catatan peribadi ryina ikhwan

Ikuti catatan peribadi ryina ikhwan di http://ryinaikhwanroslina.blogspot.com/

Tuesday 1 February 2011

Bahagian 1

Setelah seminggu masih tiada khabar berita mengenai Abang Yee, apatah lagi mengenai Ikhwanis. Dalam kesedihan itu aku akhirnya menyedari kadang-kala sewaktu aku tidur, aku merasakan seperti aku menyusukan budak kecil.Seminggu setelah ketiadaan Ikhwanis aku mula merasakan anak perempuanku kesayanganku saban malam datang untuk menyusu. Rasa perit di payu daraku memang takkan dapat ku lupa. Dan naluri seorang ibu tidak akan membohongi diriku. Ada ikatan antara seorang ibu dan seorang anak walau kami terpisah dimensi.
Kesedihan datang silih berganti dengan kenangan manis Anisku yang comel.Aku mengimbau beberapa minggu dulu betapa dia cemburukan Haziq yang dapat bersekolah di tadika UPM. Beberapa kali dia menangis ingin mengikut kedua abangnya ke sekolah. Ku katakan padanya,
“Anis, berhenti menyusu dulu, baru boleh gi sekolah. Nak tak?”
“Anis, ecik agi. Anis nak ucu!”
“Nanti, tunggu Anis besar ya sayang. Bila besar, Anis berhenti menyusu, mami bawa Anis gi sekolah ya?”
“Oteylah tuu.”
Katanya mengajuk cara Haziq bercakap. Dia memasamkan muka lalu memeluk Angah. Matanya berkaca kerana keinginannya untuk mengikut abang-abangnya ke sekolah tidak ku penuhi. Semasa itu aku memang terkilan kerana tidak dapat memenuhi keinginan Ikhwanis. Kalau boleh aku ingin menghantarnya ke sekolah bersama Haziq. Namun apa daya, Anis sentiasa bangun lewat pagi. Aku khuatir waktu akan bertambah kalut jika Anis turut ke sekolah. Pernah juga dia terbangun pada pukul enam setengah pagi. Waktu itu Haziq sedang mandi. Anis turut membuka baju dan seluar tidur lantas mandi dengan sendirinya. Bila siap mandi, dia kesejukan memandang aku yang serba salah.
“Anis nak gi olah ami! Anis dah andi dah iyi! Andai tak ami?”
“Bagus sayang tapi Anis kecik lagi… Anis menyusu lagi. Tunggu Anis besar boleh tak?” Dengan muka yang tidak puas hati dia tidak berkata apa, namun matanya berkaca.
Akhirnya ku fahami bagaimana perasaan seorang ibu yang terpaksa menghampakan hati seorang anak. Kasihan Anis. dia menangis di bahu Angah sewaktu aku dan abang-abangnya meninggalkannya. Kini segalanya mencengkam jiwa. Pandangan mata Anis yang berkaca itu turut meragut tangkai hatiku.
Aku yakin Anis datang ke tempat ku tidur kerana ingin menyusu. 10 April 2006 inimaka genaplah umurnya tiga tahun. Dapatkah kami menyambut hari kelahirannya bersama? Harijadinya tahun lepas aku membelinya Teddy Bear, ku namakannya Nurul. Anis memanggil nama Nurul setiap kali bermain dengan teddy bearnya. Namun sebenarnya semasa itu Anis berkehendakkan anak patung ‘barbie’. Dia menunjuk lantas memegang anak patung tersebut meminta ku belikan. Aku hampakan jua harapannya kerana tidak cukup duit di tangan.Andainya aku penuhi segala permintaan Ikhwanis aku tidaklah aku sekesal sekarang. Kini aku tidak mampu lagi memberinya apa-apa, walau hanya sebuah senyuman.
