catatan peribadi ryina ikhwan
Ikuti catatan peribadi ryina ikhwan di http://ryinaikhwanroslina.blogspot.com/
Monday, 7 November 2011
@ dimensi buni: Bahagian 28: Jelmaan Bunian
@ dimensi buni: Bahagian 28: Jelmaan Bunian: 7 April kuliah terakhir pada semester kedua 2006/2007, aku mengarahkan pelajar ke makmal bahasa kerana hari itu aku tidak sihat dan mahu pe...
Bahagian 28: Jelmaan Bunian
7 April kuliah terakhir pada semester kedua 2006/2007, aku mengarahkan pelajar ke makmal bahasa kerana hari itu aku tidak sihat dan mahu pelajar menonton video drama Jepun sahaja. Hujan lebat menyebabkan aku merasa tidak enak. Di luar gelap gelita. Ada tiga ekor rama-rama berwarna kuning keemasan berligar di dalam makmal. Aku cuma memandang kepelikan. Macamana rama-rama boleh memasuki makmal yang sering tertutup dan sentiasa berhawa dingin itu. Aku entah kenapa tidak dapat melarikan pandangan mata dari rama-rama yang berterbangan di belakang. Pelajar khusyuk menonton dan sekali sekala ketawa mengekek melihat palakon drama Eguchi Yusukei membawa watak seorang lelaki yang tidak mudah putus asa tetapi agak perengus dan cepat melatah. Aku memandang raut wajah pelajar seorang demi seorang dan hati berdegup kencang. Baru aku sedari seorang pelajar yang tidak ku kenali juga tersenyum menonton. Berkulit putih bersih, berhidung mancung dan bertudung litup. Dari atas ke bawah berpakaian putih bersih. Tatkala menyedari aku sedang memerhatikannya, dia mengalihkan pandangan mata dan memandangku. Dia tersenyum lantas mengangguk. Hanya sekilas. Dan akhirnya dia meneruskan menonton drama seperti tiada apa yang berlaku. Beraninya dia! Memasuki kelas ku tanpa meminta kebenaran. Aku memandang pelajar di sebelahnya, Syakirah.
“Syakirah san ! Chotto kite!”[1]
Syakirah datang dengan kehairanan memandangku yang masam muka.
Syakirah pucat. Dia memandang ke belakang, sebelah tempat duduknya. Seketika kemudian dia memandang aku dengan takut-takut.
“atashino tonarini daremo inai yo![3]”
Aku tidak bergerak buat seketika namun mata masih memandang gadis remaja itu. Hantu atau bunian? Senyumnya dan raut wajahnya amat memikat hati. Syakirah masih terpaku memandang aku kemudian memandang ke arah meja di sebelah mejanya. Syakirah tidak berani balik ke kerusi. Pelajar-pelajar lain pula memandang aku dan Syakirah kebingungan. Bisik-bisik menjadi riuh rendah. Semua mata memandang ke meja gadis itu. Aku dengan berat kaki berjalan ke arah gadis itu. Hantu atau bunian atau jin?
“Assalamualaikum dik…” Kataku lembut walau suara bagai tidak ingin terkeluar.
“Walaikumsalam adinda…” Dia mengalih perhatian padaku dengan bibir yang masih tersenyum manis.
“Nama apa kakak?” Aku bertanya. Dia membiasakan aku ‘adinda’ maknanya dia lebih berusia dariku. Tetapi kenapa dia kelihatan seperti budak belasan tahun? Sedang aku semakin hampir kepada makhluk itu pelajar yang berdekatan kelam kabut mula menjauhkan diri diiringi suara ketakutan.
“sensei, bercakap dengan siapa?”
Aku tidak menghiraukan ketakutan pelajar. Pembantu makmal pula entah ke mana menghilang. Sejak aku memasuki makmal itu tidak nampak batang hidungnya. Asyik curi tulang saja!
“Nama kanda Halimatun. Kanda datang melawat adinda Rosya. Kanda, intan yang menjaga mandian adinda Rosya setiap kali Adinda Rosya mandi herba.”
Aku lupa untuk tersenyum atau mengucapkan terima kasih. Hanya memandang dengan perasaan yang sukar digambarkan dan berbagai persoalan. Kenapa dia menunjukkan dirinya? Ah! Cantik dan manisnya wajah. Lebih cantik dari Nadia yang pernah ku temui itu.
“Itu bonda Intan Khursiah, Siti Sarah dan Aisyah. Bonda semua mengirim salam.”
