catatan peribadi ryina ikhwan

Ikuti catatan peribadi ryina ikhwan di http://ryinaikhwanroslina.blogspot.com/

Thursday 19 May 2011

Bahagian 15--- anakku di sana, bilakah dapat berjumpa?

Pagi sabtu aku dan Asakir pergi ke syarikat kami di Shah Alam, sedangkan Asri kami hantar ke kilang.  Selepas bermesyuarat beberapa ketika, aku pergi ke luar melayari internet, dan Abang Yee pula duduk di meja sambil berehat.  Aku bertanya satu soalan yang selama ini bermain di benakku.
“Masa saya bersalinkan Anis dulu, doktor kata saya kena tunggu tiga tahun lagi, d yees kata saya kena tunggu lima tahun lagi.  Kalau saya mengandung sekarang boleh tak?”  Aku mencari kepastian.  Aku yang bersalin dengan kaedah Scasserian untuk ketiga-tiga kali, merindukan untuk mengandung seorang lagi cahaya mata sebelum aku berumur empat puluh tahun.
“Tak boleh!  Kena tunggu masa umur 38 tahun!”
“Saya dah tua masa tu Abang Yee!  Tak sempat!  Anak baru tiga!”  kata ku bersungguh.
“Sempat!  Engkau mengandung masa umur 37, lahir tahun 38.  Yang engkau tahu Wanis sorang jelah anak bongsu kau tu!”
Ketika dia berkata begitu, ada sesuatu perasaan halus yang membuat aku berfikir.  Apa maksud dengan kata-kata Abang Yee?  Aku mempunyai seorang anak lagikah di dimensi sana?  Nurul Ikhwan dan Nor Ikhwan itu anak tumpangku… bukan anak kandungku… Siapa yang dimaksudkannya?  Atau adakah dia anak sebelum Hafiz yang ku kandung selama dua bulan dan keguguran?  Ia membuat aku terfikir beberapa hari sehingga akhirnya aku bertanya melalui sms.
“Abang Yee ada tak anak saya kat dalam?”
Dia menjawab membuat aku tergolek ketawa.
“Tak ada.  Anak tekak adalah!”
Dia malas melayan aku.  Tapi setelah itu aku sudah tidak memikirkan tentang perkara tersebut sehinggalah aku dan Asakir berkumpul dengan famili lain di Subang Jaya.
Kak Imah bertanya,
“Ada tak anak saya kat dalam?”
Aku memandang Kak Imah dan kemudian Abang Yee.
Abang Yee menjawab,
“Ada…”
“Anak tekak!”  Aku menyampuk sebelum Abang Yee meneruskan kata.  Abang Yee tersengih-sengih.
“dah agak dah!  Dah kena dah sekali!”  Tambahku sambil ketawa.
Aku dan Abang Yee mentertawakan Kak Imah yang tersipu-sipu.
“Aku kat sana tu sibuk tau.. tiba-tiba si Rosya ni tanya aku, ada tak anak dia kat dalam… aku jawablah ada anak tekak!”  Abang Yee memandang aku sambil tersenyum.
“satu soalan saja… lepas tu satu satu dia tanya soalan…  mula-mula pasal moyang dia, lepas tu pasal nenek dia, kemudian pasal anak dia…”
“Alah… tak nak jawab tak yah lah jawab…  bukan kita paksa!”  Aku mencebik bibir.
“Ada sorang tu suka sangat melayan si Rosya tu… rajin dia melayan.  Aku dah bagi warning kat dia supaya dia tak bagi tahu nick name dia kat Rosya…” 
Jahatnya dia.  Apa salahnya kalau aku berinteraksi dengan bunian yang itu?  Kalau dia tidak ingin melayan aku, kenapa dia nak menghalang orang lain bersms dengan aku. Aku membuat muka muncung kepada Abang Yee.  Abang Yee menjengilkan mata.
“Dia ada kerja lain!”
Kata-kata Mc Kenzie membuat aku mengangguk faham.  Tetapi masih terasa geram.  Tertutup satu peluang untuk aku mengorek rahsia bunian!  Issh!  Jahat betul! 
“Anak kau kat dalam tu sebiji muka Hafiz!”  Katanya membuat aku keliru semula.
“Itu anak tumpang sayakan?  Takkan ikut muka Hafiz… emak lain bapa lain?”  Kalau mengikut rupa aku atau Asakir itu bukan ‘tumpang’.  Mungkin dah dikira aku atau Asakir bersetubuh dengan bunian…
“Dua kembar Ikhwanis tu, satu anak tumpang satu anak kandung kau!”  Aku terdiam seketika.
“siapa jaga?”
“Kau agak siapa?”
“Yee Manja?”
Abang Yee mengangguk.  
“Bukan mak bapa anak tumpang saya?”
“Bukan… yang tu dah balik dah dengan mak bapa dia.  Marah betul Yee Manja masa dia orang bawa balik … dia kata kat orang tu, aku tak nak dah ambil tahu pasal anak kau orang lagi!”
Aku memandang Asakir.  Asakir memandang aku.  Sukar untuk ku percayai.  Jika rupanya seperti Hafiz kenapa sewaktu aku berjumpanya dulu bersama Ikhwanis dan Nurul Ikhwanis, aku melihat dia tidak seperti Hafiz sewaktu sebaya dengannya?  Ah!  Aku terlupa lagi. Mungkin pandangan nataku  ditutup oleh Ikhwan sehingga tidak ku kenal anak kandung sendiri. 
“tembam anak kau !  Muka bulat semacam.  Time dia buat nakal selamba je dia berlagak!”
