catatan peribadi ryina ikhwan

Ikuti catatan peribadi ryina ikhwan di http://ryinaikhwanroslina.blogspot.com/

Sunday 3 July 2011

Bahagian 21

Suatu malam Asakir terbaring di atas katil sedangkan anak-anak pula menonton tv di ruang tamu.  Aku dengan sengaja membaringkan badan ke atas badan Asakir.  Dia memelukku sambil tersenyum.
“Bau manislah mami ni!”
“Ya lah!  Baru lepas mandi herba… cuba sentuh kulit lembut tak?”
Asakir menggosok-gosok lenganku.
“Haah… lembut… licin.”
“cium la wangi ke tak?”
“Nak cium apa… dah bau! Semerbak…”  Dia menggosk kedua-dua belah lenganku.
“alah buat je lah.  Wangi tak?”
Dia mencium pipiku dengan lembut.  Aku berpuas hati.
“wangi… mami tak bilas ya?” 
“Dah bilas tadi dengan air, kena biar dulu tiga empat jam baru nak syampu dan sabun… esok pagi mami buat… malas lah…”
“Mandi lepas nil ah!  Nanti jadi apa-apa tak ikut petua orang tua tu!”
“Ah! Tak pa esok pagi je… badan orang tengah sedap ni,” aku berseloroh lalu ketawa terkekeh-kekeh.
“Papa rasa mami ringan sikit…”
“ya?  Sifu Le’Mante kata mandi ni boleh bakar lemak… Masa mula-mula mami mandi, badan rasa panas macam nak demam.  Mungkin betul kot… boleh kurangkan berat badan.  Tapi best mandi herba… rasa macam intan pulak!”
“ikut suka awaklah… tapi esok pagi jangan peluk papa, mesti bau macam rumput mati yang dah peram dalam air!”
Aku ketawa gelihati. 
“Lantaklah!  Tak kuasa mami nak mandi dua tiga kali semalaman…”
“Mami ni kalau gulai asam pedas mesti sedap sebab dah perap dengan herba!”
“malas lah nak layan.  Saya nak tengok anak kat luar!”
Aku keluar sambil tersenyum melihat wajah Asakir yang kecewa.  Dia berkata perlahan,
“saja ja nak action kat orang lepas tu belah macam tu je!”
Bukan aku nak mengecewakan Asakir tapi masa tidak sesuai.  Anak-anak asyik berulang alik ke bilik tidur kami dan ke ruang tamu macam meronda  terutama Ikhwanis.  Selalu buat spot check! Dan aku takkan lupa kelibat Hafiz yang berhenti separuh jalan tatkala menuju ke bilikku apabila melihat aku dan suami berpeluk di dalam selimut!  Haziq pula tatkala kami mengunci pintu mengetuk pintu bagai mahu pecah pintu itu dibuatnya.
Tapi pelik!  Aku memang suka mandi herba.  Sebelum ini aku tidak begitu suka mengikut petua-petua Abang Yee.  Kadang-kadang aku terlupa kerana kesibukanku.  Tetapi kali ini aku seronok dan tak sabar untuk mandi.  Dan aku suka menyentuh kulit lengan dan merasa betapa mulus dan licinnya kulitku.  Pernah Asakir bertanya ketika aku sedang menggosok dan mencium lengan ku.
“Awak ni apahal?  Meraba-raba badan sendiri?”
“ok apa… ikut suka kita lah badan ni kita punya nak buat apa pun!” Aku tersengih.
“Awak ni sentuh badan sendiri rasa syok ke?”
Aku tergelak.
“Sebenarnya… mami suka gosok-gosok ni…”
“Awak ni dah gila ke … semacam je saya tengok…!”
Aku ketawa terkekeh-kekeh.
Seorang sisters pernah bertanya pada Abang Yee, kenapa bila menonton filem Inggeris, mereka bercium macam ‘best sangat’?  Semasa itulah terdetik di hatiku.  Perasaan itu akan datang dengan sendiri jika diri sendiri terlebih dahulu ikhlas terhadap suami.  Aku pernah mengalaminya.  Tidak perlu mengharapkan suami memuaskan hati dan nafsu isteri jika isteri tidak ikhlas semasa bersama suami.  Perkara yang sekecil itu jika dibiarkan akan menjadi barah, membunuh secara perlahan dan senyap dan akhirnya boleh memusnahkan kebahagiaan rumahtangga.  Baik aku mahu Asakir pernah merasai getir apabila hubungan suami isteri berjalan baik dan lancar tetapi sedikit terguris apabila aku mahu pun dia tidak lagi bahagia semasa ‘bersama’.  