catatan peribadi ryina ikhwan

Ikuti catatan peribadi ryina ikhwan di http://ryinaikhwanroslina.blogspot.com/

Thursday 22 March 2012

@ dimensi buni: Bahagian 31

@ dimensi buni: Bahagian 31: Tok Ayip berjanji mahu memberi aku pantun seloka tetapi dia melarang aku menghantar sms kepadanya.  Bila dia keluar dia berleter memarahi ka...

@ dimensi buni: Bahagian 32

@ dimensi buni: Bahagian 32

Bahagian 32

Suatu malam aku dikejutkan oleh deringan telefon bimbitku.  Aku membiarkan sahaja.  Bunyi telefon berhenti seketika.  Telefon Asakir pula berbunyi.  Aku menggerakkan kaki Asakir menggunakan kaki ku.  Memang aku tidak daya mahu menolong menjawab telefon.  Asakir terkulat-kulat mencari telefon bimbitnya.  Aku cuba tidur lena kembali.  Tidak lama, hanya seminit, aku mencelikkan mata memandang Asakir yang sedang bercakap.
“sekarang ke?  Rosya pun kena pergi juga? Ok!”
“Bangun mami, Abang Yee panggil ke rumah segera!”
“Sapa telefon?  Maisarah ke?”
“Ya…”
“Malam-malam buta ni?  Pukul berapa ni?  Ikut suka hati dia je dia nak panggil orang?”
Ah!  Jangan diganggu aku sekiranya tengah tidur!  Nanti aku meracau!
 “Cepatlah! Semua dah nak bertolak tu!”
“Susah betul berkawan dengan bunian ni!  Ikut sedap mulut dia, ikut cara dia saja!”
“Adalah tu kenapa kena pergi malam-malam buta ni!”
“Malas betul la, esok anak sekolah!  Pas tu kena balik lagi… Dah pukul dua pagi! Rumah kita bukan dekat!”
Aku mengomel juga walau hati berdebar-debar tidak keruan memikirkan Abang Yee ku yang mana satu sampai hati mengejutkan kami ke Subang Jaya.  Papa Roy tidak mungkin begini.  Semua Abang Yee tidak pernah memaksa aku dan Asakir berkumpul kerana tahu keadaan kami yang tinggal jauh.  Kami tidak bercakap sepanjang perjalanan.  Celaka betul!  Macamana anak-anak pergi sekolah esok?  Ponteng? 
Sampai di rumah, aku pucat melihat sisters saling berpelukan dan memandang ke dinding.  Lelaki-lelaki pula cuma memandang tidak berkelip ke ruang tengah rumah itu.  Aku  mencari sesuatu yang berada di tengah-tengah ruang tamu itu.  Tiga jasad terbujur kaku!  Ya Allah!  Bala apa pula yang bakal menimpa?  Aku berlari ke bilik air,  tekak ku tidak daya menahan.  Aku muntah.  Tidak pernah aku seperit ini.  Tidak pernah juga seteruk ini isi perutku mahu mengeluarkan semula apa yang tekah ku hadam selama sehari ini.
“Rosya! Mari sini!”  Suara Abang Yee garang.
Perutku memulas-mulas mahu meledakkan isi perut namun tidak juga keluar.  Hampir 20 minit aku melangkah longlai, pucat dan tidak berdaya.
“Pandang mayat ini!”
Aku memandang sambil menutup mulut dan sekali sekala memejamkan mata.  Bagaimana harus bertahan melihat mayat itu.  Darah di mana-mana.  Seorang lelaki dengan kepalanya hampir putus.  Darah masih mengalir perlahan di celah celah daging lehernya.  Matanya terbuka luas, memandang seolah ketakutan yang amat.  Seluruh tubuhnya kelihatan begitu keras seperti dia terkejut dan takut yang amat sangat.  Seorang perempuan sarat mengandung dirobekkan perutnya. Kelihatan kepala bayi yang kelihatan seperti masih bernyawa tersenyum memandang.  Tali perut ibunya terkeluar, jantung yang tidak bergerak bagai baru tergolek keluar.  Dan mayat ketiga mayat seorang kanak-kanak yang dipotong mengikut sendi, siku, bahu, lutut… setiap sendi telah dipotong.  Ia telah diatur bagai mayat yang sempurna, tapi memang jelas, ia tidak bersambung di antara sendi itu!  Aku berlari semula ke bilik air! Aku muntahkan cuma angin.  Tiada apa-apa yang kelaur dari perutku.  Siksanya.  Sampai hati Abang Yee,memanggilku aku di saat aku sedap-sedap tidur dan sekarang terpaksa berdepan dengan bala ini.  Jahatnya.  Dan mayat siapa mereka itu? Manusia biasa? Bunian? Hologram? Mute?  Benci. Meluat. Kesal. Kecewa. Sakit hati. Menyampah.  Pada Abang Yee. Begitu kacau.