“kenapa Abang Yee bawa masuk ke dalam anak saya yang itu?”  Aku tidak berpuas hati.
Reason biasa.”  Katanya sepatah.
“Dia ada penyakit?”
Abang Yee mengangguk.  Aku sudah malas bertanya kerana telah memahami sepenuhnya.  Anak itu mungkin janin yang tidak menjadi di dalam rahimku. Lalu dikeluarkan dari rahim dan ‘dibaiki’ dan hanya boleh hidup di ‘dalam’.  Perlukah dia hidup di ‘dalam’?  Tetapi bukankah nyawa dia milik Allah.  Jika dia boleh hidup di dalam, mungkin tiada salahnya jika Abang Yee ubatkan…  Keliru.  Kasihan anakku. Terpisah dari ibu bapa kandung.  Terpisah dari adik beradik.  Yang pastinya dia di sana diawasi oleh Istana dan Pahlawan.  Dijaga oleh orang yang terbilang.  Dia dididik menjadi pahlawan.  Sebagaimana kumpulan G13 telah dididik.  Mereka G13 bukan sekadar anak yatim piatu.  Bukan sekadar anak terbuang.  Majoritinya adalah anak yang diserahkan oleh ibu bapa kandung sebaik sahaja lahir kepada istana untuk dididik menjadi pejuang.  Mereka selepas itu tidak mengenali dan bertemu lagi dengan ibu bapa atau adik beradik kandung.  Sebelum masanya.  Bila agaknya masa itu?  Dan aku, bila akan bertemu dengan anakku yang terpisah dimensi?
Abang Yee Manja.  Banyak budi yang ditabur.  Walau namanya sering dikaitkan dengan ‘the most wanted man ini universe’ (kata Abang Yee),  kebaikan hati dan kenakalannya memang tidak dapat dianggap ‘jahat’.  Dia ‘cute’!  Orang yang bagaimana dia walau sering dikatakan nakal oleh Abang Yee tetap menjadi kesayangan semua?    
Abang Yee pernah memberitahu,
“Pernah sekali anak buahnya dihukum sebat dua ratus kali… Yee Manja yang menyebat mereka.  Depan hakim dia buat trick, dia guna pancaran mata supaya ada luka di badan anak buahnya, walhal tali sebat tidak pun bersentuh kulit … Bila budak tu di bawa ke  hospital, doctor dapat trace yang budak tu tak luka lalu diberitahu hakim.  Hakim memerintahkan Yee manja disebat dua ratus kali..”
Kami terdiam.  Abang Yee menyambung.
“Kumpulan yang dididiknya ada tiga, satu dididik dengan baik, alim dan sopan, satu di tengah-tengah, satu dididik dengan nakal… walau ada tiga pendekatan, ketiga-tiga bertembung di satu titik.  Anak buahnya mungkin nakal tetapi tiada seorang pun yang jahat!”
Abang Yee Manja… Ayahanda Yee Manja… dapatkah kita bertemu lagi?  Aku pulang malam itu dengan satu perasaan yang sukar digambarkan.  Anakku kembar Ikhwanis adalah lelaki.  Walau tidak diberitahu ku yakin dia dibawa ke dalam kerana masalah kesihatan.  Di alamku dia mungkin sukar untuk terus menikmati alam ciptaan Ilahi.  Di alam sana penyakitnya disembuhkan melalui teknologi canggih oleh pasukan perubatan.  Atau mungkinkah dia semenjak di dalam kandungan ku selama beberapa hari telah dikesan berpenyakit?  Suara  Nor Ikhwankah yang didengar oleh Asakir sewaktu menunggu aku bersalinkan Anis?  Perasaan sayu bercampur pedih apabila mengenangkan anak itu membesar di dimensi lain, anak yang tak dapat ku sentuh walau mungkin  saban malam datang menetek di dadaku.  Aku menyapu air mata yang mula menghalir.  Patutlah Abang Yee tidak memberitahu awal-awal akan kewujudan Nor Ikhwan… kerana aku tak mungkin dapat menahan hiba mengetahui ada seorang lagi anakku yang tidak dapat ku sentuh dan ku belai walau dia sentiasa datang kepadaku.    Nor Ikhwankah yang kadang-kadang memanggilku dengan panggilan ‘ma’ dan bukan seperti kebiasan ‘ami’.  Segalanya berkemungkinan.  Asakir memandangku.
“Tak payah sedih.  Dia dijaga oleh orang yang lebih baik dari kita.  Orang yang lebih berilmu dan lebih warak… orang yang zuhud di alam lain.  Alam sana lebih baik dari alam kita.  Kita patut bangga dia dijaga oleh Raja Bunian…”
Aku mengangguk bersetuju namun mula memasang angan agar dapat ku lihat dan ku belai anakku yang menjadi bunian itu pada suatu hari nanti.  Entah bila mata hati akan terbuka supaya ku dapat bermimpikan Nor Ikhwan atau dapat masuk ke dimensi sana bertemu anak kandungku yang ku harap menjadi anak yang soleh dan berakhlak tinggi… seperti Ayahnada Tok Anjang yang merendah diri, seperti Yee Manja yang disayangi, seperti Mc Kenzie yang macho tetapi penuh kasih sayang.
Nor Ikhwan…
Rindu padamu
Terpisah dimensi
Tanpa dapat ku elus rambutmu
Tanpa dapat ku usap wajahmu


