catatan peribadi ryina ikhwan

Ikuti catatan peribadi ryina ikhwan di http://ryinaikhwanroslina.blogspot.com/

Sunday 29 January 2012

Bahagian 31

Tok Ayip berjanji mahu memberi aku pantun seloka tetapi dia melarang aku menghantar sms kepadanya.  Bila dia keluar dia berleter memarahi kami dan sekali sekala berpantun carut.  Bila ku katakan aku dilarang bersms dengan Tok Ayip, Papa Raihan P. A papa Dior mahukan aku bersabar.  Papa Dior pula cuma ketawa gelihati.  Katanya di dalam aku digelar penyiasat.  Tok Ayip kata aku politik tinggi.  Dia memberitahu Papa Dior dia tidak akan masuk perangkap aku!  Dan memang benar, setiap pantun yang ku hantar padanya tidak berbalas.  Akhir sekali aku menulis pantun simpati berbunyi

Anak murid ingin membodek
Sifu tua keras kepala
Hati bagai di korek-korek
Pantun seloka pengubat lara
                                                “Ponat den! Sifu novel pun tak macam ni!”

Nyata dia tidak membalas juga.  Aku akan mencari ikhtiar lain untuk menarik perhatian dia supaya mengambil aku menjadi muridnya.
Raine yang berjumlah tujuh orang.  Mereka diketuai oleh seorang.  Puma, Zaidi, Dino, Dior, Mc Kenzie,  Wira dan Azim.  Atau entah sapa-sapa.  Aku malas nak kata ya atau tidak.   Kesemuanya adalah nama samaran.  Di antara Raine adalah Big Foot atau Tok Wira, suami Kak Ilah.  Ah!  Rupa-rupanya Kak Ilah dan Kak Nani bersuamikan Raine dan dan aku yakin teramat yakin bahawa Raine itu kesemuanya adalah tujuh Raja Bunian yang pernah diberitahu Papa Mc Kenzie.
Kata Tok Ayip,
“Kau mana layak berhubung terus dengan Raine!  Darjat mereka tu tinggi!  Selama ini semua P. A masing-masing menyamar!  Tok Wira tu panas baran.  Puma, Zaidi, Dino semua yang original tak pernah keluar.  Kau orang tak layak!”
Aku termenung seketika.  Selama ini aku bersms dengan Papa Mc Kenzie, Papa Dior atau siapa?  Namun aku sedar, jika sekalipun yang menghantar sms itu bukan mereka yang  asal, tentulah dengan kebenaran Dior dan Mc Kenzie juga. 
“Mentang-mentang tahu suami Kak Ilah biasa saja, mula tak respect Kak Ilah, semua kerja kalau boleh nak pass kat Kak Ilah! Nanti kau masuk dalam, dia pakai crown, baru kau tahu beza kau dengan dia…  Kau ingat Tok Wira tu siapa?  Raine tahu tak?  Kak Ilah pun baru tahu hari ni yang dia bersuamikan Raine!”
Aku memandang Kak Ilah.  Kak Ilah cukup kecut perut dengan Raine.  Agaknya dia sendiri tidak menyangka suami yang jarang-jarang sekali keluar dan jarang-jarang memanjakan dirinya itu mungkin salah seorang dari Raine yang pernah memaki hamunnya.  Aku berkata pada Kak Ilah,
“Tu lah… takut sangat kat Raine, rupa-rupanya Tok Wira itu pun Raine!”
Segalanya tidak mustahil.  Sudah bertahun berkahwin baru kak Ilah ketahui dirinya adalah permaisuri.  Apa lagi yang mustahil.  Dan jika Papa Dior yang ku peluk itu adalah sebenarnya Tok wira, mana pula mahu ku sorokkan muka daripada Kak Ilah?  Aku ini menumpang kasih suami orang!
Dan hari aku diurut oleh Abang Yee itu, malamnya mereka berkumpul lagi.  Aku tidak hadir kerana aku baru sampai di rumah waktu itu.  Asakir singgah sekejap di Subang jaya sebelum bertolak ke Terengganu.  Sempat juga dia mengambil bahagian.  Bila ku tanya apa yang berlaku dia menjawab smsku,
“Papa Zaidi yang ori keluar untuk pertama kali.  Habis semua kena tarbiyah!  Raine yang garang-garang keluar!”
Aku bersyukur di dalam hati.  Samada aku bernasib baik atau nasib malang kerana tidak sempat berjumpa Raine!  Dan kebetulan dari tengahari sampai ke petang di tingkat atas rumah itu, entah tingkat yang ke berapa, ada mesyuarat.  Sebab itulah Papa Yeee Manja datang.  Dan kemudian mungkin juga G turut hadir bersama.  Kerana itu dia mungkin menyuruh anak muridnya menjaga ku.  Dan sudah tentulah Raine semua hadir sama!  Nasib baik aku tidak disergah kerana berani tidur di katil itu!  Apa dalihku sekiranya orang yang ku peluk tiba-tiba adalah Raine?   Nak mampus aku dikerjakannya?
Mimpi buruk menjadi nyata.  Papa Dior telah menjadi seperti Papa Mc Kenzie… tidak lagi ceria dan bergurau senda dengan kami.  Aku sekali lagi kehilangan.  Malang sekali aku terpaksa mengulang kembali kesedihan ditinggalkan Papa Dior yang memanggilku dengan panggilan comel, yang mendodoikan aku tidur.  Kerinduan pada Papa Mc Kenzie belum lagi pulih sepenuhnya kini terpaksa pula berdepan dengan kerinduanku pada Papa Dior.  Malang sekali nasibku.  Kini Papa terbaru  memberitahu ‘Don’t cross my line’, sama seperti Papa Dior.  Maknanya dia juga akan berubah menjadi seperti Papa Mc Kenzie dan Papa Dior, berubah menjadi sedingin salju sekiranya kami melakukan kesalahan atau melanggar perintah.  Pa Dior mungkin antara Abang Yee yang paling memanjakan aku.  Berlainan dengan Papa McKenzie, walau dia pernah memanjakan aku, namun selepas dia berubah karakter menjadi Raine, dia lebih dingin daripada Papa Mc Kenzie.  Meratapi ‘kehilangan’ Papa Dior memang menyakitkan… Papa Mc Kenzie pernah memberitahu, novel pertamaku ‘about love’.  ‘tentang cinta’.  Dan cinta sebegitu, amat menyakitkan dan mendera perasaan.  Papa Raine… you give me love and you give me pain… and it hurts me…
Kini baru aku sedar mengapa sifuku G meninggalkan aku secara tiba-tiba.  Pahit yang ku rasai ketika kehilangannya tidaklah sepahit yang bakal ku lalui sekiranya dia sehingga sekarang memanjai aku.  Dia tidak ku anggap sebagai seorang Papa.  Ku anggap sebagai seorang abang yang terlalu mengambil berat.  Apa yang dibuatnya di Rusia?  Dia masih bertugas sebagai doktorkah?  Dia masih berperang dengan jin dan iblis?  Dia masih menyelamatkan mangsa bencana alam dan berperang menolong umat Islam di serata dunia?  Dia masih menulis novel dan bersajak?  Atau dia mendapat tugas baru menjadi sifu kepada seorang manusia biasa sepertiku?  Aku mengharap jika dia mendapat murid yang lain, biarlah murid itu tidak sebagusku.  Aku mahu G tahu aku seorang sahaja murid terbaik yang pernah dan akan dia jumpa!  Aku mahu dia tidak melupakanku…
Seperti bermimpi pula mendapat sms dari G ketika aku kesedihan mengenangkan kehilangan Papa Dior.
“You baik dengan Tok Ayip!  Dia orang seni dan banyak idea.”
Aku tersenyum puas hati.  Ingat juga dia pada ku.  Ingat senang-senang dia boleh lupakan aku.  Namun pesanannya itu agak sukar.  Pesanan yang sama diberi oleh Papa Dior.  Tok Ayip itu memang orang seni.  Tapi dia dari awal mahu menjauhkan diri dari aku. Dari awal melarang aku menghantar sms padanya. Kadang-kadang aku tersenyum sendiri mengenang kelucuan Tok Ayip.  Sakit kepala otakku mengarang pantun dan ku hantar pantun seloka kepadanya.  Namun dia tidak pernah melayan.  Papa Raihan menyuruh aku bersabar.  Sabar itu memang boleh ku sabar.  Tapi sampai bila dia mahu buat tidak tahu padaku?  Inilah kali pertama aku berjumpa dengan Abang Yee yang boleh berlagak selamba walau aku menghantar sms simpati.  Papa Mc Kenzie yang serius itu juga tidak seteruk Tok Ayip!  Dan sifu ku G, jauh lebih baik!  Sanggup G menghantar sms padaku setelah berbulan-bulan tidak menghantar sms, menyuruh aku berbaik-baik dengan Tok Ayip!  Membuat aku makin tidak sabar!  Namun aku tahu Tok Ayip sengaja mahu menyakat aku.  Dia sengaja mahu menguji kesabaran aku.  Antara aku dan dia siapa yang terlebih dulu akan mengalah?
