catatan peribadi ryina ikhwan

Ikuti catatan peribadi ryina ikhwan di http://ryinaikhwanroslina.blogspot.com/

Saturday 23 July 2011

Bahagian 23

Rindu kepada Papa Dior itu memang telah terubat.  Sejak sisters pandai-pandai melawan arahan Abang Yee, Papa Dior yang baik hati itu tidak lagi seperti dahulu.  Asyik masam muka membuat aku serba salah.  Belum pun aku sempat bermanja dengan Papa Dior aku telah pun kehilangannya.  Sekali sekala memandang muka sisters memang buat aku tak senang duduk.  Kerana mereka aku kehilangan Papa Dior! Baru dia ingin memanjakan aku dan aku sudah jatuh sayang pada dia, dia telah ‘naik’ satu karektor lagi, menjadi lebih serius, lebih tegas dan lebih dingin! Mereka tidak mengapa walau kehilangan Papa Dior sebab mereka telah puas bermanja dan dimanja!  Aku ini  baru nak merasa.  Mereka belum tengok aku naik tocang!  Belum dengar mulut bisaku!  Sekarang ni seorang sisters lagi buat hal.  Papa Mc Kenzie yang sebaik hati Papa Dior sebelum ini menahan sabar. 
Satu lawatan dianjurkan oleh sisters untuk melawat Bukit Malawati pada malam-malam buta.  Aku apatah lagi terus mendaftar diri kerana ku tahu Bukit Malawati pernah disebut oleh G.  Katanya, kalau nak tulis pasal bunian, jangan lupa melawat Bukit Malawati, tempat pentadbir dan tentera bunian!  Dia kata sekali sekala dia ke sana berjumpa Yee Manja dan Raine!  Ia tercatit dalam nota-nota yang ku tulis.  Tiba-tiba sahaja buku nota yang ku hilangkan ku jumpa kembali di bawah katil.  Dan dalam nota itu memang sah aku sayang bagai nak rak kat G!  Ampunlah Tok Guru!  Hamba tak sedar diri ketika itu.  Hamba terbabas.  Mana nak tahu aku sayang menggila kat Tok Guru!  Memang nyaris nak kena penampar Asakir!
Ku tinggalkan anak-anak di rumah bersama Angah di rumah dan kami berkumpul di Bukit Malawati.  Cuaca kepanasan.  Tubuh melekit-lekit.  Tiada angin bertiup.  Aku memang tidak pernah ke Bukit Malawti, sekali sekala berpegangan tangan dengan Asakir memang cukup membahagiakan.  Rancangan itu dirahsiakan dari Papa Raine kerana takutkan Raine akan menyekat pintu stargate!  Papa Mc Kenzie dah berjanji, kalau kami hantar frekuensi bersama dan ikhlas hati kami akan ditarik ke dalam, jumpa saudara mara kami di sana.  Kak Ilah tidak sabar-sabar ingin masuk ke dalam jumpa anak-anak dan cucu-cucunya.  Ah!  Aku pun nak masuk dalam jumpa anakku Nor Ikhwan, jumpa G, jumpa Papa Yee Manja yang cute dan jumpa Papa Dior!  Aku nak jumpa juga saudara mara aku di sana!  Intan-intan yang pernah menjenguk aku semasa di rumah pusaka dan ramai lagi!
Senja aku berpegangan tangan dengan Asakir duduk di bangku di bawah pokok.  Di depanku adalah tanah curam.    Aku memang terasa sakit kepala sejak sampai di atas bukit itu, semakin hampir dengan Batu Hampar, sakit kepala makin kuat.  Kerana itu aku melarikan diri duduk di bangku. Asakir meninggalkan aku seketika.  Aku kemudian menutup mata. Mengangkat kedua tangan ke paras dada dan mula bertafakur!  Aku bayangkan aku berjumpa G, jumpa Yee Manja dan jumpa Papa Dior!  Tidak lama, tidak sampai lima saat, terasa sejuk di tengkuk, bulu roma meremang dan angin sepoi-sepoi bahasa bertiup.  Udara yang mengalir sehingga terasa ia melalui bulu romaku!  Aneh!  Memang betul aku tidak pernah merasa nyaman sedemikian.  Aku membuka mata kerana merasa agak panic.  Pandangan yang ku lihat agak gelap dari sebelumnya!  Lebih redup dan ada angin meniup daun-daun pokok!  Sebelum ini daun-daun tidak bergoyang, dan cuaca lebih panas.  Aku memerhati seketika dengan teka teki, seolah-olah sebentar tadi aku telah masuk ke dimensi yang berlainan.  Aku segera meninggalkan tempat itu setelah mendengar Asakir memanggil aku ke tempatnya.  Namun sakit kepala masih menyerang, dan rupa-rupanya kami famili diserang sakit kepala sebaik sahaja sampai ke Batu Hampar !  Pusat Stargate!
Gelap gelita seluruh Bukit Malawati.  Kami berhimpun di Batu Hampar.  Kak Ilah baring di Batu Hampar.  Suraya, Kak Mun dan Kak Moly duduk di atas batu di bawah.  Di depan mereka pula seorang sisters yang lain pula bertafakur di tembok batu!  Memang ada mirip-mirip seekers!  Aku bertanya pada Maisarah,
“Siapa tu Mas duduk kat tembok tu!  Macam penunggu je!”
Aku berlawak sambil mengutuk sisters.
“Kak Eton lah!”
“Macam jerangkung pulak!  Duduk mencangkung sorang-sorang macam tu! Tengah maghrib ni! Seram betul!”

