catatan peribadi ryina ikhwan

Ikuti catatan peribadi ryina ikhwan di http://ryinaikhwanroslina.blogspot.com/

Sunday 31 July 2011

Bahagian 24

Malam setelah ke pejabat Abang Yee memanggil kami lagi ke Subang Jaya.
Papa Mc Kenzie menyanyi lagu ‘rock steady’, ‘sunrise’, ‘purple haze’ , ‘gerhana’ serta beberapa lagu lagi.
Memang suaranya bertenaga.  Seperti melihat konsert walau hanya berbekalan  keyboard!  Sound system dari dalam! 
Kemudian dia berhenti, lalu menyertai kami di kerusi.
“Aku ‘Dior’, the real Tok Anjang!  Kalau aku bawa lagu the final countdown maknanya aku akan tinggalkan kamu semua!  Tapi aku akan tinggalkan kamu setelah kamu semua boleh masuk ‘dalam’.  Kat ‘dalam’ tu semua saudara mara kau orang dah tunggu!  Mereka pun dah ready nak jumpa!”
Wah!  Apa hal pulak ni?  Papa ‘Mc Kenzie’ mengaku dia adalah Tok Anjang. Dulu dia kata ‘Dior’ yang Tok Anjang!  Aku dah mati akal!  Seram sejuk!  Selama ini beberapa nama Abang Yee aku tukar untuk tujuan penulisan novelku!  Nama sebenar Papa Dior adalah Mc Kenzie!  Semasa ku ketahui nama Mc Kenzie aku memerah otak untuk menukar namanya supaya bila aku hantar manuskrip novel, Abang Yee tidak akan tahu siapa yang ku maksudkan.  Setelah aku menukar nama Mc Kenzie kepada Dior, tiba-tiba ada Raine yang bernama Dior!  Semasa itu aku kelam kabut, nama Dior itu diambil dari novelku atau memang betulnya?  Kebetulan atau memang dia mengambil nama dari novelku?  Atau aku memang mempunyai pancaindera keenam yang boleh merasai sesuatu yang bakal berlaku?  Kerana sebelum ini, aku perhatikan, dalam proses penulisan ini novelku mendahului kenyataan.  Dan takkan ku lupa walau aku lupakan G!  Katanya, “Khayalkan reality!”  Kini khayalanku menjadi nyata!  Tiga bulan lepas setelah ku ketahui ada PA Papa Mc Kenzie bernama Dior, aku nyatakan di dalam novelku ini adalah Mc Kenzie!  Jadi yang sebenarnya Mc Kenzie adalah Dior dan Dior adalah Mc Kenzie.  Namun kenyataannya Tok Anjang sebenar adalah Dior!  Dior baru yang ku katakan berrnama Mc Kenzie dan PA Dior!  Samada aku bangang atau terlebih cerdik!  Papa Dior memperbodohkan aku!  Dia mempermainkan aku!  Sampai bila bunian nak berlakon ni?  Teruknya!
I am  confused!  So very confused!  Sifu!!!!!!  tolong!!!!!”
Terasa ingin menjerit memanggil G!  Kepala otakku dah mereng sejak menulis cerita bunian!  Memang pucat seketika.  Orang yang dikata PA Tok Anjang adalah Tok Anjang!  Tetapi namanya memang Dior seperti yang ku tulis.  Kalau G masih boleh membalas sms ku tentu dia akan berkata,
“kehkehkeh!  Padan muka u!”
Semasa Abang Yee Le’Mante menaiki tangga untuk tidur aku mendapatkannya sambil memberinya manuskrip novelku.
“Papa Dior tu memang asal nama Dior ya?”
“ya lah! Memang nama betul pun!”
“Tapi dalam novel, nama dia saya tukar jadi Mc Kenzie dan Papa Mc Kenzie jadi Dior!  Nama Dior tu saya cipta sendiri!”
Adik Yee tergamam seketika. 
“So dalam novel saya, saya memang tulis “Dior” tu the real Tok Anjang!  So fakta tak berlawanlah!”
“oh!!! Sebab kau dah matang menulis! …Sebab tu dia sayang kau!”
Orang lain pula yang menjawab.  Aku tanya orang lain, orang lain yang jawab.  Mana pulak Le’Mante pergi? Tak nak melayan aku?
Ahh!  Papa Dior takkan sayangkan aku!  Seminggu dua ini dia memang tidak melayan aku seperti mana dia melayan sisters.  Aku rasa semua Abang Yee tak sayangkan aku!  Hanya G dan Yee Manja!  Papa Mc Kenzie pula tiba-tiba buat derg je dengan aku walau aku tak buat salah apa!  Orang lain buat salah aku yang kena tempiasnya.  Aku ni nak juga bermanja dengan Abang Yee walau aku bodoh dan tak tahu apa.  Dia ingat aku tak tahu cemburu!  Tak sakit hati melihat mereka mesra dengan sisters.  Aku terpaksa buat tidak tahu juga, dia bukan suami aku!  Bukan ayahku!
Ralat: ‘Dior’ yang ditulis sehingga ke saat ini sebenarnya adalah McKenzie dan ‘Mc Kenzie’ itu adalah Dior.   Dan pada bab berikutnya ‘Dior’ adalah Dior sebenarnya dan Mc Kenzie itu adalah Mc Kenzie yang sebenarnya.  Mc Kenzie, seorang Raine yang tersangat ‘macho’, tegas dan serius manakala Dior pula serius dan penyayang tetapi tidak berkompromi. 

