catatan peribadi ryina ikhwan

Ikuti catatan peribadi ryina ikhwan di http://ryinaikhwanroslina.blogspot.com/

Saturday 21 January 2012

G... ku mengimbau kembali

Keesokannya aku tidak berselera makan.  Terkenangkan muka sepuluh sen Kak Eton sewaktu Papa Dior memujinya.  Terkenangkan wajah serius Papa Dior sewaktu memarahi aku itu.  Aku menangis sepanjang hari di pejabat.  Sambil menyeka airmata tangan yang lain pula memeriksa kertas jawapan peperiksaan para pelajar.  Terasa seperti aku ini berayah tiri.  Pedih hati terasa bagai dicucuk paku karat! Aku dimarahi oleh Papa Dior yang ku sayangi, oleh papa yang selalu mengatakan aku comel dan selalu mengatakan sayangnya padaku.  Aku dimarahi oleh Papa yang mendodoikan aku tidur, oleh papa yang ku peluk dari belakang ketika tidur di sebelahnya.   Tiada rasa sakit hati mahu pun rasa benci.  Tiada rasa bersalah juga.  Memang perangaiku semacam ini.  Apa dayaku! Dan memang ku tahu benar, betapa Papa Dior menyayangi aku dan berbangga kebolehan semulajadi Asakir yang pakar dalam serba serbi.
Aku menghantar sms pada Abang Yee tanpa meletak kod.
“Semalam berasap kena panggang!  Tobat dah!  Nak jaga mulut elok2.  Kerana mulut badan biasa.  Dah takut dah nak manja dengan Pa Dior macam machine gun saya kena smlm.”
“hehehe!  Aku tengok kau smlm mcm patung kena tembak petir dibuat Pa Dior kau!  Jagn segan2.  Dia syg betoi kat kau!  Nnt rugi!”
Tidak lama kemudian aku menghantar sms pada Papa Dior.  Masih juga aku rindukan dia walau aku dimarah dan dikerling sebegitu rupa.
“Pa Dior, tolong!  Pahit mulut!  Terkejut kena bambu smlm kot!”
“hehehe!  Padan muka kau! Ingatkan tak rase!”
“takkan tak rasa!  Pahit mulut ni… terkejut lagi ni… Sy tak peduli! Sy nak juga manja dgn Pa walau Pa kata Pa paling syg K Eton!  Menyampah betul!  Nak marah pun tak boleh sbb K Eton memang baik giler!”
“hehehe!  Tak pa.  Nanti Pa bagi upah tidur sebelah Pa lagi ya!”
Smsnya yang terakhir itu membuat aku tersenyum lebar.  Masih juga dia menganggap aku ini comel walau perangai jahatku cemburukan Kak Eton!  Kalau boleh dapat upah macam itu selalu baik juga dia marahkan aku lebih kerap!  Tapi tentulah aku tersiksa jiwa dan raga terkejut dimarah Papa Dior. Tidak ingin lagi melalui pengalaman sebegitu pahit.  Bagiku ia amat memedihkan.  Sudah cukup sukar bagiku walau ku tahu benar, sisters yang lain lebih teruk dimarah Abang-abang Yee.
Kak Suraya dan Kak Mun pernah dileter Pa Mc Kenzie sehingga mereka menyewa bilik hotel semata-mata ingin menangis dan mencurah perasaan.  Suraya pernah berkurung di dalam bilik air selama empat puluh lima minit di rumah Abang Yee selepas dimarah oleh Pa Mc Kenzie.  Moly pernah dimarah di depan sisters yang lain dan dimaki habis-habisan.  Kalau nak dibandingkan dengan mereka, kemarahan Papa Dior pada ku itu tidaklah seberapa.  Walau dimarah masih lagi dia tersenyum dan kami masih boleh ketawa beramai-ramai.  Dan aku ini tidak pernah merasa dimarah oleh Pa Mc Kenzie walau sisters yang lain sudah dimarah beberapa kali olehnya.  Aku tidak ingin dimarah Pa Mc Kenzie.  Kalau dimarah Papa Mc Kenzie, ia lebih sukar.  Kerana dia tidak mungkin memarahi aku seperti mana Papa Dior memarahi aku.  Ada nada seloka pada setiap kemarahan Papa Dior kepadaku.  Papa Mc Kenzie tak mungkin akan menyelitkan jenaka jika dia memarahi aku.  Dia telah menjadi Raine!  Tidak lagi seperti dulu!  Namun sayangku padanya tetap sama seperti mana sebelum dia menjadi Raine!  Aku masih merinduinya juga dan ku tahu dia mengetahui hakikat itu.  Aku ingin juga meminta untuk tidur di sebelah Pa Mc Kenzie, tapi tidak berani!  Pa Mc Kenzie orangnya begitu tegas.  Ada kasih sayang tetapi tidak diluahkan.  Pengalaman bersms dengan Pa Mc Kenzie menjadikan aku begitu hormat padanya sehingga aku tidak berani menghantar sms mengada-ngada.  Cara dia bercakap, alunan suaranya, cara dia berdehem dan menyusun cerita, cara dia memandang tidak pernah menyakitiku.  Dia yang ku kenali Abang Yee termacho di antara semua.