Asakir kembali ke pejabat setelah sepuluh hari kami kehilangan Anis. Mungkin dia menyedari keasyikannya bekerja akan dapat sedikit sebanyak mengurangkan kerinduan pada anak kesayangannya. Apatah lagi apabila diberitahu hasil produk R& D akan dijual sebanyak 120 juta US Dolar pada sebuah syarikat dari Amerika Syarikat. Aku kemudian mula bertanya-tanya syarikat manakah yang akan membeli R&D Wajiran, Asakir, Amer dan yang lain?Adakah itu syarikat proksi Tok Anjang yang berpangkalan di US? Kenapa tiba-tiba ada syarikat asing ingin membeli sedangkan cerita mengenai syarikat penjualan itu baru tersebar dua tiga hari dan dalam dua tiga hari tu Encik Razif hanya membuat hebahan kepada syarikat-syarikat tempatan sahaja. Adakah ini sekali lagi permainan Abang-abang Yee. Apa hubung kaitnya penjualan R&D dan kehilangan Ikhwanis serta Abang Yee?
Persoalan-persoalan itu menujah fikiranku pada setiap hari sehingga aku jika tidak berada di dalam kelas, hanya termenung mencari jawapan dan merindui Ikhwanis. Sesekali aku terpaksa menahan air mata dari keluar semasa kuliah.Dan hari keempat belas seperti mimpi pula mendapat sms dari telefon bimbit Abang Yee.
“Anakanda semua, sila datang ke SJ malam ni pukul lapan di rumah yang sama.Ayahanda Tok Anjang.”
Seperti tidak mempercayai mataku sendiri aku menatap sms itu tidak berkelip dan ku pandang berulang kali. Abang Yee benarkah akan kembali? Ikhwanis bersama Abang Yeekah? Pukul lima petang ku ambil Haziq dan Hafiz terus pulang ke Mantin. Debaran hati tidak berhenti-henti. Aku seperti makan tidak kenyang dan mandi tidak basah. Nasi dan lauk yang Angah masak terasa tidak melepasi kerongkongku. Air paip seperti tidak membasahi badan dan rambutku.Selepas solat maghrib aku bergegas ke Subang Jaya. Asakir pula menumpangbrothers berkereta dari Shah Alam.
Sampai di rumah semua sisters dan brothers duduk di kerusi. Ada yang melangut di lantai tanpa sebarang suara dan bicara. Aku bersalam dengan semua sisters sambil melemparkan senyuman hambar. Rumah yang telah diserahkan kepada pemiliknya kini kembali dihuni Abang Yee. Aku mengalih perhatian pada Abang Yee yang sedang memerhatikan ku tanpa secalit senyuman. Raine! Aku membuat muka bodoh lantas duduk bertimpuh di bawah, memandang suasana rumah yang masih seperti dulu. Ingin ku pohon kemaafan dari Raine secara lisan kerana menganggapnya sombong, namun ku yakin dia akan berlagak angkuh, berlagak seperti tidak mendengar kata maaf dariku, walaupun di hatinya dia telah pun memaafkan aku. Aku pernah meminta maaf kepada Raine melalui telefon pada Hari Raya Aidil Adha yang lepas, dan seperti bermimpi dia membalas,
“U r forgiven. Salam ‘Aidil Adha. Raine.”
Ingin ku bertanya mengenai Ikhwanis namun bibir terkunci. Asakir pula yang lebih senyap berbanding diriku hanya memandangku seperti muka kebingungan.
“Ada yang kata aku sombong, padahal dia tidak sedar aku yang jaga anaknya kat dalam tu. Mata kasar rabun, mata hati buta… tengok dengan mata hati, barulah kenal siapa…”
Aku cuma memandangnya tanpa berkelip. Sudah tentulah dia tidak memandang aku walaupun kata-katanya ditujukan dengan kepadaku. Aku memang bersalah kerana menuduhnya sombong. Kerana mulut badan binasa… Aku kemudian menunduk muka.
“Anak kandung sendiri duduk depan mata dia pun tak nampak. Adalah sebab kenapa mata hati tu tak nampak…”
Katalah apa sahaja, aku mengaku salah. Kewujudannya memang menakutkan aku setiap waktu namun tidak pernah aku membencinya. Ku hormati dia dan ku sayangi dia seperti mana aku sayangkan Abang-abang Yee yang lain, namun keseriusannya di dalam setiap pertemuan membuat aku jarang membuka mulut. Tok Anjang pernah memberitahu yang PAnya itu tidak sombong, cuma caranya sahaja seperti itu.