Saturday 23 July 2011

Bahagian 23

Rindu kepada Papa Dior itu memang telah terubat.  Sejak sisters pandai-pandai melawan arahan Abang Yee, Papa Dior yang baik hati itu tidak lagi seperti dahulu.  Asyik masam muka membuat aku serba salah.  Belum pun aku sempat bermanja dengan Papa Dior aku telah pun kehilangannya.  Sekali sekala memandang muka sisters memang buat aku tak senang duduk.  Kerana mereka aku kehilangan Papa Dior! Baru dia ingin memanjakan aku dan aku sudah jatuh sayang pada dia, dia telah ‘naik’ satu karektor lagi, menjadi lebih serius, lebih tegas dan lebih dingin! Mereka tidak mengapa walau kehilangan Papa Dior sebab mereka telah puas bermanja dan dimanja!  Aku ini  baru nak merasa.  Mereka belum tengok aku naik tocang!  Belum dengar mulut bisaku!  Sekarang ni seorang sisters lagi buat hal.  Papa Mc Kenzie yang sebaik hati Papa Dior sebelum ini menahan sabar. 
Satu lawatan dianjurkan oleh sisters untuk melawat Bukit Malawati pada malam-malam buta.  Aku apatah lagi terus mendaftar diri kerana ku tahu Bukit Malawati pernah disebut oleh G.  Katanya, kalau nak tulis pasal bunian, jangan lupa melawat Bukit Malawati, tempat pentadbir dan tentera bunian!  Dia kata sekali sekala dia ke sana berjumpa Yee Manja dan Raine!  Ia tercatit dalam nota-nota yang ku tulis.  Tiba-tiba sahaja buku nota yang ku hilangkan ku jumpa kembali di bawah katil.  Dan dalam nota itu memang sah aku sayang bagai nak rak kat G!  Ampunlah Tok Guru!  Hamba tak sedar diri ketika itu.  Hamba terbabas.  Mana nak tahu aku sayang menggila kat Tok Guru!  Memang nyaris nak kena penampar Asakir!
Ku tinggalkan anak-anak di rumah bersama Angah di rumah dan kami berkumpul di Bukit Malawati.  Cuaca kepanasan.  Tubuh melekit-lekit.  Tiada angin bertiup.  Aku memang tidak pernah ke Bukit Malawti, sekali sekala berpegangan tangan dengan Asakir memang cukup membahagiakan.  Rancangan itu dirahsiakan dari Papa Raine kerana takutkan Raine akan menyekat pintu stargate!  Papa Mc Kenzie dah berjanji, kalau kami hantar frekuensi bersama dan ikhlas hati kami akan ditarik ke dalam, jumpa saudara mara kami di sana.  Kak Ilah tidak sabar-sabar ingin masuk ke dalam jumpa anak-anak dan cucu-cucunya.  Ah!  Aku pun nak masuk dalam jumpa anakku Nor Ikhwan, jumpa G, jumpa Papa Yee Manja yang cute dan jumpa Papa Dior!  Aku nak jumpa juga saudara mara aku di sana!  Intan-intan yang pernah menjenguk aku semasa di rumah pusaka dan ramai lagi!
Senja aku berpegangan tangan dengan Asakir duduk di bangku di bawah pokok.  Di depanku adalah tanah curam.    Aku memang terasa sakit kepala sejak sampai di atas bukit itu, semakin hampir dengan Batu Hampar, sakit kepala makin kuat.  Kerana itu aku melarikan diri duduk di bangku. Asakir meninggalkan aku seketika.  Aku kemudian menutup mata. Mengangkat kedua tangan ke paras dada dan mula bertafakur!  Aku bayangkan aku berjumpa G, jumpa Yee Manja dan jumpa Papa Dior!  Tidak lama, tidak sampai lima saat, terasa sejuk di tengkuk, bulu roma meremang dan angin sepoi-sepoi bahasa bertiup.  Udara yang mengalir sehingga terasa ia melalui bulu romaku!  Aneh!  Memang betul aku tidak pernah merasa nyaman sedemikian.  Aku membuka mata kerana merasa agak panic.  Pandangan yang ku lihat agak gelap dari sebelumnya!  Lebih redup dan ada angin meniup daun-daun pokok!  Sebelum ini daun-daun tidak bergoyang, dan cuaca lebih panas.  Aku memerhati seketika dengan teka teki, seolah-olah sebentar tadi aku telah masuk ke dimensi yang berlainan.  Aku segera meninggalkan tempat itu setelah mendengar Asakir memanggil aku ke tempatnya.  Namun sakit kepala masih menyerang, dan rupa-rupanya kami famili diserang sakit kepala sebaik sahaja sampai ke Batu Hampar !  Pusat Stargate!
Gelap gelita seluruh Bukit Malawati.  Kami berhimpun di Batu Hampar.  Kak Ilah baring di Batu Hampar.  Suraya, Kak Mun dan Kak Moly duduk di atas batu di bawah.  Di depan mereka pula seorang sisters yang lain pula bertafakur di tembok batu!  Memang ada mirip-mirip seekers!  Aku bertanya pada Maisarah,
“Siapa tu Mas duduk kat tembok tu!  Macam penunggu je!”
Aku berlawak sambil mengutuk sisters.
“Kak Eton lah!”
“Macam jerangkung pulak!  Duduk mencangkung sorang-sorang macam tu! Tengah maghrib ni! Seram betul!”