“Pilih! Nak mandikan jenazah yang mana satu?”
Semua diam.  Merenung lantai.  Jenazah mana yang patut dipilih untuk dimandikan dan dikafankan?  Kami tidak sampai hati.
“kau orang takut apa?  Ini bukan real ni. Semua paku tiga[1]!”
Apa yang tidak real?  Darah merah pekat membasahi hampir separuh ruang tamu itu.  Bayi di dalam kandungan itu seperti bayi yang baru dilahirkan.  Semua masih segar bugar, kecuali mereka itu ‘mati’ dalam keadaan mengerikan.
“Suraya, kau pilih yang mana satu?”
Diam.
“Moly?”
“kenapa kau orang ni?  Ni semua ilmu!  Bukan senang dan dapatkan ilmu cara ini?  Kalau tak pilih nanti menyesal tujuh.  Ilmu lain takkan diberi lagi!”
“Rosya?”
Aku terpaksa membuka mulut juga setelah sisters yang lain tidak mampu berkata.  Jika tidak buruk padahnya.  Entah Abang Yee yang mana satu… Kenapa perlu belajar dengan cara ini?
“Lelaki tu…”
Aku menunjuk.
“Mari dekat sini!”
Namun tubuh tidak mampu bergerak.  Kaki tidak daya melangkah.  Mata tidak mampu memandang. Aku menjerit sekuat hati. Gelap.
“Mami.. mami ok ke?”
Aku membuka mata.  Asakir memandang dengan simpati.
“Tadi mami mimpi tengok mayat kena potong… takut sangat….”
“papa pun mimpi…”
Kami terdiam.  Dadaku masih berdegup kencang. 
“mimpi ke real papa?”
Asakir mengangkat bahu.
“Macam real saja papa… bukan ke Tok Azim dulu kata dia akan suruh kita mandikan mayat dulu?”
“Kita mimpi ke kita masuk dimensi tadi?”
Aku melangkah keluar.  Melihat jam dinding dan ke pintu depan.  Pukul lima pagi.
“nak ke mana?”
“Check kereta!”
Asakir menuruti langkahku.  Aku membuka pintuk dan menyentuh depan kereta.  Panas.
“apa yang berlaku?  Kita masuk dimensi?  Kalau masuk dimensi kenapa kita naik kereta ke Subang Jaya?”
“Kita naik kereta ke Subang Jaya lepas tu masuk dimensi dalam rumah Abang Yee.  ”
“Papa yang drive kereta ni.  Abang Yee suruh papa bawa mami balik.  Tadi mami meracau dan meraung macam orang kena rasuk.  Lepas Abang Yee bacakan ayat Al-Quran baru mami ok.  Jin masuk dalam tubuh mami… Mami pulak mengandung…”
Aku melangkah masuk ke dalam rumah dengan fikiran yang masih bercelaru. 
“Kita mimpi ke real tadi?”
“mimpi tapi real…”
Aku menjengilkan mata pada Asakir.  Cara dia bercakap mengingatkan aku pada sesuatu.  Paku tiga? Ilusi? “Illusion but real”. Siapa yang pernah menuturkan ungkapan itu?  Hologram… 99.99% adalah seperti manusia biasa, cuma tidak bernyawa.  Mereka bergerak dan bernafas tetapi tidak mempunyai perasaan. Mereka boleh cedera tapi tidak merasai kesakitan.  Paku tiga? Ah!!!
“Nak Tanya Abang Yee?”  Tanya Asakir.  Aku menjawab.  Pantas.