Ikhwanis berada di rumah itu, duduk diribaku, namun apa daya aku ibunya tidak dapat memandang dan menyentuhnya. Dimensi berlainan walau pun kami berkongsi ruang yang sama. Di dalam dimensinya dia berada di tingkat bawah istana. Sedangkan di tingkat atas rumah itu adalah kediaman Raja-raja bunian bersama permaisuri masing-masing, serta pusat pentadbiran. Ada 74 tingkat kesemuanya. 20 tingkat berada di bawah tanah. Apa yang ku lihat di dalam mimpi semasa mengunjungi Yee Manja cuma sebahagian kecil Istana. Oh ya, jika kalian tidak membaca novel pertama ku, mungkin kalian tidak memahami apa yang ku katakan. Ya benar, aku pernah mengunjungi istana bunian dan berjumpa Syed Ikhwan serta anakku Nurul Ikhwanis dan kembarnya Nor Ikhwan serta anak bunian yang menumpang rahimku, Nurul Ikhwan.
“Kata sanggup berkorban apa sahaja asal ada Abang Yee tapi baru anak hilang sorang, dah separuh gila…”
Dia memandangku. Kemudian memandang Asakir. Tiada orang berani bersuara. Aku apatah lagi, walaupun dia bercakap mengenai Ikhwanis. Memang mulutku tiada insuran. Ku pernah tulis sms pada Dior, rela berkorban apa sahaja asal Abang Yee ada bersama. Kini aku menerima padah. Memang padan dengan mukaku! Ingat senang hendak berkorban? Air mata mengalir tanpa disedari. Menyedari kesilapan diri sendiri, mengenang Ikhwanis yang entah bila akan kembali. Ingin bertanya tetapi tidak berani. Pedihnya hati ini.Kenapa tiada yang mengerti? Kenapa Abang Yee tidak memahami?
“Macamana Rosya? Lain kali tuduh lagi orang tu sombong! Kan malu sendiri?”
Abang Yee tersenyum memandang aku. Siapa pula? Tok Anjangkah? Rasanya bukan. Siapa lagi PA Tok Anjang yang tidak ku ketahui nama itu? Ada berapa ramai PA dan berapa ramai pula Tok Anjang? Aku memandangnya kebingungan. Memandang Asakir tidak perlu. Asakir tidak pernah mengambil kisah siapa Abang-abang Yee yang bersilih ganti. Aku saja yang separuh gila memerhati setiap karektor melalui gaya bahasa, cara bercakap, cara duduk dan cara berdehem serta minuman yang diminumnya.
“Aku Calvin.”
Tidak pernah ku dengar selama ini ada PA yang bernama Calvin. Kenapa mesti guna nama Mat Saleh? Mentang-mentang berambut merah bermata biru mesti guna nama Mat Saleh? Sama juga dengan Rafael… guna nama orang puteh, dah lupa asal usul dia orang Minang? Kan ke bagus kalau guna nama sebenar seperti Yee Manja, Ikhwan? Sedap nama itu, sesedap nama penaku, Ryina Ikhwan. Ah! Tapi ada berapa orang Yee Manja. Ikhwan, Dino, Sulaiman… Tiga ratus Yee Manja yang lain apa namanya? Dengar cerita ada tiga ratus tiga belas orang bunian yang menjadi Yee Manja, yang memanjakan kami itu. Siapa Yee Manja yang asal. Adakah Tok Anjang? Dan siapa sebenarnya dia? Namanya?
Bukan salah apa pun kalau beritahu kami nama sebenar. Lagipun saintis-saintis manusia yang buat kajian tentang stargate dan dah berjaya masuk ke dalam dimensi mereka, dikeluarkan semula setelah menjadi gila. Dua tentera asing yang diculik mereka di Kelantan kerana menjalankan kerja-kerja intipan telahpun dihukum bunuh di ‘dalam’. Jadi apa yang sangat membimbangkan mereka?
Dia memandang ku kemudian ketawa sambil menepuk pahanya.
