catatan peribadi ryina ikhwan

Ikuti catatan peribadi ryina ikhwan di http://ryinaikhwanroslina.blogspot.com/

Thursday 14 July 2011

Bahagian 22


“looking for love and nothing more
my soul will be my friend
and I love you for all my life”
Indah senikata lagu yang dinyanyikan oleh papa Mc Kenzie.  Merdunya suara ketika dia mengalunkan lagu itu dengan suara rockersnya, penuh bertenaga.  Mana orang menyangka yang menyanyi itu orang tua!   Kalau orang lain tentu menyangka Abang Yee ini orang tua tak sedar diri, asyik melalak dekat-dekat maghrib dan selepas maghrib.  Tapi kami ini sudah tahu benar, Abang Yee itu siapa.  Dia solat khusuk dan berjemaah di dalam.  Di luar dia sembahyang tidak lama, mungkin kerana kami bersama.  Lagi pun mereka tidak mahu menunjukkan mereka ini alim.  Takut kami taksub atau mungkin takut kami melarikan diri.  Maklumlah ilmu tidak tinggi, dapat tok guru yang serba boleh mungkin membuat kami takut!
“looking for love and nothing more”
Mencari cinta … cinta kepada Allah dan Rasulnya, cinta kepada sahabat-sahabat Rasulullah, cinta kepada sesame saudara Islam dan cinta sesame makhluk…
“And nothing more” … tiada lagi yang diperlukan di dalam hidup ini, hanya cinta, dan harta dunia sudah tidak menjadi matlamat kehidupan kerana kecintaan kepada Allah, Rasulullah dan makhluk Nya…
“My soul will be my friend” … Andai ditinggalkan bersendirian, dengan tiada sebarang harta dunia, saudara dan rakan, yang tinggal dan yang terus setia adalah jiwa, batin dan nyawa.
“And I love you for all my life”
Sepanjang hidup ini terus bersama Cinta Agung, walau begitu banyak cabaran, dugaan dan kesepian melanda…
Papa Mc Kenzie memang rockers tetapi dalam ilmunya.  Boleh bergurau senda, namun bila kami membuat silap, memang nak kena maki dua tiga minggu!  Dulu Papa Dior juga sebelum bertukar karakter juga begitu… Ah!  Rindukan Papa Dior yang dulu!  Kalau dia keluar pun aku mungkin tidak sedar… asyik bertukar karakter!  Aku dah naik keliru.  Bila suatu hari aku suarakan pada Asakir, yang mungkin Mc Kenzie dan Dior orang yang sama, Asakir membalas,
“ha-ah!  Entah-entah semua orang, Yee Manja, Alang, G, Dior, Mc kenzie, Raine adalah orang yang sama.  Semua tu orang yang sama!  Satu figure satu karakter!”
Aku yang ternganga, tidak pernah terfikir oleh otakku, tidak sampai satu saat ketawa,
“Tak mustahil!  Entah-entah semua tu adalah Tok Anjang! Atau Yee Manja!”
Dalam hati berfikir, kalau mereka semua adalah satu figure sahaja sebenarnya, Abang Yee ini memang sah ada penyakit Skizofrenia!  Kerana kalau dia orang biasa, tak mungkin boleh menjadi sebegitu banyak perangai, kerenah, dan kepandaian! 
Mana boleh ku lupakan Papa Yee Manjaku.  Comelnya wajahnya.  Walau yang ku nampak  muka yang sama namun ada bezanya dia dengan yang lain.  Raut wajahnya kelihatan comel dan manis dipandang. Aura Yee Manja!  Kasih sayang Yee Manja!  Renungan Yee Manja!  Dia tetap ku ingati walau sudah lama tidak berjumpa.  Manusia yang satu dalam seratus juta!  Nanti dia keluar aku akan memeluknya lama-lama!  Pedulikan dengan Asakir.  Asakir bukan tahu cemburu akan hubunganku dengan Abang Yee.  Dia tidak kisah aku berpeluk atau bercium dengan Abang Yee.  Tapi jangan pandai-pandai nak sengih kat jantan lain di depan dia, terutama lelaki-lelaki muda… kalau tak kena leter pun aku akan kena boikot!
Wajah Papa Dior, yang tegas dan serius.  Dalam ketegasannya tersembunyi kasih sayang untuk kami.  Ingin sekali bersalam dengan Papa Dior, namun tidak lagi dibenarkan.  Dia tidak tahukah aku begitu sayangkan dirinya?  Dan kerana bagiku Papa Dior dan Mc Kenzie itu macam kembar saja, dan aku agak orang yang sama sebenarnya, aku pada suatu ketika semasa ingin keluar dari rumah Abang Yee berkata kepada Papa Mc Kenzie,
“Saya nak salam, saya tak kira!  Saya nak salam juga!”
Geram betul, nak salam pun tak boleh ke?  Sedangkan dengan Papa Yee Manja, siap boleh berpeluk lagi!
Abang Yee terkekeh-kekeh ketawa.
“Rosya ni ada dendam dengan aku ni…”
“Memanglah!” Aku mengaku.  Memang muka ku tidak tahu malu.  Lagipun memang papa Dior pun dah tak larat dengan aku. Asyik merinduinya walau dia cuma buat ‘derg’.
Aku dapat juga mencium tangannya.  Memang aku suka mencium tangan Abang Yee.  Sejuk dan lembut.  Memang aku menumpang kasih suami orang, kasih ayah orang, namun peduli apa aku! Dia kata aku ni keturunan Raja Bunian.  Entah ya entah tidak, aku pun sudah tidak peduli.  Lagi pun salah siapa kalau aku tidak peduli.  Dia atau mereka yang membuat aku keliru sepanjang waktu. 