Aku memandang ke arah yang ditunjukkan. Tiga ekor rama-rama masih di situ berterbangan seperti sengaja membuat bulatan.
“Sudah hampir benar adinda akan memasuki dunia kami.”
Aku memandang ke arah Halimatun. Namun hanya suara kedengaran. Tubuhnya telah tiada. Aku berpaling ke arah rama-rama semula. Namun mereka juga menghilang. Aku terduduk di kerusi tempat di mana Halimatun duduk. Otakku tidak mampu berfikir. Makmal yang senyap sunyi kembali bising dengan riuh rendah pelajar.
“Sensei[4] bercakap dengan siapa?”
Aku memandang. Tentunya mukaku masih pucat. Hingar bingar kedengaran dek gelagat para pelajar.
“Hantu! Sensei bercakap dengan hantu!”
“Sensei boleh nampak hantu! Memang kat sini keras sikit! Hari tu ada kerani jumpa rambut panjang segumpal kat makmal atas tu.”
Aku tersenyum.
“bukan hantulah! Apalah awak ni…” kataku cuba berlagak selamba walau degupan jantung masih kencang.
“Habis tu siapa sensei?” Tanya Syakirah.
“Mana saya tahu….”
“Bunian ya sensei? Hari tu sensei tulis cerita pasal bunian kan? Tu real ke sensei?”
“Kepala hotak awak kalau real…”
“Alah.. Mana ada orang boleh buat cerita macam tu kalau tak real sensei. Tak ada orang caya… Sensei memang keturunan bunian ya?”
“Sudah! Malas nak layan awak semua ni… Kalau saya cucu cicit bunian saya tak duduk sini, saya masuk dalam dunia bunian… tak payah nak fikir pasal ISO, pasal research, publication, promotion, curriculum, mengajar awak semua ni yang berapa kali ajar pun tak masuk kepala otak… Sudah! Duduk kat tempat masing-masing, sambil tengok drama, tangan tu mencatat kotoba[5] bahasa Jepun yang awak tak tahu… bukan sengih-sengih je…“
Aku memerhati muka pelajar yang masih tidak berpuas hati dengan penjelasanku.
“Bunian-bunian ni tak masuk exam, saya tak tanya pasal bunian dalam exam… tak risau ke carry marks awak tu rendah sangat? Saya pula yang risau, awak buat selamba je ya. Datang kelas lambat, dalam kelas mengantuk, tak bertanya apa…”
Aku memandang seorang dua pelajar yang memang agak ketinggalan di dalam pelajaran. Sakit hatiku! Datang lambat, bila disoal tidak dapat menjawab, ponteng, tidak bertanya dan senyap sunyi sepanjang kuliah. Apa daya ingin membantu jika dia sendiri tidak ingin membantu diri sendiri. Ada pula yang selepas 8 minggu kuliah tidak mempunyai buku teks. Aku berikan salinan buku padanya tetapi perangai semacam itu juga. Ingin jadi apa wahai Melayuku? Aku pun ada juga tuang kelas masa di Hiroshima dulu tapi aku otak geliga belajar sikit boleh masuk otak! Kalau lembab bengap jangan nak ponteng kelas… Kalau memang kepala otak bijak aku tak kisah pun kalau sekali sekala ponteng kelas aku!
Semenjak mandi herba penglihatan ku terhadap gambar-gambar bunian semakin jelas. Gambar-gambar yang diambil melalui telefon bimbit Asakir bila ku lihat semula membuat aku meremang bulu roma. Semasa aku klik gambar-gambar tersebut yang disimpan di dalam fail komputer, aku tersandar pada kerusi melihat dengan agak ketakutan. Ia memang gambar Abang Yee, hidung, mulut, rambut dan tubuh yang sama, tetapi kenapa raut wajahnya kelihatan tegang, begitu asing dan … Entah apa yang ingin ku gambarkan. Lain. Seolah-olah ia bukan lagi Abang Yee. Karektor mana yang berwajah seperti itu? Keningnya timbul agak tinggi dari dahi, hidungnya lebih kecil dan pipinya seperti tersorok ke dalam. Dan pandangan matanya begitu tajam.
Ah! Sesekali melihat ketampanan wajah Papa Dior dan Yee Manja serta Alang memang mereka ku akui lelaki yang kacak. Namun aku tak mungkin lupa, Papa Mc Kenzie suatu hari pernah menjawab soalanku tentang bunian. Katanya.