“Tak yah.  Kalau dia jawab pun, dia tulis hehehe… buat sakit hati adalah!”
Asakir ketawa lucu.
“Mami nak sambung tidur.  Nanti tanya Pak Guard, dia nampak tak kita keluar dan balik  tadi..”
“Malaslah!  Nanti dia kata kita gila pulak…”
“Kita ni dah nyaris nak gila dah dibuat bunian…”
“biarlah… Tak payah tidur la… masak nasi… lama tak sarapan… kan nak hantar anak ke sekolah ari ni… kita tak pa tak pergi kerja pun, tapi anak nak gi sekolah!”
“Ya… saya buat nasi goreng pas ni.  Awak hantar anak. Selepas solat saya nak sambung tidur…”
“Ingat dia seorang ke nak tidur…”
“Awak yang kenalkan saya dengan orang tua tu… padan dengan muka awak!  Kalau tidak hidup kita tak lah kucar kacir macam ni… nak kena mandikan orang yang mati dibunuh la, tengok jin la… kalau kita bagitahu orang mesti orang tak percaya… Abang Yee bunuh orang ke?”
“Ishh! Awak ni ngarut!”
Tapi kemudian Asakir memandang aku lama.  Seperti apa yang ku katakan itu mula mempengaruhi fikirannya.
“jangan bagitahu orang la… bahaya…”
“Tak apa… tak ada orang percaya, habis teruk orang kata saya gila, hidup dalam fantasi.. tulis novel… khayal…”
“dahlah papa Mc Kenzie dan Dior dan Raihan jarang balas sms saya sekarang ni…”
“awak masih rindu kat dia ke?”
“Memang la… Papa Roy pun ok gak, tapi dia tak balas sms saya dari awal.  Tapi rasa-rasanya dia tu memang Pa Mc Kenzie, Pa Dior dan Pa Rai juga… Dia ingat saya bodoh tak tahu dia tu siapa? Entah-entah Tok Anjang!”
“Awak sorang je yang kata begitu…”
“Papa Dior kata saya tahu banyak rahsia.. saya rasa dia baca novel saya, dia dapat tahu apa yang saya dok risik selama ini….”
“Gilah memasak… papa tak larat sangat dah…”
Aku berlalu pergi tapi sempat berkata sambil ke dapur…
“Pa Roy ni kalau dengan mami memang sombong… dia bukan suka kat mami pun… tapi lantaklah… mami bukan peduli pun… takkan nak paksa orang suka kat kitakan?”
Mulut berkata tidak peduli namun malangnya hati mengetahui benar betapa tergurisnya hati.  Air mata menitis dan aku memasak di dapor dalam keadaan pedih…
Aku terkenangkan PaAzim.  Papa Azim berkata yang dia akan bawa kami berkhemah.  Dalam tempoh perkhemahan tersebut kami akan dibawa masuk ke dalam dimensi.  Selama sepuluh jam di ‘luar’ tetapi 25 tahun di ‘dalam’.  Dalam tempoh 25 tahun itu kami akan merasai siang dan malam, merasai kehidupan  berpuasa dan beraya disana, masuk kelas belajar segala ilmu.  Kami akan hidup bersama suami, tidur dan melahrikan anak di sana, namun anak itu yang bakal lahir akan menjadi bunian dan akan hidup di ‘dalam’.  Aneh memikirkan bahawa dalam tempoh tersebut aku berkemungkinan besar akan melahirkan anak beberapa orang, melihat mereka membesar tetapi bila kembali ke alam nyata, jarak waktu adalah selama sepuluh jam.  Dan adakah bayi yang ku kandung ini juga akan dilahirkan di sana dan hidup di sana?  Aku bertanya dan Papa Azim menjawab.
“Orang yang mengandung kat luar, akan bersalin di luar, yang mengandung di dalam akan bersalin di dalam.  Tapi kau mungkin juga mengandung di ‘dalam’.  So yang itu akan bersalin di ‘dalam’ dan yang ini akan bersalin di ‘luar’. “
Ah!  Bagus juga kalau aku mengandung dan bersalin di dalam.  Nor Ikhwan, kembar Ikwanis akan mempunyai adik beradik.  Tidaklah dia sunyi kerana telah berpisah dengan ibu bapa dan abang-abang serta adiknya. 
