catatan peribadi ryina ikhwan

Ikuti catatan peribadi ryina ikhwan di http://ryinaikhwanroslina.blogspot.com/

Saturday, 7 May 2011

Bahagian 13 --- G, cinta terlarang

Syed Ikhwan memandang syiling istananya.  Matanya terkebil-kebil dan sekali-sekala dia tersenyum lucu.  Dia memang bosan betul kebelakangan ini kerana anak-anak angkatnya yang di panggil Gang of  Thirteens yang berjumlah 13 juta orang sudah berubah tingkah laku sejak mengerjakan Haji pada tahun lepas.  Dia saja yang belum lagi pergi Haji!  Nak marah pun tidak guna.  Orang nak jadi baik takkan nak dimarah? Semua dah berserban mengalahkan hantu kumkum!  Dari hujung rambut sampai hujung kaki berutup litup, tidak panaskah?  Tanya Syed Ikhwan pada dirinya sendiri.  Entah apa yang nak dibuatnya esok, lusa dan seterusnya.  Tiada lagi orang yang ingin bersekongkol dengannya ‘mengusik’ orang!
Dia masih ingat ketika suatu hari dia mengikat kulit paha anak-anak yang dipeliharanya dengan rambut.  Hampir botak rambut mereka dia kerjakan semata-mata nak mengikat mereka sampai tidak dapat bergerak-gerak.  Jika bergerak walau sedikit rambut tersebut akan masuk ke dalam  kulit, dan rasa pedih seperti ditusuk pisau cukur akan membuat mereka terlolong-lolong.  Dia membuat pekerjaan itu semasa mereka tidur.  Sebaik bangun mereka cuma dapat melihat bilik yang senyap sunyi.  Hendak diminta tolong, mulut pun turut diikat.  Yang mampu dibuat hanya bernafas dengan cermat dan menunggu sesiapa masuk ke bilik itu.
Ketika Syed Ikhwan masuk ke bilik, kelam kabut Syed Ikhwan.
“Siapa yang buat kerja ni?  Tak masuk akal!  Kalau aku jumpa memang aku rejam sampai mati!  Tak ada kepala otak ke buat cucu-cucu aku macam ni?  Alang!  Gaoz!  Malik!  Mari sini tembak pengkhianat tu.  Dia ada kat sini lagi ni!  Haba dia orang masih dapat aku rasa ni!”
Alang, Gaoz dan Malik ahli kumpulan G13 yang rapat dengannya terus menjelma di depan mata.  Mereka menembak menggunakan machine-gun lama tanpa henti menghala kepada cucu-cucu syed Ikhwan yang masih terikat.  Namun peluru tidak pernah kena walau beratus kali hampir mengenai tubuh mereka.  Aneh!  Dalam hujan peluru sesat, tubuh mereka tidak terkena, seolah-olah ia diprogramkan agar tidak mengenai mereka.  Lintasan peluru dengan tubuh mereka tidak sampai pun satu sentimeter!  Ketakutan yang amat sehingga mereka memejam mata dan mengalir air mata.  Tanpa sedar, mereka menggigil dan kulit terasa seperti ditoreh.
“Hoi!!! Aku suruh kau tembak orang lain, yang kau tembak dia orang apasal?  Dah berapa ratus tahun jadi tentera tak reti-reti nak tembak orang?”
Alang, Gaoz dan Malik cuma diam membatu diri.
“Kau panggil Dr Bazuki suruh dia ubatkan!”
Syed Ikhwan memerintah.
Dengan pancaran mata lasernya, rambut yang mengikat terlerai.  Ada titis-titis darah keluar dari setiap liang bulu roma sebaik sahaja ikatan terlerai.  Syed Ikhwan keluar sambil mengeleng kepala simpati.
“Macamana istana kita boleh diceroboh?  Jin-jin ke apa yang buat kerja gila ni.  Jangan kau lapor kat Ayahanda Mc Kenzie pulak, nanti dia runsing.  Dia tu baran! Tau tak?  Nanti habis seluruh istana dia mengamuk.  Ayahanda Roy kau tu kalau tahu benda-benda macam ni hilang terus macho dia!  Terus jadi mamak!  Ayahanda Dior kau tu lagilah! Dia bukan sekufu dengan aku! Nanti tak pasal-pasal tuduh aku!   Aku akan suruh tentera komando siasat!”  Pesannya kepada cucu yang memandangnya dengan pandangan mata yang tidak percaya tetapi mengharapkan simpati.
“Tadi kami nampak Ayahanda Sulaiman…”
“Hoi!  Sulaiman tu adik aku… takkan dia nak buat macam ni?  Orang tak bertamaddun saja boleh mendajalkan orang macam ni…”
Ikhwan mengeleng kepala.  Kenapa mereka menuduh Sulaiman? Sulaiman itu yang kadang-kadang menyelamatkan dirinya dari dihukum lebih teruk. 
Sebaik keluar Syed Ikhwan, Alang, Gaoz dan Malik terhingguk-hinguk ketawa.  Sampai keluar air mata.  Tadi mereka tahan untuk ketawa takut perbuatan mereka dihidu.  Alang menekan-nekan perut kerana merasa lucu yang amat.  Gaoz pula tersenyum-senyum dan sekali-sekala memandang Malik yang terguling di lantai.
“Papa dengar tak bunyi machine gun tadi?  Thrill betulkan?  Guna yang antik memang ada class… sound system bagus!  Bergema-gema!”
“Ha-ah!  Memang tak boleh lawan!    Papa tengok tak  muka dia orang tadi!  Kelakar betul kan?” Kata Malik pula.
Syed Ikhwan tersenyum-senyum.  Gelihati ada, kesian pun ada.  Gelihati melihat perangai anak-anak angkatnya panglima perang, simpati pada anak-anak yang lain yang menjadi mangsa!  Ah! Nasiblah!  Dia mengeleng kepala sambil tersenyum.
