catatan peribadi ryina ikhwan

Ikuti catatan peribadi ryina ikhwan di http://ryinaikhwanroslina.blogspot.com/

Saturday 1 January 2011

Bahagian 11

Kini  Calvin yang rajin membalas sms ku.  Kadang-kadang aku mendapat balasan dari seseorang yang tidak ku ketahui nama menghantar sms carut.  Aku ini entah kenapa jua sudah tidak malu-malu mencarut juga.  Mungkin masih terpendam ilmu sifuku, G di mana-mana ruang kosong di otakku.  Namun khabarnya semua Gang of Thirteens pada tahun 2005 yang lalu telah mengerjakan haji di Mekah.  Mereka berkuda semasa berada di sana.    Menurut Abang Yee, Alang yang menjadi kesayangan kami telah berubah perwatakan tidak lagi mencari hal seperti dulu.  Malah bukan sahaja Alang seluruh Gang of Thirteens telah benar-benar insaf, dan sering menangis mengenang kenakalan dan kejahatan pada masa lampau mereka.  Mereka berjubah dan menutup seluruh muka kecuali mata.  Kami akan merindui Alang dan kumpulannya.  Aku walau pun sudah tidak mengingati apa-apa tentang G, sudah berputus harap untuk berjumpa dan meminta maaf kepadanya jika aku telah menyakitkan hatinya sepanjang bersms dan berbicara dengannya.
Amat payah untuk berpisah dengan Abang Yee.  Aku tidak rela berpisah dengan mereka.  Kehilangan Yee Manja dan gang of Thirteens sudah cukup meruntun jiwa.  Sekarang ini semua mereka iaitu tubuh Abang Yee akan menghilang.  Air mata tergenang sewaktu Abang Yee berkata kepada kami,
“Please release the yees, I know you all love him.. love him so much… and we know they all love you… It is not easy for you to loose them, but it is not easy for them either.  They have their own families, their own jobs, inside…  living outside longer making them sick like papa Yee Manja, papa Rafael .. so please release them…”
Entah Abang Yee yang mana berkata. Aku memandangnya tepat ke matanya.  Matanya lebih besar dan dia kelihatan lebih muda tetapi tegas.  Tidak ku ketahui siapa dia.  Yang pasti dia anak salah seorang dari kami.  Menjadi panglima dan disegani.  Menjadi seorang manusia yang begitu berhemah dan disayangi oleh Raja-raja dan bangsawan.  Beristeri empat dan menjaga adik beradik di dalam.  Tegas dan mengambil berat.  Kesunguhannya ku rasai.  Aku menunduk muka.  Tidak berdaya.  Ah! Aku lupa namanya, tetapi dia ketua GoL, anak sulung Kak Ilah di ‘dalam’ dan bakal menjadi calon Raja Bunian.
Air mata tumpah jua.  Aku membiarkan ia mengalir.  Biarkanlah ia mengalir kerana itu saja cara untuk aku melepaskan perasaan yang pedih di dada.  Kata-katanya menyedarkan aku betapa tugas dan amanah Raines, Tok Anjang dan Yee Manja lebih berat di sana.  Mereka mempunyai keluarga yang sering ditinggalkan, mempunyai anak-anak buah yang memerlukan tunjuk ajar, mereka perlu hadir berperang dan bermesyuarat sepanjang masa.   Ia menyedarkan aku betapa aku begitu mementingkan diri sewaktu menghantar sms pada Dior, “Saya tidak mahu berpisah dengan Ayahanda”.
Persediaan yang ku buat sendiri bagi menghadapi saat-saat kehilangan Abang Yee kadang-kadang membuat aku termenung tidak mengerti.  Cuba mengawal diri agar tidak menghantar sms, cuba berlagak ceria di depan Abang-abang Yee, cuba memahami segala kata-kata Abang Yee dan sekali sekala cuba mengerti keperitan Abang Yee.  Tiada seorang pun dari kami dapat mengerti kesedihan Abang Yee.  Kesedihan Dior yang kehilangan permaisuri yang amat dicintainya, kesepian Yee Manja yang hidup berseorangan  dan kehidupan Mc Kenzie yang juga menyendiri…  Keperitan, kesusahan, kesepian mereka tidak dapat kami berkongsi.. kerana kami hanya mahu dihiburkan oleh Abang Yee, bergelak ketawa dan sambil dimarahi penuh kasih sayang.  Di dalam pencarian ilmu ini, berbagai halangan kami tempuh dan mereka the yees seperti kami turut merasai kepedihan itu .. namun kenapa kami tidak memahami pengorbanan mereka?