“yang lelaki akan berkahwin dengan bunian.  Dia akan ditawarkan untuk berkahwin, terpulang kepadanya samada menerima atau tidak.”
Semua brothers tersenyum memasang angan.  Aku sebenarnya turut merasa gembira.  Elok juga sekiranya aku bemadu dengan bunian yang sudah tentu wanita yang lebih baik dari segenap segi berbanding dengan diri aku.  Dan bila ku katakan pada Asakir dia cuma ketawa kecil namun tidak membantah.  Selama ini dia cukup marah sekiranya aku menyuruh dia berkahwin lain.  Ah!  Dia juga tentu telah berangan mempunyai isteri yang cukup jelita dan cukup lengkap.
“Kenapa mami suruh Papa kawin dengan bunian?”
“Ok apa.  Berbaloi la kalau saya nak bermadu dengan orang ‘dalam’.  Yang kat luar ni tak layak jadi madu saya…”
Asakir mengilai lucu akan kata-kataku.
“kalau papa dok asyik masuk ‘dalam’ saja bagaimana?”
“mami pun ikut sekali la…”
Dia ketawa.  Ah!  Kenapa pula aku ni cukup baik hati benar nak menawarkan isteri muda dan lebih segala kepada Asakir?  Mengenang kebaikan Asakir yang tak mungkin dibuat oleh lelaki lain, menjadikan aku ingin sekali memberi penghargaan yang sebegitu tinggi nilainya.  Nilai pengorbanan seorang isteri terhadap pengorbanan seorang suami.  Dan pengorbanan, kasih dan kepercayaan yang diberi oleh Asakir terhadapku menyedarkan aku betapa suami yang tidak berduit itu begitu baik hati.  Biarlah ia menjadi rahsia aku dan Asakir… 
Ingin sebenarnya aku menulis pada Papa Roy memintanya mencarikan Asakir seorang isteri yang terbaik untuk Asakir.  Namun tidak berdaya untuk menulis.  Entah kenapa sejak akhir-akhir ini, aku merasakan aku tidak layak untuk berkomunikasi dengannya.  Aku terasa begitu kerdil.  Merasa diri seperti tidak berguna dan berharga.  Pelik memikirkan kenapa secara tiba-tiba ia menjadi sebegini sedangkan aku mengetahui benar dia memanjakan dan menyayangi aku juga.  Aku lebih rela bersms sekali sekala dengan papa Mc Kenzie yang garang itu.  Juga dengan Papa Raihan dan Dior yang jarang membalas sms ku itu.  Juga sekali sekala aku menghantar sms pada G, yang sudah tentu tidak membalas sms ku itu.  Yang nyata semua d yees jarang benar membalas smsku dan aku juga sudah jarang benar menghantar sms pada mereka.  Namun mungkin sebenarnya itu yang aku cari selama ini.  Aku cuba untuk tidak menjadi terlalu rapat, cuba untuk tidak menarik perhatian abang-abang Yee kerana tidak mahu aku menanggung kepedihan menggila sekiranya aku ditinggalkan… sedikit masa lagi semua mereka akan pergi.  Saat itu terlalu pedih… dan aku tidak ingin melaluinya.
“Ekau yang jantan ni kalau tak kawin kat dalam menyesal,  semua lawa-lawa…”
Kata Tok Ayip.
“Tapi tak leh lawan nenek ekau.    Dialah yang paling lawa kat alam maya ini…”
Tidak habis-habis memuji isterinya.  Betulkah sebegitu cantik?  Takkan sehingga mengalahkan permaisuri Papa Roy?
“Kalau yang jantan tu tergoda dengan nenek macamana pula?”  Aku mengusik.
“Nanti semua berebut dengan Tok Ayip hendakkan nenek!”  Aku menambah.
“Oh!  Bahaya tu.  Sebelum kau orang masuk yang jantan-jantan ni kena kasi dulu…”
“Nanti masuk la kelas, pilih saja kelas mana yang kau nak!”  Kata Papa Azim.
“Kelas papa Roy…”  Aku mencelah dengan suara perlahan.