Kak Eton telah disuruh Suraya duduk di situ bertafakur menghantar frekuensi pada Yee Manja.  Frekuensi Kak Eton kuat.  Dia nyaris ditelan stargate sebelum ini di dalam ‘mimpi’.  Mimpi tapi realiti.  Dikoreknya lubang stargate dengan jari sedangkan sisters yang lain duduk bergayut memegang baju Kak Eton, mahu masuk bersama!  Dia ingat senang nak masuk?  Masa tu terus gate keeper menghantar frekuensi pada Raine.  Apa lagi terus ditutup stargate.  Kak Eton kembali ke alam nyata.  Memang padan muka.  Dalam mimpi pun sisters tak ajak aku sekali masuk stargate!  Geram betul!  Dia ingat boleh tinggalkan aku ikut suka dia orang!  Aku pun nak masuk juga!  Mentang-mentang dia anak kesayangan Yee Manja senang-senang je nak masuk!  Aku lagilah disayangi Yee Manja!  Sebab dalam ramai-ramai aku saja yang menulis novel pasal bunian dan Yee Manja.. the naughty king!  Cute betul dia dan menggoda betul renungan mata dia. Sebab itu kami tak  kisah walau sering dipermainkan dia. 
Kak Khalisa bergaya betul dengan digital kameranya.  Macam the real seekers!  Klik sana klik sini.  Lepas tu mengadu kat Asakir,
“Kenapa kamera akak ni ada macam haze kat tengah-tengah!  Ni dimensi lain  dah ni!”
“Mana nak tengok?” Kata Asakir.
Asakir tersengih-sengih., sambil mencuci lensa dengan sapu tangan.  Dia berkata sambil tersengih,
“tompok-tompok ni sebab kotor!  Patutlah semua gambar ada kabus!”
Aku tersengih memandang Kak Khalisa.
“Jual je lah kak kamera akak ni!  Teknologi canggih tapi tak tahu nak guna!”
Kak Khalisa cuma tersenyum. 
Besoknya hari Sabtu Asakir memindahkan gambar yang diambil di Bukit Malawati ke dalam komputernya.  Aku memerhati lalu menunjuk!  Mata hati sudah terbuka.  Aku sudah boleh nampak gambar-gambar bunian di Bulit Malawati itu!
“Ni! Clear betul ni!  Handsome nak mampus!  Macam Mat Arab!  Dahi dia luas sikit.  Papa tengok ni!  Nampak tak? Ni hidung, mata, mulut, pipi, tangan dia bersilang. Kaki dia mencangkung!  Putihnya!  Mami rasa ni Sifu mami, G!  Kan dia umur 40 an!  Tengok muda lagi ni!  Mesti G! Dia tengok mami anak murid dia!”
Asakir mengangguk-ngangguk sambil membesarkan gambar.
“Ini anak kembar ni! Anak Kak Ilah kot!  Sepasang, lelaki dan perempuan!...”
“Ni ada orang berjalan atas pokok .. perempuan!  Lawanya!  Mesti Intan!”
“Ni ada muka orang macam kena sumpahan, muka macam harimau ke apa ni! Ada sorang lagi duduk melekat kat atas pokok, kena sumpahan juga ni!  Boleh nampak dari kepala sampai kaki dia!”
Asakir membesarkan gambar yang lain pula!
“Ni  Tok Wira!  Atas padang ni!”
Agaknya Asakir marahkan aku tak habis-habis bercakap atau kerana dia tak nampak!
“Mami ni memang nampak real ke?”
“Nampak!  Sebab tu Papa Mc Kenzie suruh Sifu Le’Mante ajar kita mandi herba!  Supaya kita boleh masuk stargate!  Sekarang ni kita memang tak boleh nampak mereka atas bukit tu, tapi kita dah boleh nampak mereka dalam gambar!  Dulu mami mana dapat tengok mereka  dalam gambar!  Dalam painting pun mami dah nampak clear!  Jangan bagitau Raine tau!  Dia memang tak suka kita masuk dalam.  Dia kata kita ni bawa virus, nanti habis berjangkit perangai s**** kita kat bunian!”
Diam. 
“Papa tak nampak ke?”
“Nampak!  Tapi papa taklah clear macam mami!”
“Tu lah!  Kita mandi herba cepat-cepat habiskan course!  Nanti papa masuk dalam papa seludup teknologi dari sana bawa sini,  Mami nak cari G!  Mami nak jadi penulis terkenal macam dia, nak menghayati menulis macam dia!”
“ya ke nak jadi penulis macam dia?  Ke awak nak feeling demgan dia?”
“Cis!  Bertaubatlah papa!  Ada ke macam tu?  Dia tu dah Pak Haji, pakai serban!  Dah alim gila!  Takkan nak layan mami.  Dan takkan mami berani lagi dah!  Nanti kena sumpah kat Papa Dior dan Mc Kenzie!  Dua orang tu asyik menyumpah orang je kerjanya.  Sumpah orang jadi batu!  Hari tu katak sumpahan kat rumah Dr Khalisa mati!  Dia mati dengan tangan dia ke dada, macam orang Islam mati!  Papa Mc Kenzie kata nama dia Rahim!  Dah dua ratus tahun jadi katak!  Tahun depan Jun hukuman nak habis, tak sempat keluar mati dalam sumpahan!   Entah-entah siput babi beratus-ratus ekor kat rumah kita ni pun kena sumpah!”
Asakir turut ketawa lucu.  Aku ketawa terkekeh-kekeh.  Ah!  Memang betul banyak siput babi di rumahku.    