“Please release them… they have their own family and responsibilities there.”
Aku baru mengerti kenapa Tok Anjang cuba menjauhkan diri.  Kenapa ramai Abang Yee tidak lagi mengizinkan kami bersalam dengan mereka.  Hari semakin hampir dan aku cuba sedaya upaya berusaha untuk tidak rapat dengan Abang Yee, supaya kehilangan mereka tidak ku ratapi seperti mana aku meratapi kehilangan Yee Manja dan G.  Seperti mana aku meratapi kehilangan Tok Anjang suatu ketika dulu.
Tubuh Abang Yee akan hilang dan semua the Yees akan pergi dan pemergian mereka akan diganti oleh tubuh yang lain, tubuh yang lebih muda dan tidak akan kami kenali.  Tidak akan sama dengan kasih sayang melimpah ruah Abang Yee… Namun tubuh-tubuh itu juga mempunyai tanggung jawab yang tidak kurang berat dan penting daripada The Yees, memastikan syarikat berkembang maju, mamastikan kami dapat membina empayar perniagaan dan menguasai dunia pada suatu hari nanti.  Ia akan mengambil masa lebih dari seratus tahun.  Kami ini hanyalah ‘pioneer’, dan anak cucu kami yang akan merealisasikan impian Dior, raja Univrsel dan all the yees bagi mengembalikan empayar Islam.  Anak-anak kami digalakkan berkahwin sesama anak famili bagi mendidik mereka untuk mengetahui dan memahami erti kesusahan dan keperitan hidup.  Anak-anak perempuan kami ada yang akan berkawin dengan ahli kumpulan Heushe yang hidup di dimensi ini.  Anak-anak perempuan kami akan menjadi seperti Kak Ila dan Kak Nani bersuamikan orang bunian dan mungkin melalui kehidupan yang perit seperti mereka berdua.  Dan Abang Yee selalu berkata,
“Kaya tetapi miskin, miskin tetapi kaya…”
Pelik!  Kenapa kata-kata Abang Yee yang ringkas itu menyedarkan aku, menginsafkan aku. Ia mendorong aku menerima hakikat bahawa aku harus menerima kehilangan Abang-abang Yee dengan hati yang tenang.  Perasaan sisters mungkin sama dengan keadaanku.  Mungkin lebih teruk dariku. Kerana berbanding aku, mereka lebih rapat dengan Abang Yee.  Tidak juga dapat ku fahami bagaimana perasaan mereka.  Apa yang penting aku terpaksa belajar menerima kehilangan Abang Yee.  Belajar untuk menjadi lebih matang.  Belajar untuk tidak terlalu merindui orang tua itu, walau hakikatnya aku tidak juga dapat melupakan mereka.  Belajar untuk menjadi rapat dalam kumpulan sisters agar kumpulan kami akan lebih mantap.  Itulah impian Abang Yee.  Supaya tiada team A dan team B dalam famili kami!  Aku selepas ini mungkin terpaksa mencari sedikit ruang waktu agar dapat bersama sisters mempelajari ilmu perniagaan termasuk urut, andaman dan solekan muka.  Kerana salah satu syarikat kami WajahKristal Sdn Bhd adalah sebuah syarikat kosmetik dan rawatan muka.  Bolehkah aku menyesuaikan diri dengan sisters?  Aku tidak pasti dan tidak yakin… 
Malam itu aku kembali ke rumah dengan perasaan yang gembira dan puas kerana dapat berjumpa panglima yang muda itu.  Auranya.  Pandangan matanya.  Tutur katanya tegas tetapi penuh kelembutan.  Tertib. Berhemah.  Dan mungkin kerana merindukan Yee Manja Syed Ikhwan itu aku pada malam itu sebaik terlelap terus dibawa ke ‘dalam’.  Melihat dengan mata sendiri kenakalan Ikhwan iaitu salah seorang daripada 313 orang yang memegang watak Yee Manja.  Daripada 313 orang itu yang mana satu Ikhwan, Suhaimi dan Sulaiman?  Dan malam itu aku cuma dibawa menonton watak Ikhwan yang nakal sehingga disumpah menjadi ikan duyung, diikat dan dipenjara di dalam buluh betung!

No comments:

Post a Comment