28 April 2006 aku yang dalam perjalanan pulang dari The Mall, Kuala Lumpur, singgah di Subang Jaya.  P. A Papa Dior ada di rumah, Papa Raihan.  Dia tersenyum menyambutku dengan mesra.  Aku singgah semata-mata untuk baring dan melelapkan mata di bilik tetamu di rumah itu.  Hari itu hari Jumaat dan ketika hampir solat Jumaat aku menutup pintu bilik dan terus terbaring.  Kepala berdenyut-denyut.  Tidak dapat aku melelapkan mata.  Abang Yee sudah ke masjid.  Suasana rumah sunyi sepi.  Akhirnya aku terlelap juga walaupun hawa kepanasan.  Aku tersedar ketika bunyi mesej kedengaran dari telefon bimbit.
“Comel pa xg keje ke ari ni? Knp tak tidur di katil papa tadi?  Sori ganggu kau ya.”
Aku tersenyum.  Baiknya Papa Dior, mempelawa aku tidur di katilnya.  Masakan aku berani.  Setolol-tolol aku, aku takkan berbuat demikian.  Lagipun entah siapa yang berjaga pada hari itu.  Dan walau Papa Dior yang keluar, tak mungkin aku berani tidur di katilnya tanpa dipelawa.
“tak tido pun.  Cakit kepala cikit!”  Adoi.. entah apa-apa aku ini.  Tolol ke bodoh ke sehingga aku sendiri mula naik menyampah. Kalau sisters lain mengetahui tentu terjuih bibir mereka lima sentimenter…
“Pa masih di Cni.  Suruh budak-budak tu urutkan!”
Pa Dior menyuruh aku memberitahu Adik Yee iaitu GoL supaya mengurutku.
“Tak apa… Dah ok. Hihihi.”
“Knp kau takut kena rogol ke?  Hotak kaulah!”
“tak!  Cuma takut nanti orang kata saya bini orang gatal!”
“Siapa nak kata.  Meh sini aku sental mulut dia owang!”
Tiada orang pernah mengata.  Cuma otakku selalu memikirkan takut disalahanggap orang.  Dan kalau dituduh sedemikian rupa, aku tidak peduli juga.  Cuma aku perlu berjaga-jaga.  Hakikatnya aku sememangnya sayangkan Papa Dior dan semua papa-papaku.  Walau aku tidur di sebelahnya aku tidak mungkin dipeluk dan dicium seperti naluri seorang lelaki!  Dan aku sendiri juga baring di sebelah Abang Yee sebagai seorang anak yang manja bukan seperti aku tidur bersama Asakir dibelai dan dipeluk olehnya.
Aku keluar bilik dan meninjau bilik Abang Yee.  Dia sedang terbaring dengan seluar pendek dan baju singlet.  Aku mengetuk pintu yang terbuka.  Dia nampak seperti terkejut memandang ku.
“Abang Yee nak makan tak?  Saya ada belikan roti dan nasi lemak.  Ada kat bawah tu!”
“Tak pa!  Kau pergi makan…”  Dia memandangku terkejut.
Aku menuruni tangga.  Dia mengikut langkahku.
“Abang Yee nak makan nasi lemak?...  Ni ada garlic bun dan tuna bun…”
Aku mencapai nasi lemak dan dia pula mencubit garlic bun.