Kelas Papa Roy mesti maut gila.  Aku dah boleh agak.
“Elok la… tak sampai dua minit kena rotan!”
Wah!  Aku tidak ingin masuk.  Alu lebih suka masuk kelas Papa Dior atau Papa Raihan.  Kelas Papa Mc Kenzie juga tidak berani aku melangkah… Kelas G adakah? 
“Kelas papa semua kena masuk!” Kata Papa Roy tidak sampai sesaat selepas itu.
“Subjek papa subjek wajib, semua kena ambil!” Kata Kak Mun.
“Masuk sehari saja boleh papa?”  Tanyaku takut-takut.
Aku tidak ingin masuk sekiranya mampu!
“Masuk dua jam saja…”  jawabnya penuh yakin
Aku kelegaan.  Namun dua jam itu jam ‘dalam’ atau jam ‘luar’?
“Dua jam itu dah cukup lama ya papa?  Tak perlu sampai satu hari?”
Papa Roy tidak menjawab.  Namun aku melihat dia mengetap bibir dia sambil tersenyum.  Kelihatan giginya yang putih dan raut wajah yang riang.  Kacaknya dia!  Dan nakal betul cara dia memandang kami semua.  Mesti dia sudah membayangkan siapa yang akan dirotannya sekiranya tidak pandai mengaji!  Tidak sabar masuk ke dalam mencari ilmu dan tidak habis berfikir akan hukuman rotan.  Paling minima jumlah rotan yang akan mengenai kulit kami adalah sebanyak 700 dan maksima adalah 33, 333. 
“Cuma ada 3 parut je bila kamu keluar.  3 parut tu kalau kamu sentuh akan terasa sakitnya.  Supaya kau tahu ia bukan fantasi tetapi reality!”
“Lepas tu baru kau dapat hadiah.  Pilih antara dua, nak mandikan jenazah atau nak tangkap hantu.  Kalau pilih hantu ada 3 jenis hantu.  Pilih satu.  Kalau pilih jenazah ada tiga jenis jenazah.  Pilih satu.”
“Kita pilih hantu… Pilih jenazah lagi bahaya.  Sebab jenazah tu boleh melawan dan masa nak bawa dia ke kubur ada benda-benda lain lagi!” Bisik Suraya.
Aku baru berfikir untuk memilih jenazah, Suraya berkata begitu pula…   Yang dulu aku tengok dengan Asakir adakah ahli famili yang lain tidak melaluinya.  Hendak bertanya rasa malas…
“Kita tawarkan hadiah, tak ambil tak pa tapi aku cakap terus terang, tak ambil rugi besar!’
“Siapa punya idea tu papa?” tanyaku.  Hadiah sebegitu tak mampu ditolak.  Mesti hadiah itu begitu bermakna memandangkan ia memerlukan pengorbanan kami yang begitu tinggi pula.  Namun aku terfikirkan samada orang yang memikirkan idea itu adalah Papa Roy atau Papa Azim?  Kalau Papa Azim pun ianya logik sebab Papa Azim datuk kepada Yee Manja!  Kalau cucunya cerdik sebegitu tentulah mendapat ‘bimbingan’ dari datok atau moyangnya juga.  Dan Papa Roy itu adalah moyang ke 16 kepada Papa Ikhwan!  Di mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi?  Namun mengenang segala musibah itu kami masih juga inginkan hadiah itu!  Papa Roy!  Ada juga bakat  mendajalkan orang walaupun orang yang hendak didajalkan itu paksarela!
“Aku jamin kau takkan mati.  14 hari dan 14 malam. Tetapi tetapi tidak ada siang.  Semua malam, gelap gelita!”
Wah! Memang berbakat besar!  Pandai mengenakan orang.  Nak beri hadiah pun berkira macam itu sekali? Macam tak ikhlas saja…  Aku tersenyum.  Suka sangat menyakat kami mentang-mentang tahu kami tidak akan menolak.
“tak ada heart attack ke masa tu?”  Aku bertanya.
“tak ada!”