“muka macam tadi guna machine gun baru real, atau pistol, tak best kalau asyik guna pancaran laser atau frekuensi saja!”  Gaoz bersuara sambil bibirnya masih tersenyum memandang Syed Ikhwan. 
“Bagus juga ya buat kerja gila ni.  Asyik berperang dengan iblis dengan jin saja!  Nak release tension pun tak boleh!  Bos pun tak bagi cuti!  Asyik kerja je!”  Kata Alang.
“Memanglah!  Mc Kenzie dengan Dior tu bukan tahu apa!  Dia ingat kita macam dia ke, tak berhenti buat kerja!  Sekali sekala nak juga enjoy!  Aku saja yang jaga kamu elok, jaga makan minum kau!”
“Dok asyik selamatkan mangsa gempa bumi je sekarang ni!  Asyik tengok mayat dan operate orang… rasa macam nak tukar profesyen lain pulak, jadi petani ke..”  Kata Malik.
“Nasib baik boss ada!  Kalau tak, nak telan air liur pun  tak sempat!”  Kata Gaoz.
“Tau pun engkau!  Pandailah engkau nak bodek aku ni!  Engkau tu layan elok sikit Si Rosya tu, download je apa yang dia nak tulis dalam novel.  Download senyap-senyap!  Jangan sampai Papa Dior tau!  Aku tengok dia tu dah jadi biul nak cari cerita pasal bunian!  Tak pasal-pasal tulis cerita pasal Hang Tuah buat apa?  Dah tak ada modal la tu! ”
“Ya, bos!”
“Lagi satu, jangan kau nak menggatal dengan Si Rosya tu!  Aku bukan boleh caya kau ni!  Kalau tak pergi perang, khayal saja memanjang, cari idea nak bersajak dan tulis novel! Jangan kau lupa dia tu bini orang!”
“Tak Boss!  Budak Rosya tu bukan type saya!  Budak tu ada lemak je banyak!”
“Kepala hotak kau!  Jangan nak pandai-pandai hina novelis aku tu!  Tak sedar diri aku pungut engkau tu kat mana?  Jangan nak pandai-pandai kutuk cucu aku!  Dia tu seribu kali lebih baik dari kau tau tak?”
Gaoz menatap dinding istana.  Tersilap cakap pula!  Tidak pasal-pasal kena marah.  Cepat dia berkata menyejukkan hati Syed Ikhwan.
“Budak Rosya tu berisi tapi cute gak papa… kalau sms mesti kelakar punya.   Saya nak buat kerja pun tak senang!  Mesti nak balas.  Kadang-kadang saya block sms dia biar tak sampai terus, nanti tak pasal-pasal kena sebat kat Papa Dior sebab asyik melayan sms Si Rosya!”
“Kau urut sikit budak tu, buang ibu angin ke, ibu lemak ke!  Sayang aku kat dia walau kadang-kadang rasa nak maki!  Pemalas sangat!  Nasib baik dapat laki baik!  Laki pula memang lurus bendul!  Entah apa yang cute kat budak tu aku pun tak tahu!”
“beres bos!  Lepas ni kita nak kacau siapa pulak ?” Tanya Gaoz.
“kepala hotak kau! Cukup-cukuplah dulu.  Aku tengah cari idea ni!  Engkau dah makan ke?”
“Dah!”
“kalau tak makan lagi, aku masak!  Kau orang ni memang menyusahkan aku!  Kerja berperang je reti, yang lain semua nak kena aku buat, kemas katil, cuci rumah, masak sampai nak rehat pun aku tak ada masa!  Jaga kerbau 13 juta lagi baik dari bela kau orang ni tau tak?”
“Tak pa!  Bos bagi makan kat yang lain lah!  Kami makan dah tadi kat istana Ayahanda Roy!”
“Ah!  Sedap ke?”  Tanya Syed Ikhwan.  Air mukanya sudah berubah.
“Tak ada lah sedap sangat boss!”  Kata Alang.  Rasa bersalah menghantui.
“Protokol over la boss…  nak suap nasi pun serba salah.  Makan ketam pun guna sudu dengan garfu!  Tak tahan kita orang.  Last sekali kami makan kat dapor dengan jin… Kalau makan dengan Ayahanda Roy makan banyak pun tak kenyang!”
“Nak wat camner orang tak sayang aku!  Aku nilah yang jahat.  Yang buruk semua aku… Yang baik papa Dior kamu!  Papa Mc Kenzie.  Papa Roy.  Aku ni apalah ada… jahat, tua, tak sedar diri!  Kena voltan, kena ikat, jadi ikan.. entah kat mana salah aku!”
“betul bos!  Tak sedap, tapi kami makan jugak, nanti kena sebat!”
“Pandailah kau orang, bodek aku!  Nanti aku cakap kat Papa Roy!  Baru padan muka muka!”
Alamak!  Tiga orang terpinga-pinga, saling memandang.
“sedap juga Papa Roy masak tadi, tapi tak sesedap bos! Tak cukup perasa kot, maklumlah ayahanda Roy tu, macam terkena penyakit Parkinson, terketar-ketar, macamana nak masak?” Gaoz mewakili menjawab.
“Kau orang ni memanglah!  Aku sumpah baru tau!  Siapa ajar cakap bohong macam ni?”
“Kalau bohong sunat memang sah boslah yang ajar!”  Mereka bertiga ketawa gelihati.
“sudah!  Pergi buat keraja tu!  Aku nak q jap, jumpa budak-budak tu!  Menyusahkan aku je.  Dok asyik hantar frekuensi kat aku!  Macamlah aku tak ada kerja lain kena layan dia orang saja! Asyik nak berpeluk dengan aku je.  Dengan laki malas pulak berpeluk-peluk!  Minah sekor tu kalau lama aku tak keluar mulalah buat perangai s**** dia dengan laki!”
