catatan peribadi ryina ikhwan

Ikuti catatan peribadi ryina ikhwan di http://ryinaikhwanroslina.blogspot.com/

Monday 5 September 2011

@ dimensi buni: Bahagian 25

@ dimensi buni: Bahagian 25: Pagi esoknya dapat sms dari Abang Yee yang muda, budak-budak belasan tahun entah nama apa. “mem, memang betul nama u cipta secara kebet...

Bahagian 25

Pagi esoknya dapat sms dari Abang Yee yang muda, budak-budak belasan tahun entah nama apa. 
“mem, memang betul nama u cipta secara kebetulan, menunjukkan keihklasan u sbg penulis!”

Ahh!  Tak payah nak bodek.  Ikhlas atau tidak.  Abang Yee memang tak sayangkan aku macam mereka sayang sisters.  Lagi sakit hati kerana Papa McKenzie dah tak ceria macam dulu kerana salah sisters!  Aku takkan maafkan mereka ni!  Memang gatal tangan dan gatal mulut!  Nak membantah walau tak tahu apa!  Akibatnya aku yang tanggung!  Kerana mereka aku menangis kerana rindukan Papa Mc Kenzie tapi Papa Mc Kenzie macam itu juga, tidak pernah menegurku dengan senyuman sejak itu!  Memang tak adil untukku!  Apa salahku?  Aku sudah kehilangan Papa Mc Kenzie seperti mana aku kehilangan Gku!  Sekarang ni Papa Dior pula kata akan tinggalkan kami setelah menyanyi lagu ‘final countdown’.  Aku baru sahaja hendak menyesuaikan diri, mengenal hati budi Papa Dior, dia pun nak pergi juga! Asyik kena tinggal saja!  Akhir sekali apa yang tinggal untukku?  Cuma janji Papa Dior memujuk hati.  Bahawa dia akan ghaib untuk selamanya hanya setelah kami berjaya masuk ke ‘dalam’!

Dua hari selepas itu aku ke Subang Jaya lagi berkumpul bersama sisters dan brothers.  Aku yang mengantuk, membaringkan diri di sebelah Asakir yang duduk bersila sedangkan kepalaku di atas tilam yang terbentang di ruang tamu.  Papa Dior bercakap-cakap dengan sisters dan aku cuma mendengar dan sekali sekala ketawa.  Abang Yee kemudian merebahkan diri di tilam yang sama dekat kepalaku.  Aku angkat kepala beberapa kali tapi ditegah Papa Dior.
“Tak pa Rosya! Kau tidur je!”  Dia menolak kepalaku ke bawah!
Dia mendodoikan aku tidur. Kepalaku, pipiku dan bahuku disentuh dan jari-jarinya mendengdangkan aku tidur.  Terkejut dan bahagia ku rasakan.  Rasa ada kasih sayang dihatinya.  Rasa dikasihi dan disayangi.
Dia berkata-kata dengan lembut dan bertanya tentang aku dan Asakir. 
“Bukan aku tak sayangkan kau Rosya…”
Seperti dia tahu perasaanku seminggu dua ni.  Kalau dah tahu aku rasa diri ku dibenci kenapa dia ingin mendera perasaanku?  Nak terapi aku? Rasa memberontak pada sisters dan Abang Yee sejak beberapa waktu setelah Papa Mc Kenzie berubah karektor!  Kini Papa Dior memujukku! 
“engkau ni!  Semua kat sini baik suami mahu isteri adalah keturunan aku tahu tak?  Aku sayang kau semua!”

Kenapa mereka suka sangat menyamar!  Papa Mc Kenzie diarahkan menjadi Tok Anjang.  Kini seorang lagi, Papa Dior mengaku dia Tok Anjang…  Dan sekarang ke mana Tok Anjang yang sombong dan selalu bercakap orang puteh itu menghilang?  Sudah lama tidak berjumpa sehingga aku mula bertanya-tanya!  Aku sebenarnya dah mula merindui Abang Yee yang angkuh itu!  Sekurang-kurangnya dia adil. Dia melayan kami sama rata.  Kalau dia ada, sisters tidak  berani nak mengada-ngada.  Barulah puas hatiku!


Setengah jam kemudian Papa Dior bangkit dan duduk di kerusi namun aku masih baring di tilam kerana masih mengantuk.  Akhirnya aku bangkit juga setelah Papa Dior berkata,
“Ada orang kata aku sombong!   Yang lain kata aku jahat!  Pergi Malawati pun sorokkan dari aku takut aku block!  Dia tak tahu siapa arahkan dia orang mandi manda herba supaya boleh masuk dalam ni!”

