catatan peribadi ryina ikhwan

Ikuti catatan peribadi ryina ikhwan di http://ryinaikhwanroslina.blogspot.com/

Friday 7 October 2011

26

Lagu nyanyian Iklim, ‘Suci Dalam Debu’ lagu yang sering dinyayikan oleh Papa Dior menceritakan segala, menghuraikan semua kekusutan, dan menceritakan kisah cinta antara kami dan Abang Yee.  Hubungan yang aneh, yang tidak mungkin dapat dialami oleh manusia biasa. Kami ini keturunan Raja Bunian, Keturunan Tok Anjang. Hubungan yang tidak mungkin difahami oleh manusia yang lain.  Kerana siapa yang mampu bertahan hidup seperit ini, menerima segala dugaan ini dengan hati terbuka.  Cerita-cerita dari Abang Yee, tentang dunia bunian, tentang kemiskinan dan kejayaan tidak pernah kami ragui.  Dan kini ternyata, kami semakin dekat kepada dunia bunian, walau belum dapat lagi melangkah pintu stargate, namun magnetic field di Bukit Malawati dirasai oleh Asakir dan sesetengah famili lain.  Arif melihat sebuah taman yang cantik semasa di sana, Anak ‘tunggal’ Kak Ijan melihat adik beradiknya berkumpul di depan matanya, dan dia melihat orang berterbangan di udara.  Selain spaceship, mereka cuma perlu terbang kerana di kaki mereka ada alat yang boleh membuat mereka terbang sepantas burung dan dikawal hanya melalui minda.  Dunia yang indah dan teknologi yang tidak terjangkau oleh otakku yang berkarat.
Engkau bagai air yang jernih
Di dalam bekas yang berdebu
Zahirnya kotoran itu terlihat
Kesucian terlindung jua
Nama Abang Yee memang hodoh di mata ramai orang.  Bukan sahaja kerana perangai peliknya tetapi tuduhan melulu yang dikenakan terhadapnya.  Ah!  Memang sukar untuk orang ramai menerima kehadiran Abang Yee, dia sukar difahami, kadang-kadang mencarut, kadang-kadang memberi kata-kata hikmah.  Dia menjadi kebencian ramai orang, namun dia tetap dia.  Dia tidak perlu berada di dunia ini kerana dunia sana lebih indah , lebih aman namun hakikatnya demi Islam, dia sanggup menjadi seorang yang ‘hina’ di mata orang demi menyelesaikan misi membina empayar perniagaan Islam, melatih kami tegar menghadapi keperitan.  Abang Yee memang ibarat air yang jernih, air dari alam itu yang berada di dalam bekas berdebu di ala mini, walau sesuci air jernih, tidakkan nampak kesuciannya kerana terlindung oleh kekotoran di luar.

Cinta bukan hanya di mata
Cinta hadir di dalam jiwa
Biarlah salah di mata mereka
Biar perbezaan terlihat antara kita
Cinta Abang Yee pada kami bukan hanya di mata, cintanya hadir di dalam jiwa.  Cinta  kami pada Abang Yee adakah seikhlas cintanya pada kami? Walau pun kami mungkin menyintainya setulus hati namun tidak akan sama dengan cinta yang dihulurkan pada kami.  Pada mereka iaitu rakan-rakan dan bekas majikan, kami ini memang songsang. Mereka mengharapkan kemusnahan kami.  Kegagalan kami akan dijadikan buah mulut orang.  Ramai yang menunggu kami dan Abang Yee ‘gagal’, kerana kami memang salah di mata mereka, pada mereka kami berangan kosong, tidak mahu berputus asa dan degil walau ‘tahu’ menuju kegagalan.
Kuharapkan kau kan terima
Walau dipandang hina
Namun hakikat cinta kita
Kita yang rasa
Abang Yee mengharapkan kami redha dan rela menerima keadaan ini, kemiskinan dan cacian orang.  Kerana walau kami dipandang hina, hakikatnya cinta antara kami, hanya kami yang melalui dan merasainya. Cinta yang penuh keperitan, kepedihan dan kesyukuran.
Suatu hari nanti
Pastikan bercahaya
Pintu akan terbuka
Kita langkah bersama
Suatu hari nanti, pintu stargate akan terbuka dan  bercahaya.  Akan kami langkah bersama menuju dimensi, alam bunian, alam yang penuh keindahan, yang tidak akan terjangkau oleh minda. Akan berjumpa semua Abang-abang Yee, berjumpa dengan semua ayahanda dan raja-raja serta permaisuri-permaisuri, berjumpa sanak saudara.
Di situ kita lihat
Bersinarlah hakikat
Debu jadi permata
Hina jadi mulia
Dan saat itu, akan berakhirlah segala tohmahan, debu menjadi permata, yang hina menjadi mulia, hakikat akan menjelma.  Kami berada di pihak yang benar dan Abang Yee menjadi lagenda, kekal di dalam… kami di luar akan meneruskan amanah Abang Yee.  Destinasi dan matlamat yang indah… namun bolehkah kami merealisaskan usaha dan amanah Abang Yee?