Seperti bermimpi juga, setelah menangis berhari-hari mengenangkan aku kehilangan kasih Papa Dior, aku mendapat tahu siapa sebenarnya dia.  Aku tersenyum seorang diri akan kasih sayang Papa Dior sehingga dia memberitahu siapa dirinya yang sebenar secara sembunyi-sembunyi.  Tiada lagi air mata mengenang Papa Dior, malah aku gembira kerana hanya aku yang mengetahui siapa sebenarnya dia.  Kini mereka menjadi seorang yang lain.  Namun kemesraan itu tetap sama dengan apa yang mereka pernah berikan pada kami.  Ah!  Seronok juga bermanja dengan Papa Raihan.  Dia melayan sikap mengada-ngada aku dengan sabar, macam seorang bapa kandung walau dia mengaku dia masih teruna.  Ah!  Peduli apa aku walau dia teruna? Yang penting dia menjadi mangsaku selepas Papa Mc Kenzie dan Papa Dior!  Katanya dalam sms kepadaku,
“akan ku jaga kesucianku dengan sepenuhnya.  Aku teruna tersuci di di alam maya ini!”
Lalu aku balas smsnya dengan menulis,
“Wahai teruna suci, jika diikutkan hati ingin ku buat muka seposen macam Kak Eton, ku peluk dan ku cium dirimu, namun apa daya tuan hamba masih teruna muna, sedangkan Papa Dior itu yang beranak pinak pun takut untuk ku peluk!”
Dan suatu hari ketika aku berselisih faham dengan Asakir, melalui sms dia menyuruh aku meminta maaf kepada Asakir.  Aku menolak.  Kataku,
“Malas la pa, dari semalam saya tegur dia macam tak nak jwab!”
“Kau jangan nak melawan aku, G minta maaf cepat!”
“Pa janji bagi upah tido sebelah Pa dulu, baru saya minta maaf!”
“kau wat dulu, nanti Pa upahlah!”
Sms nya itu membuat aku ketawa mengilai-ngilai.  Dia sengaja masuk perangkap aku!  Dan aku tahu janjinya itu takkan ditepati.  Namun aku tidak kisah, asal aku dapat tuntut janjinya itu pada bila-bila masa yang sesuai. Biar dia sakit kepala dan menyesal kerana telah berjanji dengan aku!
Papa Raihan mengambil alih tugas Papa Dior, namun dia juga akhirnya tidak lagi memanjakan kami setelah seorang sisters tidak menunjukkan perubahan sikap seperti yang diingini oleh Abang Yee dan famili.  Papa Roy, moyang kepada moyang kepada moyang Papa Yee Manja mengambil alih namun, ia juga mungkin tidak lama.  Tobeng nama satu jawatan yang paling ditakuti setelah sekian lama menghilang diri kini kembali semula.  Uban di kepala Abang Yee semakin putih, dan semakin hari Papa Raihan, Papa Dior mahupun Papa Roy semakin sakit setiap kali muncul di depan kami.  Sesekali Tok Ayip datang menceriakan kami, namun ia tidak lagi dapat menawarkan pahit di hati mengenang terlalu banyak peristiwa pahit yang berlaku, terlalu banyak kesilapan yang kami lakukan.  Kesalahan yang sama sepanjang lima tahun bersama Abang Yee.  Bergaduh dan berkecil hati sesama sendiri. Setiap kali kami membuat kesalahan, Abang Yee menegur dengan penuh kasih sayang. Namun sudah sampai satu tahap di mana Papa Raihan, Papa Dior dan Papa Roy telah merasa terlalu kecewa sehingga sanggup meninggalkan kami.  Bagi mereka sudah tidak bermakna perjuangan kami semua.  Kami tidak pernah mengambil iktibar di atas segala kesalahan yang kami lakukan.  Kenapa ia mesti berulang-ulang sepanjang tahun?
Jangkamasa dua minggu diberikan kepada kami sebelum semua Abang Yee meninggalkan kami.  Siapakah sebenarnya Tok Anjang?  Tok Anjang itulah yang akan meninggalkan kami membawa bersamanya tujuh (atau lapan) Raine, membawa bersama semua Abang-abang Yee, membawa bersama tubuh Abang Yee ghaib ke alam bunian.  G sifuku masih dalam misteri.  Dia seperti angin datang menyapaku dengan penuh kasih sayang dan seperti angin juga dia hilang tanpa dapat ku kesan. Dan dia akan kembali semula tanpa ku sedari saat kedatangannya.  Namun segalanya sudah tidak penting bagiku.  Perjuangan lelaki-lelaki di dalam famili kami memang sudah nyata.  Perjuangan wanita, perjuangan isteri pula… apakah matlamatnya?  Masihkah mahu merebut kasih sayang dan perhatian Abang-abang Yee?  Masihkah ada hasad dengki kerana Abang Yee? 
Jarak masa hari paling pedih, saat terakhir Abang Yee akan pergi.  Rambutnya akan bertambah putih, akhirnya menjadi seputih-putih rambut manusia, sewarna perak.  Tamat tempoh 14 hari, Abang Yee akan berserban, memakai jubah.  Pakaian putih di dalam dan pakaian hitam di luar.  Selepas jarak masa dua minggu, pada hari ke 16, rambut Abang Yee akan sampai ke pinggang.  Dan pada hari ketiga, rambutnya mencecah ke lantai. Saat itu tiada siapa lagi akan dibenarkan memijak rumah itu lagi.  Hari itu akan tibakah?  Kami berbisik sesama sendiri melihat warna rambut Abang Yee.  Dan selepas berbisik kami melayan perasaan sendirian.
Pada hari Abang Yee mengisytiharkan perkara itu, aku menjadi terlalu pedih.  Kesedihan yang sama dikongsi oleh semua sisters dan brothers.  Demi kami, Papa Puma, Papa Zaidi dan Papa Dino, tampil lalu bersumpah, di atas kepercayaan mereka pada kami agar Papa Raihan dan Papa Roy mengubah balik keputusan mereka.  Dengan bahasa bunian disertai dengan bahasa badan, kami memahami mereka telah mempertaruhkan nyawa mereka agar dua orang Papa kami kembali bersama kami.  Ah!  Tidak sepatutnya mereka mempertaruhkan nyawa mereka demi kami.  Kami tidak berhak dan tidak layak.  Dan aku sendiri tidak mahu nyawa manusia yang begitu tabah tamat hanya kerana kami yang tidak pernah memahami erti perjuangan Abang Yee.  Tidak berbaloi mempertaruhkan nyawa untuk kami!  Tidak akan pernah berbaloi! 
Kemudian hadir Zico yang mengaku dirinya seorang pejuang.  Bila Kak Khalisa mempertikaikan kenapa perlu Papa kami bertiga itu berbuat demikian, Zico berkata dengan tegas,
none of my business.  It is not my idea!”
Kak Khalisa membantah lagi.
I don’t want any of the yees sacrifice themselves because of us!  It is not worth!”
As I said, none of my business, and none of your business too.  Anyway do you think that Papa Raihan and Papa Roy will accept that?
Diam.
They are warriours.  Life there life as warriours.”
Aku memandang Zico tanpa berkelip.  Ketegasannya mencelarukan fikiranku.
“Aku warriour.  Dah ramai orang aku bunuh.  Dan aku harap Allah ampunkan segala dosa-dosa aku.”
