereka berdua bergegas pulang.  Syed Ikhwan memandang sambil tersenyum.  Dia tersengih-sengih.  Memandang tiga ekor jin Islam di depannya.
“Engkau kemas semua!  Jangan tinggalkan bukti!”
Syed Ikhwan masih lagi tersenyum ketika dia melenggang kembali semula ke kamar beradunya.  Dia seperti ditelan ke dalam dinding.  Wajahnya berubah serta merta melihatkan suasana biliknya yang bersepah-sepah, apa lagi melihat anak-anak kecil melompat atas katil, memecahkan segala perhiasan dan menabur segala dokumennya.
“Habislah barang-barang aku!....”
Cucu-cucunya berlari keluar sambil bergelak ketawa.  Syed iKhwan membebel seorang diri. Dipanggilnya intan untuk mengemas semula biliknya seperti sedia kala.  Dia terbaring di katil setelah bilik selesai dikemas.  Intan-intan pula memicit seluruh tubuhnya dengan penuh kasih sayang dan perasaan cinta.
“Tadi Sarah cakap, dia sakit perut…”
“Itulah tak baca Bismillah, melantak je kerja…”
“Bukan ayahanda buat ke?”
Seorang Intan tersenyum memandang.
Syed Ikhwan menjengilkan mata.
“Heh! Engkau ingat aku tak ada kerja lain ke?  Nak bagi orang makan racun!  Aku  ni saja yang sayangkan kau orang tahu tak?”
Intan-intan tersenyum. 
“dah keluar aku nak tidur!”

No comments:

Post a Comment