catatan peribadi ryina ikhwan

Ikuti catatan peribadi ryina ikhwan di http://ryinaikhwanroslina.blogspot.com/

Saturday 28 May 2011

Bahagian 16

Kata Tok Anjang pada suatu malam,
“Cari makna tidur berilmu…. Kau orang ni tidur tanpa ilmu.  Aku nak kau orang cari makna tidur berilmu… aku bagi masa sembilan puluh hari… dah lebih dari cukup dah tu!”
Aku menggaru kepala yang tidak gatal.  Bagaimana mahu aku mencari makna tidur berilmu?  Sepuluh minit aku berfikir sebelum teringatkan surah Al Kahfi.  Kisah tiga pemuda yang tertidur selama tiga ratus tahun di dalam gua.  Siapakah mereka?  Tiada disebutkan di dalam Al- Quran.  Mungkin boleh bertanya pada Puma, Zaidi atau Dino yang pernah ditidurkan di dalam gel selama setahun akibat masalah kesihatan.  Ketiga-tiga mereka memang zuhud. Malah mereka tidak membenarkan kami bersalam dengan mereka kecuali Kak Nani dan kak Ilah.  Namun Puma, Zaidi atau Dino semenjak keluar dari gel tidak sesihat sebelum mereka ditidurkan.  Sesekali keluar kadang-kadang akan kelihatan pucat dan tidak bermaya.  Berjalan juga dipimpin oleh orang bunian yang tidak dapat kami lihat.  Memang ada orang yang memimpin mereka.  Kalau tidak masakan sebelah tangan mereka diangkat separas perut dan dia berjalan juga seperti mengikut langkah orang yang memimpinnya.
Pada hari aku ke syarikat untuk mesyuarat koperasi, ketika sedang bermesyuarat bersama sisters, dia memandang aku lama. Aku memandangnya juga sambil tersenyum, mengetahui dia, walau siapa pun dia, tidak mengingatiku lagi.  Dia akhirnya membuka mulut.
“Rosya?”
Aku mengangguk.
“macamana Ph. D?”
“Dah habis dah.”
Dia mengangguk.
“Suzie macamana?”
Sukar untuk memberitahu.  Berat hati untuk memberitahu bahawa Suzie sudah lama tidak bersama kami.
“Dia tengah buat rasanya.  Baru dapat study leave…”
Dia mengangguk dan beredar setelah beberapa ketika.  Aku bertanya pada Kak Ilah.
“Siapa?”
“Puma.”  Kak Ilah berbisik.
Puma kembali ke bilik pejabatnya.  Dan kami mengekorinya tidak lama kemudia.  Dia terbaring di katil yang berada di pejabatnya.  Katil yang digunakan oleh pelanggan yang datang untuk rawatan muka.  Kami duduk di kerusi, dan ada yang duduk di lantai.  Kak Ilah bersalam dan kami hanya memandang.
Dia memandang kepada kami.  Aku memandang wajah dan matanya.  Sesekali matanya ditutup rapat.  Dan kemudian dia bertanya,
“Fred mana?”
Tiada siapa yang dapat menjawab,  Tiada siapa yang berani menguatkan semangat untuk menyatakan bahawa Fred dan Suzie mungkin telah pun membuat keputusan untuk meninggalkan kumpulan.  Ada air mata yang menitis di pipinya.  Dia tersenyum.
“Fred… nakal sikit… tapi aku sayang dia…”