Ramai manusia yang telah dia bunuh.  Dia seorang pejuang. Dia membunuh orang yang bersalah.  Orang yang telah dijatuhkan hukuman bunuh.  Sama seperti Papa Mussoni yang menjadi kesayanganku selepas itu.  Dia menjalankan tanggung jawab dan hukuman kepada orang telah dijatuhkan hukuman.  Mereka yang bersalah ada yang dipenjarakan dan ada yang lepas bebas tetapi tidak dibiarkan begitu sahaja. Papa Mussoni pernah berkata dia boleh menamatkan riwayat penderhaka dengan berbagai cara.  Cara lambat atau cepat.  Pernah dia membuat pesalah menderita sakit selama tujuh tahun.  Badan kurus kering tinggal tulang.  Tiada ubat dan penawar.  Dan mati dengana amat menderita.   Memang Papa Mussoni itu baran dan bengis.  Papa Mc Kenzie juga walau tidak sebaran dan sebengis Pa Mussoni tetap juga garang dan menakutkan.  Tetapi dia tetap ku sayangi.  Kerana kejujuran mereka.  Mereka tidak memanjakan aku.  Tidak juga memperlekehkan aku.  Tidak mengubat hatiku.  Cuma kata-kata tegas membayangkan kejujuran. Kejujuran dan ketegasan itu menjadi peganganku.  Aku mengkagumi mereka dengan cara yang lain dari abang-abang Yee ku yang lain.  Cara mereka berbeza.  Aku ingin menjadi seperti mereka berdua.  Jujur pada diri sendiri.  Mengakui kelemahan diri dan dalam masa yang sama tegas dan tetap dengan prinsip mereka.
Tok Ayip kembali menceriakan suasana dan menceritakan kisah pemergian Papa berdua kepada kami. 
“semalam, Al Bokhari dihukum sebat 50 kali kerana memberitahu pasal Papa Raihan akan pergi.”
Tiada siapa menjawab, hatiku berdetik kencang.  Air mata berguguran.
“Apa maknanya tu?  Maknanya ada orang sayangkan kamu semua ni…”
Air mata mengalir deras.  Aku yang telah menyebabkan Al Bokhari dihukum sebat!  Aku yang bertanya pada Papa Raihan dan Papa Roy tentang pemergian mereka.  Ya Allah!  Tidak ku menjangka bahawa semua yang diberitahu Al Bokhari adalah bukan kehendak papa-papa ku!  Aku telah menyebabkan orang yang tidak bersalah dihukum!  Baru ku faham kenapa semua adik-adik Yee tidak ingin berjumpa denganku sekiranya aku ke dalam.  Aku yakin aku telah menyebabkan mereka dihukum kerana soalan-soalanku.  Malah aku yakin sifuku G, mungkin telah banyak kali dihukum sebat!  Kenapa semua orang tidak memberitahuku?  G, kenapa tidak meminta aku merahsiakan segalanya tentang kami?
Pukul dua pagi sebelum tidur aku menghantar sms pada Al Bokhari, meminta maaf.  Dia sudah tentulah menerima maafku.  Walau dia tidak membalas sekali pun dia tentu juga tidak menaruh dendam atau berkecil hati dengan keterlanjuranku.  Dan setengah jam kemudian dia membalas.
“Its ok.  Sudah takdir. No problem!”
Sukar bagiku meminta maaf kerana rasa bersalah yang amat tetapi  senang pula dia menerima permohonan maafku.  Dan aku tahu kenapa sifuku walau telah disebat-sebat kerana ku, masih lagi memberi dorongan, masih lagi menyayangiku.  Aku faham entah yang ke berapa ribu kali, mereka ini manusia yang bagaimana.  Mereka pejuang.  Mereka sanggup disebat jika membuat salah dan demi kami mereka tidak ralat disebat walau berapa ratus kali.  Papa Yee Manja dihukum sebat, dirotan, dipenjara dan disumpah menjadi ikan duyung.  Malah raja-raja mereka sekalipun pernah disebat setelah keyakinan yang mereka pertaruhkan tidak terlaksana.
Teka teki samada Papa Raihan dan Roy menerima ikrar Papa Zaidi, Dino, Puma masih belum berjawab.  Papa Alang sedang berunding dengan semua Raine agar menarik balik keputusan.  Masih tiada jawapan yang pasti.  Dan Papa Raihan masih sakit yang serius.  Yee Manja sekali sekala keluar.  Kami memeluknya erat.  Katanya padaku,
“mentang-mentang aku tak ada pangkat, tak heran dah dengan aku!”
Aku memeluknya sambil tersenyum dan menjawab,
“mana ada macam tu…”
Papa Yee Manja walau terbongkar rahsia dia bukan raja, namun sudah tentulah kami menyayanginya sama seperti kami menyayangi papa-papa yang lain.  Kerana dia kami berjaya membentuk famili.  Dan selepas lima tahun, inilah dugaan terbesar, kesalahan terbesar yang kami lalui dan lakukan.  Papa Yee Manja, sifu kepada Alang, sifu kepada G13, dan sifu kepada G.  terlalu banyak kasih yang diterima, terlalu banyak kenangan pahit manis bersama tidak kurang dan tidak lebih dari papaku.  Namun apa yang nyata, kerinduanku padanya tidak memedihkan.  Pelik. Aneh.  Senyuman nakal, muka innocentnya dan maki hamunnya, serta rajuknya membuat aku tersenyum dan sentiasa memikirkan dia makhluk yang bagaimana.  Dia terlalu istimewa.  Papa ideal untuk semua.  Papa-papa ku yang lain pula tegas, terlalu tegas namun terlalu baik hati juga.   Hidup yang bagaimana akan aku tempuhi sekiranya mereka meninggalkan kami?  Syarikat tentu akan berkembang, kerana suami-suami kami bekerja bertungkus lumus.  Suami-suami kami walau sekali sekala kelihatan dungu, tetapi lebih memahami erti perjuangan berbanding kami.  Dan kami walau setelah kehilangan Abang Yee tentu tetap juga akan menyokong mereka.  Dan aku sendiri demi janjiku pada Abang Yee, tentu akan mencuba sedaya mungkin untuk tidak membiarkan famili ini berantakan.
Papa Dior menjadi sedingin salju kerana sikap sisters yang bergaduh sesame sendiri.  Papa Raihan menjadi sekeras batu, tiada lagi gelak ketawa bersama, tiada gurau senda, dan tidak lagi aku berani bersms denganya.  Semuanya kerana sisters yang leka dengan arahannya.  Kini timbul pula karektor Papa Roy, yang menurut Tok Ayip dan kemudiannya diakui oleh dirinya sendiri bahawa dia adalah Raja Bunian yang sebenarnya.  Kekeliruan yang sentiasa melingkari siapa sebenarnya Raja Bunian tetap misteri, kerana mereka sentiasa cuba mengelirukan kami, agar kami tidak mengetahui siapa sebenarnya karektor-karektor yang bersama kami.  Apa yang menjadi kelainan hanyalah bahasa, gaya bahasa dan suara, semuanya tidak sama.   Acap kali benar seorang lepas seorang mengaku mereka adalah Tok Anjang.  Setiap kali itu kami menerima tanpa pernah menyoal.  Dan sekali sekala aku teringat kata-kata Asakir,
“Entah-entah semua itu orang yang sama!  Satu figure! Satu karekter!”
Buat masa ini aku bersyukur yang amat sangat, uban di kepala Papa Roy tidak bertambah putih.  Maknanya mungkin sumpah Papa Puma, Papa Zaidi dan Papa Dino itu diterima.  Atau mungkin permintaan Papa Alang telah ditunaikan.  Namun rambut yang bertambah putih itu tidak juga menjadi hitam kembali.  Dan yang  nyata, cerita-cerita pemergiannya itu tidak terpadam.  Tok Ayip masih mengingatkan kami.  Papa Roy juga memberitahu secara tidak langsung melalui lagu-lagu yang didendangkan.  Dan suara Papa Roy semasa menyanyi itu semaki hari bertambah garau dan semakin menjadi-jadi rockersnya.  Semasa sisters dan brothers sibuk berbual sesama mereka, aku menyendiri membelakangkan Papa Roy, cuba memahami lirik lagu Papa Roy dan setiap kali itu jua air mata menitis. Ironinya setiap kali air mata keluar aku cuba berlagak seolah ia keluar kerana aku selsema atau mengantuk yang amat.  Aku teringat bahawa aku pernah menghantar sms pada Papa Mc Kenzie, menceritakan kepedihan hati apabila menyayangi seseorang tetapi tidak dapat diluahkan.  Merasa pahit ditinggalkan.

