catatan peribadi ryina ikhwan

Ikuti catatan peribadi ryina ikhwan di http://ryinaikhwanroslina.blogspot.com/

Friday 14 January 2011

Bahagian 7

Sampai di rumah suasana sudah gelap gelita.  Anak-anak dan Angah telah tidur.  Aku merebahkan badan di katil sambil otakku mengenang setiap nasihat dan amaran Abang Yee. Rasa keinsafan dan ketakutan membuat aku sedar bahawa perjuangan yang selalu diulang-ulang oleh Abang Yee bukan sekadar perjuangan yang dilafazkan di mulut.  Perjuangan yang dimaksudkan bukan sekadar melepaskan diri dari kemiskinan namun jauh dari itu.  Perjuangan untuk menjadi seorang Islam yang lebih baik.  Perjuangan untuk menjadi muslim yang lebih baik saban hari.  Apakah lagi maksud perjuangan yang selalu disebut Abang Yee?
Sebaik terlelap aku merasakan Ikhwanis sedang menetek di dadaku.  Aku terasa badannya menyentuh tubuhku.  Ku raba kepalanya.. Aku menangis dalam keadaan syukur yang amat.   Ku buka mata dan nyata Anis berada dalam pelukanku!  Ku kejutkan Asakir.  Asakir masih tidak bergerak.  Ku cubit belakang Asakir dan dia menepis tanganku.  Dia membuka mata apabila dia mendengar esakanku.   Dia mencium pipi Ikhwanis beberapa kali. Malam itu kami tiga beranak tidur berpelukan.  Penuh rasa syukur dan bahagia yang amat sangat. 

No comments:

Post a Comment