“Kebanyakan orang bunian cantik dan kacak. Tapi ada yang hodoh! Yang hodoh amat hodoh…”
Dan satu ketika, selepas seorang Abang Yee keluar, dia memberitahu Abang Yee yang baru keluar sebelum itu dan bermain keyboard mempunyai badan separuh bersisik. Pernah juga seorang memberitahu,
“Kalau jumpa aku kat dalam jangan lari pula, aku ada mata tiga… separuh badan ku lembek tak ada tulang…”
Dan Papa Dior pernah memberitahu kami,
“nanti jumpa aku kat dalam tahulah kau orang muka sebenar aku.. the very ugly creature…”
Ahh! Entah benar entah tidak. Setakat yang diketahui mereka sangat kacak. Yang wanitanya amat cantik. Dan kalau benar Papa Dior itu the very ugly creature, itu tidak menjadi kecanggungan kami. Kami ini keturunannya. Sebagaimana dia menyayangi kami, seperti itulah kami menyayanginya. Dia ku sayangi. Amat ku sayangi. Dia ku anggap lebih dari seorang bapa. Walau pun begitu sesekali masih juga terasa canggung akan renungan matanya tatkala menyoal maksud beberapa surah Al-Quran yang tidak dapat ku hafal dan ku ketahui maknanya.
Sedalam mana sayangku pada papa Mc Kenzie? Jawapannya tetap sama. Aku masih menyayangi dan merinduinya. Sekali sekala aku masih lagi menangis kerana merindui Papa Mc Kenzie. Bagiku Papa Dior dan Papa Mc Kenzie adalah orang yang sama, walau ku tahu benar mereka orang yang berlainan. Hah! Aku masih menyimpan sedikit harapan bahawa tekaanku sebelum ini bahawa Papa Dior dan Papa Mc Kenzie adalah orang yang sama itu menjadi kenyataan! Aku ingin merasai kasih sayang Papa Mc Kenzie seperti mana aku merasai kasih sayang Papa Dior. Aku ingin sekali mencium tangan Papa Mc Kenzie, ingin berada dalam pelukan Papa Mc Kenzie seperti pelukan seorang bapa, namun peluang itu sudah tertutup. Dia telah menjadi begitu dingin. Aneh memikirkan, walau Papa Mc Kenzie tidak pernah melebihkan aku dari sisters yang lain, malah dia lebih rapat dari sisters yang lain berbanding diri aku, kenapa aku begitu menyayangi dan merinduinya? Pernah ku hantar sms padanya,
“Papa Mc Kenzie, jangan selalu serius ya, nanti muka tak handsome!”
Tiada balasan. Namun aku tidak kisah. Yang penting sms ku sampai padanya. Seminggu kemudian aku menghantas sms lagi.
“papa Mc Kenzie, papa tak marahkan kalau saya masih rindukan papa? Pelik ya Papa? Padahal Papa tak pernah ambil peduli pasal saya, tapi kenapa saya masih rindukan papa?”
kali ini dia membalas,
“Kepala hotak kaulah! Aku sayang kau lebih tapi tak tunjuk!”
Aku ketawa dalam tangisan. Namun aku membalas,
“Pedih ya pa, kalau kita sayang seseorang tapi tak boleh nak control…”
Tiada jawapan. Dan aku tidak peduli juga. Nanti bila aku menangis kerana rindukannya akan aku mengganggunya lagi. Biar padan muka dia! Dia ingat senang aku nak lupakan dia? Dia ingat sesenang itu aku akan menjauhkan diri darinya?
Papa Dior itu orang yang bagaimana? Lelaki yang setia pada seorang isteri, lelaki yang tegas tetapi begitu penyayang. Papa Dior, Abang Yee pertama dan terakhir yang mendodoikan aku tidur, yang memeluk aku ketika aku tidur bersama dengannya dan Maisarah sewaktu menjaganya yang sakit. Saat itu aku aku pertama kali mengetahui bahawa walau aku jarang bersamanya, walau aku tidak rancak berbual dengannya, kasih sayangnya pada aku tetap sama dengan yang lain. Malah mungkin cuma aku yang mendapat peluang merasai kehangatan sayang Papa Dior sebagai seorang bapa dengan cara sebegitu. Sejak itu tiada lagi perasaan cemburu pada sisters. Papa Dior, ketika tegas terlalu tegas… namun masih ada kasih sayang terpancar. Masih ada belas kasihan pada kami. Papa Dior, seorang Raja yang sanggup menyapu longkang yang tersumbat sehari suntuk di Subang Jaya, walau pun dia boleh menyuruh anak buahnya berbuat demikian. Ketika itu dia mengalami kesakitan tulang belakang yang kuat. Papa Dior yangs sering belayar di tujuh lautan, seorang diri, dilambung ombak dan kesakitan, namun masih juga berdiri gagah memberi kami kasih sayang melimpah ruah. Bagaimanakah agaknya kesakitan yang dilaluinya ketika belayar itu? Pernah aku bertanya, dan dia berkata, air laut tidak pernah tenang, serendah-rendah gelombang setinggi lima meter, tubuh dihayun gelora, muka tersopak, kaki tempang, tulang bahu terpusing… Dan kadang-kadang dia belayar hampir setiap hari. Paling kurang satu jam waktu di luar sedang waktu di sana lebih dari tiga jam.