“Rosya… Rosya… engkau ni dah keliru benar… Yang kau kata Dior tu Mc Kenzie, yang Mc Kenzie tu Dior… kan dah senget kepala otak tu asyik pikir aku ni sapa? Sekarang ni pun engkau keliru lagi…”
Dia ketawa lagi. Cis! Sakit hatiku. Sanggup dia mentertawakan aku sedemikian rupa. Tiada rasa simpati walaupun setelah merampas anakku? Dia ingat mentang-mentang dia bunian, dia boleh memperbodohkana ku setiap waktu?Siapa pula Mc Kenzie? Calvin sejak bila menjadi salah seorang dari Abang Yee?Mana anak aku?
“Anis bila nak balik?”
Aku bertanya dengan kasar tidak menghiraukan perlakuannya. Aku sudah terlalu geram dipermainkan.
“Setiap malam dia balik dia menetek dengan kau…”
Dia seperti tidak bertimbang rasa memperbodohkan aku.
“Saya tanya betul ni Abang Yee…” Suaraku sudah berubah. Aku bagai mahu menangis kerana terlalu merindui Anis.
“Dia baliklah sehari dua ni. Buat sementara. Sekali lagi dia hilang, dia akan jadi bunian tulen, Cuma keluar tujuh bulan sekali. Dah ada jodohnya kat sana…Mungkin juga dia akan hidup di luar tetapi yang pasti dia akan kawin dengan orang dalam!”
Aku merasa begitu bersyukur. Alhamdulillah. Anis akan kembali. Dan bila waktunya dia akan hilang ke dalam semula sudah tidak ku kisahkan lagi. Yang penting, sekarang dia akan pulang juga. Selepas ini aku akan lebih bersedia menerima kehilangan Anis ke alam bunian. Itu janjiku! Dan bakal menantu ku orang dalam tu, kalau boleh janganlah menggunakan uniform orang tua macam ‘Abang Yee’. Nanti aku kekok bermenantukan ‘orang tua…
Tok Anjang keluar tidak lama kemudian. Dia memandang kami dengan muka yang tidak tersenyum seperti biasa. Malah dia tidak pun memandang aku. Ke manakah agaknya Dior yang dulu. Yang sentiasa tersenyum. Adakah dia sudah menukar perwatakannya? Apakah niatnya apabila mula mengubah perlakuan seperti itu? Ah! Sakit otakku memikirkan segalanya. Cuma Ikhwan sahaja yang tidak berubah, dari awal sehingga akhir tetap mesra! Namun pelik juga memikirkan aku semakin hormatkan Tok Anjang walau pun merasa sedikit kesal dia telah menunjukkan ‘belang’ sebagai Raja Bunian yang sebenar. Saat itu juga terbayangkan papa Yee Manjaku… Ke mana dia menghilang? Aku terlalu merinduinya…
“Malam ni aku memanggil kau orang sebab aku nak tanya seorang demi seorang sisters dan brothers, pandangan, kenangan dan apa yang kau orang rasa selepas ini…”
Kami semua terdiam. Aku yang masih buntu dan masih ingin bertanya tentang Ikhwanis, terpaksa mengalah kepada hakikat bahawa aku tidak terlawan untuk bersikap biadap kepada Tok Anjang. Sikap seriusnya, wajahnya yang tanpa secalit senyuman itu memandang seorang demi seorang dengan muka masam. Hati seolah dapat menggambarkan bahawa aku akan kehilangan ‘ayahanda’ ku ini. Bahawa selepas ini jurang dan jarak, batas dan sempadan terpaksa ku jaga sebaik mungkin agar tidak terlangkau.
Dua tiga minggu sebelum aku kehilangan Ikhwanis, aku sering bertanya khabar dan bertanya kepada Tok Anjang melalui sms pada lewat malam, sebelum tidur.Entah kenapa jua hati teringatkan Tok Anjang, walau sekadar ingin mendengar kesihatannya baik dan dia berada di dalam keadaan ‘tenang’. Dia waktu itu sentiasa membalas dengan kata-kata seorang bapa kepada seorang anak yang hilang arah. Kini bila dia muncul semula aku seolah dapat merasakan bahawa aku sudah tidak perlu lagi menghantar sms bertanyanya itu ini pada Tok Anjang.Seolah-olah Tok Anjang memberi amaran secara halus dan tersirat agar aku tidak terlalu ingin berada ‘dekat’ kepada Tok Anjang. Aku menipu dan berbohong sekiranya ku katakan bahawa aku tidak kecewa jika benar Tok Anjang bermaksud demikian. Namun apa yang pasti, kewujudan Tok Anjang di hatiku, kedudukannya di mataku, sudah lebih dari cukup untuk aku berasa selamat dan bahagia.