“Ok bos! Chow! Nanti kalau ada apa-apa macam tadi panggil kami ya!  Tengah perang pun kami terbang joint boss!”  Kata Alang.  Mereka bertiga kemudian berterbangan menuju kapal angkasa yang menunggu di angkasa.  Syed Ikhwan langsung tidak memandang.  Dia bergerak sepantas kilat ke salah satu pintu stargate yang menghala ke Subang Jaya.



Ramai orang beratur menunggu giliran untuk keluar ke Subang Jaya.  Syed Ikhwan pergi ke bahagian depan dan berkata kepada penjaga.
“Suruh dia orang berambus!  Tak layak lagi dia orang ni nak keluar!  Buat kerja sikit nak rehat!  Engkau pun berambus sekali!  Ikut suka hati aku aku nak balik bila!”
“Tapi Tok Anjang beri perintah..!”
“Tok Anjang tu moyang aku tahu tak?  Taulah aku nak wat apa!”
“Sekejap saja ya!  Nanti saya pula kena sebat!”  Penjaga memesan dengan serba salah.
“Pergi je lah!  Nanti aku hantar signal baru kau panggil yang lain ganti aku!”
Dia menutup pintu kapal angkasa dengan kasar.  Kemudian mengenalakan tali pinggang sambil tersenyum.  Dua minit kemudian dia tiba dengan selamat.

  “Alah! Comel anak-anak aku!  Mari sini peluk aku! Sayang kau orang!”
Setiap orang menunggu giliran dipeluk dan dicium Syed Ikhwan. 
“Rosya!  Ingat tu tulis nama aku dalam novel, setiap baris setiap ayat setiap mukasurat tulis nama aku je!  Delete nama orang lain.  Kau buat ralat! senang cerita! Setiap page ada ralat!”
“Suraya, mari sini salam dengan aku! Alah Mun lama tak jumpa kau!  Rindu aku tau tak?”
Suasana ceria kembali di rumah itu.
“kau semua buat semua kerja, tak penat ke?  Sekali sekala pergilah rehat kat spa ke!”
“Mana ada duit papa!  Tengah nazak ni!”
“Buat sendiri je spa tu, masuk dalam bath tub!”
“Nak bubuh apa dalam bath tub tu?”
“Hah!  Salin aku bagi resipi!  Ambil buku nota!”
Semua mengeluarkan kertas dan ballpen dari beg tangan.
“Tengok jantan-jantan semua, sisters memang proaktif.  Aku rasalah kalau dia orang yang buat kerja brothers dah lama dah kita kaya!  kalau tak cepat kaya pun, cepat bankrap!”
Brothers cuma tersenyum tetapi tidak mengendahkan sisters dan Syed Ikhwan.  Mereka tahu kalau ada Syed Ikhwan, sisters rela tidak makan minum, rela tidak hiraukan suami masing-masing, asal dapat duduk dekat Syed Ikhwan.  Kalau boleh nak dijilatnya Syed Ikhwan, macam aiskrim.  Sayang menggila pada Syed Ikhwan walau tidak tahu siapa sebenarnya Syed Ikhwan.  Lelaki yang dipenuhi kasih sayang melimpah ruah, lelaki penggoda, bijak, seksi, alim dan nakal…. Yang amat.
“Penuhkan bath-tub dengan air sampai separuh.”  Dia memandang Rosya.
“Salin tak?”
“bagilah sisters salin, nanti saya salin semula!”
“engkau ni memang pemalas Rosya…  samalah dengan sifu kau tu!”
“Key!  Ni ramuan dia… tujuh jambak bunga ros merah sekali dengan daun dan duri!”
“hah! Duri papa?” Tanya Kak Mun
“Jangan menyampuk masa sifu bercakap!  Nanti aku cakap kenapa! Kau tak nak ke kulit kau sehalus kulit bunian kat dalam tu?”
“Nak!  Kita nak!”  Kata Suraya.
“Asingkan daun, kelopak bunga.  Batang sekali dengan duri tu kau campak je dalam bath tub!”
“hah?  Betul ke papa? Nanti tercucuk kang?”  Kata Moly.
“Heh!  Malas aku nak mengajar kau orang ni! Banyak pula tanya!”
“Sorry, pa… sambung!  Diam la Moly!”  Kata Suraya marah.
“jangan gaduh!... lepas tu paku karat tujuh batang…”
Brothers dan sisters ketawa gelihati.  Namun tidak berani membantah lagi.
“Buah anggur 40 biji…Limau nipis tujuh biji… air sarsi 1.5 liter tu separuh botol!”
“Daun pandan 7 helai, daun kesum 7 helai, buah ceri 44 biji dan hampas santan satu biji.”
“Hampas santan buat apa?”
“sabarlah!  Engkau  sifu ke aku sifu?  Tunggu aku cakap habis dulu!”
Suraya terdiam. 
“Air sarsi tu kau masuk dalam bath tub!  Buah anggur, limau nipis, daun pandan, daun kesum, buah ceri, kau blend semua sekali masukkan dalam air.”
“Paku papa?”
“Paku tu engkau campak je dalam air!”
“Nanti terpijak macamana ?  Duri-duri tu?”  Moly bertanya lagi.
Rosya tergelak-gelak dari kejauhan.  Sesekali dia tersenyum sambil mengeleng kepala.  Hendak percaya atau tidak dia tidak pasti.  Kerana itulah dia tidak berminat untuk menulis nota.