“Kau tutup pintu tadi. Aku takut nak kejutkan!  Papa Dior marah kat kita orang tadi sebab tak suruh kau tidur di katilnya!”
Aku tersenyum. 
“tak kunci pun pintu tu…”
“Dia suruh aku kopak pintu tu!  Tengok kau.  Takut terlepas kelas.  Atau tidur mati!”
Aku memandangnya simpati.
“Kelas dah habis.  Cuma markah student je yang nak kena settle sekarang…”
Dia tidak menjawab.  Aku memandangnya sambil tersenyum.  Dia kelihatan lebih muda.  Dan suaranya memang lain dari biasa.
“Aku first time sembahyang jumaat kat sini.  Berapa kali aku cari jalan nak ke masjid.  Tiba-tiba bertugas hari ini… Kami kalau bertugas kadang-kadang pakai seluar dalam saja… kadang-kadang bogel terus!”
Aku tersenyum.  Memang sah anak murid G!  Atau kalau tidak pun anak murid salah seorang Gang of Thirteens!  Gang of Thirteens sudah bertaubat dan insaf, kumpulan baru pula mengambil alih.
“Saya tak kisah!  Saya pun ada hijab juga!” Kataku masih tersenyum.
“Celaka kau! Eh!  Kau makanlah  ya!  Aku nak  naik jap!”
Aku mengangguk dan terus mengunyah nasi lemak sejuk.  Lama berada di bawah.  Aku tahu dia ke atas untuk membersihkan badan atau menukar pakaian yang lebih kemas.  Biasanya begitulah.  Setiap kali karakter yang lebih tinggi pangkatnya akan keluar, karekter yang berada di ‘luar’ akan menyiapkan diri.  Aku memandang jam tangan.  Hampir pukul tiga setengah.  Aku harus pulang ke UPM.  Aku menaiki tangga dan bertembung dengan Abang Yee.
“Rosya!  Dah makan?  Urut Pa kejap!”
Papa Dior.  Aku tersenyum.  Dia berseluar jeans dan memakai baju T-shirt berkolar.  Aku mengangguk dan menurut langkahnya ke katil.  Dia baring dan membelakangkan aku.  Aku mengurut tulang belakangnya.
“Dah sedap kau urut!  Bukan tak pandai saja engkau ni malas!”
Aku tidak hiraukan kata-kata Papa Dior.  Tangan masih mengurut.  Bagiku ia merupakan satu penghormatan sekiranya aku dapat mengurut Papa ku itu.  Hanya sebentar.  Dia kemudian tidur terlentang.  Dan aku juga tidur di dalam posisi yang sama di sebelahnya.
“Mari sini, comel papa!  Papa cium!”
Aku membiarkan dia mencium pipiku kiri dan kanan bertalu-talu.  Semenjak dua menjak ini Papa Dior memanggil aku comel.  Entahlah.   Sebaik dia selesai mencium pipiku, dia merebahkan badan kembali di sebelahku. 
Dia kemudian mendiamkan diri.  Dan aku memandang siling rumah itu.  Tidak lama.
“Rosya!”  katanya nyaring.
Aku memandang.  Siapa pula?
“engkau jaga cucu aku tu!  Nanti aku lempang kau!” 
Papa Yee Manja, Ikhwan?
“Papa boleh keluar ya?”
“Tadi aku meeting kat ‘atas’ tu!  Pas tu ada budak-budak bagitahu ada tetamu.  Aku tanya sapa… dia orang kata Si Comel.  Aku kata kepala hotak kau orang!  Tu nak hina cucu aku tu!”
Aku cuma tersenyum.  Tiada salah apa pun sekiranya mereka memanggil aku Si Comel.  Dah memang aku macam ini.  Debab!
“mari sini beromen dengan aku!”  Dia memeluk aku dan mencium bibirku. Aku membiarkan saja.  Papa Ikhwan memang semacam itu.  Sebelum ini pun di depan brothers dan sisters dia berbuat begitu juga.
“Papa Dior tu mana ada nak cium kau macam ni?  Aku sorang saja tahu tak?”
Papa Dior takkan berbuat demikian.  Dan aku pun tidak ingin meminta.  Hanya Papa Ikhwan dan Papa Sulaiman  yang boleh berlagak sedemikian rupa. Aku memandang.