Ya Allah Ya Tuhan! jantung bagai berhenti berdegup!  Abang Yee yang itu dan  Papa Dior adalah orang yang sama!
“Ada orang terasa ke?”  Dia memandang Kak Ilah.  Kemudian dia memandang aku.
“Ampun!” Kataku sepatah.
“Haa! Itulah kerja engkau asyik minta ampun je!  Lain kali tengok dengan mata hati!  Itulah bahayanya orang Melayu ni, yang baik dia kata jahat, yang jahat dia kata baik!  Yee Manja dia kata baik padahal orang tua tu nak mendajalkan dia, memang dia sayangkan kau orang, tapi dia tu nakal tahu tak?  Dia ajar kau mandi herba dengan apa?  Dengan paku, biji anggur, limau nipis, duri pokok bunga Rosya!  Nak mampus kalau kau cuba mandi dengan resipi dia tu!  Keluar lipan tahu tak!  Besar-sebasar ibu jari.. lipan-lipan dari dalam!  Pas tu suruh mandi dalam gelap, Cuma pasang lilin, supaya kau orang tercucuk duri tercucuk paku, asam limau nipis!”
kami ketawa terkekeh mengenangkan dulu Yee Manja memberi kami resipi mandi herba.
“Mana boleh Abang Yee guna paku!  Tercucuk kang!  Duri-duri tu bahaya!” Tanya Kak Moly dulu.
“Tak apa!  Chemical reaction!  Elok!  Kalau dengar apa-apa atau tersentuh apa-apa buat tak tahu saja.. tu semua ubat tu.  Nanti datang Intan menukar rupa jadi lipan!  Jangan lari!  Dia nak tolong kau orang tu!  Pas tu nyanyi lagu, puteri bunian.  Cayalah cakap aku! Nanti intan semua jeles kat kau orang!
Masih ku ingat empat tahun dulu begitu serius kami menyalin resipi semata-mata nak masuk dalam!  Nasib baik lah tiada seoramg pun mencuba sebab kami tidak berduit mahu membeli anggur,  tujuh jenis bunga berbagai warna, mencari paku karat, duri bunga Ros dan buah ceri muda!  Resipi papa Dior tidak semahal resipi Papa Yee Manja!  Nakal betul Yee Manja!  Sudahlah memberi resipi seram, disuruhnya juga kami menghabiskan duit beli anggur dan ceri berkilo-kilo!  Saja nak bagi kami lagi miskin!  Cute betul!

Suatu hari aku bertanya pada Abang Yee yang junior. 
“Papa Dior kalau kat dalam, lebih kurang umur berapa kat luar ni?”
“macam umur 30an.  Yang matang!”
Hah! Patutlah gambar papa Dior di belakang aku di Bukit Malawati itu muda!  Aku ingatkan G kerana G baru berumur 40 an.  Rupa-rupanya Papa Dior. Tidak sanggup aku nak tulis umur dia kat sini!  Memang dah tua tapi muda belia fizikalnya.  Patutlah boleh jadi rockers dan stim gila masa menyanyi rock!  Kalau begitu G tu macam budak umur sebelas tahun kat sini?   Dan dalam usia semuda itu dia dah tulis bermacam jenis novel dan dah dapat royalty berjuta-juta kat dalam?  Aku masih ingat aku pernah bertanya pada Adik Yee,
 “Papa G tu dah banyak keluar buku ya?”
“dah banyak dah! Tak leh nak kira!  Dah berkurun dah dia tu!”
“Dia tu macam mana kat sana? Kelakar tak?”
“mana ada orang berani tegur dia!  Serius habis.  Ada sekali tu dia senyum-senyum kat kita orang, kita pun senyum jugak kat dia!  Rupa-rupanya dia dah masuk dalam dunia lain, dunia penulisan dia!  Masa dia tulis watak jahat, dia masam muka sampai kita orang takut nak lalu depan dia…  tak ada orang berani kat dia!”

Adik Yee tersebut menyebut yang G itu dah berkurun menulis.  Maknanya dia dah umur beratus tahun!  Dia kata kat aku umur baru 48 tahun!  Menyamar lagi. 

Dan semenjak aku berkawan dengan budak-budak ni, aku bertanya soalan tentang dunia bunian, mereka menjawab,
“Tak tahu!”
“Itu rahsia!”
“Sorry, kita tak boleh jawab!”
“kehkehkeh!  Maaf mak cik… rahsia!  Jgan korek lagi!  Nanti putus ****!”

Dan di bukit Malawati itu, mereka bersorak-sorak berkata,
“lari! Lari!  Nanti makcik novelis itu jumpa dia kurung kita!  Selagi tak jawab, dia takkan lepaskan kita!”
Kemudian Papa Yee Manja memarahi budak-budak tu!
“Hei!  Kepala hotak kau!”

Sayang sekali aku tidak nampak muka Yee Manja dalam gambar.  Selain gambar Papa Dior, anak-anak Kak Ilah dan bunian yang tidak ku ketahui aku cuma nampak gambar Encik Razif yang bertindan dengan gambar Abang Yee yang bermuka Abang Yee di luar, bertubuh kurus dan belahan rambut yang sama.  Dia cuma memakai singlet koyak yang biasa dipakai semasa di rumah.  Dari Subang Jaya dia terbang  ke Bukit Malawati cuma memakai singlet koyak!  Papaku itu memang sempoi! Tapi handsome! Mengalahkan Richard Gere!