Kalau ada serangan sakit jantung mungkin juga ada yang boleh terselamat.  Aku tersenyum.  Takkan nak mati terkejut demi melarikan diri dikejar hantu atau mayat?  Peluh mericik keluar.  Terbayang sepetang aku ditarik G ke dalam dimensi jin dan mayat!  Rasa berbelah bagi.  Tak pilih rugi besar… mesti dapat ilmu bagai segunung emas…
“Tapi kalau dah ajal kau orang masa kat luar kau orang mati, kat dalam kau orang matila!”
Papa Roy papaku yang kacak itu, yang tersenyum nakal itu, ku lihat comel pula.  Macam Ikhwan pula!  Comelnya ku lihat Papa Yee Manja sekiranya dia sedang memikirkan sesuatu yang boleh mendajalkan kami…  sekarang ini ku lihat Papa Roy sedang merenung masa depan,  masa depan kami yang kena rotan dan lari ketakutan kerana dikejar hantu!
“Itu real ke?  Bukan hologram?”
“Bukan! Real!”  Jawab Pa Roy dan kemudian Pa Azim berkata,
“Aku ni tak sabar-sabar nak tengok.  Yang dijemput masuk ke dalam, menuntut di dalam macam kau orang nanti adalah sekali dalam masa 700 tahun!  Aku dah tengok beberapa kali!”
700 tahun!  Aku tidak sempat berfikir apa.  Kerana Abang Yee tiba-tiba menambah,
“Kau orang nak takut apa?  Kan aku dah cakap.  Kau orang takkan mati!”  Dia tersenyum.  Manisnya senyuman.  Kami juga tersenyum melihat senyuman itu.  Namun senyuman kami dan dia mempunyai dua tafsiran yang berbeza.  
“Kau orang masuk dalam, kalau dapat tengok mata dia pun dah cukup nasib baik!  Dia takkan tunjukkan muka.  Dia pakai hijab!”  Kata Papa Azim.
“sebab dia sangat handsome!”  kata Suraya.  Memang benar kata Suraya.  Sebelum ini aku telah mendengar betapa Abang-abang Yee menyebut kekacakan dan kebaikan hati Papa Roy!  Tak apalah walau tidak dapat menatap wajah papa itu!  Jika tidak nanti aku jadi terbayang-bayang pula rindukan Raja Bunian walau mengaku dia itu bagai papa kandung tetapi hati manusia siapa tahu?  Siapa nak dipersalahkan sekiranya kami sisters jatuh hati pada Papa-papa kami yang entah beratus ribu itu?  Bagaimana pula brothers juga tak lalu makan kerana merindui Papa Roy?  Dan benarkah papa Mc Kenzie panas baran?  Tapi aku tahu benar mesti Papa Mc Kenzie kacak dan serius.  Pelik memikirkan ketika dia membaca  novelku terdahulu.  Dia kelihatan serius, dan aku gugup tetapi kenapa pula aku melihat dia begitu comel? 
Kalau aku sendiri tidak dapat melupakan muka papa-papa ku itu, bagaimana pula Asakir sekiranya benar dia beristeri bunian?  Mesti tersengih-sengih macam orang gila.  Dan tentu juga becakap-cakap sorang-sorang sekiranya tidak dapat berjumpa di ‘dalam’.  Aku tersenyum lucu.  Aku lebih suka orang yang mengenali Asakir dan aku, menuduh Asakir gila.  Tentu ramai orang bersimpati dengan aku kerana setia pada suami yang ‘meracau’ dan sekejap-sekejap ghaib entah ke mana!  Namun aku ingin benar melawat maduku itu bersama Asakir.  Masa dia bersama isterinya jelita nya aku rela tidur di luar.  Tapi aku akan pastikan dia keluar juga ke alam nyata! Kalau tak keluar mampus aku!  Mana aku nak cari suami sebaik Asakir lagi?  Nak jadi isteri bunian?  Jangan harap!  Tidak layak!  Dan aku takut walau sekadar terlintas di fikiran.   Nak jadi isteri orang biasa?  Tidak sekali-sekala.  Nanti dia pula akan kata ku gila.  Bercakap tentang dimensi dan peristiwa aneh tapi benar…  Dan sekejap-sekejap juga hilang melawat anak-anak yang berada di sana. 