Tengahari aku ke rumah Abang Yee, bersama Asakir.  Aku memberitahu Abang Yee, Mc Kenzie. 
“Saya nampak bunian seorang, handsome sangat!  Macam Mat Arab!  Clear betul!”
Abang Yee memandang gambar melalui laptop Asakir.
Dia tersenyum. 
“Siapa Abang Yee?”
“Yee Manja!”
Aku kehairanan.  Dia ingat aku bodoh?  Bodoh-bodoh aku pun aku ada ph.d!  Aku ada gambar Yee Manja dalam bilik pejabatku!  Memang lain!  Dia lelaki penggoda.  Ini lelaki macho!
“Ni, dahi luas macam ni!”  Aku tak berpuas hati.
“Gambar tu mengembang!”
Ahh!  Mati akalku mahu membantah lagi.  Takkan aku nak bantah perkara yang tidak ku ketahui!  Aku bukan macam sisters dua orang tu.  Tak tahu pun nak menjawab macam tahu!
“Ni orang sumpahan kan atas pokok ni!  Macam kepala rimau ke monyet ke macam ni!  Kat sini pun ada, seluruh badan boleh nampak ni!”
Aku mengalih topik.  Dia tersenyum.  Tidak mengangguk tidak menggeleng.  Betullah tu!  Papa Raine!  Mata hati sudah terbuka!  Papa tak boleh kata mata hati saya buta lagi! Hah! Puas hati!
“Kat baju Rosya tu ada dua orang.  Nampak?”
Memang aku tak nampak tapi aku cuma pelik melihat di baju aku tertonjol macam pusat!  Takkan kelihatan lubang pusat di perutku?  Aku memakai baju!  Lagipun pusat aku bukan terjulur keluar macam itu.
“Yee Manja kelakar betul!  Dia menyumpah-nyumpah kau orang sebab tak tengok dia!  Dia ambil meriam nak tembak kau orang.  Kami ketawa macam nak pecah perut.  Dia kata apasal la kau orang ni buta mata buta hati tak boleh nampak? Mem! Papa Mc Kenzie pula buat konsert rock kat padang tu.  Kami ni nak kena jaga kau orang lagi, nak tengok boss lagi!  Yang dalam gambar tu bukan Papa Yee Manja tapi papa Mc Kenzie.  Dia saja tak nak cakap!”
Dua orang bercakap.  Tadi Papa Mc Kenzie.  Sekarang bukan lagi Abang Yee tapi Adik Yee!  Sakit kepala otakku! 
“kalau masuk dalam jangan cari kita orang tahu!  Kami nak menyorok takut mem jumpa!  Kalau jumpa mesti kena kurung!  Pas tu tanya kita orang satu-satu pasal bunian!”
“Teruk betul!  Takkan saya nak kurung you all! Sampai hati nak lari pula kalau saya masuk!”
Jahat betul adik-adik GoL.  Sampai mahu lari kalau aku masuk ‘dalam’?  aku pun tak sudi nak kejar kau orang! Mungkin aku kejar G ku seorang, bersemuka dan mengasak macam-macam soalan sehingga dia mengaku salah.









Thursday 14 July 2011

Bahagian 22


“looking for love and nothing more
my soul will be my friend
and I love you for all my life”
Indah senikata lagu yang dinyanyikan oleh papa Mc Kenzie.  Merdunya suara ketika dia mengalunkan lagu itu dengan suara rockersnya, penuh bertenaga.  Mana orang menyangka yang menyanyi itu orang tua!   Kalau orang lain tentu menyangka Abang Yee ini orang tua tak sedar diri, asyik melalak dekat-dekat maghrib dan selepas maghrib.  Tapi kami ini sudah tahu benar, Abang Yee itu siapa.  Dia solat khusuk dan berjemaah di dalam.  Di luar dia sembahyang tidak lama, mungkin kerana kami bersama.  Lagi pun mereka tidak mahu menunjukkan mereka ini alim.  Takut kami taksub atau mungkin takut kami melarikan diri.  Maklumlah ilmu tidak tinggi, dapat tok guru yang serba boleh mungkin membuat kami takut!
“looking for love and nothing more”
Mencari cinta … cinta kepada Allah dan Rasulnya, cinta kepada sahabat-sahabat Rasulullah, cinta kepada sesame saudara Islam dan cinta sesame makhluk…
“And nothing more” … tiada lagi yang diperlukan di dalam hidup ini, hanya cinta, dan harta dunia sudah tidak menjadi matlamat kehidupan kerana kecintaan kepada Allah, Rasulullah dan makhluk Nya…
“My soul will be my friend” … Andai ditinggalkan bersendirian, dengan tiada sebarang harta dunia, saudara dan rakan, yang tinggal dan yang terus setia adalah jiwa, batin dan nyawa.
“And I love you for all my life”
Sepanjang hidup ini terus bersama Cinta Agung, walau begitu banyak cabaran, dugaan dan kesepian melanda…
Papa Mc Kenzie memang rockers tetapi dalam ilmunya.  Boleh bergurau senda, namun bila kami membuat silap, memang nak kena maki dua tiga minggu!  Dulu Papa Dior juga sebelum bertukar karakter juga begitu… Ah!  Rindukan Papa Dior yang dulu!  Kalau dia keluar pun aku mungkin tidak sedar… asyik bertukar karakter!  Aku dah naik keliru.  Bila suatu hari aku suarakan pada Asakir, yang mungkin Mc Kenzie dan Dior orang yang sama, Asakir membalas,
“ha-ah!  Entah-entah semua orang, Yee Manja, Alang, G, Dior, Mc kenzie, Raine adalah orang yang sama.  Semua tu orang yang sama!  Satu figure satu karakter!”