Ada setitis air mata yang mengalir di pipiku.  Sayangnya Ayahanda Puma pada Fred dan Suzie.  Walau sedikit hampa dengan ketiadaan mereka, namun sebenarnya aku menyenangi sikap Suzie sejak kali pertama berkenalan dengannya.  Dan Fred pula orang yang berkebolehan.  Aku tidak menyalahkan mereka berdua.  Mereka masih muda.  Ah! Tidaklah jauh beza umur antara aku dan Asakir dengan mereka berdua.  Tetapi elok juga mereka pergi.  Mereka perlu meneruskan kelangsungan hidup dengan cara berbeza dengan kami.  Tengok kami sekarang? Masih tidak kaya juga.  Namun itu tidaklah menjadi kudis pada kami.  Untuk menjadi kaya, bukanlah matlamat mutlakku.  Aku lebih menginginkankan kesederhaan hidup dan kasih saying.  Aku yakin, walau semiskin mana pun, walau sesusahpun jika aku dan Asakir ikhlas, kami mampu bahagia sehingga ke tua. 
Aku memandang sisters seorang demi seorang.  Dulu semasa bertemu mereka aku anggap diriku tidak layak bersama kerana mereka kelihatan seperti wanita-wanita Arqam dan berjamaah.  Kak Mun bertudung labuh tanpa secalit mekap, Kak Moly yang berjaya sebagai dalam bidang jualan langsung dan mempunyai klinik sendiri juga lengkap bertudung, Kak Khalisa juga wanita berjaya dalam jualan langsung serta mempunyai perniagaan sendiri serta bertudung, Kak Suraya yang speaking dan berpakaian berjenama mahal, juga bertudung dan tidak pernah menampakkan aurat.  Aku ini siapalah kalau nak dibandingkan dengan mereka.  Setiap kali mereka berjumpa mereka akan bercium pipi kiri dan kanan macam baru balik usrah!  Aku kerap kali mengelak untuk berpeluk dan bercium seperti itu.  Aku tidak rapat dengan mereka dan yang penting bagiku jalinan persahabatan itu berada di hati.  Kalau bercium pipi dan berpeluk tetapi di dalam hati kutuk mengutuk tidak ke mana juga.  Daripada aku bercium dan berpeluk dengan mereka baik aku berpeluk dengan Yee Manja.   Boleh juga dapat bau Raja Bunian!  Atau adakah aku yang  sememangnya teruk?  Aku juga memakai tudung tetapi kadang-kadang nampak kulit leherku, nampak rambut ku sedikit sebanyak, kadang-kadang ku pakai T shirt sahaja, dan sudah tentu nampak lenganku.  Suzie lebih kurang sepertiku dan mungkin lebih baik daripadaku.  Pakaiannya lebih kemas, walau tidak berjenama, dia lebih pandai memasak dariku, dan mungkin lebih baik dariku sebagai seorang isteri.  Aku dan Suzie mungkin dua orang sisters yang paling susah.  Aku mungkin tidak sesusah Su kerana aku mempunyai tiga buah rumah berbanding Su yang belum mempunyai satu buah pun ketika itu.  Tetapi aku dan dia seperti sama susah kerana penampilanku yang lebih teruk dari kerani walau bekerja sebagai pensyarah, walau pun berkelulusan Ph. D serta pernah belajar dan bekerja di Jepun selama tujuh tahun.
Kak Moly bertanya dengan takut-takut.
“Boleh saya nak bertanya… dan kalau abang Yee boleh jawab…”
Ayahanda Puma mengangguk lemah.
“Apa yang terjadi semasa Abang Yee tidur?”
Apakah maksud Moly?  Aku cuma memandang.  Semasa Ayahanda Puma ditidurkan di dalam gel, Ayahanda ingatkah segalanya?  Aku diam mendengar.
Dia tersenyum dan kemudian menangis lagi.  
“Aku mimpi jumpa Rasulullah.  … mandi di sungai… solat…”
Aku memandang Moly. 
“Dalam mimpi tu abang Yee seorangkah?”
“Tak… ada Dino dan Zaidi dalam mimpi.  Masa aku bangun aku bertanya dan memang mereka mimpikan perkara yang sama…”
Cantiknya mimpi itu….  Mereka ini bukan sebarang orang.  Kak Ilah mencium tangan Abang Yee lagi.  Ayahanda Dino!