And now, the end is here
And so I face the final curtain
My friend, I'll say it clear
I'll state my case, of which I'm certain
I've lived a life that's full
I traveled each and ev'ry highway
And more, much more than this, I did it my way

Regrets, I've had a few
But then again, too few to mention
I did what I had to do and saw it through without exemption
I planned each charted course, each careful step along the byway
And more, much more than this, I did it my way

Yes, there were times, I'm sure you knew
When I bit off more than I could chew
But through it all, when there was doubt
I ate it up and spit it out
I faced it all and I stood tall and did it my way

I've loved, I've laughed and cried
I've had my fill, my share of losing
And now, as tears subside, I find it all so amusing
To think I did all that
And may I say, not in a shy way,
"Oh, no, oh, no, not me, I did it my way"

For what is a man, what has he got?
If not himself, then he has naught
To say the things he truly feels and not the words of one who kneels
The record shows I took the blows and did it my way!

Tok Ayip entah mengapa sering keluar.  Berleter dan menghiburkan kami.  Namun dia masih juga menghentam aku.
“Aku harap kau give uplah nak berguru dengan aku.  Tak pasal-pasal sakit kepala otak aku piker pasal kau ni.  Aku nak cari yees mana yang suruh kau berguru dengan aku.  Aku bunuh nanti!”
Pucat mukaku seketika.  Aku merisaukan G.  Pada hal orang yang mula-mula menyuruh aku berguru adalah Papa Dior dan disokong oleh Papa Raihan.  Ku tahu Papa Dior itu Raine, satu dari lapan raja bunian, jadi aku tidak merisaukan mereka.  Tapi G sifuku itu cuma berpangkat kecil!  Tak pasal-pasal kena sebat lagi kerana aku!
“Saya takkan akan give up!  Saya setia menunggu!”  Kata ku.
Dia menjeling aku dan kemudian mengalih topik lain.  Tak apalah Tok Ayip walau cuba mengenepikan aku.  Namun aku tidak akan undur diri.  Kata Papa Raihan, orang yang berguru dengan Tok Ayip adalah orang yang paling bertuah.  Jadi mana mungkin aku mengalah begitu saja.  Dia juga sepatutnya tahu, ilmu penulisan yang telah diberi oleh G telah ku sedaya-upaya amalkan.  Dan ilmu mengarang pantun yang diberinya nanti tak akan ku sia-siakan. Apa salah memberi aku sedikit ilmu? 
Papa Roy berasal dari Baghdad, negara yang penuh dengan sejarah dan kemusnahan.  Dia kemudian membuka negara China, dan dari keturunannya lahir ahli pelayaran Islam terkenal Cina, Laksamana Cheng Ho.  Lelaki alim yang dikasi.  Dari negara China, dia membuka Vietnam ,Thailand dan Tanah Melayu dan entah di mana lagi.  Keturunannya di China adalah Zaidin, dari Vietnam adalah Suraya, dari Melaka adalah keturunan Sultan Melaka yang asal Amer, Asakir dari Thailand dan aku asalnya berbangsa Arab campur Siam?  Entah di mana rupa Arabku menghilang?  Papa Yee Manja adalah generasinya yang ke enam belas.  Generasi yang ke berapakah aku ini?  Papa Roy telah hidup di zaman manusia berkongsi satu dimensi dengan jin.  Dan bukanlah di alam bunian sekarang ini juga manusia dan jin masih lagi hidup bersama dan masih menjadi pengikut dan hamba manusia.  Istana yang dibina oleh Papa Yee Manja sekelip mata dibina oleh jin-jin.  Dan sekelip mata juga dengan arahan Yee Manja, istana yang selesa dan mewah itu dilenyapkan sehingga menyebabkan ramai anak murid Yee Manja yang datang bertandang, bergolek ke bawah bukit? 
Semalam aku menghantar sms pada Papa Raihan, Papa Dior dan Papa Mc Kenzie.  Lama tidak bersms membuat aku begitu rindu pula.  Entah kenapa penyakit sentimentalku menjadi-jadi semenjak mengandung ini.  Asyik menangis kerana rindukan papa-papaku.  Bukan aku tidak tahu mereka kesibukan.  Namun jahatnya aku masih juga menghants sms pada mereka.  Dan dalam kesibukan itu juga, mereka tetap membalas.  Bila ku tulis kali kedua, mereka tidak membalas lagi.  Dan aku sangat memahaminya.  Tugas di sana terlalu sibuk bagi orang-orang seperti Papa-papa Raine.  Kesibukan yang tidak dapat ku bayangkan.  Kalau tidak sifuku G tidak akan membujang sampai sekarang!  Bukan aku tidak tahu perangai brutal sifuku itu.  Dia pun rasanya dah banyak kali menipu aku.  Katanya semasa mula-mula berkenalan, umurnya baru 48 tahun.  Namun setahun selepas itu seorang Abang Yee memberitahu G sudah berkurun menulis.  Dan kenapa mereka membahasakan G sebagai papa?  Dan lama dahulu ketika dia menghantar sms menyuruhku berguru dengan Tok Ayip, aku bertanya umurnya.  Dia menjawab kurang lebih dua ribu tahun.  Cis!  Mati-mati aku ingat dia muda belia.  Rupa-rupa dia layak jadi moyangku yang ke seratus kali.  Nanti bila dia keluar aku takkan memanggilnya ‘abang’ lagi.  Aku akan memanggilnya ‘oyang’!  Biar padan muka dia!  Dia ingat aku tidak berdendam dengan dia kerana masukkan aku ke dalam dimensi jin dan kubur dulu?  Masih terbayang muka-muka jin dan rangka-rangka mayat itu dalam kepalaku!  Sampai sekarang aku tidak dapat melihat daging mentah.  Terbayang-bayang daging busuk manusia yang jatuh dari tulang ketika itu!  Nasib baik dia membawa aku ke Chini, berjumpa Yee Manja, terubat sedikit rasa dendam ku padanya.