“kau beritahu Papa Dior kau tu aku cium mulut kau!”
Dendam Yee Manja pada Papa Dior membuatkan aku tersenyum semula. 
“mari sini aku cium sekali lagi.  Buka mulut tu!”
Hanya kerana Papa Dior mencium pipiku, Papa Ikhwan mencium mulutku.  Dan kini mahu bercium dengan memasukkan lidahnya ke dalam mulut aku!
“Tak naklah!”
Namun dia tidak peduli.  Terasa lidahnya mahu menerubus masuk.  Aku menutup mulut rapat!  Namun gagal.  Nakal betul dia!  Aku sudah takut kehilangan iman sewaktu itu!  Nyaris aku terbabas!   Ciss!  Papa Ikhwan!!!  Sengaja mahu mencari nahas dengan papa Dior!  Aku segera memalingkan muka dan bertanya padanya, untuk mengalih perhatiannya,
“Papa kan cicit dia?  Dia moyang papa kan?”  Aku mengalih topik perbualan.  Aku takut ini semua perangkap Abang Yee nak menguji aku.  Kalau aku terbabas macamana?
Dia mencebik bibir.  Ahh!  Sepatutnya dia bangga menjadi keturunan Papa Dior. 
“Moyangkan?  Sepatutnya dia sayang kat cucu cicit dia ni!  Tapi dengan aku ni garang nak mampus!  Kena sebat kena rotan kena penjara!”
Comelnya PaIkhwan!  Dia berkata seperti dia tidak buat salah apa! Riak mukanya seolah menagih simpati.  Innocentnya wajah.  Tidak kurang dan tidak lebih dari abangnya Sulaiman.  Kedua-dua mereka Yee Manja.  Siapa lagi Yee Manja yang tidak ku ketahui?  Yee-Yee Manja semua semacam itukah?
“Papa rindukan kita orang kan?”  Tanyaku.
“Rindu nak mampus!”
“Kita orang pun tak tahu bila baru boleh masuk…” 
“Kau ni pembelot!”
“Belot apa?  Saya sayang papa tau!”
Dia tersenyum. 
“Hari tu last papa keluar masa main keyboard tu kan?  Masa tu papa dah tak nampak kita orang kan?”
Dia menganguk.  “Masa tu aku ingat aku main keyboard di ‘dalam’.  Tapi dia orang kata kat ‘luar’!”
“Aku dah cakap kat Papa Dior!  Jangan nak rampas harta aku yang terakhir… Ikhwanis tu.  Semalam dia masuk ‘dalam’!”
“Saya balik lambat semalam.  Dia tak bagi saya peluk atau tepuk dia…  merajuk la tu saya balik lambat!”
“Aku tahu! aku yang ajar!”
Dia berkata selamba.  Papa Yee Ikhwan mengajar Ikhwanis merajuk sehingga aku yang balik pukul dua pagi dari Subang Jaya mati akal.  Dia mengeraskan badan tidak mahu dipeluk dan ditepuk.  Bila ku buat tidak peduli, dia merengek pula.  Sampai subuh tidurku tergangggu.
“Eh!  Bestnya papa keluar jumpa saya.  Mesti sisters jeles ni kalau dia orang tahu!”
Aku memeluk Papa Yee Manja.  Dan dia memelukku juga. 
Papa Ikhwan lebih sensitif dari Pa Sulaiman.  Suara Pa Ikhwan lebih kasar dan dia bercakap dengan nada tinggi.  Pa Sulaiman lebih lembut hati.  Mungkin kerana itu selepas itu aku diberitahu PaIkhwan selalu menyelamatkan Pa Sulaiman sekiranya dia dihukum Raine.  Kenakalan yang bagaimana mereka berdua ini.  Otakku tidak tercapai.  Kalau mereka boleh mengikat Raine yang garang, cerdik, alim, baik hati dan serba serbi yang terbaik itu, mereka nakal sehingga ke tahap mana?
Aku diam sambil kepala otakku mencari ‘kebenaran’ tentang Yee Manja.  Orang yang ku peluk bukan lagi Yee Manja.  Aku memandangnya.  Aku cepat-cepat merenggangkan tubuhku dari tubuhnya.  Kalau Raine yang datang tak pasal-pasal kena maki dan dibaca minda aku yang cetek ini.  
