catatan peribadi ryina ikhwan

Ikuti catatan peribadi ryina ikhwan di http://ryinaikhwanroslina.blogspot.com/

Friday 21 October 2011

Bahagian 27: Beradu bersama nenda bunian

Esoknya demi meraikan harijadi Kak Khalisa, aku dan Asakir ke Subang Jaya semula. Janji untuk mandi herba bersama ditangguh lagi.  Ah!  Bila-bila masa boleh mandi herba bersama.  Biasanya aku mandi herba seorang diri.  Kata kawan-kawan di pejabat, kulit mukaku sudah cerah.  Walau setelah mandi beberapa hari masih lagi terbau haruman dari tubuhku.  Resipi Papa Dior yang entah berapa ribu tahun.  Kami famili saling berebut untuk menghabiskan pakej mandian secepat mungkin.  Satakat ini jenis mandian yang kami perolehi dan amalkan baru sepuluh.  Jumlah mandian semuanya adalah 3, 333 jenis.  Sampai dalam kubur tidak sempat kami mengamalkan semuanya!

Papa Dior masih lagi sakit.  Kami bergilir-gilir mengurut tulang belakang Papa Dior.  Sakit yang sama dialami oleh Papa McKenzie.  Kedua-duanya sudah terlalu lanjut usia.  Sakit tulang belakang memang tidak dapat dielakkan.  Dalam kesakitan, Papa Dior masih sempat membaca beberapa surah yang tidak jelas pada pendengaranku dan kedua tangannya mencengkam kepalanya sendiri. Dia mungkin sedang membuat rawatan sendiri.  Kami memandang penuh simpati.  Tiba-tiba dia bingkas bangun dan duduk memandang kami semua.  Dan dia memandang aku dengan tajam.

“Berlagak ya semalam?  Tidur dengan Papa Dior?”

Entah siapa namun aku menjawab,

“Ha-ah!  Tidur atas bahu Papa lagi… siap peluk-peluk lagi!”

Sengaja aku memberitahu agar semua sisters cemburu.  Jahatnya perangai aku.

“best sangat lah tu?”

“memang best!   Kita dah janji nak tidur lagi dengan Papa!”  Aku menipu.  Padahal Papa Dior tidak berjanji apa-apa, hanya aku yang meminta.  Sengaja aku mencari pasal dengan sisters!  Aku berkata sambil ketawa namun mata tidak berani memandang beberapa pasang mata yang memandang aku dengan pandangan mata yang tajam dan muka yang masam.  Manalah hendak ku tahu memang rezekiku dapat tidur bersama Papa Dior?  Dengan Papa yang lain pun kami tidak pernah tidur, inikan pula dengan Papa Dior, Raja Bunian yang menjadi kekaguman manusia bunian dan kami?

“dah la tu, berdengkur pulak!”  Ah!  Sakitnya hatiku.  Terutama apabila Asakir menambah,

“Dia kalau dah nyenyak memang tidur berdengkur…”

Dan betul, ketika itu aku menyumpah Asakir dalam hati,

“Tak guna punya laki! Tak gheti-gheti nak cover bini!”

Kemudian datang pula Ir Abang Pilah, moyang kepada Tok Alif, datok kepada Tok Pilah iaitu bendahara istana Bunian.  Puas dia berleterkan kami.  Kami cuma mampu mendengar dan sekali sekala ketawa.  Aku tidak hiraukan sangat leteran Abang Yee yang itu.  Namun aku lucu mendengar dia bercakap Minang.  Sekali sekala aku ketawa.

“Cantik kulit kau orang semua lepas mandi.  Dah ada aura semua ni.  Dah tebal.  Nanti kau orang boleh masuk dalam sesuka hati dan orang bunian yang keluar ke sini pun kau orang boleh tengok.  Nanti kau bercakaplah sorang-sorang macam orang gilo!  Sebab orang lain tak boleh nampak… kau orang je yang boleh nampak!”



“Suraya dan Ilah lagi nampak putih dan cerah sebab dia dah mandi peringkat ke 7,  lepas ni kulit kau orang semua akan puteh macam orang Arab… Aku ni Asakir, tepakso puji bini kau ni juga… nanti dia kecik ati… dia pun nak kena puji jugok!  Cantik Rosya kulit kau… gebu!”

Aku terkekeh-kekeh.  Buat masa ini itulah modal Abang-abang Yee untuk mengenakan aku. 

“Bertuah kau sebab papa Dior pilih kau untuk tidur dengan dia!  Pas ni jangan kau nak harap nak tido dengan dia lagi.  Nanti dia tendang kau sampai bergolek jatuh ke bawah.  Dan yang lain tak payah berangan nak tidur dengan Papa Dior tu…  Adalah tu kenapa dia panggil Rosya malam itu.  Dia tak panggil kau orang saja-saja.”

Aku mendengar sambil fikiranku ligat berfikir.  Baru terasa pelik kenapa Papa Dior memanggil aku malam itu.  Mungkin dia membuat terapi, mungkin juga dia download otakku.  Mungkin juga kerana aku tidak pernah tidur di rumah Abang Yee, sedangkan sisters yang lain sudah kerap bermalam di sana.  Mungkin dia mahu aku tahu dia juga menyayangi aku seperti mana dia menyayangi sisters yang lain.  Kasihan Papa Dior… dengkuranku mengganggu tidurnya…






No comments:

Post a Comment