Keinginan untuk ke sana semula secara nyata dan bukan secara mimpi tidak pernah hilang dari fikiran.  Namun Tok Ayip memberitahu,
“Kamu semua boleh masuk dalam.  Tapi aku takut, kalau masuk dalam kau nak keluar balik.  Rindu nak duduk luar pula.  Aku takut bila keluar nanti engko semua jadi gilo!  Jadi sabar-sabar la.  Orang dalam pun tengah tunggu kau orang.  Anak-anak kandung, anak tumpang, saudara mara pun tak sabar menunggu.  Aku pun suka kau masuk dalam.  Sebabnya satu saja!  Aku nak tunjuk kau nenek kau orang.  Lawa nenek kau orang.  Setakat muka kau orang semua ni, memang tak layak!   Kalah Miss Universe, tau tak?”
Tok Ayip selalu memuji kecantikan dan kelembutan isterinya.  Dia berkahwin setelah tua bangka.  Setelah beberapa kali dipaksa oleh Raine!   Kalau tak silap dia memberitahu dia bermimpi berjumpa dengan seorang gadis yang amat jelita.  Bangun tidur, dia mencari gadis itu berdasarkan tempat mereka berjumpa di dalam mimpi.  Dan memang benar, di situ dia terus jatuh cinta pandang pertama dan tak sabar-sabar hendak berkawin. 
Kata Tok Ayip kelas G13 pula bukan sebarangan. Kelas berada di tengah-tengah gurun padang pasir kerana terlalu amat ‘bahaya’ dan merosakkan fikiran.  Dalam kelas itu ada hologram perempuan dan lelaki berasrama.  Bahkan di situ juga mereka mempelajari bagaimana mengubat penyakit-penyakit sakit tuan dan sakit puan.  Kelas G itu pun semacam itukah?
“Setakat muka kau Dak Ros, setaraf dengan tumit kaki nenek aja tau tak?”
Famili mentertawakan aku.  Ini sudah kira menghina!
“jahatnya mulut!”  Aku membalas.
“Tapi nenek kau ni satu je lah… tak sedap masak!  Tapi layanan dia kelas satu!  Dia mandikan aku, lapkan aku, suapkan aku.  Kalau aku butang baju sendiri, menangis-nangis dia.  Dia buka butang dan dia butangkan sekali lagi.  Sebab apa?  Sebab dia nak kejar pahala!”
Kami terdiam.  Jauh benar terasa jarak isteri bunian  dengan kami!
“Bukan dia tak pandai masak… tapi aku ni tak ado selera.  Sebab kerap benar aku makan masakan Papa Roy.  Dah tak berapa lalu makan masakan lain.  Papa Roy kamu tu kalau masak, memang berebut-rebut orang  nak makan.  Chef terhandal seluruh universe!”
Papa Roy… kata semua Abang Yee adalah Raja Bunian yang sebenarnya.  Yang sebelum ini ku katakan Raja Bunian adalah Raine, Mc Kenzie, Dior,.  Selepas ini, ada lagikah nama lain yang akan mengganti Papa Roy mengaku adalah Raja Bunian.  Rasanya sudah terlalu penat kepala otakku memikirkan mereka mengelirukan kami.  Dan pembaca yang membaca novel ini mungkin jadi gila selepas membacanya.  Kerana aku penulis yang diamanahkan oleh Abang Yee juga sudah terlalu hampir untuk menjadi gila.  Sudahlah asyik menangis rindukan orang-orang tua itu!  Bila pergi ke Subang Jaya asyik kena maki sebab aku pemalas, baran, selekeh dan gemuk!  Mereka ingat aku ni tak ada perasaan ke?  Ciss!  Ah!  Tapi sebab memang apa yang dikata adalah betul, aku tak terkata apa juga. 
Isteri Papa Roy  yang terakhir adalah berbangsa Jepun, yang dikahwininya semasa beliau di Osaka.  Namun malangnya isterinya meninggal semasa Perang Dunia Kedua.  Sejak itu dia tidak lagi berkahwin lain.  Resipi mandiannya berjumlah 33, 333.  Resipi masakan berjumlah 33, 333.  Setiap jenis sayur, ikan, daging mempunyai 33, 333 resipi.  Dia hafaz Al Quran.  Dia rockers.  Dalam satu malam dia boleh khatam Al-Quran sebanyak 33 kali…err, satu hari di alam bunia adalah bersamaan dengan 72 jam waktu bumi.  Malunya nak mengaku aku ini keturunan Raja Bunian!  Namun benarlah iman itu tidak diwarisi mengikut keturunan.  Kata Papa Dior dulu, Suraya moyangnya di Vietnam berugama Buddha.  Aku ini pula moyangku kat ‘sana’ dihukum penjara kerana menggunakan sihir.  Ayah Maisarah juga dihukum penjara selama 300 tahun di ‘dalam’.  Sebab itulah dia tiba-tiba ghaib, tidak terjumpa batang tubuhnya di alam’ini dan tiada kuburnya pula.  Dia dihukum di ‘dalam’.  Kak Khalisa pula moyangnya adalah pembunuh!  Kami ini keturunan Papa Roy yang alim tetapi entah apa yang membuat cicit kepada cicit kepada cicit….. kepada cicitnya itu menjadi moyang kepada moyang …. Kepada moyang kami sebegitu teruk!