Aku yang ternganga, tidak pernah terfikir oleh otakku, tidak sampai satu saat ketawa,
“Tak mustahil!  Entah-entah semua tu adalah Tok Anjang! Atau Yee Manja!”
Dalam hati berfikir, kalau mereka semua adalah satu figure sahaja sebenarnya, Abang Yee ini memang sah ada penyakit Skizofrenia!  Kerana kalau dia orang biasa, tak mungkin boleh menjadi sebegitu banyak perangai, kerenah, dan kepandaian! 
Mana boleh ku lupakan Papa Yee Manjaku.  Comelnya wajahnya.  Walau yang ku nampak  muka yang sama namun ada bezanya dia dengan yang lain.  Raut wajahnya kelihatan comel dan manis dipandang. Aura Yee Manja!  Kasih sayang Yee Manja!  Renungan Yee Manja!  Dia tetap ku ingati walau sudah lama tidak berjumpa.  Manusia yang satu dalam seratus juta!  Nanti dia keluar aku akan memeluknya lama-lama!  Pedulikan dengan Asakir.  Asakir bukan tahu cemburu akan hubunganku dengan Abang Yee.  Dia tidak kisah aku berpeluk atau bercium dengan Abang Yee.  Tapi jangan pandai-pandai nak sengih kat jantan lain di depan dia, terutama lelaki-lelaki muda… kalau tak kena leter pun aku akan kena boikot!
Wajah Papa Dior, yang tegas dan serius.  Dalam ketegasannya tersembunyi kasih sayang untuk kami.  Ingin sekali bersalam dengan Papa Dior, namun tidak lagi dibenarkan.  Dia tidak tahukah aku begitu sayangkan dirinya?  Dan kerana bagiku Papa Dior dan Mc Kenzie itu macam kembar saja, dan aku agak orang yang sama sebenarnya, aku pada suatu ketika semasa ingin keluar dari rumah Abang Yee berkata kepada Papa Mc Kenzie,
“Saya nak salam, saya tak kira!  Saya nak salam juga!”
Geram betul, nak salam pun tak boleh ke?  Sedangkan dengan Papa Yee Manja, siap boleh berpeluk lagi!
Abang Yee terkekeh-kekeh ketawa.
“Rosya ni ada dendam dengan aku ni…”
“Memanglah!” Aku mengaku.  Memang muka ku tidak tahu malu.  Lagipun memang papa Dior pun dah tak larat dengan aku. Asyik merinduinya walau dia cuma buat ‘derg’.
Aku dapat juga mencium tangannya.  Memang aku suka mencium tangan Abang Yee.  Sejuk dan lembut.  Memang aku menumpang kasih suami orang, kasih ayah orang, namun peduli apa aku! Dia kata aku ni keturunan Raja Bunian.  Entah ya entah tidak, aku pun sudah tidak peduli.  Lagi pun salah siapa kalau aku tidak peduli.  Dia atau mereka yang membuat aku keliru sepanjang waktu. 
Sifuku pun sudah tiada.  Rasanya dalam novel terdahulu aku tidak sekeliru ini kerana dipimpin oleh G.  Kini aku keliru sepanjang waktu, dengan sisters pun aku tak ambil tau sangat.  Rasa diri tidak layak untuk terlalu rapat dengan mereka.  Mereka ini serba boleh.  Lagipun aku tahu betapa baiknya hati mereka sudi menegurku walau aku ni liat berkumpul.   Ikhlas atau tidak itu mereka punya pasal!  Aku ni tidak tahu apa.  Patutlah arwah ibu selalu berkata,
“Na pandai belajar saja… yang lain memang tak reti apa!”
Memang benar cakap ibu.  Ketika sisters sudah pandai bersolek dan menyolek, mengurut, membuat pemasaran, memasak, aku ni macam ini juga!  Aku ni tiada bakat seni dan tiada minat dalam hal-hal kewanitaan!  Usahkan nak menjahit atau melukis, jahit kaki seluar pun Asakir lebih pandai dariku!  Malah dia yang selalu membungkus hadiah.  Papa Mc Kenzie kata aku pemalas, ingin sangat membalas,
“Saya tak ada bakat dan tak minat, macamana saya rajin nak buat.  Ada saja yang tidak kena, time membungkus hadiah pun Asakir halau saya jauh-jauh kerana dia kata menyakitkan mata dia tengok saya nak pegang kertas pun tak reti!”
Memang betul kata Asakir, apa yang ku sentuh yang ku jamah tidak menjadi!  Lebih memburukkan keadaan walau hanya sekadar ingin menolong.  Nasib baik aku bukan Sang Kelembai, kalau tidak apa yang ku pegang semua menjadi batu!  Kalau aku mula buat hal dengan rajin memasak resipi baru, Asakir akan tidak senang duduk.  Dia masamkan muka. Ke hulu ke hilir sekejap di dapur sekejap ke ruang tamu macam cicak berak kapor.
 “Papa rasa kacang ni tak yah buat kuah nasi himpit, makan je lagi sedap!  Sayang kalau kena buang!”
Cis!  Aku yang sedang confident melampau memang terasa nak mengamuk.  Itu sudah kira menghina!