“Pelikkan?  Sepatutnya cicit proud dengan moyang.  Ni tidak dia pula kata macam tu!”
Adik Yee.  Yang sekali sekala ku hantar sms kelakar dan mengarut kepada mereka semua.  Dan mereka pula jarang benar tidak membalasnya.  ‘sporting’ dan perangai gila-gila macam aku.  Kadang-kadang aku dan mereka mengutuk sisters sama-sama melalui sms. 
“Saja la tu.  Dia comel… Papa Dior pun kata Papa Yee Manja tu comel…”
Aku cuba membela Yee Manja. 
“Dia pernah jadi raja untuk dua negeri.  Tapi tak sampai dua tahun tunggang langgang negeri yang dia perintah.  Dia bukak kedai judi!  Lepas tu Papa Dior rampas kuasa balik!”
Aku ketawa terkekeh-kekeh.  Abang Yee meletakkan jari di bibir meminta aku memperlahankan suara takut didengar Papa Yee Manja yang berada di tingkat atas bangunan itu di ruang buni. Kemudian dia menyambung.
“dia kata bukan judi.  Sebab pertaruhkan duit sikit-sikit sorang, lepas selesai main, duit tu dipulangkan balik!”
Aku tersenyum.  Manalah Papa Dior tidak sakit kepala mengenang kenakalan Yee Manja!
“Masa semua orang leka main, ada yang tertinggal sembahyang, dia pula lebih-lebih bising cakap pada semua orang, orang yang pergi tu tak sembahyang.  Sudahnya semua masuk kedai hari tu kena sebat!”
“Masa dia puji Ikwanis, dikutuknya mak bapak Ikhwanis.  Bila kita orang kutuk kau orang, dia pula maki kita orang!  Tak paham betul.  Tadi aku cakap Comel datang pun kena marah!  Padahal kan elok panggilan tu!  Eh!  Kalau dia jadi Raja… Ikhwanis tu jadi puteri…. Nasiblah kau!   Dia tengah latih Ikhwanis tu jadi gangster!  Dia kata kat sekolah nanti cikgu tak tahu nak buat apa kat Wanis…. Mengaji pandai, belajar pandai, tapi gangster…”
Aku tergelak.  Sekarang pun Wanis seprti gangster!  Dia pernah mengancam ingin memukul Haziq… tangan mencekak memarahi abangnya Hafiz yang menonton televisyen.  Pernah dua tiga kali bertanya pada Hafiz dengan garang.
“Ali tiga apa? Shemilan ali ujoh apa?”  Dia meniru gaya ku menyoal sifir pada abangnya.  Dan memang betul Wanis begitu comel.
“Dah!  Anis dah marah abang dah!”  Katanya pada suatu malam membuat aku tersenyum gelihati. 
Dia masih lagi menetek.  Namun tidak sekerap dan selama dulu lagi.  Kadang-kadang bila tidak ku beri, dia memujukku…
“Cikit je… jap je…!”
Kemudian Abang Yee yang muda itu terdiam.  Aku mati kutu lagi.  Ketika itu aku baru teringat akan ketulan di ari-ariku.  Asakir pernah menyuruhku bertanya pada Abang Yee.  Aku memasukkan tangan ke dalam baju dan meraba-raba bahagian ketulan bulat sebesar duit lima puluh sen di ari-ari.
“Abang Yee tengok ya… macam ketumbuhan kat sini…”
“Tak apa kita ni doktor juga…”
Katanya supaya aku tidak malu-malu.  Ah!  Aku memang tidak merasa apa apa untuk menunjukkan ari-ari atau perutku pada Abang Yee.  Mereka semua sebenarnya ada hijab… melihat kami memang tidak bernafsu apa-apa.  Lagipun aku sedang bertanyakan penyakitku.  Kalau sengaja nak menggatal dan menggoda Abang Yee baik tidak payah.  Tak pasal-pasal kena maki dan dibuang keluar famili!  Dia menyelak baju yang ku pakai.
you mengandung ke?”
Aku mengangguk.
“rasanya anak perempuan.”
Syukur Alhamdulillah.  Rasanya kandunganku tidak sampai pun dua bulan.
Baby duduk kat bawah sangat ni… bahaya…”
Dia menyentuh bahagian bawah perutku.