Aku sudah mendapat jawapan apakah itu tidur berilmu yang ditanya oleh Papa Mc Kenzie dan Papa Dior dulu.  Kata Tok Ayip tidur berilmu itu adalah tidur dengan mengadap kiblat, tidur dengan bersalawat ke atas Nabi dan tidur dengan muhasabah diri mengenang dosa-dosa dan keagungan Allah.    Tidur berilmu adalah tidur bermimpikan ‘masa depan’ .  Kata Tok Ayib dia mencuba untuk tidur berilmu seperti apa yang diberitahu papa Dior.  Dia bermimpi dia mengaji Al Quran dan hafaz Al Quran.  Rupanya benar, sebaik terjaga dia tidak semena menyambung ayat-ayat Al Quran yang dibaca oleh orang lain tanpa disedari.  Dia telah menjadi Hafiz!   Tidur berilmu seperti tidur Papa Puma, Papa Dino dan Papa Zaidi.  Semasa ditidurkan di dalam gel hampir setahun, mereka melihat masa depan.  Melihat diri mereka dan orang-orang lain dalam jangka masa dua tahun selepas itu.  Dan memang benar juga, setelah kembali ke alam nyata, semasa bermesyuarat, apabila diterangkan strategi perjuangan pejuang di ‘dalam’, mereka mengetahui dan memahaminya walau tidak pernah diberitahu sebelum itu.  Orang yang bagaimanakah sebenarnya yang akan mendapat keistimewaan sebegitu?  Yang nyata mereka bukan calang-calang orang.  Dan kami ini seperti jauh panggang dari api!
Teringat juga sekali sekala pada Papa Sulaiman.  Aku sudah dapat mengagak kenapa dia memberitahu dia telah banyak berjasa padaku.  Baru teringat seminggu dua ini iaitu semasa aku mengandungkan Ikhwanis, aku sering  bersms dengan seorang Abang Yee yang tidak ku ketahui bernama apa, meminta sokongan moral dan nasihat ketika aku kelam kabut mengandung, melahirkan anak dan menyiapkan Ph. D.  Papa Sulaimankah itu?  Diakah yang memanjakan aku ketika itu, mendengar keluhanku dan membalasnya dengan kata-kata ceria?  Kenapa aku seolah tanpa disedari melupakan kewujudan seorang Abang Yee?  Adakah jasa lain yang ditaburkan kepada ku tanpa ku ketahui?
Keyakinan bahawa Papa Roy tidak akan meninggalkan kami dalam masa terdekat ini tidak lama.  Apabila suatu malam, 31 Mei 2006 semasa aku, Suraya, Mun, Aisyah dan Maisarah berkunjung ke rumahnya kami dikejutkan dengan berita seorang Abang Yee bahawa sebenarnya malam itu, petang itu waktu dimensi sana menjelang Subuh, Papa Roy mengisytiharkan pada semua rakyat jelata bahawa dia bukan sahaja meninggalkan kami tetapi juga dimensi sana.  Dan kalau benar berlaku, dia akan hilang selama seribu tahun.  Kata Dr Rushdan dengan dalam keletihan,
“kerana kau orang, kami kehilangan ketua! Dia dah meluat tengok muka kau orang.”
“dia pun meluat juga kat orang dalamlah tu!”  Celah Suraya membuat kami ketawa.
“sejak aku kenal kau orang ni aku tak pernah tidur.  Dalam masa lima tahun aku tidur cuma 13 minit.  Sebelum itu aku tidur lima belas minit dalam jangkamasa lima tahun.  Anak aku tiga orang. Yang bongsu dah berumur sepuluh tahun.  Kali terakhir aku tengok dia semasa dia lahir.  Rupaya aku tahulah macamana… tapi lepas ni macamana aku nak berhubungan dengan anak aku?  Isteri aku tak pernah merungut.”
Kami membiarkan sahaja dia bercakap.  Dia terlentang di kerusi.  Bercakap begitu perlahan dengan mata separuh tertutup.  Kelihatan dia dalam keadaan mamun.
“Ini hari terakhir aku dengan kau orang.  Lepas ni kalau demam denggi ke demam apa ke, nak mampus ke, pergi jumpa doktor, tak payah sms medical team lagi.  Aku dah muak.  Air kencing kotor.  Buah pinggang.  Sakit jantung.  Semua kerana tak jaga makan.  Kami pantau memantau kau orang dari segenap segi.  Pernafasan, periksa paru-paru, darah, najis…”
Aku mendengar dengan teliti.  Rupanya begitu berat tugasnya.  Patutlah keadaan dia ketika itu macam khayal.  Seperti orang mabuk candu! Kesian pula aku melihatnya.
“Anak-anak kau orang, kau orang aku jaga, adik beradik, mak bapak semua kami pantau.  Bukan nak mengungkit tetapi saja nak bagitau kerja kami selama lima tahun ini.  Lepas ni aku merdeka.  Tugas terakhir aku malam ini adalah lapah Kak Ilah… gantikan paru-paru dia dengan paru-paru kambing!”
Senyap sunyi walau dia cuba bergurau.  Dapat ku rasakan kesepian mencengkam diri dan suasana rumah itu.  Kenapa terasa begitu sunyi dan dingin?  Apa yang berlaku di dimensi sana di rumah itu?  Tempat Raine bermesyuarat.  Tempat bangsawan bertugas.  Tempat kabinet bersidang.
Tok Ayip juga keluar.  Juga dengan mata mengantuknya. 
“Senyap sunyi kat dalam tu.  Terkejut.  Mereka ingat dia nak tinggalkan kau orang saja.  Mana tahu, dia nak tinggalkan dalam juga?”
“Dia nak pergi mana?”  Tanya Suraya.
Tok Ayip mengangkat bahu. 
“Kami tengah bincang macamana nak buat ni….”
Masih ada sedikit harapan.
“Tapi dia akan pergi selepas beri ilmu memasak, ilmu mengaji Quran, bahasa Arab, kecantikan.  Masih ada masa lagi… tapi itu semua boleh guna magic… sekejap saja kau orang dah boleh master semua… all in one…  Penatnya aku ni.  Dah berapa bulan tak tidur.  Nenek kau pun tak sempat aku jumpa…”
“Kenapa Tok ayip, semua the yees tak tidur bertahun-tahun?  Banyak sangat kerja, atau tak cukup staf?  Medical team tadi pun tak tidur.”  Tanyaku bodoh.
“Ah!  Biasalah.  Dulu angkat tangan nak jadi pejuang.  Tak dapat berperang, kami bertugaslah kat mana-mana yang diarahkan!”
“So bukan semua la orang bunian yang kerja teruk dan tak jumpa anak isteri?” Aku bertanya lagi.
Tok Ayip diam.  Memang tak guna betul.  Dia malas melayan aku.
“nanti kau orang masuk dalam jumpa aku, nenek kau orang.  Nak berguru dengan aku pun kau masuk dalam!”  Dia menjeling aku. 