Ia menjadi hodoh dan buruk, serta menyakitkan.  Ia tidak seperti awal perkahwinan yang manis dan indah segalanya.  Aku di dalam hati menyalahkan Asakir, sedangkan Asakir pula merasakan aku tidak mencintainya.  Aku juga pernah merasa jauh hati kerana seolah-olah perkahwinan bagi dia adalah seks semata-mata.  Dan beberapa kali setelah kami berbincang dari hati ke hati dan sedia menerima teguran dan permintaan masing-masing segalanya menjadi mudah dan keinginan bersama sentiasa ada walaupun kerap kali tidak tertunai kerana aku yang terlelap atau dia yang terlelap terlebih dahulu, gara-gara menunggu anak-anak yang lewat tidur.  Biasanya kami tidur lebih awal dari anak-anak.  Anak-anakku selagi rumah tidak gelap seperti di dalam gua tidak akan tidur, dan mereka tidak takut walau gelap gelita, ke hulu ke hilir, ke dapur, ke ruang tamu dan  mencari tempat ‘landing’ yang sesuai.  Biasanya Wanis dan Haziq akan tidur di sebelah ku… dan memelukku.  Akibat nya Asakir tertolak ke tepi atau kadang-kadang ke bawah. 
Beberapa bulan dulu Asakir berkata membuat aku begitu terharu. 
“Kita ni macam mula-mula kawin dulukan?  Ingat tak?  Berpeluk je…”
Ah! Aku memang ingin tidur sentiasa di sebelah Asakir.  Tidur di sebelahnya saja sudah cukup untuk aku merasa kebahagiaan.  Aku sentiasa tidak boleh tidur jika Asakir ‘outstation’ ke tempat lain.  Terasa begitu sunyi.  Pernah aku menangis tatkala melepaskan Asakir pergi ke Trengganu.  Asakir cuma tersenyum, bahagia melihat aku begitu sayangkannya, sedangkan aku begitu pedih kerana merasa diri asyik ditinggalkan. 
Bercium seperti orang putih’, membuat aku muak dengan pertanyaan sebegitu.  Ah!  Memang la ‘best’ sebab mereka bercium dengan orang lain, bukan dengan orang yang sama berpuluh-puluh tahun.  Sedangkan dengan suami sendiri pun boleh bercium dengan ‘best’ kalau diri sendiri pandai membelai suami dan mempamerkan cinta yang ikhlas.  Segala-galanya bermula dengan hati… keikhlasan itu yang penting.  Dan yang penting keikhlasan isteri akan sampai juga ke minda suami.  Tidak perlu selalu menyatakan cinta dan rindu kerana lama-kelamaan ia akan jadi jemu, dan tidak perlu menunjukkan pada orang keintiman sebagai suami isteri kerana kadang-kadang ia boleh megundang kemarahan dan sakit hati orang.  Kadang-kadang aku juga ingin berpegang tangan dengan Asakir walau di depan orang lain.  Namun dia tidak berapa suka dan aku pula tidak memaksa.  Namun jika aku memaksa dia tidak kisah juga.  Suamiku memang terlalu baik untukku.  Walau papa Dior dan Mc Kenzie selalu berkata aku pemalas, tidak juga Asakir ambil peduli dan aku pula usahakan sekadar yang aku mampu.  Aku perlukan waktu untuk diri sendiri, bersantai sebelum tidur selepas seharian di pejabat.  Aku perlu manjakan diri sendiri agar aku boleh memanjakan Asakir dan anak-anak.  Mana mungkin aku boleh memberi kasih dan sayang sekiranya aku sendiri tidak dapat memberikannya kepada diriku sendiri?  Jika aku memaksa diri bermakna aku tidak ikhlas, dan tanpa keikhlasan tidak bermakna juga.  Muka akan kelihatan lebih tua dan tegang.  Mungkinkah kerana itu mukaku kelihatan lebih muda dari usia?  Memang  beruntung kerana semua adik beradikku kelihatan lebih muda dari usia sebenar.  Dan kata Asakir, setiap waktu, jari jemariku seperti gadis belasan tahun, lembut, licin dan tidak ada urat-urat yang timbul.  Memang bangga kerana itulah hakikatnya.  Kalau Abang Yee tentu dia kata memanglah jari-jemariku lembut sebab aku tak  kerja apa.  Ah!  Abang Yee tidak perlulah memarahi aku kerana nasib aku yang bersuamikan Asakir yang baik hati dan kerana nasib Asakir beristerikan aku yang tahu mengambil hati suami walau pemalas.  Asakir bahagia dan aku juga lebih-lebih lagi bahagia. 
