catatan peribadi ryina ikhwan

Ikuti catatan peribadi ryina ikhwan di http://ryinaikhwanroslina.blogspot.com/

Saturday 22 January 2011

Bahagian 9

Suatu hari mendapat pelawaan dari Siti Aisyah untuk berkelah di Hutan Lipur.  Pelawaan yang berasal dari sms itu akhirnya menjadi nyata dan kami semua bertolak dari rumah masing-masing lalu berkumpul di sebuah stesen minyak.  Perjalanan mengambil masa selama satu jam itu agak menggembirakan anak-anak yang kebetulan cuti sekolah.  Yang paling gembira adalah Ikhwanis.  Aku cuma melihat Asakir meneman Anis, Haziq dan Hafiz bermain di dalam air.  Rasa terkilan kerana tidak turut serta.  Malas aku sebenarnya untuk mandi manda dan kemudian terpaksa pula menukar pakaian.  Sisters pula mendaki ke atas mencari air terjun.  Aku memandang sambil sekali sekala turun ke tempat anak-anak di air yang cetek.  Untuk meningalkan Asakir dan bersama sisters, aku rasa tidak sampai hati pula.  Nanti apa kata Asakir pula.  Kadang-kadang Asakir berkecil hati sekiranya aku tidak memperdulikannya.  Lagipun terasa insaf pula setelah Tok Anjang berleter mengenai isteri derhaka beberapa hari sebelum itu.  Kalau suami bodoh pun isteri wajib hormatkan suami, inikan pula Asakir yang sihat tubuh badan dan akal fikirannya serta pandai pula membuat serba serbi.  Kalau aku dipaksa mencari keburukan Asakir, hanya satu yang ku jumpa.  Dia tidak pandai bercakap.  Dia tidak pandai bodek dan tidak pandai bermuka-muka.  Sedangkan aku ni jika Asakir dipaksa mencari kelemahanku, dia boleh tulis sehingga buku tiga lima itu sampai ke mukasurat terakhir.  Tapi peduli apa aku?  Bukan dia tidak tahu perangai ku sebelum kahwin pun sudah begini.  Panas baran dan kuat merajuk. Tapi semenjak dua menjak ini, dia agak perengus juga.  Kadang-kadang dia cemburu.  Bila ku tidak membalas sms kerana aku terlupa membawa telefon bimbitku ke kelas atau seminar, dia balik ke rumah dan masam muka.  Dia kata agaknya aku sudah ada lelaki yang lain.  Pada hal bukan dia tidak tahu aku ni bukannya gatal nak menggoda orang.  Dan bukan dia tidak tahu, tiada siapa yang lalu nak menggatal dengan aku.  Perempuan selekeh, tidak bermekap dan gemuk!  Cuma mungkin dia tahu aku ni ramah dan senang berkawan.  Tapi ramahku pula bukan dengan semua lelaki.  Cuma beberapa orang yang peramah juga, yang dah berbini dan beranak pulak!    Masa dia buat muka masam dan menuduh itu, aku rasa nak ketawa pula.  Cute pula ku lihat dia!  Dalam hati ingin sekali aku berkata,
“sedarlah diri sikit bini awak tu siapa!  Gemuk gedempul dan tidak pandai melawa pula!  Ingat ada ke jantan lain yang nakkan bini awak ni?  Kalau ada memang sahih orang tu buta dan kalau aku melayan memang sahih aku ni tak sedar diri!  Dapat laki baik pun tak bersyukur!”