Mungkin juga aku akan ditangkap penguasa agama kerana dituduh sesat atau mengamalkan ajaran salah!  Pelik memikirkan bagaimana ada orang tergamak mengatakan Abang Yee itu sesat sedangkan dia tidak pernah mengajar yang buruk.  Dan kami juga terlalu jarang bersolat berjemaah dengannya, kerana katanya ilmu dia tak tinggi.  Tidak layak menjadi imam!  Dia mengajar kami tentang perjuangan Rasululullan s.a.w.  Dia mengajar kami memaafkan orang yang menyakiti kami, dia mengajar kami redha dengan kehilangan harta dunia.  Dia mengajar kami saling berkasih sayang antara suami isteri?  Sesatkah dia?  Dan samada dia jin atau  manusia, boleh kah aku mengupasnya sedangkan ilmu aku begitu cetek?  Dan Papa Roy telah hidup puluhan ribu tahun itu, yang membaca, hafaz dan boleh menafisr ayat-ayat suci itu berkata, walau dia membaca dan mencari ilmu pengetahun melalui Al-Quran, namun ilmu itu tidak habis-habis terungkai.  Mukjizat terbesar Rasululah, bukankah Al-Quran?
Tidak semena-mena juga Papa Mussoni keluar.  Panas baran orangnya. Papa Mussoni mahu dirinya dipancung kerana tidak tahan menanggung derita.  Setiap manusia yang dibunuhnya kerana menjalankan tugas yang diamanahkan.  Dia membunuh manusia yang telah dihukum.  Aku tidak berani bertanya.  Kerana tugasnyakah dia menjadi begitu ‘kaku’ seperti robot?  Tugasnya menyebabkan dia begitu ‘tiada berperasaan’. Namun aku bersimpati.  Walau mengetahui dirinya mungkin dibenci masih juga dia bercerita tentang keburukan dirinya.  Kerana itu Papa Roy berkata Papa Mussoni seorang yang jujur.  Ah! masih ku ingat bagaimana satu malam, kak Eton yang datang lambat bertanya pada Papa Mussoni,
“Ni Abang Yee yang mana?  Yang panas baran tu ke?” Tanyanya bersungguh didengari oleh semua.  
Kami ketawa terkekeh-kekeh.  Papa Mussoni tidak bersuara, mulut melopong dan mata memandang seperti tidak percaya.  Ah!  Kak Eton!  Ada-ada saja tingkahnya yang menggeletek hati. Hanya dia yang berani memeluk dan mencium pipi semua Abang Yee tidak kira itu Papa Roy, Papa Raihan, Papa Puma, atau Papa Mc Kenzie!  Kalau aku boleh berlagak selamba semacam Kak Eton kan bagus!  Berlagak seperti seorang yang tidak berbuat salah apa dan lurus bendul.   Sekarang sudah terlewat untuk aku berlakon sebagai seorang anak yang lurus bendul dan manja tidak mengira tempat.  Wahai!  Walau dimanjakan laki sendiri masih juga mahu bermanja dengan Abang Yee… memang muka tak malu… Dan entah kenapa juga selepas itu aku ditakdirkan ‘rapat’ dengan PaMussoni.  Sekali sekala jika lama tidak menghantar mesej dia bertanya akan keadaan diriku.  Apa yang lucu, dia sentiasa menyuruh aku menjaga diriku, berbanding PaMcKenzie yang sentiasa menyuruh aku menjaga Asakir.  Itu yang menyebabkan aku kadang-kala melebihkan PaMussoni daripada PaMcKenzie.  Lagipun aku sentiasa segan pada PaMcKenzie walau kadang-kadang ku tulis juga sms padanya setiap kali aku  menghadapi kesulitan. 