ibu tidak mengetahui
saat dirimu dilahirkan
bila ku sedari
dikau sudah ke alam buni
bersendirian
dijaga nenda sebagai putera

anakanda,
ibu digamit rindu
ingin mencium
hangat tubuhmu
ingin mendengar
rengekan manajamu

duhai anakku
terubatkah rindumu pada ibu
dengan hanya melihatku
tanpa dapat mendakapku
tanpa dapat bersuara
tanpa dapat berkata?

Engkau hadir sesekali
Tapi
Buta hati ibu
Tidak dapat menembusi dimensi
Melihat rupa parasmu

Apa perasaanmu?
Melihat ibu
Memeluk abang-abang
Mencium kembarmu
Dan mengucup adikmu…

Maafkan ibu
Ibu doakan dirimu
Menjadi seperti nenda-nendamu
Berjuang dan berkorban
Di segenap pelusuk bumi
Di tujuh dimensi alam
Semoga diri mu
Pahlawan sejati

Anakku
satu-satunya kebanggaanku…
semoga bahagia di sana…
hadirlah sesekali menjenguk ibu
walau ibu tidak melihatmu
ibu bahagia
merasai kehadiranmu….

Banyak budi yang dihulur Yee Manja…  Dia menjaga kesihatanku sejak aku mengandung tiga hari… dan dia sekali sekala mengambil Anis ke dimensi dan memanjakannya… dan dia juga memelihara Nor Ikhwan.  Walau mungkin bukan dia yang menjaga tetapi berpuluh ribu Intan namun kasih sayangnya terhadap kami memang tiada tolak bandingnya.  Sehebat kenakalannya yang selalu diceritakan Abang-abang Yee, sehebat itulah kasih sayangnya pada kami dan kepada orang orang yang rapat dengannya…



No comments:

Post a Comment