“Bagilah peluang… orang nak belajar ni!  Masa orang rajin dia tak bagi orang masak!”
“Papa cakap saja…”
Bila suatu hari aku menyuruh dia membeli bahan-bahan membuat kek, dia berkata,
“Beli tepung yang dah siap dah! Tak adalah rugi sangat kalau nak kena buang!”
Dan semasa aku keletihan sambil merenung kuih sumsum yang tidak masak dia berkata,
“macamana nak masak… mami ni semua nak cepat!  Mana boleh masak kuih nak cepat!  Lepas tu marah orang!”
“Okeylah!  Sumpah!  Tak nak masak lagi!”
“Okey!  Ingat tu, tak yah rajin-rajin nak masak kuih ke kek ke!  Sepuluh tahun lebih kawin rasanya baru dua kali mami buat kuih yang menjadi kuih!”
“Mami ni bukan tak pandai masak!  Tapi semua benda nak cepat!  Tak sabar!”
Tambahnya membuat aku lagi sakit hati.  Tapi memang benar aku suka cepat dalam segala hal. 
“Kalau nak masak juga, buat kuah laksa… Mami kalau yang tu memang power, Mak pun tak boleh lawan!  Lagi satu seafood towchoo!”
Pandai juga dia menyejukkan hati aku.  Aku baru terasa ada air hangat di kelopak mata semasa dia berkata itu.  Sudah berapa ringgit ku bazirkan untuk membuat sumsum.  Dulu semasa pertama kali dan kedua kali ku buat, ia menjadi, kali ini kenapa tidak menjadi?  Penat dan lenguh lenganku tidak berhenti mengacau hampir dua jam!
Sejak tragedi nasi himpit itu, sejak itu sudah hampir setahun aku tidak lagi gatal tangan ingin memasak.  Beli tepung Adabi buat cekodok lagi sedap dan jimat duit!  Harap-harap Anis tidaklah seterukku!  Biarlah dia mengikut sebelah Asakir, yang pandai serba serbi.
Dan bila ku tulis sms pada papa Dior tentang kuah nasi himpitku, maka gempar seluruh istana bunian di Chini.  Mereka mempermainkan aku!  Dan agak terperanjat pula aku, ketika semua Abang-abang Yee menuduh aku pemalas dan tak pandai apa, serta asyik memuji Asakir, tiba-tiba keluar pula Tok Alif yang menyuruh Asakir memasak!  Terkebil-kebil Asakir dan tersengih-sengih aku ketika itu.  Mana nak disangka, ada Abang Yee yang tak marahkan aku!  Kata Tok Alif pada Asakir,
“Dah dia puji masakan ekau sedap, ekau masaklah untuk dia… bukan hari-hari pun.  Sekali sekala saja.  Tu satu cara untuk memikat isteri…! Hargai isteri tu!”
Kemudian dia memandang aku,
“Berdosa isteri jika memaksa suami buat itu ini, tetapi kalau suami ikhlas tidak mengapa!  Hihihi!  Kuah nasi himpit ya?” 
Puas hatiku! Sifuku pun tidak pernah menyokongku, tiba-tiba keluar Tok Aliff yang senior dan baik hati itu..  Kalau dia keluar sekali sekala kan bagus.  Sejak itu tidak pernah lagi aku berjumpa dengan Tok Alif.  Baik hatinya dan kelakar pula bercakap dalam bahasa Minang.  Aku ingatkan Papa Rafael rupa-rupanya Tok Aliff.



Sunday 3 July 2011

Bahagian 21

Suatu malam Asakir terbaring di atas katil sedangkan anak-anak pula menonton tv di ruang tamu.  Aku dengan sengaja membaringkan badan ke atas badan Asakir.  Dia memelukku sambil tersenyum.
“Bau manislah mami ni!”
“Ya lah!  Baru lepas mandi herba… cuba sentuh kulit lembut tak?”
Asakir menggosok-gosok lenganku.
“Haah… lembut… licin.”
“cium la wangi ke tak?”
“Nak cium apa… dah bau! Semerbak…”  Dia menggosk kedua-dua belah lenganku.
“alah buat je lah.  Wangi tak?”
Dia mencium pipiku dengan lembut.  Aku berpuas hati.
“wangi… mami tak bilas ya?” 
“Dah bilas tadi dengan air, kena biar dulu tiga empat jam baru nak syampu dan sabun… esok pagi mami buat… malas lah…”
“Mandi lepas nil ah!  Nanti jadi apa-apa tak ikut petua orang tua tu!”
“Ah! Tak pa esok pagi je… badan orang tengah sedap ni,” aku berseloroh lalu ketawa terkekeh-kekeh.
“Papa rasa mami ringan sikit…”
“ya?  Sifu Le’Mante kata mandi ni boleh bakar lemak… Masa mula-mula mami mandi, badan rasa panas macam nak demam.  Mungkin betul kot… boleh kurangkan berat badan.  Tapi best mandi herba… rasa macam intan pulak!”
“ikut suka awaklah… tapi esok pagi jangan peluk papa, mesti bau macam rumput mati yang dah peram dalam air!”
Aku ketawa gelihati. 
“Lantaklah!  Tak kuasa mami nak mandi dua tiga kali semalaman…”
“Mami ni kalau gulai asam pedas mesti sedap sebab dah perap dengan herba!”
“malas lah nak layan.  Saya nak tengok anak kat luar!”
