catatan peribadi ryina ikhwan

Ikuti catatan peribadi ryina ikhwan di http://ryinaikhwanroslina.blogspot.com/

Sunday 16 January 2011

Bahagian 8

Suatu malam aku mendapat sms daripada Dr Khalisa.
“Pls 4ward dari ayahanda Yee Manja: selamat tinggal semua.  I love you all.”
Terasa seperti ada sesuatu yang telah berlaku kepada Yee Manja.  Aku kebingungan selepas itu dan akhirnya air mata ku tumpah.  Air mata yang sama ketika aku bersedih mengenangkan PaDior yang kecewa dengan kami.  Kini apa pula yang berlaku pada Yee Manja?  Adakah dia sakit atau dia sudah tidak boleh ‘keluar lagi’?  Esoknya aku menghantar sms pada Abang Yee, bertanya sebab kenapa Yee Manja menghantar mesej sedemikian, namun tiada jawapan.  Tiga hari aku mencari-cari penjelasan dan selama tiga hari itu setiap malam air mata menitis mengenang Yee Manja.  Memang aku tidak mahu berpisah dengan D Yees, terutama Yee Manja dan Tok Anjang.  Aku kebingungan selama tiga hari itu. Aku bertanya Asakir, namun tiada jawapan.  Tiga hari selepas itulah aku mendapat mesej yang lebih jelas.
“Pls 4wardkan msg ymanja pd yg lain. Tq…: Anakanda2 papa yang tercinta semua, aku sunyi tanpa kowang..aku nangis stiap hari…jage diri kowang ye…jgn nakal2 tau… nanti kena sebat..  I love you all Atas bwh n keliling pinggang…Tq bagi bday present juge, kad2 yang lawak2.. I love you… selamat tinggal semua…”
Akhirnya dia pergi juga, meninggalkan anak-anak kesayangannya.  Ku rasakan stargate bukanlah punca dia tidak boleh keluar.  Ku agak dia sakit di alam sana.  Dua hari selepas itu kerisauan ku menjadi nyata apabila Asakir datang membawa berita,
“Yee manja tak boleh keluar.  Pernah sekali dia cuba keluar untuk berjumpa kak Ilah, badannya terbakar.  Abang Yee kata sejak itulah dia menangis tak berhenti-henti sebab rindukan kita.  Hadiah yang kita beri dia, sudah di carbon copy dan dibawa ke ‘dalam’!”
Kenapa agaknya airmata ini begitu mudah mengalir? Adakah kerana aku tidak cukup merasa kasih sayang ayah semasa remajaku sehinggakan aku seperti tidak boleh kehilangan Abang Yee, lebih-lebih lagi jika ku tahu Abang Yee sakit?  Kasihannya Yee Manja.  Tentu dia keluh kesah di sana kerana tidak dapat keluar berjumpa kami lagi.  Ahh!  Namun Papa ku yang itu bukan calang orang…  Tidak musatahil dia akan kembali semula.  Dulu pun dia sudah tidak dibenarkan berjumpa kami, tetapi dia tidak menghiraukan risiko yang melanda, dia datang juga, walau selepas itu dia disebat!  Tiada apa yang mustahil bagi papa Yee Manja…  Dia satu antara seratus juta manusia… kenakalannya dan kemanjaanya mengabui mata semua orang, disayangi semua orang… dan kasih sayang yang dihulurkan pada semua orang memang tidak dapat dinafikan walau oleh Tok Anjang!
Ah!  Nakalnya dia!  Bukan dia tidak tahu kesihatan dirinya sendiri.  Dia sudah diberi amaran berpuluh atau mungkin beratus kali agar tidak keluar berjumpa kami.  Bukan dia tidak tahu badannya akan terbakar jika keluar juga.  Sebelum ini pun selepas stargate tertutup, badannya cepat terasa bahang kepanasan.  Molekul badannya sudah tidak sama lagi.  Dia cuma boleh berada di ‘dalam’ dan bukan di ‘luar’.  Dia akan terbakar jika dia masih juga berkeras ingin keluar ke sini.  Dia sudah lama berada di ‘luar’.  Mungkin semenjak Kak Nani dan Kak Ilah berkahwin dengan Abang Yee.  Sudah hampir tiga puluh tahun dia dan gang of Thirteens serta ayahanda-ayahanda yang lain berada di luar.  Kini kesemua mereka tidak boleh bersama kami lagi.  Tiada lagi orang yang akan mencium pipi kami… tiada lagi gurauan dan maki hamun ayahanda Yee Manja.  Kasihannya!  Apa lagi yang mampu ku buat?  Tiada siapa dapat menolong, tidak juga Tok Anjang.  Ini adalah soal hidup dan mati!  Aku redha dengan apa yang berlaku.  Biarkanlah Yee Manja hidup di sana dalam keadaan sihat walafiat.  Dia akan sentiasa melihat kami jika dia mahu.  Kami ini adalah ‘reality tv’ yang sebenarnya.  Boleh ditonton oleh seluruh bunian apabila mendapat kebenaran cabinet Bunian, untuk siaran langsung.  Aneh tapi itulah realitinya.  Sekali sekala apabila Abang Yee terlepas cakap, dia akan tersenyum memandang ke atas dan berkata,
“Sorry boss!  Bukan nak kutuk boss!”
Pernah juga Abang Yee berdiri tegak lalu jari telunjuk dan jari hantunya diluruskan dan tangannya itu diletakkan ke bahu sebagai tabik hormat kepada ketua komando.  Dan acapkali dia mengangguk tanda faham setelah menerima maklumat dari bunian di hadapannya.

No comments:

Post a Comment