Hah!!  Dia telah memberi lampu hijau!!  Sekurang-kurangnya aku tahu hatinya telah cair.  Bagus juga kalau dapat masuk dalam berguru dengan Tok Ayip.  Aku memasang angan.  Sesenang itukah untuk masuk dalam?
Papa Roy keluar.  Bermain keyboard, sambil menyaynyi lagu my way, to love somebody, wonderful tonight, first of May, wind of change dan beberapa lagu Melayu.  Aku menghayati liriknya sedapat  mungkin dan nyata ada mesej yang disampaikan.  Sekali sekala dia mengulang lagu itu tanpa muzik dan memandang sambil tersenyum ke dimensi, ke arah orang ‘dalam’, yang tidak kami ketahui.  Hampir setengah jam dia berhenti dan duduk memandang kami dengan tersenyum.  Sedap suaranya dan bertenaga vokalnya.  Antara penyanyi asal dan Papa Roy, suara Papa lebih bergaya, lebih macho.  Jauh panggang dari api.  Namun apa yang hendak dihairankan?  Semua lagu yang dinyanyikannya atau lagu Abang-abang Yee yang lain dicipta oleh papa Roy sendiri!  Ada lagu yang diilhamkan kepada manusia secara sengaja, dan ada lagu yang dipopularkan oleh bunian yang bertugas di luar, malah ada lagu yang dijual oleh Abang Yee kepada komposer Barat.  Dan Abang Yee yang ku maksudkan bukanlah Abang Yee berkumis, berjambang dan kurus kering itu.  Entah berapa ramai orang dalam yang berada di luar memakai ‘pakaian’ orang biasa tidak kami ketahui.  Dan di Malaysia ini walau jumlah tidak diketahui terdapat juga orang ‘dalam’ yang memakai tubuh lain. 
“setiap yang hidup akan mati, setiap yang bermula pasti ada akhirnya.  Mana kau nak, aku tinggalkan semua atau aku pergi tapi aku pergi setelah aku ajar kau orang dengan cukup lengkap.  Pandai memasak jadi chef tersohor dunia, pandai baca Quran dan faham isi kandungan, tahu bahasa Arab, jadi cantik, boleh keluar masuk dalam dan luar sesuka hati.  Dapat jumpa semua orang yang nak kau jumpa.  Rosya, kau bolehlah kejar Tok Ayip kau tu.  Aku tahu bila dia akan mengalah dengan kau…”
Aku tersenyum.  Orang pertama yang ingin ku jumpa adalah Tok Anjang!  Kemudian Papa-papa Raine! Roy, Mc Kenzie, Dior, Dino, Puma, Zaidi dan Tok Wira.  Setelah itu sifu G, kemudian Tok Ayip dan barulah Nor Ikhwan dan nenek moyangku yang masih hidup di alam sana.  Aku ingin berjumpa semua Abang-abang Yee yang pernah berhubungan denganku, meminta maaf pada Al Bokhari dan pada adik-adik Yee.  Ramainya manusia yang ingin ku jumpa dan ku ucapkan terima kasih.  Aku ingin mengucup dan memeluk erat Nor Ikhwan anak kandungku… anak yang terpisah dimensi… Bagaimanakah rupa dan bentuk badannya?  Dia nakal seperti Ikhwaniskah?  Dia pendiam seperti Hafiz?  Atau dia lincah dan ceria seperti Haziq?
Dari segi logiknya memang benar kata Papa Roy.  Kehilangannya diganti dengan berbagai ilmu, akan didownload dengan berbagai kepakaran.  Kami boleh keluar masuk ke dimensi sana sesuka hati kami.  Tinggal di sana setakat mana yang kami mahu.  Namun masuk ke dalam dimensi sana, boleh kah terubat hati kerana  kami tidak dapat bertemu denga Papa Roy kami?
“Masuklah dalam!  Ramai orang tunggu kau orang kat dalam.  Mengarut je kalau orang kata makan mi kat sana sebenarnmya makan cacing!” Dia mencebik bibir. 
“Dia ingat bunian ni apa?”
Diam. 
“stand by, Dr Rashdan, last ****** Ilah, medical team ****** six month. *****”
Bahasa Arab yang ditutur bercampur dengan bahasa Inggeris.
Diam.  Sunyi.  Sepi.
Regrets, I've had a few, But then again, too few to mention, I did what I had to do and saw it through without exemption, I planned each charted course, each careful step along the byway, And more, much more than this, I did it my way….”
Tiada orang bersuara.  Mungkin tidak juga manusia di ‘dalam’.  Dia tersenyum meminta pengertian.  Aku memahami.  ‘my way’ lagu yang sering dinyanyikan semenjak dua minggu lepas.  Keputusannya mungkin sudah muktamad.
“Bastini!  Assalamualaikum!”
Dia bercakap dengan nada tegas, bercampur antara bahasa Arab kuno atau bahasa bunian dan bahasa Inggeris.  ‘Bastini’ yang sempat ku kutip bermaksud selamat tinggal.
“Kau orang rasa best ke masuk sana tapi tak dapat jumpa dia?”  Dr Rashdan lagi.
you will fall in love with him kalau masuk dalam jumpa dia.  Baik lelaki mahupun perempuan.  Atas takhta, dia begitu merendah diri, berbahasa sopan, disayangi oleh semua rakyat jelata.  Isteri-isterinya ramai tapi tidak pernah terlintaskan jantan lain walau bertahun-tahun ditinggalkan!  Itulah dia Raja kami yang sebenarnya.  We all love him.  Very very much!”
Tiada siapa ingin membalas.  Tiada daya aku ingin bertanya apa-apa lagi.  Keputusan Papa Roy memang munasabah.  Jika dia merasakan dia perlu meninggalkan kami, aku merasakan dia berhak untuk berbuat demikian.  Dia tentu lebih mengetahui apa yang ingin dibuatnya.  Mungkin ada tugas yang perlu dibereskan tanpa pengetahuan sesiapa.  Bahagiakah dia bersama kami?  Kenapa kami ingin memaksa jika dia merasakan kami tidak layak bersama atau berjumpanya di alam ‘sana’?    Banyak ilmu, banyak kesukaran yang ditempuhinya walau sebenaranya dia sepatutunya tidak menanggung semua itu. Dan aku tahu juga ‘my way’ yang sering dIulang-ulang itu telah dipraktikkannya sekian lama.  Lagipun dia pergi setelah dia memberi kami janji, menjadikan kami isteri yang solehah, menjadikan suami kami suami mithali.  Dan yang penting juga kami boleh menuntut ilmu di dalam sesuka hati kami. 
Namun segalanya cuma kekuatan yang ku cari buat sementara waktu.  Aku sebenarnya tidak ingin kehilangan Papa Roy.  Aku ingin berjumpa dan bermanja dengannya seperti mana dia memanjakan kami di rumah Subang Jaya.  Dan memang benar manusia ini makhluk yang tamak.  Ingin mencapai semua keinginan. Kami tidak seperti Papa Roy yang sanggup berkorban apa sahaja. 
Wahai Tuhan!  Aku ingin sekali memahami diriku!  Aku masih ingat ketika bersama Suraya dan Kak Moly, aku memeluk Papa Roy dari belakang semasa dia tidur di katil.  Dia memarahiku sambil bergurau,
“Aku ni bukan nak rasa tetek kau kat belakang aku ni!  Aku nak suruh kau orang picit aku!”
Ah!  Yang paling banyak disuruh mengurut adalah Suraya.  Semasa itu Suraya sedang memakai tudung, aku pula melihat Papa Roy, tak segan-segan pula memeluknya.  Dan aku masih ingat juga semasa aku tidur di rumah itu, Papa Roy berjengket-jengket di dalam gelap mencari lighter menggunakan cahaya telefon bimbitnya.  Dia berjalan macam pencuri tidak mahu mengganggu aku yang disangkanya telah tidur nyenyak.  Dia tidak tahu aku memang susah nak lelapkan mata di rumah orang.  Dia datang ke sebelahku lantas mencium ubun-ubunku.  Aku tidak bergerak juga.  Entah pukul berapa ‘dia’ tidur tidak ku ketahui.  Bila aku bangun pagi, dia masih tidur dan aku masuk ke bilik lain menyambung tidur ku semula. 
Kenapa walau mengetahui dia menyayangi aku seperti mana famili yang lain aku masih juga merasa kekok ketika di hadapan semua.  Kenapa aku cemburukan kasih sayang Papa Roy pada sisters yang lain?  Dan kenapa juga aku masih merindui papa Mc Kenzie, Papa Raihan dan Papa Dior?  Aku dengkikan kasih Papa Roy pada sister yang lainkah?  Adakah perangai aku sebegitu buruk?  Adakah aku selama ini tidak menyedari kehodohan dan kekurangan diri sendiri?  Papa Roy itu nenek moyangku.  Papa Mc Kenzie, Papa Dior dan Papa Raihan juga mungkin saudara terdekatnya seperti mana Papa Puma,  Papa Zaidi dan Papa Dino yang merupakan anak kandung Papa Roy. Sukarnya untuk memahami kenapa aku merindui tiga orang Raine itu dan kenapa aku tidak dapat bermanja dengan Papa Roy seperti mana aku pernah bermanja dengannya sebelum aku mengetahui dia adalah Raja Bunian!  Papa Yee Manja yang nakal dan comel itu ke mana menghilang?  Aku merindukan maki hamun orang tua itu….  Bila dia akan kembali?  Bila G ku akan kembali?
It's late in the evening; she's wondering what clothes to wear.
She puts on her make-up and brushes her long blonde hair.
And then she asks me, "Do I look all right?"
And I say, "Yes, you look wonderful tonight."
We go to a party and everyone turns to see
This beautiful lady that's walking around with me.
And then she asks me, "Do you feel all right?"
And I say, "Yes, I feel wonderful tonight."
I feel wonderful because I see
The love light in your eyes.
And the wonder of it all
Is that you just don't realize how much I love you.
It's time to go home now and I've got an aching head,
So I give her the car keys and she helps me to bed.
And then I tell her, as I turn out the light,
I say, "My darling, you were wonderful tonight.
Oh my darling, you were wonderful tonight."