Aku keluar sambil tersenyum melihat wajah Asakir yang kecewa.  Dia berkata perlahan,
“saja ja nak action kat orang lepas tu belah macam tu je!”
Bukan aku nak mengecewakan Asakir tapi masa tidak sesuai.  Anak-anak asyik berulang alik ke bilik tidur kami dan ke ruang tamu macam meronda  terutama Ikhwanis.  Selalu buat spot check! Dan aku takkan lupa kelibat Hafiz yang berhenti separuh jalan tatkala menuju ke bilikku apabila melihat aku dan suami berpeluk di dalam selimut!  Haziq pula tatkala kami mengunci pintu mengetuk pintu bagai mahu pecah pintu itu dibuatnya.
Tapi pelik!  Aku memang suka mandi herba.  Sebelum ini aku tidak begitu suka mengikut petua-petua Abang Yee.  Kadang-kadang aku terlupa kerana kesibukanku.  Tetapi kali ini aku seronok dan tak sabar untuk mandi.  Dan aku suka menyentuh kulit lengan dan merasa betapa mulus dan licinnya kulitku.  Pernah Asakir bertanya ketika aku sedang menggosok dan mencium lengan ku.
“Awak ni apahal?  Meraba-raba badan sendiri?”
“ok apa… ikut suka kita lah badan ni kita punya nak buat apa pun!” Aku tersengih.
“Awak ni sentuh badan sendiri rasa syok ke?”
Aku tergelak.
“Sebenarnya… mami suka gosok-gosok ni…”
“Awak ni dah gila ke … semacam je saya tengok…!”
Aku ketawa terkekeh-kekeh.
Seorang sisters pernah bertanya pada Abang Yee, kenapa bila menonton filem Inggeris, mereka bercium macam ‘best sangat’?  Semasa itulah terdetik di hatiku.  Perasaan itu akan datang dengan sendiri jika diri sendiri terlebih dahulu ikhlas terhadap suami.  Aku pernah mengalaminya.  Tidak perlu mengharapkan suami memuaskan hati dan nafsu isteri jika isteri tidak ikhlas semasa bersama suami.  Perkara yang sekecil itu jika dibiarkan akan menjadi barah, membunuh secara perlahan dan senyap dan akhirnya boleh memusnahkan kebahagiaan rumahtangga.  Baik aku mahu Asakir pernah merasai getir apabila hubungan suami isteri berjalan baik dan lancar tetapi sedikit terguris apabila aku mahu pun dia tidak lagi bahagia semasa ‘bersama’.  Ia menjadi hodoh dan buruk, serta menyakitkan.  Ia tidak seperti awal perkahwinan yang manis dan indah segalanya.  Aku di dalam hati menyalahkan Asakir, sedangkan Asakir pula merasakan aku tidak mencintainya.  Aku juga pernah merasa jauh hati kerana seolah-olah perkahwinan bagi dia adalah seks semata-mata.  Dan beberapa kali setelah kami berbincang dari hati ke hati dan sedia menerima teguran dan permintaan masing-masing segalanya menjadi mudah dan keinginan bersama sentiasa ada walaupun kerap kali tidak tertunai kerana aku yang terlelap atau dia yang terlelap terlebih dahulu, gara-gara menunggu anak-anak yang lewat tidur.  Biasanya kami tidur lebih awal dari anak-anak.  Anak-anakku selagi rumah tidak gelap seperti di dalam gua tidak akan tidur, dan mereka tidak takut walau gelap gelita, ke hulu ke hilir, ke dapur, ke ruang tamu dan  mencari tempat ‘landing’ yang sesuai.  Biasanya Wanis dan Haziq akan tidur di sebelah ku… dan memelukku.  Akibat nya Asakir tertolak ke tepi atau kadang-kadang ke bawah. 
Beberapa bulan dulu Asakir berkata membuat aku begitu terharu. 
“Kita ni macam mula-mula kawin dulukan?  Ingat tak?  Berpeluk je…”
Ah! Aku memang ingin tidur sentiasa di sebelah Asakir.  Tidur di sebelahnya saja sudah cukup untuk aku merasa kebahagiaan.  Aku sentiasa tidak boleh tidur jika Asakir ‘outstation’ ke tempat lain.  Terasa begitu sunyi.  Pernah aku menangis tatkala melepaskan Asakir pergi ke Trengganu.  Asakir cuma tersenyum, bahagia melihat aku begitu sayangkannya, sedangkan aku begitu pedih kerana merasa diri asyik ditinggalkan. 
