catatan peribadi ryina ikhwan

Ikuti catatan peribadi ryina ikhwan di http://ryinaikhwanroslina.blogspot.com/

Monday 7 November 2011

Bahagian 28: Jelmaan Bunian


7 April kuliah terakhir pada semester kedua 2006/2007, aku mengarahkan pelajar ke makmal bahasa kerana hari itu aku tidak sihat dan mahu pelajar menonton video drama Jepun sahaja.  Hujan lebat menyebabkan aku merasa tidak enak.  Di luar gelap gelita.  Ada tiga ekor rama-rama berwarna kuning keemasan  berligar di dalam makmal.  Aku cuma memandang kepelikan.  Macamana rama-rama boleh memasuki makmal yang sering tertutup dan sentiasa berhawa dingin itu.  Aku entah kenapa tidak dapat melarikan pandangan mata dari rama-rama yang berterbangan di belakang.  Pelajar khusyuk menonton dan sekali sekala ketawa mengekek melihat palakon drama Eguchi Yusukei membawa watak seorang lelaki yang tidak mudah putus asa tetapi agak perengus dan cepat melatah.  Aku memandang raut wajah pelajar seorang demi seorang dan hati berdegup kencang.  Baru aku sedari seorang pelajar yang tidak ku kenali juga tersenyum menonton.  Berkulit putih bersih, berhidung mancung dan bertudung litup.  Dari atas ke bawah berpakaian putih bersih.  Tatkala menyedari aku sedang memerhatikannya, dia mengalihkan pandangan mata dan memandangku.  Dia tersenyum lantas mengangguk.  Hanya sekilas.  Dan akhirnya dia meneruskan menonton drama seperti tiada apa yang berlaku.  Beraninya dia!  Memasuki kelas ku tanpa meminta kebenaran.  Aku memandang pelajar di sebelahnya, Syakirah. 
“Syakirah san !  Chotto kite!”[1]
Syakirah datang dengan kehairanan memandangku yang masam muka.
“tonarino hitowa dare?  Tomodachinano? Nande tomodachiwo sasottakotowo oshiete kurenaino?[2]
Syakirah pucat.  Dia memandang ke belakang, sebelah tempat duduknya.  Seketika kemudian dia memandang aku dengan takut-takut.
“atashino tonarini daremo inai yo![3]
Aku tidak bergerak buat seketika namun mata masih memandang gadis remaja itu.  Hantu atau bunian?  Senyumnya dan raut wajahnya amat memikat hati.  Syakirah masih terpaku memandang aku kemudian memandang ke arah meja di sebelah mejanya.  Syakirah tidak berani balik ke kerusi.  Pelajar-pelajar lain pula memandang aku dan Syakirah kebingungan.  Bisik-bisik menjadi riuh rendah.  Semua mata memandang ke meja gadis itu.  Aku dengan berat kaki berjalan ke arah gadis itu.  Hantu atau bunian atau jin?
“Assalamualaikum dik…”  Kataku lembut walau suara bagai tidak ingin terkeluar.
“Walaikumsalam adinda…”  Dia mengalih perhatian padaku dengan bibir yang masih tersenyum manis.
“Nama apa kakak?”  Aku bertanya.  Dia membiasakan aku ‘adinda’ maknanya dia lebih berusia dariku.  Tetapi kenapa dia kelihatan seperti budak belasan tahun?  Sedang aku semakin hampir kepada makhluk itu pelajar yang berdekatan kelam kabut mula menjauhkan diri  diiringi suara ketakutan.
“sensei, bercakap dengan siapa?”
Aku tidak menghiraukan ketakutan pelajar. Pembantu makmal pula entah ke mana menghilang.  Sejak aku memasuki makmal itu tidak nampak batang hidungnya. Asyik curi tulang saja!
“Nama kanda Halimatun.  Kanda datang melawat adinda Rosya.  Kanda, intan yang menjaga mandian  adinda Rosya setiap kali Adinda Rosya mandi herba.”
Aku lupa untuk tersenyum atau mengucapkan terima kasih.  Hanya memandang dengan perasaan yang sukar digambarkan dan berbagai persoalan.  Kenapa dia menunjukkan dirinya?  Ah!  Cantik dan manisnya wajah.  Lebih cantik dari Nadia yang pernah ku temui itu.
“Itu bonda Intan Khursiah, Siti Sarah dan Aisyah.  Bonda semua mengirim salam.”
Aku memandang ke arah yang ditunjukkan.  Tiga ekor rama-rama masih di situ berterbangan seperti sengaja membuat bulatan.
“Sudah hampir benar adinda akan memasuki dunia kami.”
Aku memandang ke arah Halimatun.  Namun hanya suara kedengaran.  Tubuhnya telah tiada.  Aku berpaling ke arah rama-rama semula.  Namun mereka juga menghilang.  Aku terduduk di kerusi tempat di mana Halimatun duduk.  Otakku tidak mampu berfikir.  Makmal yang senyap sunyi kembali bising dengan riuh rendah pelajar.
“Sensei[4] bercakap dengan siapa?”
Aku memandang.  Tentunya mukaku masih pucat.  Hingar bingar kedengaran dek gelagat para pelajar. 