Kak Eton telah disuruh Suraya duduk di situ bertafakur menghantar frekuensi pada Yee Manja.  Frekuensi Kak Eton kuat.  Dia nyaris ditelan stargate sebelum ini di dalam ‘mimpi’.  Mimpi tapi realiti.  Dikoreknya lubang stargate dengan jari sedangkan sisters yang lain duduk bergayut memegang baju Kak Eton, mahu masuk bersama!  Dia ingat senang nak masuk?  Masa tu terus gate keeper menghantar frekuensi pada Raine.  Apa lagi terus ditutup stargate.  Kak Eton kembali ke alam nyata.  Memang padan muka.  Dalam mimpi pun sisters tak ajak aku sekali masuk stargate!  Geram betul!  Dia ingat boleh tinggalkan aku ikut suka dia orang!  Aku pun nak masuk juga!  Mentang-mentang dia anak kesayangan Yee Manja senang-senang je nak masuk!  Aku lagilah disayangi Yee Manja!  Sebab dalam ramai-ramai aku saja yang menulis novel pasal bunian dan Yee Manja.. the naughty king!  Cute betul dia dan menggoda betul renungan mata dia. Sebab itu kami tak  kisah walau sering dipermainkan dia. 
Kak Khalisa bergaya betul dengan digital kameranya.  Macam the real seekers!  Klik sana klik sini.  Lepas tu mengadu kat Asakir,
“Kenapa kamera akak ni ada macam haze kat tengah-tengah!  Ni dimensi lain  dah ni!”
“Mana nak tengok?” Kata Asakir.
Asakir tersengih-sengih., sambil mencuci lensa dengan sapu tangan.  Dia berkata sambil tersengih,
“tompok-tompok ni sebab kotor!  Patutlah semua gambar ada kabus!”
Aku tersengih memandang Kak Khalisa.
“Jual je lah kak kamera akak ni!  Teknologi canggih tapi tak tahu nak guna!”
Kak Khalisa cuma tersenyum. 
Besoknya hari Sabtu Asakir memindahkan gambar yang diambil di Bukit Malawati ke dalam komputernya.  Aku memerhati lalu menunjuk!  Mata hati sudah terbuka.  Aku sudah boleh nampak gambar-gambar bunian di Bulit Malawati itu!
“Ni! Clear betul ni!  Handsome nak mampus!  Macam Mat Arab!  Dahi dia luas sikit.  Papa tengok ni!  Nampak tak? Ni hidung, mata, mulut, pipi, tangan dia bersilang. Kaki dia mencangkung!  Putihnya!  Mami rasa ni Sifu mami, G!  Kan dia umur 40 an!  Tengok muda lagi ni!  Mesti G! Dia tengok mami anak murid dia!”
Asakir mengangguk-ngangguk sambil membesarkan gambar.
“Ini anak kembar ni! Anak Kak Ilah kot!  Sepasang, lelaki dan perempuan!...”
“Ni ada orang berjalan atas pokok .. perempuan!  Lawanya!  Mesti Intan!”
“Ni ada muka orang macam kena sumpahan, muka macam harimau ke apa ni! Ada sorang lagi duduk melekat kat atas pokok, kena sumpahan juga ni!  Boleh nampak dari kepala sampai kaki dia!”
Asakir membesarkan gambar yang lain pula!
“Ni  Tok Wira!  Atas padang ni!”
Agaknya Asakir marahkan aku tak habis-habis bercakap atau kerana dia tak nampak!
“Mami ni memang nampak real ke?”
“Nampak!  Sebab tu Papa Mc Kenzie suruh Sifu Le’Mante ajar kita mandi herba!  Supaya kita boleh masuk stargate!  Sekarang ni kita memang tak boleh nampak mereka atas bukit tu, tapi kita dah boleh nampak mereka dalam gambar!  Dulu mami mana dapat tengok mereka  dalam gambar!  Dalam painting pun mami dah nampak clear!  Jangan bagitau Raine tau!  Dia memang tak suka kita masuk dalam.  Dia kata kita ni bawa virus, nanti habis berjangkit perangai s**** kita kat bunian!”
Diam. 
“Papa tak nampak ke?”
“Nampak!  Tapi papa taklah clear macam mami!”