Bukan khayalan yang aku berikan
Tapi keyakinan yang nyata
Kerana cinta lautan berapi
Pasti akan kurenang jua
Selama ini apa yang dikatakan oleh Abang Yee, misi dan visi Abang Yee bukan lagi sebuah mimpi atau omong kosong.  Ia adalah keyakinan yang nyata.  Dan untuk itu Abang Yee sanggup mengharungi lautan berapi, menembusi dimensi hanya untuk mendidik kami.  Setiap kali bertukar dimensi ia tidak sesenang itu, kapayahan dan kesakitan dirasai oleh semua Abang Yee.  Adakah kami menyedari hakikat itu?  Adakah kami merasai kesakitan itu?
Kini baru ku sedari apabila Abang Yee menyatakan dia adalah Puma, Mc Kenzie atau sebagainya, tidak semestinya dia adalah Puma, Mc Knezie yang sebenarnya.  Rupa-rupanya mereka diwakili oleh PA masing-masing.  Dan jumlah PA semua Abang-abang Yee ku berjumlah lebih dari 300 orang.  Mungkin yang ku katakan PA yang seramai tujuh orang itu hanyalah PA kepada salah seorang Tok Anjang.
Suatu malam keluar dua orang dari PA Papa Puma, Papa Sulaiman dan Isa.  Papa Isa cuma keluar sekejap tapi Papa Sulaiman agak lama.  Malah dia meminta tempohnya berada dipanjangkan ketika itu kerana ingin mengucapkan selamat tinggal.  Semua PA Papa Puma telah habis berkhidmat dan jika Papa Puma yang keluar selepas ini, dia ialah Papa Puma yang sebenar. 
“Rindu aku kat kau orang ni tau… kita orang selalu sebut kau orang ni kat ‘dalam’.  Setiap tiga minit mesti bercerita tentang kau orang.  Dah jadi terbalik pula.  Sepatutnya manusia kalau masuk dalam rindukan bunian, ini kita orang pulak rindukan orang luar.  Lepas tu mulalah kami buat lakonan semula.”
Papa Sulaiman memandang Kak Ilah,
“Ada ke patut masa tengah tidur dia mengigau ludah dalam lubang hidung aku!  Pedih lubang hidung aku!  Aku memang rasa nak tampar masa tu, tapi kesian pulak.  Pas tu aku dendam… aku kata aku nak makan tengah malam buta, kelam kabut Kak Ilah masak, tapi aku pas tu buat-buat tidur, atau aku kata aku dah tak selera!”
Kak Ilah tersengih-sengih.
“Kau ni memang memalukan aku saja!  Habis orang kat dalam ketawakan aku tau tak?”
“Kalau kau masuk ‘dalam’, jangan cari aku!  Cari Tok Wira kau tu!  Aku tak nak dah duduk dekat kau!”
Papa Sulaiman bergurau.
“Muka kau orang semua dah ada aura, bercahaya, lepas ni nak masuk dalam anytime, mandi lagi dengan herba-herba tu, nyanyi lagu suriram sekali, masa tu anak-anak tumpang, anak-anak kandung atau saudara mara kau akan keluar tolong mandikan kau!  Nanti boleh nampak dia orang…  Real experience.  Masa tu you all pun tak tahu samada you all ada kat luar atau dalam…”
“tulis Rosya dalam novel kau tu!  Padam je nama Papa Yee Manja kau tu!  Letak nama aku! Banyak jasa aku kat kau, tau tak?”
Aku  mengangguk.  Namun apa yang perlu ditulis?  Seperti baru sahaja berkenalan dengannya, kerana semasa dia galak bersama famili berhibur di Cherana aku ditinggalkan sendirian menjaga Ikhwanis yang baru dilahirkan.  Mana boleh ku padam nama Yee Manja, dia tu lelaki satu dalam seratus juta!  Lagipun lagi kerap Abang-abang Yee ‘memusuhi’ Yee Manja, ku lihat dia semakin comel.  Dia memang berkebolehan dalam bidang ‘mendajalkan’ orang! Kalau Yee Manja tak ada, hidup tak ceria!