Kata Papa Dior,
“Rosya tu sayang Papa Mc Kenzie je!  Aku ni dia tolak tepi!  Maklumlah aku ni jahat!”

Rasa bersalah.  Walau tahu dia tidak berkecil hati.   Aku pun sayang dia juga walau sebelum itu tidak mengetahui yang dia raja Bunian yang sebenarnya.  Aku tulis sms-sms lucu untuk menghiburkannya kerana mengetahui dia sedang runsingkan syarikat.  Aku bersimpati padanya yang telah memikirkan berbagai cara untuk memajukan syarikat.  Samada dia berlakun sebagai Papa Mc Kenzie atau Papa Raine, aku sayangkan mereka berdua juga.  Cuma semenjak dua menjak ini aku merasakan dia sengaja meminggirkan aku, sengaja menghukum aku kerana aku mungkin telah membuat silap.  Mana ku tahu aku buat silap apa?  Aku agak dia tidak berpuas hati dengan penulisanku, kerana aku menulis aku  menyampah dengan sisters!  Hah!  Kalau aku salah dan dia suruh aku meminta maaf, akan ku pinta maaf dari mereka!  Tapi untuk menyatakan pendirian aku salah tak mungkin!  Aku sejak kecil membuat sesuatu ikut kepala otak aku.  Dan aku yakin pada diriku semdiri.   Aku ‘memburukkan’ sisters bukan untuk tujuan lain.  Abang Yee yang entah mana satu pernah memberitahu agar tulisanku menjadi pengajaran kepada semua, termasuk aku!  Dia juga pernah berkata aku tidak bercampur rapat dengan sisters pun tidak mengapa, kerana perangai mereka macam-macam!  Ada team A dan team B!  Lebih baik jadi macam aku!  Tak ada camp!  Semua orang aku boleh masuk dan masa aku bengang dengan sisters aku memang malas nak menegur!  Buat apa menegur dan bersalam kalau tak ikhlas?  Lebih baik aku dok sorang-sorang perhatikan perangai Skizofrenia Abang Yee! 

Kenapa dua minggu ini dia mendera perasaanku?  Tiba-tiba tidak membalas smsku? Ia masih menjadi tanda  Tanya.  Dia tidak tahu semasa aku menangis kerana rindukan Papa Mc Kenzie, aku juga menangis kerana merindukan dia!  Aku sememangnya sayang menggila pada Abang-abang Yee.  Yang ada di dalam hatiku, cuma rasa sayang pada mereka!  Rasa yakin pada mereka!  Walau tidak tahu bila hendak kaya!  Kerana bagiku, pertemuanku dangan Abang Yee, rahmat dari Allah.  Aku tidak pernah peduli akan janji Abang Yee bila dia kata kami akan kaya.  Tidak kaya pun tidak mengapa kalau ada Abang Yee.  Gajiku masih boleh menanggung lima beranak selagi aku pandai berjimat cermat.

Lagipun walau ada di antara sisters  melakukan kesilapan, kebaikan mereka juga banyak.  Mereka tidak berkira dengan perangai gila aku!  Mereka tidak kedekut wang ringgit dan tidak kedekut ilmu.  Aku ini yang sebenarnya lebih banyak kekurangan dari kebaikan!  Aku sebenarnya tidak bencikan sisters.  Aku sayang mereka.  Aku perhatikan diri mereka dan aku tahu mereka lebih baik dari aku. Perangai mereka lebih baik dari aku!  Mereka lebih banyak berkorban demi famili berbanding aku!  Setiap kali memandang mereka, aku terkenangkan keburukan diriku!  Cuma aku berdendam kerana mereka telah menyebabkan Papa Mc Kenzie berubah karektor dan aku takut perkara yang sama berlaku pada Papa Dior.  Mungkinkah kalau kami membuat salah lagi, Papa Dior juga akan meningalkan kami?  Itulah yang ku takuti… 

Aku ini tidak cukup kasih sayang.  Kasih sayang Asakir tidak cukup!  Aku perlukan kasih dan sayang seorang bapa.  Aku sayangkan semua Abang Yee!  Mereka berkata kami semua sayangkan Yee Manja sahaja.  Papa Dior kata aku sayang Papa Mc Kenzie saja!  Dia tidak tahu aku merindukan dia juga.  Dia pun tidak sayang aku macam dia sayang sisters! Aku sekarang takut kehilangan Papa Dior pula.  Selepas seorang demi seorang meninggalkanku.  Mula-mula G, kemudian Papa Mc Kenzie, Papa Yee Manja masih seperti dulu sekali sekala keluar dengan muka cutenya…. Aku tidak ingin kehilangan Papa Dior lagi!  Aku sudah muak menerima sedikit kasih dan kemudian ditinggalkan dengan kesedihan dan kepedihan menggila.