Yee Manja, lelaki di dalam seratus juta. Kerinduan padanya tidak memedihkan. Apa yang ditinggalkan pada kami semua adalah kenangan manis. Dia sudah tidak boleh keluar dan bersentuh dengan kami lagi. Sesekali dan teramat jarang dia keluar, dia cuma memandang kami dengan senyuman nakalnya, tetapi matanya tidak dapat melihat kami. Apa yang dilihatnya adalah kami yang tidak berupa paras seperti rupa yang asal. Apa yang dilihat oleh matanya bukan kami, tetapi wajah-wajah intan. Kerana itu dia tidak sabar-sabar mahukan kami masuk ke dalam. Hanya dengan cara itru kerinduannya pada kami akan terlerai.
Friday, 21 October 2011
Bahagian 27: Beradu bersama nenda bunian
Esoknya demi meraikan harijadi Kak Khalisa, aku dan Asakir ke Subang Jaya semula. Janji untuk mandi herba bersama ditangguh lagi. Ah! Bila-bila masa boleh mandi herba bersama. Biasanya aku mandi herba seorang diri. Kata kawan-kawan di pejabat, kulit mukaku sudah cerah. Walau setelah mandi beberapa hari masih lagi terbau haruman dari tubuhku. Resipi Papa Dior yang entah berapa ribu tahun. Kami famili saling berebut untuk menghabiskan pakej mandian secepat mungkin. Satakat ini jenis mandian yang kami perolehi dan amalkan baru sepuluh. Jumlah mandian semuanya adalah 3, 333 jenis. Sampai dalam kubur tidak sempat kami mengamalkan semuanya!
Papa Dior masih lagi sakit. Kami bergilir-gilir mengurut tulang belakang Papa Dior. Sakit yang sama dialami oleh Papa McKenzie. Kedua-duanya sudah terlalu lanjut usia. Sakit tulang belakang memang tidak dapat dielakkan. Dalam kesakitan, Papa Dior masih sempat membaca beberapa surah yang tidak jelas pada pendengaranku dan kedua tangannya mencengkam kepalanya sendiri. Dia mungkin sedang membuat rawatan sendiri. Kami memandang penuh simpati. Tiba-tiba dia bingkas bangun dan duduk memandang kami semua. Dan dia memandang aku dengan tajam.
“Berlagak ya semalam? Tidur dengan Papa Dior?”
Entah siapa namun aku menjawab,
“Ha-ah! Tidur atas bahu Papa lagi… siap peluk-peluk lagi!”
Sengaja aku memberitahu agar semua sisters cemburu. Jahatnya perangai aku.
“best sangat lah tu?”
“memang best! Kita dah janji nak tidur lagi dengan Papa!” Aku menipu. Padahal Papa Dior tidak berjanji apa-apa, hanya aku yang meminta. Sengaja aku mencari pasal dengan sisters! Aku berkata sambil ketawa namun mata tidak berani memandang beberapa pasang mata yang memandang aku dengan pandangan mata yang tajam dan muka yang masam. Manalah hendak ku tahu memang rezekiku dapat tidur bersama Papa Dior? Dengan Papa yang lain pun kami tidak pernah tidur, inikan pula dengan Papa Dior, Raja Bunian yang menjadi kekaguman manusia bunian dan kami?
“dah la tu, berdengkur pulak!” Ah! Sakitnya hatiku. Terutama apabila Asakir menambah,
“Dia kalau dah nyenyak memang tidur berdengkur…”
Dan betul, ketika itu aku menyumpah Asakir dalam hati,
“Tak guna punya laki! Tak gheti-gheti nak cover bini!”