“Tu lah!  Kita mandi herba cepat-cepat habiskan course!  Nanti papa masuk dalam papa seludup teknologi dari sana bawa sini,  Mami nak cari G!  Mami nak jadi penulis terkenal macam dia, nak menghayati menulis macam dia!”
“ya ke nak jadi penulis macam dia?  Ke awak nak feeling demgan dia?”
“Cis!  Bertaubatlah papa!  Ada ke macam tu?  Dia tu dah Pak Haji, pakai serban!  Dah alim gila!  Takkan nak layan mami.  Dan takkan mami berani lagi dah!  Nanti kena sumpah kat Papa Dior dan Mc Kenzie!  Dua orang tu asyik menyumpah orang je kerjanya.  Sumpah orang jadi batu!  Hari tu katak sumpahan kat rumah Dr Khalisa mati!  Dia mati dengan tangan dia ke dada, macam orang Islam mati!  Papa Mc Kenzie kata nama dia Rahim!  Dah dua ratus tahun jadi katak!  Tahun depan Jun hukuman nak habis, tak sempat keluar mati dalam sumpahan!   Entah-entah siput babi beratus-ratus ekor kat rumah kita ni pun kena sumpah!”
Asakir turut ketawa lucu.  Aku ketawa terkekeh-kekeh.  Ah!  Memang betul banyak siput babi di rumahku.    
Tengahari aku ke rumah Abang Yee, bersama Asakir.  Aku memberitahu Abang Yee, Mc Kenzie. 
“Saya nampak bunian seorang, handsome sangat!  Macam Mat Arab!  Clear betul!”
Abang Yee memandang gambar melalui laptop Asakir.
Dia tersenyum. 
“Siapa Abang Yee?”
“Yee Manja!”
Aku kehairanan.  Dia ingat aku bodoh?  Bodoh-bodoh aku pun aku ada ph.d!  Aku ada gambar Yee Manja dalam bilik pejabatku!  Memang lain!  Dia lelaki penggoda.  Ini lelaki macho!
“Ni, dahi luas macam ni!”  Aku tak berpuas hati.
“Gambar tu mengembang!”
Ahh!  Mati akalku mahu membantah lagi.  Takkan aku nak bantah perkara yang tidak ku ketahui!  Aku bukan macam sisters dua orang tu.  Tak tahu pun nak menjawab macam tahu!
“Ni orang sumpahan kan atas pokok ni!  Macam kepala rimau ke monyet ke macam ni!  Kat sini pun ada, seluruh badan boleh nampak ni!”
Aku mengalih topik.  Dia tersenyum.  Tidak mengangguk tidak menggeleng.  Betullah tu!  Papa Raine!  Mata hati sudah terbuka!  Papa tak boleh kata mata hati saya buta lagi! Hah! Puas hati!
“Kat baju Rosya tu ada dua orang.  Nampak?”
Memang aku tak nampak tapi aku cuma pelik melihat di baju aku tertonjol macam pusat!  Takkan kelihatan lubang pusat di perutku?  Aku memakai baju!  Lagipun pusat aku bukan terjulur keluar macam itu.
“Yee Manja kelakar betul!  Dia menyumpah-nyumpah kau orang sebab tak tengok dia!  Dia ambil meriam nak tembak kau orang.  Kami ketawa macam nak pecah perut.  Dia kata apasal la kau orang ni buta mata buta hati tak boleh nampak? Mem! Papa Mc Kenzie pula buat konsert rock kat padang tu.  Kami ni nak kena jaga kau orang lagi, nak tengok boss lagi!  Yang dalam gambar tu bukan Papa Yee Manja tapi papa Mc Kenzie.  Dia saja tak nak cakap!”
Dua orang bercakap.  Tadi Papa Mc Kenzie.  Sekarang bukan lagi Abang Yee tapi Adik Yee!  Sakit kepala otakku! 
“kalau masuk dalam jangan cari kita orang tahu!  Kami nak menyorok takut mem jumpa!  Kalau jumpa mesti kena kurung!  Pas tu tanya kita orang satu-satu pasal bunian!”
“Teruk betul!  Takkan saya nak kurung you all! Sampai hati nak lari pula kalau saya masuk!”
Jahat betul adik-adik GoL.  Sampai mahu lari kalau aku masuk ‘dalam’?  aku pun tak sudi nak kejar kau orang! Mungkin aku kejar G ku seorang, bersemuka dan mengasak macam-macam soalan sehingga dia mengaku salah.









No comments:

Post a Comment