Cinta apakah yang ada di hatiku kepada Tok Anjang, kepada Yee Manja, kepada Mc Kenzie, kepada Dior dan kepada The Yees yang sehingga walau dimarah, dimaki hamun dan dileteri, namun tidak sekali merasa benci? Cinta apakah yang ada di hati kami famili sehingga merasa sayang dan kasih pada semua the Yees melebihi kasih kepada suami? Inikah bentuk cinta seperti yang dikatakan oleh G, cinta makhluk sesama makhluk? Dan yang pasti cinta kami kepada semua Abang Yee adalah cinta makhluk kepada makhluk yang lebih berilmu di dalam segenap segi. Aah… G… ke mana dirimu menghilang… kenapa mesti meninggalkanku… jika benar aku menyintaimu, ia bukan salahku… bukan juga salahmu… tidak bolehkah keluar sekali sekala menghiburkan aku?
“Kita mulakan dengan novelis… Rosya. On now!” Mc Kenzie memandangku. Tepat.
Aku tidak menyangka akan mendapat giliran pertama. Apa yang perlu ku katakan? Samada aku mendapat giliran pertama atau terakhir, jawapan ku tetap sama. Namun apa yang sebenarnya ingin diketahui?
“Soalan tadi saya tak berapa faham sangat. Boleh ulang?” Ah!! Rasanya memang aku sedang menunggu masa untuk dimaki hamun. Aku kehilangan tumpuan. Aku rindukan Anis. Aku mengingatkan Pa Yee Manja… dan hati aku masih juga inginkan G menjelma di depan mata…
Dia memandang ku dan aku memandangnya.
“Apa pandangan, pengalaman dan kau yakin atau tidak kita akan berjaya dalam perniagaan? Dr Mohamad?”
Kami semua memandang Dr Mohamad. Aku pula dalam masa yang sama merasa lega yang amat kerana berjaya melarikan diri buat seketika.
“saya dulu sebelum jumpa Abang Yee hidup dah mewah. Gaji banyak. Bila jumpa Abang Yee melalui isteri saya, itulah kali pertama saya merasa tersepit sangat kerana kehidupan tanpa hutang menjadi kehidupan yang amat payah.Saya pernah rasa macam ‘senget’…”
“Kau yakin kita akan berjaya?”
“Yakin.”
“Yakin bahawa kita akan kaya?”
“Yakin.”
“Bila kita akan kaya?”
“this year!”
Abang Yee tersenyum.
“Dr Moly?”
Entah apa yang membuat Kak Moly malam itu memasamkan muka tidak kuketahui. Namun sebelum itu Calvin yang keluar sebelum Tok Anjang tersengih memandang Kak Moly dan berkata,
“Aku dengar kau kena marah kat Amer?” Dia ketawa terkekeh-kekeh seolah-olah gembira Moly dimarah Amer. Mungkin itu yang menyebabkan Kak Moly bad mood sehingga mukanya kelihatan tegang.
“saya tak suka dengan cara brothers buat kerja. Masa saya sakit mata, saya cuti seminggu, RTM nak datang interview, saya tak boleh handle, tapi saya dah minta tolong brothers prepare, saya dah senaraikan apa yang patut dibuat, tapi sampailah pagi RTM datang, baru nak berkejar buat itu ini. Suka sangat tangguh kerja! Kalau bukan kerana saya ni perempuan dan saya sakit, saya tak minta dia orang tolong! Kalau saya boleh buat sendiri saya buat sendiri…saya tak boleh buat, terpaksa saya minta tolong…”
Entah apa lagi yang diberitahu oleh sisters dan brother tidak ku beri tumpuan.Fikiranku khayalkan Ikhwanis. Aku masih bungkam. Walaupun diberi janji Anis akan pulang dalam sehari dua ini, kerinduanku pada wajahnya dan pada keletahnya tidak tertanggung. Aku dalam kebingungan kerana rindukan anak perempuanku. Tidakkah dia memahami hati seorang ibu? Air mata hampir menitis ketika dia memandang aku.