“Pakailah kepala otak kau tu!  Janganlah campak merata!  Pandai-pandailah adjust!  Bungkus macam sup bunjut ke!  Ingat paku karat!  Chemical reaction tu, dia bertindak balas dengan ion-ion negatif dan positif dalam badan.  Ion-ion tu akan berselerak dalam badan kemudian akan kembali ke tempat yang sepatutnya ada.”
Rosya mengangguk. Dulu dia aliran sains tulen.  Dia rasa dia faham apa itu ion negatif dan ion positif.  Moly menganggguk-angguk.  Maklumlah dia doktor homeopati.  Tindakbalas paku karat dengan air limau nipis difahaminya.  Suraya dan Maimun pula terhangguk-hangguk walau tak faham apa.  Melihat muka anak-anak yang bangang dan begitu percayakannya membuat Syed Ikhwan tersenyum-senyum.
“sayang aku kat kau orang tau tak?  Kau orang ni sayang aku saja!  Papa-papa yang lain mana ada masa nak layan kau orang ni macam aku!  Aku dah cakap, kau orang ni perlukan kasih sayang, perlukan perhatian, tapi dia orang  ni memang tak nak dengar cakap aku!  Maklumlah aku ni jahat!”
“Lepas tu papa?”
“Apa?”  Syed Ikhwan menjengilkan mata.
“Resipi”
“oh!  Lupa pulak!  Kau masuk bogel dalam bath tub tengah malam pukul 12, tutup lampu cuma pasang lilin… nak senang sebati kau nyanyi lagu suriram ram ram suriram ram…. Nanti kalau niat ikhlas, keluar lipan-lipan sebesar ibu jari!  Jangan kau bunuh pulak!  Intan-intan tu mandikan kau orang sekali!”
“Takut nya papa!  Lipan kecil pun kita orang takut!”
“kau buat macam cerita P. Ramli, apa-apa saja yang keluar kau kata duga-an…dugaan..”
“Dia orang akan merayap atas tubuh kau orang… pandai-pandailah kau orang buat macamana…  ”  Tambah Syed Ikhwan.
“Hampas papa?”
“Hampas apa? Ada hampas ke tadi?”
“Hampas kelapa… tadi papa kata hampas kelapa?”
“Oh! Lupa pulak! Kau buat scrub seluruh badan dari rambut sampai kaki!”
“Kalau tak ada bath tub macamana?  Rumah saya mana ada bath tub?”  Kata Suraya.
“Kau masuk dalam keranda lagi senang!  Mati terkejutkan lipan terus orang hantar ke kubur, tak yah nak sembahyang jenazah lagi! Boleh laki kau cari bini baru!”  Geram betul Syed Ikhwan.
“Orang tanya betul ni?”  kata Suraya.
“Carilah tong air ke…atau kolam air plastik yang budak-budak guna tu?” 
Syed ikhwan tersenyum.
“Kau buat Rosya?”
Rosya terkejut beruk.  Dia asyik melayan perasaan tentang resipi Ikhwan.  Paku karat… limau nipis… duri… tiba-tiba ditanya seperti Ikhwan mengetahui fikirannya.
“Hah?  Tengoklah dulu papa, buah-buah tu sayang nak blend!  Baik saya makan terus, tengah miskin ni membazir je bagi lipan makan!  Air sarsi pun lama tak beli sebab boikot barang Yahudi dan Amerika!”  Rosya sengaja mahu berlawak dengan papanya yang seorang itu.
“kepala hotak kau!  Aku sumpah jadi cengkerik kang budak ni?”
Rosya tersengih-sengih buat tidak peduli.  Tapi syed Ikhwan pula marah sekejap cuma.  Dia tahu Rosya sedang berjimat cermat.  Pakai baju pun macam pencuci sampah kat tepi jalan.  Simpati pun ada di hatinya pada Rosya.  Sejak miskin tak merasa pakai baju baru, pakai mekap.
Syed Ikhwan tersenyum.  Rindu pada anak-anak di dalam dimensi sana.  Walau dimarah dan dimaki mereka tetap menyayangi dan merindui Syed Ikhwan.  Kerana mereka mengetahui betapa mereka telah diasuh dengan penuh kasih sayang oleh Syed Ikhwan.  Mereka sanggup berkejar ke Subang Jaya jika dipanggil walau pada tengah malam buta.  Air mata menitis di pipi Syed Ikhwan.  Dia menangis senyap-senyap.  Dibiarkan air mata mengalir.  Namun, tidak lama.  Kebisuan mendesak diri.  Dia terhingguk-hingguk.  Teresak-esak.  Dan akhirnya benteng pecah.  Tangisan semakin lama semakin kuat.  Air mata semakin lama semakin lebat. Dia memanggil-manggi nama anak-anaknya.
“Suraya… Mun!  Moly… uwaaaaaa!”
“Rosya, jaga Wanis tu!  Aku terajang kau kalau kau marah Wanis!  Cucu aku tu tau tak?  Kau ingat dia orang biasa ja ke?  Dia tu puteri raja tahu tak?”
Berderet-deret Intan-intan memasuki bilik beradu Syed Ikhwan.
“Kenapa Ayahanda?”
Tiada jawapan.  Hanya tangisan memenuhi ruang.  Syed Ikhwan menutup mukanya dengan sepuluh jari.  Sepuluh minit berlalu.  Tangisan bertukar esakan.  Dan bertukar lagi.  Senyap sunyi. 
“Kenapa ayahanda?  Cakaplah…”
Air mata masih tergenang di birai.
“Ayahanda rindukan dia orang ya?”  Kata Siti Sarah.
Syed Ikhwan tidak menjawab namun selepas itu tangisan semakin kuat. 
“Kita tengok cctv nak tak?  Kita tengok apa dia orang buat sekarang.  Atau ayahanda mahu tengok video masa mereka kecil dahulu?”
“Tak sama.  Sekarang ni aku dah tak boleh jumpa dia orang.  Tak boleh pegang dan sentuh dia orang!”