Suatu hari aku mendapat mesej dari Kak Suraya yang menyatakan keinginan Papa Dior agar aku datang ke rumahnya bersama Kak Suraya.  Sebelum itu aku berkali-kali berbalas sms dengan Adik Yee.  Katanya,
“Aunty sayang Pa Dior tak?  Tau tak Pa sebenarnya sayang dan manjakan family? Apa  pendapat Aunty tentang Pa Dior and The Yees?”
Aku membalas.
“Memang sayang Pa Dior. Kat you all pun aunty sayang.. comel!!! The Yees, berilmu tetapi merendah diri.  Pa Dior tegas tetapi baik hati.”
Selepas beberapa kali bersms dia menyepikan diri dan tidak lama kemudian datang sms Suraya.  Aku kemudian meminta Asakir menghantarku ke Subang Jaya kerana aku tidak memandu pada hari itu.  Abang Yee meminta aku tidur di rumah itu bersama Maisarah.  Aku memang ingin bermalam di situ tetapi mengenang aku tidak mempunyai persalinan aku menolak dengan lembut.  Tetapi Abang Yee berkata kalau aku tidak mempunyai seluar dalam aku boleh meminjam darinya.  Tiada alasan lagi ingin membantah, lebih-lebih lagi apabila mengetahui Pa Dior demam dan sakit tulang belakang.  Malam itu aku dan Maisarah bergilir mengurut tulang belakang Papa.  Namun Maisarah lebih banyak mengurut.  Tergambar di mataku dan di fikiranku betapa sayang dan kasihnya Maisarah pada Pa Dior.  Terbayang kepercayaan yang Papa berikan pada Maisarah.  Aku tidak cemburu.  Aku tidak pernah cemburu akan Mas dan Kak Ilah.  Banyak pengorbanan dan kepedihan yang mereka tempuhi.  Susah senang ditempuh bersama AbangYee. 
Kami tidur sekatil tiga orang.  Maisarah keletihan tidur di tepi.  Aku dan Pa Dior menonton drama Melayu.  Rasanya sudah hampir setahun aku tidak menonton drama Melayu.  Akhirnya aku menangis kesedihan.  Kisah kasih seorang anak dan ibu.  Kasih suami dan isteri.  Papa Dior menggosok kepalaku dengan lembut.  Aku teringatkan zaman remajaku hampir tidak berpeluang tidur bersama ayah.  Semasa darjah Lima sehingga Tingkatan Lima ayah dan ibu berpindah ke Kuala Krai.  Selepas tingkatan lima, baru ingin merasa hidup seperti sebuah keluarga yang sempurna, aku ke Universiti Malaya.  Setelah itu terus ke Jepun.  Tamat belajar, berkursus di sana, kemudian berkahwin… dan akhirnya aku kesibukan dengan anak-anak dan kerja sehingga tidak lagi dapat bermesra dengan ayahku.  Zaman kecilku, kadang-kadang aku mencabut uban ayah dan merasa belaian tangan dan gurauan tangan ayah. 
Ketika tidur di sebelah Papa Dior aku mengenang semula kehidupan remajaku bersama ayah, mengenang kasih ayah yang tidak sempat ku hulur dan ku terima.  Papa Dior mendepakan tangan dan aku tidur berbantalkan lengan papa. Akhirnya dia membalikkan diri ke dinding sana dan mengangkat tanganku supaya aku mendakapnya.  Aku mendakap tubuh kurusnya.  Tubuh yang kurus dan tidak bertenaga.  Aku seringkali terjaga oleh igauan Papa Dior.  Sekali sekala terkeluar nama permasiuri hati Papa Dior, Qudsi yang telah lama meninggal entah berapa ratus tahun atau berapa ribu tahun.  Kasih seorang suami terhadap isteri yang serba sempurna.  Cinta seorang suami terhadap isteri yang begitu setia.  Setia seorang suami kepada seorang isteri yang begitu pemaaf dan mengambil berat.  Kata Papa Dior keesokannya,
