catatan peribadi ryina ikhwan

Ikuti catatan peribadi ryina ikhwan di http://ryinaikhwanroslina.blogspot.com/

Saturday 1 January 2011

Bahagian 4

Semasa aku pergi menghadiri kenduri di rumah Arif bersama sisters dan brothers, aku tidak dapat menahan rasa marah apabila melihat salah seorang sisters tidak menghabiskan nasi dan lauk pauk di pinggan.  Kalau mahu makan sedikit kenapa diambil banyak?  Nasi dan lauk pauk tidak berusik pun!  Dia tidak pun menjamah makanan dan lauk di pinggan.  Hati berasa sayu.  Apakah agaknya perasaan orang yang telah memasak nasi dan lauk pauk pada hari itu?    Tidakkah dia terasa kecil hati usahanya seolah tidak dihargai?  Ramainya makhluk yang kebuluran di bumi ini, kenapa membazir begitu sahaja.  Ah! Teringat gambar di internet bagaimana nasi dan lauk kambing dibuang sebaegitu banyak selepas majlis di Negara Arab.  Kalau melihatkan gambar itu semacam tetamunya tidak sampai sepuluh orang, tetapi masakannya cukup untuk dua ratus orang.  Apa pandangan kalau rakyat Iraq, Pallestine atau rakyat Negara Afrika melihatnya?  Aku rasa yang sudah menjadi sampah itu tetap juga akan dikaut dan dimakan.
Anakku Hafiz juga telah biasa ku didik menghabiskan makanan tanpa bersisa dan dia juga  rela makan saki baki makanan adiknya.  Nasi yang Haziq atau Anis tidak dapat habiskan Hafiz akan makan tanpa rasa geli.  Memang ku bangga dengan Hafiz, walau anak sulung kerap beralah dengan adik-adiknya.  Malah dia pernah juga menegur aku yang siang hari buta, memakai baju tidur yang jarang, tanpa lengan dan terdedah di dada.
“Mami ni tak yahlah seksi sangat.  Kalau boleh tak yahlah jadi macam orang puteh.  Duduk dalam rumahlah!  Mami tak yah keluar!”
Terkebil-kebil aku masuk rumah lantas menukar baju.  Atas katil aku tergolek-golek ketawa seorang diri macam orang gila, terperanjat dileteri anak.  Itulah kali pertama dan bukan kali terakhir.  Kini dia lebih berhemah.  Bila menegur tidak secara terus.  Maka pandai-pandailah aku menangkap apa maksud tutur katanya itu.
Suatu hari aku mengajak Hafiz berdansa bersama di gazebo, kataku Abang Yee yang ajar.  Dia menari tersengih-sengih kerana malu.  Sekejap saja kemudian dia mula berceramah.
“Mami…kalau boleh tak yah jadi orang putih…!”
“Ni nak senaman saja abang.  Keluarkan peluh!”
“Tak ada dalam ajaran Islam…”
“Memang tak ada tapi kalau niat nak senaman tak  pa!”
Dia memandangku seperti tidak percaya.  Bila ku beritahu Abang Yee, Abang Yee berkata,
“Alamak!  Imam Mahdi dah turun!”

No comments:

Post a Comment