Intan-intan turut menangis.  Sama-sama berkongsi kesedihan dan kerinduan Syed Ikhwan. 
“Ayahanda jumpa Ayahanda Dior… pujuk Ayahanda… minta dia orang masuk ke dalam cepat sikit…”
“Macamana dia orang nak masuk!  Dah check hari tu molekul badan tak sama.  Mereka tak cukup ikhlas… dan tak cukup bersih diri dan hati… Nanti masuk sini jadi orang, bila keluar jadi kambing… tau tak?”
Masing-masing terdiam.  Tiada daya untuk berkata apa lagi.
“sudah!  Kau keluar!  Aku nak tengok video dia orang!”










Tuesday, 3 May 2011

Bahagian 12

Syed Ikhwan terbaring di katil sepanjang lapan kaki lebar dan 14 kaki panjang.  Dia memeluk bantal peluk sambil memejam mata dan memasamkan muka.  Intan-intan duduk bertimpuh di atas katil dengan penuh hormat  tidak berkelip memandang gelagat Syed Ikhwan dengan penuh rasa sayang.  Sesekali ada yang menggosok betis dan paha Syed Ikhwan dengan wajah penuh cinta dan pengharapan. 
“Cucu aku mana?  Kau orang jaga aku buat apa?  Pergi jaga cucu aku!”
“Dah ramai yang jaga!”  Seorang Intan mengeluh, hampa kerana dipaksa keluar.
“Dah tu engkau kat sini buat apa?  Tak ret-reti nak cari kerja sendiri, masak ke kemas ke, meneman cucu aku mandi ke?  Itu pun nak kena aku ajar?  Makan gaji buta je?  Buat taik mata je!”
Intan-intan sekadar tersenyum, tidak membantah.  Mereka bergandingan dengan lenggang lenggok masing-masing pergi ke sudut lain di istana itu mencari apa-apa pekerjaan yang boleh dibuat.
“Heh!  Semua orang pergi siapa nak suapkan aku makan ni?”
Dia menunjukkan isyarat matanya kepada buah-buahan berisi buah tamar dan anggur di atas sebuah meja di tepi katilnya.  Dulang dan pinggan bertatahkan emas dan permata.  Intan-intan berhenti dan berebut untuk ke depan semata-mata untuk berkhidmat kepada Syed Ikhwan.
“Tak payah berebut.  Aku nak seorang saja.  Mari sini Sarah!  Suapkan aku!”
Sarah memandang dengan senyuman puas.  Bangga kerana dipilih Syed Ikwan.  Yang lain keluar dengan rasa cemburu dan sakit hati.  Sayang dan kasih pada Syed Ikhwan menyebabkan mereka tidak mahu berenggang walau seminit.
“Ayahanda, mana pernah beri kami gaji…”
Sarah cuba mengusik Syed Ikhwan dengan senyuman seorang anak yang bagitu kasihkan seorang bapa.  Dia berkata ketika punggungnya mencecah  birai katil Syed Ikhwan yang bersalut jade berbagai warna.  Cadar dan selimut dihiasi bunga-bunga besar yang disulam menggunakan benang-benang emas.
“Kau orang yang tak nak gaji!  Bukan aku tak nak bagi!  Ingat kau orang dah sain agreement tak nak gaji kalau dapat bekerja dengan aku?  Aku tak suruh pun!”
Syed Ikhwan masih lagi memasamkan muka.
“Nak mengungkit?  Nak gaji ke?  Aku bagi!”
“Tak nak… Sarah cuma ingin berkhidmat untuk ayahanda…”
Ada rasa sayu di hati Sarah,  dan Syed Ikhwan mengetahuinya.  Dia memandang Sarah dengan senyuman nakalnya.
“Alah sayang anak papa sorang ni! Comel…  Aku dah kutip kau masa engkau merah lagi tau tak?  Aku saja yang sayang kat kau ni…”
Dia mencium pipi Sarah kiri dan kanan serta mulut Sarah yang tertutup.    Sarah gembira dipeluk dan dicium Syed Ikhwan.  Lelaki yang merupakan majikan namun sayangnya melebihi sayang kepada seorang ayah.
“Orang lain berebut nak kerja dengan aku tau tak?  Aku pilih yang terbaik saja berkhidmat untuk aku… yang aku tak pilih baru Dior, Roy, Mc Kenzie dan yang lain ambil!  Bekas-bekas aku ja dia orang layak!”  Syed Ikhwan tersenyum puas.  Dia puas kerana dapat mengalahkan suku sakat Raja Bunian yang lain.  Baginya dialah yang terbaik.  Cuma dia yang perlu dan patut dikasihi semua.  Kasih sayangnya kepada manusia bunian dan manusia di luar melimpah ruah.  Dan kerana itu hanya dia yang patut mendapat kasih dan sayang manusia seluruh dimensi, seluruh cakerawala.
Sarah memicit betis dan kaki Syed Ikhwan.  Dia tersenyum sepanjang waktu sambil sekali sekala menjeling Syed Ikhwan dengan perasaan cinta yang tidak berbelah bagi. 
“Suapkan aku!’  Dia memerintah.
“Ayahanda mahu apa?”
“Anggur!”
Intan berdiri lalu mencapai dulang berisi anggur. 
“Rosya mana?”   Tanyanya secara tiba-tiba membuat Sarah kebingungan.
“Rosya mana ayahanda?”
“Rosya cucu aku novelis tu!”
Sarah menggaru kepala yang tidak gatal.  Tangannya masih memegang anggur yang tidak jadi disuapkan ke mulut Ikhwan.
“Dia kat luarlah!  Mana dia orang boleh masuk lagi!  Macamana nak masuk?  Perangai macam hantu semua?”  Sarah memasamkan muka.
