catatan peribadi ryina ikhwan

Ikuti catatan peribadi ryina ikhwan di http://ryinaikhwanroslina.blogspot.com/

Saturday 14 May 2011

Bahagian 14... Gku, aku tidak keruan lagi

Aku terjaga setelah Asakir mengejutkan aku menangis teresak-esak di tengah malam buta.  Mimpi itu benar atau tidak, tidak ku pedulikan.  Asakir bertanya setelah aku bercerita.
“Sifu awak rupa macamana?  Handsome?” Tanyanya berbaur cemburu.  Aku terkelu.  Lambat, aku menjawab, 
“Semua rupa Mohamad Khairi…”
Aku menipu…  Itu adakah kali pertama aku membohongi Asakir? Air mata mula bertakung.  Perasaan bersalah, sedih dan bahagia yang sedikit itu cukup membuat aku mula merasa ketidakwarasan menguasai diri.  Apa bentuk cintaku pada sifuku?  Adakah aku sanggup curang pada seorang suami yang cukup baik dan penyabar hanya kerana ingin mengejar cinta yang kesudahannya adalah lara?  Jika cintaku berbalas, adakah aku tergamak melukakan hati anak-anak yang masih membutuhkan kasih sayangku?  Jika cintaku berbalas, kemana akan ku bawa kebahagiaan yang sedikit itu?  Alam kita berlainan… cinta kita terlarang.. terngiang-ngiang ucapan Ron pada Nadia.  Sanggup Ron bergadai nyawa demi cinta Nadia.  Cinta G pada ku pula, jika ada, sampai ke tahap mana?  Dan cinta Asakir padaku akan ku campak ke mana? 
Aku berbohong pada Asakir.  Aku melihat dengan jelas wajah-wajah bunian di dalam mimpiku… yang aku yakin yang amat itu bukan sekadar mimpi… aku melihat betapa kacak dan jelita wajah-wajah itu… G, setiap kali Ikhwan tidak memandangnya akan menjeling matanya kepadaku… sekali sekala dia tersenyum nakal… dia seperti menggoda aku, mengajak aku berinteraksi dengannya di alam itu… sedangkan aku ketika itu tidak dapat berbuat apa-apa… sekadar ketawa dan menangis melihat telatah papaku, Ikhwan.  Senyuman dan pandangan itu yang pernah ku rasai di Subang Jaya… sekali sekala bibirnya seperti ingin mengatakan sesuatu tetapi tidak ku dengari… wahai diriku yang sentiasa dimanjai suami… apa lagi yang ku cari?  Mungkinkah kerana terbiasa disayang, dibelai dan dimanja aku sudah mula tidak menghargai kebahagiaan yang ku kecapi?
Nadia, inikah yang kau rasai?  Derita apakah ini?  Kenapa aku menjadi begini ?  Aku tidak ingin menjadi lara seperti dirimu ketika itu…  wahai sifu, marahlah aku, bencilah aku… supaya aku  membencimu… jangan lagi mencariku, jangan sekali-kali hadir dalam ingatanku… aku ingin, terlalu ingin melupakanmu… agar dapat aku terus berbahagia, dimanja dan dibelai suami yang tidak mungkin dapat ku cari ganti lagi…
Walau tekad dan nekad terus berputar di fikiran ku… aku tidak mungkin jua menghalau pandangan mata dan bisikan sifuku.. lelaki yang tidak pernah ku ketahui apa niat dan apa tujuannya hadir membawaku lagi ke alam mimpi, untuk apa?
Cinta Asakir dan godaan sifuku menghantui… ada gelora ku rasai dijiwa… ada badai menghempas sanubariku… antara kasihku pada suamiku dan sayangku pada sifuku, yang manakah sebenarnya lebih membuatkan aku bahagia?  Dan sifu andai mimpi ini sekadar mimpi… di manakah dirimu… aku terlalu rindu… 
Aku memeluk Asakir erat.
“Ke mana G hilang Pa?”
Asakir mengelus rambutku.
“Sudahlah… Mungkin tugas dia dah selesai.  Mami sudah boleh tulis sendiri tanpa bantuan dia… “
“Entah hidup entah mati… Entah dah kena pancung sebab Mami….”
“Sudahlah… Jangan sedih sangat… nanti papa rasa mami lebih sayang dia dari papa…”
“Sorry….”
Tiada jawapan dan aku tidak berani lagi bersuara.
Gku, lelaki yang telah membuat aku meragui kesetiaan ku pada suami sendiri… wajahnya sama seperti yang kulihat sewaktu aku dibawa ke alam bunian sedikit waktu dahulu sewaktu aku dipertemukan dengan papa kesayangan ku Ikhwan.
Wajah Gku.  Berpakaian pahlawan.  Topeng besi di mukanya diletakkan ke bahagian belakang kepala.  Berambut merah sehingga ke pinggang.  Dipintal rambut itu ke belakang.  Nampak kemas dan bercahaya.  Berbadan tegap. Berjalan seperti menghentak kaki, jejari kasarnya sesekali memicit hidungnya yang mancung.  Dan mata biru itu sesekali memberi pandangan tajam dan sesekali juga memandangku dengan kelembutan.
Ikhwan… papa kesayangan ku, papa yang paling penyayang.  Berwajah lembut, berserban, berjanggut dan sesekali ketawa berdekah-dekah.  Dia memandang dengan tepat ke mata anak-anak buahnya, Intan, Jeram dan G13.  Ekspresi muka bertukar dengan cepat dan amat aku kagumi.  Bagaimana seorang lelaki yang ramah bertukar-tukar menjadi perengus dan kembali ceria semula. 
Ketua kepada G13, Alang.  Berambut hitam separas bahu, bermata coklat, berbibir nipis dan sedikit kemerahan.  Kening matanya tebal, berhidung mancung dan bermuka garang.  Badannya besar dan gagah.  Dia ketawa sambil mencekak pinggang dan sekali sekala menghantar frekuensi kepada seseorang.
Dr Malik, berbadan kurus dan paling rendah di antara 3 orang G13.  Dia berjalan dengan selamba dan lebih banyak ketawa dari yang lain.  Berkulit hitam tetapi wajah kacaknya jelas kelihatan.  Dia memakai gelang perak di lengan kanan dan sebentuk cincin yang mempunyai 7 warna pelangi.  Cincin itu ku lihat sewaktu dia meletakkan lengannya ke bahu G.  Sesekali dia berbisik menceritakan sesuatu tetapi sebelum habis memberitahu dia ketawa terlebih dahulu menyebabkan G dan Alang terpinga-pinga dan memandang dengan geram.  Dia Dr Malik yang pernah datang ke Subang Jaya dan menyebabkan aku terpaksa menelan jus rumput yang Asakir buatkan khusus untukku bagi mencegah penyakit kencing manis.








No comments:

Post a Comment