Namun seronok juga mengenangkan suami ku juga sudi untuk cemburu.  Bukankah cemburu itu tanda sayang?  Sayang juga rupanya dia padaku. Aku ni mungkin cemburu juga namun tidaklah cemburu macam sisters yang lain sehingga suami bercakap dengan wanita lain pun hendak merajuk.  Yang pernah aku cemburu sekali.  Empat tahun dulu sepupunya yang dari belajar di UKM menelefon meminta Asakir datang ke kolej unutk memunggah barang kerana dia terpaksa berpindah ke kolej lain.  Asakir menolak kerana ada hal pada hari tersebut, lama dia bercakap dalam telefon sambil tersengih-sengih dan ketawa.  Aku memandang dengan cemburu.  Sakit hatiku.  Kenapa dia macam gembira benar?  Aku tak ingin melihat suamiku bercakap sebegitu mesra dengan perempuan lain walau itu sepupu!  Padahal sepupuku itu bukan lawa pun, hitam pekat!  Tapi kenapa aku cemburu?
Sebaik meletak telefon, Asakir duduk di sebalahku dan menceritakan perkara sebenar.  Aku cuma diam.  Beberapa ketika aku bertanya,
Happy nampak?”
Dia memandang aku penuh tanda tanya.  Aku berpaling ke lain.
Jealous ke?”
Aku tidak menjawab. 
“Astaga… mami cemburu ke?”
Dia menyentuh kepalaku dengan dua tangannya dan  memalingkan mukaku ke memandangnya.  Dia ketawa terbahak-bahak.  Air mata mula mengalir…
“Sorry la yang… tapi dia kan sepupu saya?”
“sepupu ke adik beradik ke saya tak nak awak sengih-sengih macam tu depan saya!”
Ku tahu alasanku tidak logik tapi entah kenapa aku tidak dapat menahan rasa pedih.  Aku rasa hendak ketawa mengenang perbuatanku namun rasa cemburu menahan aku dari turut ketawa bersamanya.
“Dengan orang lain pun, kalau nak sengih-sengih belakang saya tak pa, tapi jangan depan saya!”
Dia tersenyum.
“Awak pernah contact dia ke?”
“Tak pernah.  Hari ni first time dia telefon minta tolong!”
“Lain kali jangan cakap lama macam tu dengan orang lain… saya tak suka...”
Aku menangis teresak-esak.  Dia masih memandang aku tersengih-sengih.  Melihat mukanya yang begitu aku mula merasa lucu dengan tingkahku.  Itulah kali pertama dan terakhir aku cemburukan dia.  Sebelum ini semasa aku masih tinggal di kajang pernah aku menerima apanggilan telefon dari seorang wanita.
“Ni kak Rosya?”
“Ya saya…”
Entah siapa dia mengenalkan diri sebagai Nora.  Aku melayannya kerana sangkaku dia Nora, rakanku yang sama-sama belajar di Jepun, namun pelik pula memikirkan yang dia membahasakan diriku sebagai ‘kakak’.  Dan dia terpinga-pinga bila ku bercakap bahasa Jepun sekali sekala.  Tidak lama kemudian dia berkata,
“Saya bukan nak memecah belahkan keluarga akak… tapi…”
“Apa dia?”  Aku mula syak perempuan itu gila.  Sejak bila rakanku Nora memanggilku ‘kakak’.
“Saya nampak suami kakak makan dengan perempuan lain kat KL.”  Macamana suami ku boleh makan di KL sedangkan dia bekerja di Shah Alam?
“Awak silap orang tak?”
“suami akak Asakir kan?”
Aku diam.  Dia juga diam. Akhirnya aku berkata,
“Tak apalah.  Nanti saya tanya suami saya.  Terimakasih kerana bagi tahu.”
Aku meletak telefon.  Namun kejadian itu hanya aku beritahu Asakir beberapa tahun kemudian.    Dia tidak percaya.
“kenapa baru cakap?”
“Entah.  Tak ingat…  Lagipun saya tak  caya awak ada yang lain.  Mungkin dia salah orang atau saja orang nak kenakan saya….”
Kenapa agaknya aku melupakan terus kejadian itu?  Hanya setelah beberapa tahun baru aku kembali mengingatnya.  Hairan.  Siapakah dia?  Dan kenapa agaknya aku begitu percayakan Asakir?  Sampai aku terlupa sehingga beberapa tahun?

No comments:

Post a Comment