“Aku tahulah!  Engkau ingat aku ni bodoh ke? Engkau tu yang tak paham. Orang suruh pergi kelas tak nak… nak berkepit je bawah ketiak aku ni!  Sudahnya tak faham apa… lurus bendul. Yang kau jeles denga Rosya tu kenapa?”
“Habis tu ayahanda nak apa?”
“Rosya yang satu lagi.  Aku nak lunyai telinga budak tu panggil Asakir sekali!”
“Ayahanda petik je lah jari. Lagi cepat.”
Syed Ikhwan tersenyum.
“sekali sekala pandai jugak kepala otak engkau ni!”
Ikhwan memetik jari.  Sekali petik, muncul sepasang suami isteri, Rosya dan Asakir.  Dua batang tubuh yang tiba-tiba muncul di depan duduk bertimpuh dan bersila. Ikhwan berdiri.
“Budak dua ekor ni!  Geram betul aku!  Tak puas aku kalau tak maki habis-habisan.”
Di sepaknya Rosya dan Asakir sehingga terbaring.  Dua tubuh itu tidak berubah air muka, masih lagi tersenyum, memandang dengan senyuman walau pun pandangannya kosong.
“Ni yang buat aku lagi marah ni!  Sengih je tak habis-habis!”
Di tarik-tariknya sampai tercabut telinga Rosya.  Ada darah keluar. Namun Rosya masih tersenyum.  Asakir cuma memandang dengan senyuman seperti orang kebodohan.
“Engkau ingat cucu aku tu hologram ka apa?  Macam kau orang nih? Ingat telinga dia dibuat daripada getah?  Tak ada rasa sakit macam kau orang ni?”
Dia menampar muka Asakir sekuat hati.  Diambilnya garpu dan dicucuk pula telinga Asakir dengan garpu.  Darah menitik keluar tetapi darah itu tidak jatuh ke lantai, malah lenyap di udara.  Warna merah pekat membasahi pakaian suami isteri itu. Intan memandang dengan gusar.
“dah la tu ayahanda… Menambahkan sakit hati ayahanda…Dia orang mana tahu rasa sakit…”
“Engkau tahu apa?  Aku jaga anak dia orang tu macam menatang minyak yang penuh.  Kasihan budak tu dapat ibu pemalas, ayah pula tak reti bahasa!”
Ikhwan mencucuk perut Asakir sehingga tembus. Darah pekat semakin banyak mengalir namun seperti juga Rosya, Asyakir masih tersengih-sengih seperti kerang busuk.
“sengih-sengih!  Itulah yang kau tahu!  Jaga anak sorang pun tak boleh! Makin lama duduk depan aku makin aku sakit hati! Dah!  Berambus!”
Rosya dan Asakir ghaib sekelip mata.
“masa ayahanda keluar dulu kan Rosya dah minta maaf.  Sudahlah tu..”
“Engkau tahu apa?  Aku sayang cucu aku Wanis tu.  Engkau kalau aku tahu budak tu terjatuh ke menangis ke kena gigit semut ke aku terajang engkau, tahu tak?”
Sarah terdiam tidak tahu menjawab.  Bukan dia tidak tahu kalau ayahanda kesayangan itu mengamuk habis huru hara seluruh istana dan Gang of Thirteens.  Jalan yang terbaik adalah dengan mendiamkan diri dan mengiakan sahaja segala sumpah seranah Ikhwan. 
“Senyap sunyi istana ni kalau Gang of Thirteens tak adakan?”  Kata Sarah mengalihkan perhatian Ikhwan.  Dia bosan apabila Ikhwan merindui kaum kerabatnya di ‘luar’.  Bagi Sarah suku sakat Tok Anjang di luar tidak layak untuk disayangi.  Mereka manusia cepat lupa diri.
Syed Ikhwan tidak menjawab.  Dia merindukan anak-anak angkatnya yang berjumlah tiga belas juta ini.  Anak-anak yang telah dididik dan diasuh dengan sepenuh kasih sayang.  Dia sanggup berkorban nyawa untuk anak-anak itu dan anak-anak itu juga sanggup hilang nyawa untuk dirinya.  Syed Ikhwan menangis seperti budak kecil.  Dia meletakkan kedua jari jemari sebelah kiri dan kanan sambil menutup mata.  Air mata mengalir keluar dan suara tangisan Syed Ikhwan kedengaran hampir seluruh istana bunian di Chini.  Intan-intan yang mendengar keluh kesah meneka di dalam hati dan ada yang berbisik-bisik kenapa ayahanda kesayangan menangis.  Kena marah oleh Mc Kenzie?  Oleh Dior? Atau oleh Tok Anjang?  Atau kena hukum sebat?  Kena kurung? Atau kena sumpahan?  Untuk masuk bertanya kepada bangsawan-bangsawan, intan tidak berani.  Akhirnya mereka menunggu sahaja sehingga berita itu tersebar dengan sendiri.
“Engkau ingatkan aku pasal dia orang kenapa?  Sunyi aku tau tak?  Rindu aku kat dia orang… tak ada orang dah nak join aku…”
“Maaf ayahanda… saya tak sengaja… nak sebut hal mereka…”
“itulah engkau!  Nak bercakap tak reti…”
Sarah kesal tidak sudah.  Kenapalah dia terlepas cakap menyebut tentang Gang of Thirteens.  Namun hakikanya dia juga begitu rindukan Gang of Thirteens… tentera-tentera elit yang dididik ayahanda… yang lasak dan nakal… yang tegas dan sanggup berperang tanpa rasa takut itu…  Dia mengambil tisu dan mengesat air mata Ikhwan yang deras mengalir.