Aku juga suka berjenaka.  Tidak tahan dengan kerenah para pelajar, aku kadang-kadang menegur dengan tegas tetapi dipenuhi jenaka yang membuat mereka ketawa.  Kadang-kadang ada pelajar tidak mengambil subjek apabila mengetahui aku tidak mengajar subjek itu pada sesuatu masa.  Ada pelajar Cina yang sering bertandang ke bilikku walau sudah tidak masuk kelasku.  Selama sepuluh tahun lebih mengajar, cuma sekali aku naik minyak, marahkan pelajar yang ketika aku sedang serius menerangkan berbisik-bisik perkara yang tidak berkaitan sambil tersenyum-senyum.  Baranku menyerang.  Aku berkata,
“tolong hormatkan saya sedikit.  Saya sedang berusaha untuk membuat awak faham, tapi awak pula sok sek sok sek.  Kalau pasal pelajaran tak apa. Ni apa halnya sengih-sengih tak concentrate kat saya. Awak ingat saya mengajar batu ke dinding?  Dalam kelas, perbuatan awak tu memang kurang ajar… dan saya tak suka.  Samada awak Cina atau Melayu, Buddha atau Islam dua-dua mengajar untuk kita hormatkan cikgu.  Jangan awak tengok saya baik dan selalu ketawa, awak boleh naik atas kepala saya.  Saya dah hilang mood!  Kelas habis setakat ini, dan next time, saya nak awak jaga tingkah laku awak.  Awak pelajar universiti bukan budak sekolah lagi.  Fikir dengan otak!”
Aku mengemas buku dan alatulis lalu beredar meninggalkan para pelajar yang terkejut dan takut.  Puas hatiku.  Seminggu selepasnya seorang bekas pelajar ku datang menjenguk.
“Dia orang kata sensei garang.  Aku jadi pelik bila pula sensei berubah jadi garang!”
 “Dengan awak pun saya boleh garang kalau tak respect saya dalam kelas.  Awak tu sebut ‘aku’! ‘Aku’! Kan saya dah cakap tak boleh sebut ‘aku kamu’ dengan lecturer?”
“Sorry, aku… eh! Saya tak sengaja!”
Aku mengeleng kepala sebelum tersenyum memahami.  Pelajar Cina ini memang baik dan selalu bertanya di dalam kelas.  Cuma kerana sudah terbiasa bercakap ‘aku kamu’ dengn rakan-rakan Melayu dia sering tersasul menyebut ‘aku’…
Lucunya, selepas di bergraduat dia mengirimkan sekeping kad hari raya kepadaku.  Dia menulis,
“I miss you and hoping that you miss me too”.  Entah apa-apa. Dia faham ke apa yang dia tulis?  Aku Cuma mengeleng kepala.  Budak ini terlalu baik dan lurus.  Kali terakhir dia datang mencariku untuk bertanya tentang kursus sarjana di Jepun.  Dia terlalu mengkagumi orang Jepun dan ingin memahirkan diri dalam bahasanya.  Katanya, kalau ingin memahami bahasa Jepun, seseorang itu perlu ke Jepun, berkawan dan berkerja di Jepun atau belajar di Jepun.  Dan aku bersetuju. Ku cari kolej-kolej yang sesuai untuknya di internet.  Dan aku agak mungkin dia sudah berada di Jepun ketika ini. Dia memberitahu juga, kakaknya seorang peguam.  Sebelum memulakan tugas sebagai peguam, demi memahirkan diri dalam bahasa Inggeris, kakaknya dihantar oleh ayahnya ke England selama setahun.  Di sana dia bekerja untuk mencari pengalaman dan memahirkan diri sepenuhnya dengan bahasa Inggeris.  Aku kagum pada ayahnya.  Ayahnya mempunyai ladang kelapa di Kuala Besar.  Walaupun tidak kaya mana, menurut anaknya, dia sanggup berhabis demi masa depan anaknya.




No comments:

Post a Comment