You tahu siapa guru I?  Papa G!”
Mendengar nama Sifuku yang lama tidak keluar itu membuat aku sedikit terkilan.  Aku memandangnya penuh harapan.
“Dia kat mana sekarang?”
“Rusia!  Dimensi sana kat Rusia!”
“Dia buat apa?”
”Entah!  Adalah tu!”
Dia menyambung kerjanya dengan teliti, menekan ari-ari dan kemudian menekan bawah perutku dengan lembut.  Keseriusan wajahnya.  Kesungguhan pandangan mata ketika meneliti kulitku.  Entah mengapa jua teringatkan sifuku.  Perasaan yang sukar digambarkan kerana selama ini hanya sifuku G yang pernah beberapa kali memeriksa tubuhku, mencari penyakitku.  Kini perasaan ingin mengingat kembali G ku semakin kuat, namun kenangan itu tidak jua hadir di fikiranku.  Aku teramat ralat!  Kerana dengan tiba-tiba sahaja aku seperti ingin kembali ke zaman lampauku yang kerinduan G.  Cara Abang Yee yang muda belia ini, kesungguhan dan ketelitiannya adakah sama seperti sifunya?  Pandangan ku kosong tetapi fikiranku kacau bilau dek G.  Dan sekali sekala aku menatap wajahnya, cuba mencari walau sedikit kebarangkalian bahawa yang sebenarnya dia adalah G ku.
“Dia sayang you ya?”
Mana ku tahu!  Mungkinlah dia sayang.  Dia tu ditugaskan menjaga kesihatan ku dulu.  Dia yang memberi idea aku menulis dan banyak memberiku ilham.  Cuma sekarang aku kehilangan dirinya…   
“Banyak dia buat kat you… dia tarik baran you… pecahkan ibu lemak di perut…  cancer pun dah hilang ni… Tapi you still ada kencing manis.  I tahu semua ni, I ni kan student dia!  Best class dia tau!”
“Tapi dia tidak sempat nak hilangkan semua… belum habis lagi dia sudah pergi Mekah!”  Jawabku terkilan.  Hah!  Kalau nak insaf pun tak boleh tunggu selepas dia download kepala otakku menulis novel atau sekurang-kurannya kembalikan tubuhku seperti 20 tahun yang lampau? Biar padan muka Asakir.  Masa itu tahulah dia langit itu tinggi atau rendah!
“Nanti lepas bersalin I sambung kerja dia… I buat perut you kempis balik!  Ni rahsia tau!  Tengok perut you,… kulit macam silk!  Seksi gila… Bukan setakat mandian saja,  dia juga dah buat rawat kulit you.  Dah mandi tujuh peringkat?”
Aku mengangguk.
“Dua minggu sekali mandi herba KN4.  Maintain kulit you ni… lawa!”
Aku terdiam.  Rupanya banyak yang telah dibuat oleh guruku!  Aku saja yang tidak sedar dan tidak berterimakasih.  Kini bagaimana cara untuk menghubunginya kembali?  Sedangkan dia tidak lagi membalas sms ku?
“You novelis ya?”
Aku mengangguk. 
“Tengok cara dia?  Kelas dia bagus kat dalam tu…  I ni best student dia.  I sorang saja yang dapat anugerah!  Dia best… rockers!”
“Dia sporting… macam abang… sedih la tak dapat berhubung dengan dia… I nak tahu dia siapa… ”
“you sayang dia?”
Dia menatap mataku.  Aku cuba melarikan anak mata ke siling.  Namun dia masih memandang.  Pandangan yang jujur mengharapkan jawapan yang jujur.  Akhirnya dia tersenyum simpul seperti mengejekku.
“sayang la kot!  Saya tak ingat sangat pasal dia…  sekarang ni je sekali sekala saya teringat sikit-sikit masa saya sembang  dengan dia…  Biasanya kalau saya teringat kat dia saya menulis novel…  tapi saya semcam tahu, asal menulis saja saya tahu yang mana satu idea dia dan yang mana satu idea saya…”
“I tahu sama ada you sayang dia atau tidak…”  Dia seperti cuba menjeratku. 