“Tak pa lah ayahanda… mereka dah insaf, sudah berubah menjadi manusia yang lebih baik.  Menghilangkan diri untuk beramal kepada Allah…”
Tangisan syed Ikhwan semakin deras, dan Sarah rasa bersalah yang amat sangat.  Mahu dipujuk dengan kata-kata apa lagi?
“Ayahanda kita jenguk rumah Rosya kejap.  Kita tengok wanis buat apa?”
“Tak payah!  Engkau pergi buat kerja!  Curi tulang je!  Aku nak jenguk cucu aku!”
Bunyi ketukan di pintu.  Syed Ikhwan menatap pintu dan tiba-tiba seperti hijab terbuka, kelihatan seorang anak muda berwajah kacak menungu dengan hormat.  Dengan tiba-tiba juga dinding seperti ghaib dengan sendiri dan anak muda itu melangkah dengan sopan lalu memberi salam.
“Assalamualaikum ayahahanda!”
“Waalaikum salam.”
Anak muda itu duduk di sebuah kerusi yang terletak agak jauh dari katil.
“Tiba-tiba je datang mengadap aku ni untuk apa?  Nak apa, Jeram?”
“saja ayahanda, sengaja datang menjenguk ayahanda.”
“haa!  Itulah saja kerja kau orang, menyemak kat mata aku ni je!  Asyik-asyik tengok muka kau orang!  Macam la aku tak ada kerja lain!  Aku pun nak juga keluar jalan-jalan, bukan duduk saja kat sini macam barang pameran.  Cakap saja nak apa?  Menyusahkan betul, anak-anak aku kat luar tak adalah menyeksakan aku macam kau orang ni!”
“Dah lama saya berfikir tentang ibu bapa saya… Di mana mereka ayahanda?”
“Engkau ni memang la!  Mana lah aku tahu mak bapak kau kat mana?  Masa aku jumpa kau, kau sorang saja bogel dalam semak!  Buat sakit kepala otak aku pula kena fikir pasal mak bapak engkau!  Macam Rosya pulak sekejap tanya pasal nenek moyang dia, sekejap tanya pasal anak dia!  Engkau ni dah berjangkit perangai budak Jepun tu ya!  Budak pemalas tu?”
“betul ke ayahanda tak tahu?”  Jeram membantah tidak puas hati.
“Aku tak tahu la!”
“nama saya siapa yang letakkan?”
“Aku yang letakkan!  Sebab aku jumpa kau kat jeram… kat Gua Musang!  Sedar sikit diri kau tu siapa tau tak?  Entah-entah kau ni anak pontianak Gua Musang. Hahahahaaha…Aku saja yang sayangkan kau!  Jangan kau nak sayang ayahanda yang lain tu!  Sayang aku sorang je!”
Ikhwan memandang Jeram lagi.  Jeram masih mengharapkan jawapan.
“Ibu engkau pelacur, bapak engkau bapa ayam!”
Jeram menunduk.  Dia menahan airmata dari keluar.
“Saya hanya mahu tahu siapa ayah dan ibu saya ayahanda… adakah itu juga satu larangan?”
“Mak engkau pelacur bapak engkau bapak ayam!  Tak puas hati lagi?”
Ada air mata yang mengalir di pipi Jeram.  Hati meronta ingin mengetahui asal usul diri sendiri.  Setiap kali bertanya setiap kali itulah juga dia dimarahi Syed Ikhwan.
Dia bangun lalu menunduk hormat lantas mencium kedua belah tangan Syed Ikhwan.  Syed Ikhwan mencium rambut Jeram.  Bukan Syed Ikhwan tidak memahami bagaimana perasaan anak muda itu yang seringkali bertanya tentang ibu-bapanya.  Hendak dinyatakan hal sebenar, takut pula Jeram tidak dapat menerima kenyataan.  Atau mahukah dia menerima kenyataan bahawa kedua ibu bapanya telah disumpah menjadi batu selama tiga ratus tahun kerana mengamalkan sihir?  Perasaannya tersentuh melihat raut wajah Jeram.  Kacak, putih, bersih dan patuh.
“kau dah makan dah?” 
“Belum…”
“Tunggu, nanti aku masak!  Memang menyusahkan aku!  Sajalah datang sini nak bermanja dengan aku!  Dah tua bangka pun nak juga manja dengan aku!”
Jeram kembali tersenyum.  Syed Ikhwan lantas memandang Sarah.
“Engkau Sarah tercegat kat situ buat apa?  Pergi dapur tolong aku masak!  Tak boleh tengok lelaki handsome mula la buat muka ayu macam tu!  Tak payah nak goda Jeram.  Aku yang akan carikan jodoh kalau kau dah rasa nak kawin nanti!”
“Mana ada?”
“Udah!  Banyak cekadak pulak!  Elok aku kawinkan saja kau dua orang ni!  Duduk jauh-jauh dari aku… menghabiskan beras aku je!”
Mereka berdua ketawa gelihati.  Syed Ikhwan tersenyum.  Manisnya senyuman Syed Ikhwan.  Gagah tubuhnya dan bersih wajahnya.  Kacaknya dia walau sudah nampak beberapa kedutan di hujung mata dan garis di dahi.
Syed Ikhwan menyikat rambut sebelum bergegas ke dapur istana.  Jeram dan Sarah mengikut dari belakang.  Syed Ikhwan sengaja melenggangkan badannya ke kiri dan kanan, berjalan seperti intan-intan penuh sopan dan santun.  Jeram dan Sarah tersenyum melihat gelagat Syed Ikhwan, lelaki yang dilimpahi dengan kasih sayang melimpah ruah dan kenakalannya juga tidak terbendung oleh sesiapa, baik Raja Bunian sekali pun. Comel gelagatnya.  Manis wajahnya.  Perkasa tubuh badannya.  Dalam ilmu agamanya.  Berkesan ilmu dunianya.  Dialah lelaki terbijak di alam maya.