Kemudian datang pula Ir Abang Pilah, moyang kepada Tok Alif, datok kepada Tok Pilah iaitu bendahara istana Bunian. Puas dia berleterkan kami. Kami cuma mampu mendengar dan sekali sekala ketawa. Aku tidak hiraukan sangat leteran Abang Yee yang itu. Namun aku lucu mendengar dia bercakap Minang. Sekali sekala aku ketawa.
“Cantik kulit kau orang semua lepas mandi. Dah ada aura semua ni. Dah tebal. Nanti kau orang boleh masuk dalam sesuka hati dan orang bunian yang keluar ke sini pun kau orang boleh tengok. Nanti kau bercakaplah sorang-sorang macam orang gilo! Sebab orang lain tak boleh nampak… kau orang je yang boleh nampak!”
“Suraya dan Ilah lagi nampak putih dan cerah sebab dia dah mandi peringkat ke 7, lepas ni kulit kau orang semua akan puteh macam orang Arab… Aku ni Asakir, tepakso puji bini kau ni juga… nanti dia kecik ati… dia pun nak kena puji jugok! Cantik Rosya kulit kau… gebu!”
Aku terkekeh-kekeh. Buat masa ini itulah modal Abang-abang Yee untuk mengenakan aku.
“Bertuah kau sebab papa Dior pilih kau untuk tidur dengan dia! Pas ni jangan kau nak harap nak tido dengan dia lagi. Nanti dia tendang kau sampai bergolek jatuh ke bawah. Dan yang lain tak payah berangan nak tidur dengan Papa Dior tu… Adalah tu kenapa dia panggil Rosya malam itu. Dia tak panggil kau orang saja-saja.”
Aku mendengar sambil fikiranku ligat berfikir. Baru terasa pelik kenapa Papa Dior memanggil aku malam itu. Mungkin dia membuat terapi, mungkin juga dia download otakku. Mungkin juga kerana aku tidak pernah tidur di rumah Abang Yee, sedangkan sisters yang lain sudah kerap bermalam di sana. Mungkin dia mahu aku tahu dia juga menyayangi aku seperti mana dia menyayangi sisters yang lain. Kasihan Papa Dior… dengkuranku mengganggu tidurnya…
Friday, 7 October 2011
26
Lagu nyanyian Iklim, ‘Suci Dalam Debu’ lagu yang sering dinyayikan oleh Papa Dior menceritakan segala, menghuraikan semua kekusutan, dan menceritakan kisah cinta antara kami dan Abang Yee. Hubungan yang aneh, yang tidak mungkin dapat dialami oleh manusia biasa. Kami ini keturunan Raja Bunian, Keturunan Tok Anjang. Hubungan yang tidak mungkin difahami oleh manusia yang lain. Kerana siapa yang mampu bertahan hidup seperit ini, menerima segala dugaan ini dengan hati terbuka. Cerita-cerita dari Abang Yee, tentang dunia bunian, tentang kemiskinan dan kejayaan tidak pernah kami ragui. Dan kini ternyata, kami semakin dekat kepada dunia bunian, walau belum dapat lagi melangkah pintu stargate, namun magnetic field di Bukit Malawati dirasai oleh Asakir dan sesetengah famili lain. Arif melihat sebuah taman yang cantik semasa di sana, Anak ‘tunggal’ Kak Ijan melihat adik beradiknya berkumpul di depan matanya, dan dia melihat orang berterbangan di udara. Selain spaceship, mereka cuma perlu terbang kerana di kaki mereka ada alat yang boleh membuat mereka terbang sepantas burung dan dikawal hanya melalui minda. Dunia yang indah dan teknologi yang tidak terjangkau oleh otakku yang berkarat.
Engkau bagai air yang jernih
Di dalam bekas yang berdebu
Zahirnya kotoran itu terlihat
Kesucian terlindung jua
Nama Abang Yee memang hodoh di mata ramai orang. Bukan sahaja kerana perangai peliknya tetapi tuduhan melulu yang dikenakan terhadapnya. Ah! Memang sukar untuk orang ramai menerima kehadiran Abang Yee, dia sukar difahami, kadang-kadang mencarut, kadang-kadang memberi kata-kata hikmah. Dia menjadi kebencian ramai orang, namun dia tetap dia. Dia tidak perlu berada di dunia ini kerana dunia sana lebih indah , lebih aman namun hakikatnya demi Islam, dia sanggup menjadi seorang yang ‘hina’ di mata orang demi menyelesaikan misi membina empayar perniagaan Islam, melatih kami tegar menghadapi keperitan. Abang Yee memang ibarat air yang jernih, air dari alam itu yang berada di dalam bekas berdebu di ala mini, walau sesuci air jernih, tidakkan nampak kesuciannya kerana terlindung oleh kekotoran di luar.