Lagu yang menjadi kegemaran Papa Roy.  Menjadi hiburan kami satu famili.  Kami begitu mengkagumi suaranya.  Lebih dari itu kami cuba mencari makna di sebalik setiap baris liriknya, namun tiada ku jumpa juga.
Kata Papa Dino pada suatu malam,
“Aku tidak layak nak jadi raja.  Aku tegas tapi kemudian mudah kasihankan orang.  Yang paling layak adalah Papa Zaidi tetapi dia pula akan suruh kau orang hidup miskin macam dia.  Tidur beralaskan tanah, berselimutkan tanah, makan cuma tiga biji kurma setiap hari, nanti dia suruh kau orang tengok matahari supaya takutkan panasnya neraka.  Papa Puma pula asyik suruh kau orang sabar, kena tipu pun kena sabar, kena maki pun sabar… Kalau Papa Mc Kenzie pulak, dia baran!  Macamana nak jadi Raja…”
Sayang sekali Papa Dino tidak memberitahu kenapa Papa Dior dan Papa Raihan juga tidak layak jadi Raja, jadi Tok Anjang…  Mungkin juga kerana mereka berdua terlalu baik.  Aku teringat dulu sewaktu bersms denga Papa Raihan, dia membalas,
“Papa cbuk sayang, sangat sibuk di dalam.”
Kemudian walau aku tidak lagi menghantar sms, tak sampai dua minit dia menulis lagi.
“byngkan suasana yang dingin sewaktu hujan turun menitik dari bumbung umah.  Bye anak comel papa.  Papa sibuk u.”
Kemudian lagi.
“awan kebiruan bercampur jingga.  Ada sepasang mata memerhati… bye sayang…”
Aku tersenyum.  Dalam kesibukan dia membalas juga.  Akhirnya aku membalas kerana simpati.  Dalam kesibukan dia tidak menghampakan permintaanku.
“PaRai. Kata sibuk tadi.  Kalau sibuk janganlah balas.  Sorry ya.  Bye.  Luv u and TQ!”
Mungkin kerana sikap baiknya dia tidak layak jadi Raja!  Ah!  Tapi Papa Mc Kenzie pun tidak juga memarahiku walau aku mengacaunya sekali sekala.  Walau kata Abang Yee dia garang, tetapi tidak juga pernah dia memarahi aku.  Pa Mc Kenzie tidak garang, dia macho.  Dehemnya, senyum sinisnya, pandangan matanya membuat aku kagum dan hormat. 

Dalam mencari ‘ilham’ atau sebenarnya dipandu atau didownload oleh bunian bagi menulis novel aku bertanya pada Tok Ayip, kali terakhir berjumpanya.  Katanya membuat aku tersenyum memahami,
“masa hujan menitis, perhatikan titisan hujan di bumbung melalui tingkap, perhatikan daun-daun pokok yang berkilau ditimpa hujan…”
Dia menjawab juga walau menyampah denganku.  Apalah nasibku!  Sifu G yang baik hati, yang melayan aku seperti adik itu tidak dapat keluar sesuka hati, kesibukan entah di mana ceruk dunia, sifu tua ini pula memang tidak berkenan dengan aku!
Namun sayang, kesibukan memaksa aku berhenti menulis sementara waktu ini.  Di tambah pula dengan alahan dan sakit-sakit badan akibat mengandung, aku sebenarnya lebih banyak baring dari duduk jika berada di rumah. 




No comments:

Post a Comment