“Engkau tunggu kat luar.  Biar aku masak special untuk kau orang ni… Jangan bagitahu yang lain.  Nanti dengki pula dia orang, aku masak untuk kau, tak masak untuk dia orang…”
“Alah!  Sarah nak tolong!...”
“Tak payah aku kata!  Jangan nak manja-manja, nak gedik dengan aku!  Kau nak aku panggil Papa Mussoni kau?”  Ikhwan mengugut.
Siti Sarah termalu-malu di depan Jeram.  Dia jarang bertegur sapa dengan lelaki.  Dia bertugas sebagai seorang intan, yang berkhidmat untuk bangsawan-bangsawan bunian di istana.  Dia tidak dibenarkan bercakap dan bertegur sapa dengan lelaki ‘khadir’ lelaki yang berkhidmat, apatah lagi dengan Jeram atau tentera, atau pihak pentadbir.  Dia hanya dibenarkan bercakap dengan majikan sahaja.  Apabila dia dipilih oleh Syed Ikhwan dia merasa bangga dan dihargai yang amat sangat.  Kerana dia tahu, Syed Ikhwan disayangi semua intan. Entah kenapa juga Syed Ikhwan selalu  dihukum sebat, dia tidak mengerti.  Kenapa lelaki sebaik itu dihukum sebat oleh tujuh Raja Bunian?  Dia bagai tidak mahu mepercayai.  Lagi membingungkannya ialah Mc Kenzie  atau Dior atau Tok Anjang atau Dino atau Wira atau Puma atau Zaidi tidak akan menghukum tanpa sebarang kesalahan.  Ketegasan mereka berpada-pada dan kebaikan hati mereka walau tidak terserlah tetap dapat dirasai. 
Ketika mereka berdua duduk menunggu sambil tunduk dan  senyap itulah, Syed Ikhwan keluar menatang dulang diiringi oleh beberapa ekor jin perempuan.  Mereka ingin bangun menolong namun dibantah oleh syed Ikhwan dengan isyarat tangan.  Syed Ikhwan meletakkan dulang dan jin-jin pula meletakkan pinggan mangkuk, sudu dan garpu.
“Makanlah… jangan segan-segan.  Nanti kalau nak boleh tambah lagi…”  Ikhwan tersenyum manis dan memandang penuh dengan penuh kasih sayang.
Mereka berdua teragak-agak, saling memandang.
“Tengok apa?  Kata lapar tadi?”
Syed Ikhwan mengambil sehiris daging rusa dan mula menikmati hidangan dengan penuh nikmat.
“Sedap aku masak.  Tak boleh banding dengan Queens atau Kings lain!”
Melihatkan begitu berselera Syed Ikhwan bersantap, mereka berdua mula menikmati hidangan daging rusa, sup ayam hutan, daging burung puyuh dan sayur petola. 
“sedap ayahanda!’  Kata sarah.
“memang sedap betul ayahanda.”  Tambah Jeram pula.
Selesai mereka makan, Sarah dan Jeram meminta diri.  Bersalam dan mencium pipi Syed Ikhwan.
“Engkau ni kenapa Jeram?  Terus nak balik, tak cakap pun terima kasih kat aku? Dah pandai kurang ajar dah?  Siapa ajar kau kurang ajar macam ni?”
Jeram mengerikut cuba menahan kesakitan.  Kedua belah tangannya menekan perut.  Wajahnya semakin bertambah pucat.
“Kenapa kau ni?”
Lama sebelum Jeram dapat menjawab.
“Sakit perut ayahanda… tak tahan ni…”
“Sarah kau ni pula kenapa?  Berpeluh-peluh?”
“Sakit perut…”
Syed Ikhwan memandang seperti mahu menelan.
“Hai tadi bukan main lagi melantak, sekarang sakit perut pula?  Engkau tak baca Bismillah?  Tak baca doa makan?  Baik jin tiga ekor tu lagi, tak sakit perut pun!”
Mereka berdua bergegas pulang.  Syed Ikhwan memandang sambil tersenyum.  Dia tersengih-sengih.  Memandang tiga ekor jin Islam di depannya.
“Engkau kemas semua!  Jangan tinggalkan bukti!”
Syed Ikhwan masih lagi tersenyum ketika dia melenggang kembali semula ke kamar beradunya.  Dia seperti ditelan ke dalam dinding.  Wajahnya berubah serta merta melihatkan suasana biliknya yang bersepah-sepah, apa lagi melihat anak-anak kecil melompat atas katil, memecahkan segala perhiasan dan menabur segala dokumennya.
“Habislah barang-barang aku!....”
Cucu-cucunya berlari keluar sambil bergelak ketawa.  Syed iKhwan membebel seorang diri. Dipanggilnya intan untuk mengemas semula biliknya seperti sedia kala.  Dia terbaring di katil setelah bilik selesai dikemas.  Intan-intan pula memicit seluruh tubuhnya dengan penuh kasih sayang dan perasaan cinta.
“Tadi Sarah cakap, dia sakit perut…”
“Itulah tak baca Bismillah, melantak je kerja…”
“Bukan ayahanda buat ke?”
Seorang Intan tersenyum memandang.
Syed Ikhwan menjengilkan mata.
“Heh! Engkau ingat aku tak ada kerja lain ke?  Nak bagi orang makan racun!  Aku  ni saja yang sayangkan kau orang tahu tak?”
Intan-intan tersenyum. 
“dah keluar aku nak tidur!”

Saturday, 16 April 2011

@ dimensi buni: Bahagian 8

@ dimensi buni: Bahagian 8: "Suatu malam aku mendapat sms daripada Dr Khalisa.“Pls 4ward dari ayahanda Yee Manja: selamat tinggal semua. I love you all.”Terasa sep..."