“Rosya?”
Bagiku tidak perlu berpura-pura untuk menjadi baik ketika bercakap dengan Abang Yee. Akan diketahui juga sikap hipokrit kami. Setiap waktu diperhatikan melalui video walau di mana kami berada. Dan setiap waktu berada di rumah itu, kami ini seperti dipertontonkan kepada khalayak penonton televisyen.Bezanya penonton kami adalah orang-orang bunian di dimensi sana. Menonton kami, memberi undi dan bertaruh siapa yang akan menang pula adalah Gang of Thirteens! Mereka juga bertaruh pasangan suami mana yang akan kalah dan akan meninggalkan kami. Beratus juta penonton setiap waktu ketika kami di rumah itu. Kami ini adalah peserta reality tv yang sebenarnya.
“asal usulnya adalah Encik Razif. Dia yang bawa Asakir masuk syarikat MajuCare dan dia juga yang ajak Asakir keluar. Saya masa tu tak halang pun sebab saya tahu kalau saya halang Asakir, dia tidak pedulikan juga. Masa tu memang susah. Hutang kredit card… saya tak mampu nak tolong Asakir… mula-mula Asakir tak bagitahu siapa Abang Yee, dia tak bagitahu nama pun. Dia kata Abang Yee guru agama. Saya tak layan sangat. Heran juga saya sejak bila pula dia minat dan belajar ugama, selama ni tak pernah-pernah…Saya cuma risau takut Asakir masuk kumpulan ajaran agama sesat. Selepas tu masa kami jumpa Abang Yee kat Kuala Besar, saya dengar dan perhatikan Abang Yee, masa tu saya faham kenapa Asakir ikut Abang Yee.”
Tok Anjang tersenyum. Aku masih berbuat muka selamba.
“Apa pandangan kau selepas jatuh miskin?”
“Mula-mula tu memang saya bergaduh dengan Asakir… sebab hidup dah susah. Dalam empat tahun ni, ada la tiga empat kali bergaduh dengan Asakir…”
“Apa perasaan kau tentang hubungan suami isteri sebelum dan selepas jumpa Abang Yee?”
“Dulu sebelum susah… “
Aku teragak-agak untuk meneruskan kata-kataku. Namun memikirkan bahawa segala apa yang ku fikr, dan segala apa yang ku buat berada di dalam pengetahuan Abang Yee, aku menuturkan juga walau terpaksa membuka pekung di dada di hadapan famili.
“Dulu semnasa susah… saya mengaku saya ni… memang materialistic.. Sebelum susah saya ingat kalau Asakir tak ada duit, saya rasa saya mesti bercerai berai dalam masa enam bulan. Tapi rupa-rupanya bila hidup susah betul tak adalah pulak kami bercerai berai.”
“Selepas susah makin sayang atau macamana?”
Aku memandang Asakir. Aku menjawab pertanyaan sambil memandang Asakir.
“selepas susah saya makin sayang Asakir… Asakir pun lebih sayang saya… tapi tak tahulah ikhlas ke tidak dia sayang saya… sebab dia tak ada duitkan…”
Asakir tersengih. Aku tersenyum. Sempat juga aku mengenakan suamiku.Padan dengan muka dia! Tok Anjang membuat muka lucu sehingga semua famili ketawa.
“Kau yakin kita akan kaya?”
“Yakin… Cuma saya tak tahu bila.” Abang Yee tersenyum. Aku menambah,
“Sebenarnya, saya tak kisah kaya atau tidak… asal Abang Yee ada…”
Abang Yee tersenyum lagi. Bukan ingin membodek namun kewujudan Abang Yee di dalam kehidupan aku dan Asakir memberi begitu banyak impak.Kehadiran Abang Yee tidak mampu dibayar dengan segala jenis harta dunia.Asal dia bersama kami, aku tidak kisah kalau aku masih miskin beberapa puluh tahun lagi. Asal aku masih mampu bekerja biar saja aku yang menanggung semua perbelanjaan… asal Asakir setia tidak perlu aku gusar akan kesusahan hidup ini.

No comments:

Post a Comment