“I sayang semua Abang Yee!  Papa Dior, Papa Mc Kenzie, Papa Raihan, Papa Yee Manja!  Kat you all pun I sayang…”
Dia tidak mengendahkan kata-kataku.  Sakitnya hati!  Tak nak percaya sudah!
“Kelas papa Dior garang gila! Tak ada orang nak masuk!  Lembut je dia bertanya… nak belajar mengaji dengan papa tak?”
“Lepas masuk je … berdesing-desing telinga ya!”  Aku menyampuk.
Kami ketawa gelihati. 
“yang tadi tu ketulan tu… ok dah?”
“Dah ok!  Kita dah pecahkan… macamana I kena duty ari ni… pas tu camana you boleh datang sini ari ni… I rasa macam sifu kita punya kerja ni… nak suruh I continue kerja dia…”
Aku tinggalkan dia dalam kebingungan.  Aku tidak ingin melayan perasaan tentang G bersama Abang Yee yang lain.  Kenanganku bersamanya adalah hak milikku yang mutlak.  Aku masih bersandarkan catatanku di dalam novel pertama.  Aku menyintainya dan dia menyayangiku.  Sepahit mana cinta yang ku rasai, ia tetap kenangan manisku.
Aku bergegas ke bilik sebelah dan memakai tudung untuk kembali ke UPM.  Dalam pada itu aku merindui G.  Dia tidak pernah membohongi ku.  Walau dia sudah tidak boleh keluar. Dia masih menjemput aku ke Cini… Dia pernah bertanya tentang penulisanku beberapa bulan dulu … janji yang tinggal janji cuma  ingin membuat aku kurus.  Namun janji itu sudah tidak ku tuntut lagi… Ku sedar kesibukan dan halangan yang terpaksa dia tempuhi semata-mata untukku.  Aku meninggalkan Subang Jaya dengan perasaan puas hati.  Aku sudah dapat janji Papa Dior yang ingin meneman aku tidur.  Malah aku dapat berjumpa Papa Yee Manja… dan aneh dan terlalu kebetulan aku berjumpa pelajar terbaik guruku!  Aku di dalam hati merasakan G itu bukan sekadar salah seorang dari Gang of Thirteens.  Kedudukannya mungkin lebih tinggi dari yang ku sangkakan… G siapa dirimu?  Adakah engkau pernah menyayangiku?  Itu yang ku cari… namun jawapannya tidak pernah ku ketahui.. walau dikata aku disayangi ia tidak juga membuatkan aku bahagia…  
G…
Antara kita ada jarak
Terpisah jauh
Tidak bertemu

Aku mencari mu
Tidak pernah ku temu
Aku rindu
Kau masih di situ
Tidak berganjak
Tetap dari dulu

Terpisah dimensi
Kau melihat ku
Namun
Buta hatiku
Tidak mungkin
Aku dan kau
bersatu

Sepanjang perjalanan pulang ke UPM, aku ditemani persoalan lagi.  Kenapa sewaktu aku mengucapkan selamat tinggal semasa dia mengunci pintu rumah itu dia berkata,
“Sorry ya, tertidur pulak!  Kepala aku ni macam berdengung-dengung kena palu macam kompang…”
Aku meninggalkannya tidak sampai lima minit.  Takkan dia tertidur sedangkan sebaik aku keluar dari bilik itu dia sudah keluar dari bilik untuk menghantar aku ke pintu luar?  Sebenarnya aku bercakap dengan siapa?  Siapa yang telah menaikkan kedudukan bayi di dalam perutku?  Siapa yang telah memecahkan ketulan di dalam ari-ariku?  G, murid G atau orang lain?  Dan sewaktu aku berada di pintu luar itu bersama Abang Yee aku sempat memandang tangga ke tingkat atas.  Ya Tuhan! Ada seorang lagi Abang Yee memandang aku dengan muka masam mencuka.  Walau tubuh itu seperti bayang-bayang, nipis dan kabur aku tahu itu tubuh salah seorang Abang Yee.  Berbadan sederhana, rambut yang dibiarkan mengurai sehingga ke paras bahu,  tangan mencekak pinggang dengan berpakaian seperti jubah yang dipakai lelaki Afrika.  Aku cepat-cepat melarikan pandangan mata, tidak sanggup menatapnya berterusan.  Siapa dia?













No comments:

Post a Comment