“Hantu!  Sensei bercakap dengan hantu!”
“Sensei boleh nampak hantu!  Memang kat sini keras sikit!  Hari tu ada kerani jumpa rambut panjang segumpal kat makmal atas tu.”
Aku  tersenyum.
“bukan hantulah!  Apalah awak ni…”  kataku cuba berlagak selamba walau degupan jantung masih kencang.
“Habis tu siapa sensei?”  Tanya Syakirah.
“Mana saya tahu….”
“Bunian ya sensei?  Hari tu sensei tulis cerita pasal bunian kan?  Tu real ke sensei?”
“Kepala hotak awak kalau real…”
“Alah.. Mana ada orang boleh buat cerita macam tu kalau tak real sensei.  Tak ada orang caya… Sensei memang keturunan bunian ya?”
“Sudah!  Malas nak layan awak semua ni… Kalau saya cucu cicit bunian saya tak duduk sini, saya masuk dalam dunia bunian… tak payah nak fikir pasal ISO, pasal research, publication, promotion, curriculum, mengajar awak semua ni yang berapa kali ajar pun tak masuk kepala otak… Sudah!  Duduk kat tempat masing-masing, sambil tengok drama, tangan tu mencatat kotoba[5] bahasa Jepun yang awak tak tahu… bukan sengih-sengih je…“
Aku memerhati muka pelajar yang masih tidak berpuas hati dengan penjelasanku.
“Bunian-bunian ni tak masuk exam, saya tak tanya pasal bunian dalam exam… tak risau ke carry marks awak tu rendah sangat?  Saya pula yang risau, awak buat selamba je ya.  Datang kelas lambat, dalam kelas mengantuk, tak bertanya apa…”
Aku memandang seorang dua pelajar yang memang agak ketinggalan di dalam pelajaran.  Sakit hatiku!  Datang lambat, bila disoal tidak dapat menjawab, ponteng, tidak bertanya dan senyap sunyi sepanjang kuliah.  Apa daya ingin membantu jika dia sendiri tidak ingin membantu diri sendiri.  Ada pula yang selepas 8 minggu kuliah tidak mempunyai buku teks.  Aku berikan salinan buku padanya tetapi perangai semacam itu juga.  Ingin jadi apa wahai Melayuku?  Aku pun ada juga tuang kelas masa di Hiroshima dulu tapi aku otak geliga belajar sikit boleh masuk otak!  Kalau lembab bengap jangan nak ponteng kelas… Kalau memang kepala otak bijak aku tak kisah pun kalau sekali sekala ponteng kelas aku!
Semenjak mandi herba penglihatan ku terhadap gambar-gambar bunian semakin jelas.  Gambar-gambar yang diambil melalui telefon bimbit Asakir bila ku lihat semula membuat aku meremang bulu roma.  Semasa aku klik gambar-gambar tersebut yang disimpan di dalam fail komputer, aku tersandar pada kerusi melihat dengan agak ketakutan.  Ia memang gambar Abang Yee, hidung, mulut, rambut dan tubuh yang sama, tetapi kenapa raut wajahnya kelihatan tegang, begitu asing dan … Entah apa yang ingin ku gambarkan.  Lain.  Seolah-olah ia bukan lagi Abang Yee. Karektor mana yang berwajah seperti itu?  Keningnya timbul agak tinggi dari dahi, hidungnya lebih kecil dan pipinya seperti tersorok ke dalam.  Dan pandangan matanya begitu tajam.
Ah!  Sesekali melihat ketampanan wajah Papa Dior dan Yee Manja serta Alang memang mereka ku akui lelaki yang kacak.  Namun aku tak mungkin lupa, Papa Mc Kenzie suatu hari pernah menjawab soalanku tentang bunian.  Katanya.
“Kebanyakan orang bunian cantik dan kacak.  Tapi ada yang hodoh!  Yang hodoh amat hodoh…”
Dan satu ketika, selepas seorang Abang Yee keluar, dia memberitahu Abang Yee yang baru keluar sebelum itu dan bermain keyboard mempunyai badan separuh bersisik.  Pernah juga seorang memberitahu,
“Kalau jumpa aku kat dalam jangan lari pula, aku ada mata tiga… separuh badan ku lembek tak ada tulang…”
Dan Papa Dior pernah memberitahu kami,
“nanti jumpa aku kat dalam tahulah kau orang muka sebenar aku.. the very ugly creature…”
Ahh!  Entah benar entah tidak.  Setakat yang diketahui mereka sangat kacak.  Yang wanitanya amat cantik.  Dan kalau benar Papa Dior itu the very ugly creature, itu tidak menjadi kecanggungan kami.  Kami ini keturunannya.  Sebagaimana dia menyayangi kami, seperti itulah kami menyayanginya.  Dia ku sayangi.  Amat ku sayangi.  Dia ku anggap lebih dari seorang bapa.  Walau pun begitu sesekali masih juga terasa canggung akan renungan matanya tatkala menyoal maksud beberapa surah Al-Quran yang tidak dapat ku hafal dan ku ketahui maknanya. 