Bercium seperti orang putih’, membuat aku muak dengan pertanyaan sebegitu.  Ah!  Memang la ‘best’ sebab mereka bercium dengan orang lain, bukan dengan orang yang sama berpuluh-puluh tahun.  Sedangkan dengan suami sendiri pun boleh bercium dengan ‘best’ kalau diri sendiri pandai membelai suami dan mempamerkan cinta yang ikhlas.  Segala-galanya bermula dengan hati… keikhlasan itu yang penting.  Dan yang penting keikhlasan isteri akan sampai juga ke minda suami.  Tidak perlu selalu menyatakan cinta dan rindu kerana lama-kelamaan ia akan jadi jemu, dan tidak perlu menunjukkan pada orang keintiman sebagai suami isteri kerana kadang-kadang ia boleh megundang kemarahan dan sakit hati orang.  Kadang-kadang aku juga ingin berpegang tangan dengan Asakir walau di depan orang lain.  Namun dia tidak berapa suka dan aku pula tidak memaksa.  Namun jika aku memaksa dia tidak kisah juga.  Suamiku memang terlalu baik untukku.  Walau papa Dior dan Mc Kenzie selalu berkata aku pemalas, tidak juga Asakir ambil peduli dan aku pula usahakan sekadar yang aku mampu.  Aku perlukan waktu untuk diri sendiri, bersantai sebelum tidur selepas seharian di pejabat.  Aku perlu manjakan diri sendiri agar aku boleh memanjakan Asakir dan anak-anak.  Mana mungkin aku boleh memberi kasih dan sayang sekiranya aku sendiri tidak dapat memberikannya kepada diriku sendiri?  Jika aku memaksa diri bermakna aku tidak ikhlas, dan tanpa keikhlasan tidak bermakna juga.  Muka akan kelihatan lebih tua dan tegang.  Mungkinkah kerana itu mukaku kelihatan lebih muda dari usia?  Memang  beruntung kerana semua adik beradikku kelihatan lebih muda dari usia sebenar.  Dan kata Asakir, setiap waktu, jari jemariku seperti gadis belasan tahun, lembut, licin dan tidak ada urat-urat yang timbul.  Memang bangga kerana itulah hakikatnya.  Kalau Abang Yee tentu dia kata memanglah jari-jemariku lembut sebab aku tak  kerja apa.  Ah!  Abang Yee tidak perlulah memarahi aku kerana nasib aku yang bersuamikan Asakir yang baik hati dan kerana nasib Asakir beristerikan aku yang tahu mengambil hati suami walau pemalas.  Asakir bahagia dan aku juga lebih-lebih lagi bahagia. 
Aku juga suka berjenaka.  Tidak tahan dengan kerenah para pelajar, aku kadang-kadang menegur dengan tegas tetapi dipenuhi jenaka yang membuat mereka ketawa.  Kadang-kadang ada pelajar tidak mengambil subjek apabila mengetahui aku tidak mengajar subjek itu pada sesuatu masa.  Ada pelajar Cina yang sering bertandang ke bilikku walau sudah tidak masuk kelasku.  Selama sepuluh tahun lebih mengajar, cuma sekali aku naik minyak, marahkan pelajar yang ketika aku sedang serius menerangkan berbisik-bisik perkara yang tidak berkaitan sambil tersenyum-senyum.  Baranku menyerang.  Aku berkata,
“tolong hormatkan saya sedikit.  Saya sedang berusaha untuk membuat awak faham, tapi awak pula sok sek sok sek.  Kalau pasal pelajaran tak apa. Ni apa halnya sengih-sengih tak concentrate kat saya. Awak ingat saya mengajar batu ke dinding?  Dalam kelas, perbuatan awak tu memang kurang ajar… dan saya tak suka.  Samada awak Cina atau Melayu, Buddha atau Islam dua-dua mengajar untuk kita hormatkan cikgu.  Jangan awak tengok saya baik dan selalu ketawa, awak boleh naik atas kepala saya.  Saya dah hilang mood!  Kelas habis setakat ini, dan next time, saya nak awak jaga tingkah laku awak.  Awak pelajar universiti bukan budak sekolah lagi.  Fikir dengan otak!”
Aku mengemas buku dan alatulis lalu beredar meninggalkan para pelajar yang terkejut dan takut.  Puas hatiku.  Seminggu selepasnya seorang bekas pelajar ku datang menjenguk.
“Dia orang kata sensei garang.  Aku jadi pelik bila pula sensei berubah jadi garang!”
 “Dengan awak pun saya boleh garang kalau tak respect saya dalam kelas.  Awak tu sebut ‘aku’! ‘Aku’! Kan saya dah cakap tak boleh sebut ‘aku kamu’ dengan lecturer?”
“Sorry, aku… eh! Saya tak sengaja!”
Aku mengeleng kepala sebelum tersenyum memahami.  Pelajar Cina ini memang baik dan selalu bertanya di dalam kelas.  Cuma kerana sudah terbiasa bercakap ‘aku kamu’ dengn rakan-rakan Melayu dia sering tersasul menyebut ‘aku’…
Lucunya, selepas di bergraduat dia mengirimkan sekeping kad hari raya kepadaku.  Dia menulis,
“I miss you and hoping that you miss me too”.  Entah apa-apa. Dia faham ke apa yang dia tulis?  Aku Cuma mengeleng kepala.  Budak ini terlalu baik dan lurus.  Kali terakhir dia datang mencariku untuk bertanya tentang kursus sarjana di Jepun.  Dia terlalu mengkagumi orang Jepun dan ingin memahirkan diri dalam bahasanya.  Katanya, kalau ingin memahami bahasa Jepun, seseorang itu perlu ke Jepun, berkawan dan berkerja di Jepun atau belajar di Jepun.  Dan aku bersetuju. Ku cari kolej-kolej yang sesuai untuknya di internet.  Dan aku agak mungkin dia sudah berada di Jepun ketika ini. Dia memberitahu juga, kakaknya seorang peguam.  Sebelum memulakan tugas sebagai peguam, demi memahirkan diri dalam bahasa Inggeris, kakaknya dihantar oleh ayahnya ke England selama setahun.  Di sana dia bekerja untuk mencari pengalaman dan memahirkan diri sepenuhnya dengan bahasa Inggeris.  Aku kagum pada ayahnya.  Ayahnya mempunyai ladang kelapa di Kuala Besar.  Walaupun tidak kaya mana, menurut anaknya, dia sanggup berhabis demi masa depan anaknya.