“Umi kau meninggal di atas dada aku.  Dia mencium pipi aku, kemudian meletakkan kepala ke dadaku.  Aku ingatkan dia tidur. Rupa-rupanya dia meninggal…”
Aku teringat lagu “first of May” yang sering dinyanyikan Papa Dior, teringat senikatanya,
“the day I kissed you cheeks and you were gone”
Aku menyeka sedikit air mata yang tumpah apabila Papa Dior berpaling ke lain.
“Takkan sama umi kau dengan perempuan lain.  Setaip detik dia meminta maaf, walau dia tidak melakukan salah apa.  Setiap detik mengukir senyum tatkala memandang.  Kesusahan tidak pernah diluahkannya. Tiada siapa yang dapat mengganti… Dia aku didik sehingga menjadi seorang isteri yang sempurna…”
Dia memandang aku, kemudian berkata lagi.
“masa dulu susah.  Mana ada kenderaan.  Tepung buat sendiri.  Naik keldai.  Tapi keldai pula kalau dengan umi mulalah buat hal… malas nak bergerak.  Akhirnya dia jalan kaki.”
“Aku tidak berkahwin selepas itu.  Lagi pun aku sibuk.  Tugas Raja bukan mudah!”
Aku masih ingin mendengar tentang cerita umi.  Namun Papa tidak lagi meneruskannya.  Dan aku tidak berani meminta.  Isteri yang bagaimanakah Umi sehingga walau beratus tahun meninggalkan alam ini masih dirindui saban malam oleh suami.  Suami bagaimanakah Papa Dior sehingga mendapat isteri yang sebegitu sempurna dan tiada wanita lain yang dapat mengganti kedudukan Umi?  Kisah sebuah cinta.  Kisah ketaatan seorang isteri.  Kisah kesetiaan seorang suami.  Kisah sebuah duka… Mana mungkin dapat ku selami penderitaan dan kesunyian Papa Dior.  Walau ingin benar merasai kesedihan dan kesayuan papa tak mungkin dapat ku bayangkan pedih di hati Papa Dior.
“looking for love and nothing more
my soul will be my friend
and I love you for all my life”
Lirik lagu itu begitu menyentuh kalbu, membuat aku sedar akan kesunyian Papa Dior.  Hendak dicari di mana lagi kisah setragis itu?   Tidak akan seindah dan sepedih kisah Laila dan Majnun atau Uda dan Dara, tidak sehebat kisah Romeo dan Juliet.  Saban malam dan ketika duka dan kesakitan Umi Qudsi hadir di dalam mimpi.  Mana mungkin ku lupa air mata yang menitis perlahan dari dua kelopak matanya ketika matanya terpejam rapat sedangkan bibirnya tidak habis menyebut nama umi dan serta bahasa bunian yang tidak ku ketahui maknanya.  Mana mungkin ku lupa jarinya mencecah bibirnya kemudian melambai mengucapkan selamat tinggal.  Kasihan Papaku!  Air mata menitis mengenang saat yang pedih itu.  Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh umiku dan semoga bersatu kembali di dunia abadi.  Terima kasih umi kerana telah memberi kasih sayang dan cinta sejati pada papaku ini.  Ingin menjadi seorang isteri seperti dirimu tetapi tidak mungkin tercapai… 
When I was small, and christmas trees were tall,
We used to love while others used to play.
Dont ask me why, but time has passed us by,
Some one else moved in from far away.