Sifuku pun sudah tiada.  Rasanya dalam novel terdahulu aku tidak sekeliru ini kerana dipimpin oleh G.  Kini aku keliru sepanjang waktu, dengan sisters pun aku tak ambil tau sangat.  Rasa diri tidak layak untuk terlalu rapat dengan mereka.  Mereka ini serba boleh.  Lagipun aku tahu betapa baiknya hati mereka sudi menegurku walau aku ni liat berkumpul.   Ikhlas atau tidak itu mereka punya pasal!  Aku ni tidak tahu apa.  Patutlah arwah ibu selalu berkata,
“Na pandai belajar saja… yang lain memang tak reti apa!”
Memang benar cakap ibu.  Ketika sisters sudah pandai bersolek dan menyolek, mengurut, membuat pemasaran, memasak, aku ni macam ini juga!  Aku ni tiada bakat seni dan tiada minat dalam hal-hal kewanitaan!  Usahkan nak menjahit atau melukis, jahit kaki seluar pun Asakir lebih pandai dariku!  Malah dia yang selalu membungkus hadiah.  Papa Mc Kenzie kata aku pemalas, ingin sangat membalas,
“Saya tak ada bakat dan tak minat, macamana saya rajin nak buat.  Ada saja yang tidak kena, time membungkus hadiah pun Asakir halau saya jauh-jauh kerana dia kata menyakitkan mata dia tengok saya nak pegang kertas pun tak reti!”
Memang betul kata Asakir, apa yang ku sentuh yang ku jamah tidak menjadi!  Lebih memburukkan keadaan walau hanya sekadar ingin menolong.  Nasib baik aku bukan Sang Kelembai, kalau tidak apa yang ku pegang semua menjadi batu!  Kalau aku mula buat hal dengan rajin memasak resipi baru, Asakir akan tidak senang duduk.  Dia masamkan muka. Ke hulu ke hilir sekejap di dapur sekejap ke ruang tamu macam cicak berak kapor.
 “Papa rasa kacang ni tak yah buat kuah nasi himpit, makan je lagi sedap!  Sayang kalau kena buang!”
Cis!  Aku yang sedang confident melampau memang terasa nak mengamuk.  Itu sudah kira menghina!
“Bagilah peluang… orang nak belajar ni!  Masa orang rajin dia tak bagi orang masak!”
“Papa cakap saja…”
Bila suatu hari aku menyuruh dia membeli bahan-bahan membuat kek, dia berkata,
“Beli tepung yang dah siap dah! Tak adalah rugi sangat kalau nak kena buang!”
Dan semasa aku keletihan sambil merenung kuih sumsum yang tidak masak dia berkata,
“macamana nak masak… mami ni semua nak cepat!  Mana boleh masak kuih nak cepat!  Lepas tu marah orang!”
“Okeylah!  Sumpah!  Tak nak masak lagi!”
“Okey!  Ingat tu, tak yah rajin-rajin nak masak kuih ke kek ke!  Sepuluh tahun lebih kawin rasanya baru dua kali mami buat kuih yang menjadi kuih!”
“Mami ni bukan tak pandai masak!  Tapi semua benda nak cepat!  Tak sabar!”
Tambahnya membuat aku lagi sakit hati.  Tapi memang benar aku suka cepat dalam segala hal. 
“Kalau nak masak juga, buat kuah laksa… Mami kalau yang tu memang power, Mak pun tak boleh lawan!  Lagi satu seafood towchoo!”
Pandai juga dia menyejukkan hati aku.  Aku baru terasa ada air hangat di kelopak mata semasa dia berkata itu.  Sudah berapa ringgit ku bazirkan untuk membuat sumsum.  Dulu semasa pertama kali dan kedua kali ku buat, ia menjadi, kali ini kenapa tidak menjadi?  Penat dan lenguh lenganku tidak berhenti mengacau hampir dua jam!
Sejak tragedi nasi himpit itu, sejak itu sudah hampir setahun aku tidak lagi gatal tangan ingin memasak.  Beli tepung Adabi buat cekodok lagi sedap dan jimat duit!  Harap-harap Anis tidaklah seterukku!  Biarlah dia mengikut sebelah Asakir, yang pandai serba serbi.
Dan bila ku tulis sms pada papa Dior tentang kuah nasi himpitku, maka gempar seluruh istana bunian di Chini.  Mereka mempermainkan aku!  Dan agak terperanjat pula aku, ketika semua Abang-abang Yee menuduh aku pemalas dan tak pandai apa, serta asyik memuji Asakir, tiba-tiba keluar pula Tok Alif yang menyuruh Asakir memasak!  Terkebil-kebil Asakir dan tersengih-sengih aku ketika itu.  Mana nak disangka, ada Abang Yee yang tak marahkan aku!  Kata Tok Alif pada Asakir,
“Dah dia puji masakan ekau sedap, ekau masaklah untuk dia… bukan hari-hari pun.  Sekali sekala saja.  Tu satu cara untuk memikat isteri…! Hargai isteri tu!”
Kemudian dia memandang aku,
“Berdosa isteri jika memaksa suami buat itu ini, tetapi kalau suami ikhlas tidak mengapa!  Hihihi!  Kuah nasi himpit ya?” 
Puas hatiku! Sifuku pun tidak pernah menyokongku, tiba-tiba keluar Tok Aliff yang senior dan baik hati itu..  Kalau dia keluar sekali sekala kan bagus.  Sejak itu tidak pernah lagi aku berjumpa dengan Tok Alif.  Baik hatinya dan kelakar pula bercakap dalam bahasa Minang.  Aku ingatkan Papa Rafael rupa-rupanya Tok Aliff.



No comments:

Post a Comment