Kak Eton mencium pipi kiri dan kanan Abang Yee bersungguh-sungguh.  Papa Mussonni tersengih-sengih malu.  Merah padam mukanya.  Siapa yang hendak menghalang kak Eton?  Hanya dia yang berani mencium papa-papaku itu dan papa papa pula tidak akan marah.  Sekiranya aku berbuat demkian, sudah semestinya aku dimaki habis-habisan.  Ah!  Tapi Papa Mussoni juga sudah banyak berubah tidak seperti pertama kali kami berjumpanya.  Dia lebih banyak tersenyum dan sudah pandai bergurau senda. Cuma dia tidak akan bersalam dengan sisters.  Sebenarnya serba salah juga.  Kami tidak dapat mengenal pasti siapa yang berada di depan kami  sekiranya dia tidak bersuara.  Aku sering juga dalam dilema.  Nak salam atau tidak salam?  Ingin bersalam dan mencium tangan Papa-papa tapi kalau dengan kumpulan yang muda belia itu hendak bersalam mungkin ya, namun tidak boleh mencium tangan kerana mereka hanya belasan tahun!  Sepatutnya dia yang mencium tangan kami sebab kami ini berpangkat mak cik dan nenek kepada mereka.  Mana boleh ku bayangkan Abang Yee mencium tangan kami?  Walau berusia setahun jagung dia tetap sifu kami kerana nyata ilmu pengetahuannya lebih tinggi.  Bukankah orang yang lebih berilmu itu lebih mulia?
Ikhwanis anakku, kesayangan Papa Ikhwan dan sering dibawa ke sana.  Comel dan nakalnya tidak ubah seperti atuknya juga.  Suatu hari mengaji di depanku.
‘Iyya anak budu, iyya anak ain, iyya anak ucing…” 
Hafiz tergolek-golek ketawa, aku pula melopong tidak mampu berkata apa.  Aku menghantar sms pada Papa Mc Kenzie memberitahu dan Papa Mc Kenzie menjawab.
“Dia budak lagi!  Tapi macam Yee manja mengaja2”
Entahlah.  Aku tidak berani walau mahu ketawa.  Macamana dia mendapat idea sebegitu rupa?
Beberapa hari selepas itu dia memberitahu aku. 
“Atuk jahat ada kat situ!”  Dia menunjuk ke atas. Dinding kosong. Tempat yang ditunjuk itu hampir ketinggian dengan siling bilik. 
“Atuk marah Anis?”
Dia mengangguk masam.
“Kenapa Anis kata atuk jahat?  Atuk baik tau?  Kesian Atuk!”
“Shebab dia jahat shangat!” Katanya marah.
Aku ketawa lucu. 
“Atuk baik ada datang tak?”
“Tak pun…”
“Atok jahat tu selalu kurung Atok Ikan!  Kena rotan!  Besar rotan tu!”
“Mana Anis tahu?”
“Ari tu anis nampak… nanti Anis besar Anis bunuh semua Atok jahat!”
“Ih! Dosa la akak!  Masuk api neraka! Tau tak?”
Anis diam tidak berkata apa. 
Dan tiga hari selepas itu dia mengaji lagi.
“Iyya anak udu iyya anas tain. Amiiin.”
“Siapa ajar Anis?’
“Atuk yang jahat tu!”
“Pandailah anak mami!”  Sekurang-kurangnya dia tahu apa yang benar dan apa yang salah.
“Iyya anak udu, iyya anak ain, iyya anak ucing!” Dia ketawa terkekeh-kekeh.
“Mami tak nak tawan dengan Anis!” Aku mengugut.
“cayang mami!  Cayang!”
Dia mendekati  mukaku dan menjilat bibirku.  Anak itu memang pandai memujuk.  Aku  memeluknya erat.
“Kalau cakap iyya anak udu iyya anas tain, baru atuk Mc Kenzie tak marah ya mami?”
Aku terkejut.  Rupanya dia mengetahui Papa Mc Kenzie.
“Ya la… baru atuk sayang Anis…”
“Oh…”
“Paham?”
“Paham…”
“Apa maknanya?”  Aku mengusik.
“Tak ada maknanya…”
Dia meniru abang-abangnya yang mencedok tutur kata Apek dari filem Bujang Senang.
“Hah!  Tak ada makna?”
“Ada makna!”  Katanya keliru sedikit.
“Apa maknanya?”  Aku mengusik lagi.
“tak ada maknanya… Bosyan!”
Aku terkekeh-kekeh melihat dia mula memasamkan muka.  Comel betul dan pandai betul dia menjawab.  Aku menciumnya bertubi-tubi di muka sehingga dia ketawa.


[1] Sejenis silap mata.  Apabila digunakan, orang yang dikenakan melihat sesuatu yang sebenarnya tidak wujud