Sedalam  mana sayangku pada papa Mc Kenzie?  Jawapannya tetap sama.  Aku masih menyayangi dan merinduinya.  Sekali sekala aku masih lagi menangis kerana merindui Papa Mc Kenzie.  Bagiku Papa Dior dan Papa Mc Kenzie adalah orang yang sama, walau ku tahu benar mereka orang yang berlainan.  Hah!  Aku masih menyimpan sedikit harapan bahawa tekaanku sebelum ini bahawa Papa Dior dan Papa Mc Kenzie adalah orang yang sama itu menjadi kenyataan!  Aku ingin merasai kasih sayang Papa Mc Kenzie seperti mana aku merasai kasih sayang Papa Dior.  Aku ingin sekali mencium tangan Papa Mc Kenzie, ingin berada dalam pelukan Papa Mc Kenzie seperti pelukan seorang bapa, namun peluang itu sudah tertutup.  Dia telah menjadi begitu dingin.  Aneh memikirkan, walau Papa Mc Kenzie tidak pernah melebihkan aku dari sisters yang lain, malah dia lebih rapat dari sisters yang lain berbanding diri aku, kenapa aku begitu menyayangi dan merinduinya?  Pernah ku hantar sms padanya,
“Papa Mc Kenzie,  jangan selalu serius ya, nanti muka tak handsome!”
Tiada balasan.  Namun aku tidak kisah.  Yang penting sms ku sampai padanya.  Seminggu kemudian aku menghantas sms lagi.
“papa Mc Kenzie, papa tak marahkan kalau saya masih rindukan papa? Pelik ya Papa?  Padahal Papa tak pernah ambil peduli pasal saya, tapi kenapa saya masih rindukan papa?”
kali ini dia membalas,
“Kepala hotak kaulah!  Aku sayang kau lebih tapi tak tunjuk!”
Aku ketawa dalam tangisan.  Namun aku  membalas,
“Pedih ya pa, kalau kita sayang seseorang tapi tak boleh nak control…”
Tiada jawapan.  Dan aku tidak peduli juga. Nanti bila aku menangis kerana rindukannya akan aku mengganggunya lagi.  Biar padan muka dia!  Dia ingat senang aku nak lupakan dia?  Dia ingat sesenang itu aku akan menjauhkan diri darinya?
Papa Dior itu orang yang bagaimana?  Lelaki yang setia pada seorang isteri, lelaki yang tegas tetapi begitu penyayang.  Papa Dior, Abang Yee pertama dan terakhir yang mendodoikan aku tidur, yang memeluk aku ketika aku tidur bersama dengannya dan Maisarah sewaktu menjaganya yang sakit.  Saat itu aku aku pertama kali mengetahui bahawa walau aku jarang bersamanya, walau aku tidak rancak berbual dengannya, kasih sayangnya pada aku tetap sama dengan yang lain. Malah mungkin cuma aku yang mendapat peluang merasai kehangatan sayang Papa Dior sebagai seorang bapa dengan cara sebegitu. Sejak itu tiada lagi perasaan cemburu pada sisters.  Papa Dior, ketika tegas terlalu tegas… namun masih ada kasih sayang terpancar.  Masih ada belas kasihan pada kami.  Papa Dior, seorang Raja yang sanggup menyapu longkang yang tersumbat sehari suntuk di Subang Jaya, walau pun dia boleh menyuruh anak buahnya berbuat demikian.  Ketika itu dia mengalami kesakitan tulang belakang yang kuat.  Papa Dior yangs sering belayar di tujuh lautan, seorang diri, dilambung ombak dan kesakitan, namun masih juga berdiri gagah memberi kami kasih sayang melimpah ruah. Bagaimanakah agaknya kesakitan yang dilaluinya ketika belayar itu?  Pernah aku bertanya, dan dia  berkata, air laut tidak pernah tenang, serendah-rendah gelombang setinggi lima meter, tubuh dihayun gelora, muka tersopak, kaki tempang, tulang bahu terpusing…  Dan kadang-kadang dia belayar hampir setiap hari.  Paling kurang satu jam waktu di luar sedang waktu di sana lebih dari tiga jam.
Yee Manja, lelaki di dalam seratus juta.  Kerinduan padanya tidak memedihkan.  Apa yang ditinggalkan pada kami semua adalah kenangan manis.  Dia sudah tidak boleh keluar dan bersentuh dengan kami lagi.  Sesekali dan teramat jarang dia keluar, dia cuma memandang kami dengan senyuman nakalnya, tetapi matanya tidak dapat melihat kami.  Apa yang dilihatnya adalah kami yang tidak berupa paras seperti rupa yang asal.  Apa yang dilihat oleh matanya bukan kami, tetapi wajah-wajah intan.  Kerana itu dia tidak sabar-sabar mahukan kami masuk ke dalam.  Hanya dengan cara itru kerinduannya pada kami akan terlerai.






[1] datang sini sekejap!

[2] Siapa budak sebelah awak tu?  Kawan awak?  Kenapa tak bagitau awak ajak kawan?

[3] Tak ada sesiapa sebelah saya!

[4] Kata panggilan untuk guru
[5] perkataan

No comments:

Post a Comment