“Jangan rapat sangat dengan aku!”  Katanya tegas kepada Kak Moly, walau kelihatan payah.  Dia memandang setiap orang.  Namun tidak lama kemudian papa Zaidi datang.  Dia melihat rupa-rupa kami.  Dia bertanya,
“Pasang aircond?  Tak payah pasang aircond!  Membazir je semua ni!”
Kami hanya tersenyum.  Tiada apa yang mampu diucapkan.  Aku hanya memandang wajah Abang Yee sehingga dia tertidur semula dan kami keluar berjengket-jengket. 
Tidur berilmu adakah tidur seperti Dino, Zaidi dan Puma?  Apa yang perlu dijawab jika ditanya Abang Yee Dior?  Terkenangkan ketegasan Tok Anjang membuat aku serba salah.  Dahlah aku ni jahil dan tak reti semua perkara…  Sekali ditengking Abang Yee mesti aku menangis berminggu!  Mak Oiiiiiiiii!   Balik ke rumah tanpa menghiraukan penat badan, aku mencari terjemahan Al-Quran untuk mencari makna tidur berilmu dalam Surah Al-Kahfi.  Adakah terselit di mana-mana makna tidur berilmu.  Atau mungkin tidak ku jumpai kerana kedengkelan ilmuku?
Ku  belek helai demi helai helaian Surah Al Kahfi,
“Ketika beberapa orang pemuda mencari tempat perlindungan ke dalam gua, sambil mereka berdoa: Wahai Tuhan kami!  Berikanlah kepada kami kurnia dari sisi Engkau, dan siapkanlah jalan yang benar bagi kami untuk pekerjaan kami” (Ayat 10)
“Dan Kami teguhkan hati mereka, ketika mereka berdiri dan berkata: Tuhan kami ialah Tuhan langit dan Tuhan bumi, kami tiada memuja selainNya.  (kalau kami sembah selain Allah), tentulah kami mengatakan perkataan yang salah.  (Ayat 14)
“Dan engkau lihat matahari  ketika terbitnya miring dari gua mereka di sebelah kanan, dan bila terbenam meninggalkan mereka di sebelah kiri dan mereka di suatu lapangan di dalamnya.  Tulah sebahagian dari keterangan-keterangan Allah.  Siapa yang dipimpinNya, dialah mendapat pimpinan yang benar, dan siapa yang dibernarkanNya tersesat, tiadalah engkau akan emndapat teman yang yang akan menunjukinya ke jalan yang betul.” (Ayat 17)
 “dan mereka diam dalam guanya tiga ratus tahun dan bertambah sembilan.” (Ayat 25)
“Nanti ada yang mengatakan (jumlah mereka), bertiga dan anjingnya yang keempat…” (Ayat 22)
Jika mengikut Surah Al Kahfi yang ku faham tidak diketahui jumlah pemuda di dalam gua yang tidur selama sehari atau setengah hari itu (tetapi sebenarnya adalah tiga ratus tahun lamanya).  Aku juga tidak ingin bertanya pada Abang Yee.  Nanti tidak pasal-pasal kena marah, walau pun ku agak dia mengetahui lama masa dan jumlah pemuda yang alim itu.  Biarkanlah ia menjadi misteriku.  Tidur berilmu adakah tidur seperti pemuda-pemuda itu?  Tidur yang mendapat keredhaan dan kurniaan Allah SWT?  Adakah tidur berilmu itu seperti tidur Puma, Dino dan Zaidi?  Bermimpikan Rasulullah s.a.w, mandi di sungai dan bersolat?  Tidur yang berilmu adakah tidur yang mendapat pahala kerana dikira sebagai satu ibadah?  Wahai Ayahandaku Tok Anjang, anakandamu ini telah diketahui jahil, maka bolehkah terus memberitahu apa itu tidur berilmu tanpa mendera pemikiranku terlalu lama?


No comments:

Post a Comment