catatan peribadi ryina ikhwan

Ikuti catatan peribadi ryina ikhwan di http://ryinaikhwanroslina.blogspot.com/

Tuesday 1 February 2011

bahagian 2--- baran aku

Semasa harijadi Abang Yee, ku tanyakan Abang Yee apa yang dimahukannya sebagai hadiah harijadi. Namun seperti diduga dia tidak pun membalas. Aku juga tidak lagi bertanya dan aku akhirnya tidak memberikannya apa-apa. Apa yang perlu ku beri pada seorang Raja yang memerintah manusia bunian dan jin islam? Harta karun, perniagaan dan di dalam dan di luar entah berapa tidak ku ketahui. Mas kahwin puterinya berrjumlah empat puluh dulang emas, maka apa yang mampu ku berikan padanya? Dia tidak memerlukan apa-apa pun dari kami kecuali kasih sayang dan keikhlasan hati. Dan dia walau sekaya mana di dalam sana, dan di alam sini pernah juga kaya, kadang-kadang bersinglet koyak di depan dan belakang. Helikopter dan jet pernah dimilikinya namun dia tidak mempunyai sepasang baju melayu pun, tali pinggang cuma berharga lima ringgit yang dibeli di Chow Kit. Kerana itu aku kehilangan akal bila dia tidak menjawab. Akhirnya Asakir membeli beberapa keping coklat untuknya. Itupun tidak dimakan, kami yang akhirnya makan sendiri.
“Kenapa Rosya… kau ni baran sangat?”
Pertanyaan yang itu membuat aku terkejut beruk. Kenapa soalan itu yang ditanya? Rasanya tiada seorang pun di dalam dunia ini ingin lahir sebagai perengus dan cepat marah. Lagi pun bukan aku marah tidak kena tempat dan masa. Aku takkan marah menggila kalau tidak bersebab. Marahku bersebab. Dan sebab-sebab itu tidak perlu orang lain tahu!
“Keturunan….” Perlahan, aku menuturkannya. Sambil tersenyum selamba.
Kataku disambut hilai tawa famili dan Abang Yee. Lega rasa hati dapat mengenakan dia. Dia tidak tahu lagi mulut aku ni macamana. Selama ini aku tak tunjuk lagi perangai gila-gila aku. Sebab nak ‘control ayu’ depan Abang Yee!

No comments:

Post a Comment