Now we are tall, and christmas trees are small,
And you dont ask the time of day.
But you and i, our love will never die,
But guess well cry come first of may.

The apple tree that grew for you and me,
I watched the apples falling one by one.
And I recall the moment of them all,
The day I kissed your cheek and you were gone. 
Now we are tall, and christmas trees are small,
And you dont ask the time of day.
But you and i, our love will never die,
But guess well cry come first of may.

When I was small, and christmas trees were tall,
Do do do do do do do do do...
Dont ask me why, but time has passed us by,
Some one else moved in from far away.
 
Aku kemudian dikejutkan oleh kata-kata Abang Yee.
“kuat kau berdengkur malam tadi Rosya.  Anak tercomel tidur di sebelah berdengkur!”
Kadang-kadang memang aku berdengkur jika keletihan yang amat.  Dua tiga malam sebelum itu aku tidak cukup tidur.  Aku cuma tersengih tidak berani membuat dalih.
“Semalam papa dah tak ada pukul 12:30.  Baru pagi tadi papa sampai sini.  Papa buat mute2!”
Mute?  Aku pernah terdengar istilah mute sebelum ini dari Abang Yee.  Asakir juga pernah memberitahu.
“Tapi semalam Papa bergerak-gerak…  Kalau mute figure ni kosongkan?”
“Memang boleh bergerak-gerak.  Dah diprogramkan dari dalam!  Kadang-kadang ada mute yang jahat, tak tahulah apa dia akan buat!”
Terkejut.  Aku tidak berani bersuara lagi.  Aku tersenyum sendiri kemudiannya mengenang kejadian malam tadi.  Ada tangan meraba dadaku.  Aku ambil tangannya dan ku letak kembali.  Namun tangan itu datang lagi dan aku aku pulangkan semula. Aku agak ada Abang Yee yang sengaja nak menguji aku.  Atau pun nak check penyakit aku.  Aku pernah diurut oleh G tidak lama dulu, pernah juga beberapa Abang Yee menyentuh dadaku untuk memeriksa penyakitku, maka cubaan mute itu tidaklah memelikkan aku.  Aku sekadar mengembalikan tanganya ke tempat asal.  Namun godaan itu tidak berhenti setakat itu.  Dia masih juga tanpa membalikkan dirinya, meraba tubuhku, dan aku menolak tangannya dengan lembut.  Akhirnya dia tidak bergerak sehingga pagi. Nakal betul dia!  Bila aku memberitahu Asakir, Asakir cuma tersengih-sengih.  Bukan dia tahu cemburu.  Dan dia pun tahu aku tidak pernah berahsia darinya walau sekelumit dosa.  Walau sepahit mana aku memberitahu Asakir walau pedih dan sakit di hati kami.  Itu yang menyebabkan dia begitu percayakan aku…  .
“Dia ada buat apa-apa tak kat kau?”
Aku tersenyum dengan muka selamba.
“Adalah raba-raba sikit…”
“Dia tak biasa dengan kau. Saja nak check kau siapa.  Dengan kak Ilah dia dah biasa.  Tiba-tiba kau tidur sebelah dia…”











 

No comments:

Post a Comment