Cinta bukan hanya di mata
Cinta bukan hanya di mata
Cinta hadir di dalam jiwa
Biarlah salah di mata mereka
Biar perbezaan terlihat antara kita
Cinta Abang Yee pada kami bukan hanya di mata, cintanya hadir di dalam jiwa. Cinta kami pada Abang Yee adakah seikhlas cintanya pada kami? Walau pun kami mungkin menyintainya setulus hati namun tidak akan sama dengan cinta yang dihulurkan pada kami. Pada mereka iaitu rakan-rakan dan bekas majikan, kami ini memang songsang. Mereka mengharapkan kemusnahan kami. Kegagalan kami akan dijadikan buah mulut orang. Ramai yang menunggu kami dan Abang Yee ‘gagal’, kerana kami memang salah di mata mereka, pada mereka kami berangan kosong, tidak mahu berputus asa dan degil walau ‘tahu’ menuju kegagalan.
Kuharapkan kau kan terima
Walau dipandang hina
Namun hakikat cinta kita
Kita yang rasa
Abang Yee mengharapkan kami redha dan rela menerima keadaan ini, kemiskinan dan cacian orang. Kerana walau kami dipandang hina, hakikatnya cinta antara kami, hanya kami yang melalui dan merasainya. Cinta yang penuh keperitan, kepedihan dan kesyukuran.
Suatu hari nanti
Pastikan bercahaya
Pintu akan terbuka
Kita langkah bersama
Suatu hari nanti, pintu stargate akan terbuka dan bercahaya. Akan kami langkah bersama menuju dimensi, alam bunian, alam yang penuh keindahan, yang tidak akan terjangkau oleh minda. Akan berjumpa semua Abang-abang Yee, berjumpa dengan semua ayahanda dan raja-raja serta permaisuri-permaisuri, berjumpa sanak saudara.
Di situ kita lihat
Bersinarlah hakikat
Debu jadi permata
Hina jadi mulia
Dan saat itu, akan berakhirlah segala tohmahan, debu menjadi permata, yang hina menjadi mulia, hakikat akan menjelma. Kami berada di pihak yang benar dan Abang Yee menjadi lagenda, kekal di dalam… kami di luar akan meneruskan amanah Abang Yee. Destinasi dan matlamat yang indah… namun bolehkah kami merealisaskan usaha dan amanah Abang Yee?
Bukan khayalan yang aku berikan
Tapi keyakinan yang nyata
Kerana cinta lautan berapi
Pasti akan kurenang jua
Selama ini apa yang dikatakan oleh Abang Yee, misi dan visi Abang Yee bukan lagi sebuah mimpi atau omong kosong. Ia adalah keyakinan yang nyata. Dan untuk itu Abang Yee sanggup mengharungi lautan berapi, menembusi dimensi hanya untuk mendidik kami. Setiap kali bertukar dimensi ia tidak sesenang itu, kapayahan dan kesakitan dirasai oleh semua Abang Yee. Adakah kami menyedari hakikat itu? Adakah kami merasai kesakitan itu?
Kini baru ku sedari apabila Abang Yee menyatakan dia adalah Puma, Mc Kenzie atau sebagainya, tidak semestinya dia adalah Puma, Mc Knezie yang sebenarnya. Rupa-rupanya mereka diwakili oleh PA masing-masing. Dan jumlah PA semua Abang-abang Yee ku berjumlah lebih dari 300 orang. Mungkin yang ku katakan PA yang seramai tujuh orang itu hanyalah PA kepada salah seorang Tok Anjang.
Suatu malam keluar dua orang dari PA Papa Puma, Papa Sulaiman dan Isa. Papa Isa cuma keluar sekejap tapi Papa Sulaiman agak lama. Malah dia meminta tempohnya berada dipanjangkan ketika itu kerana ingin mengucapkan selamat tinggal. Semua PA Papa Puma telah habis berkhidmat dan jika Papa Puma yang keluar selepas ini, dia ialah Papa Puma yang sebenar.
“Rindu aku kat kau orang ni tau… kita orang selalu sebut kau orang ni kat ‘dalam’. Setiap tiga minit mesti bercerita tentang kau orang. Dah jadi terbalik pula. Sepatutnya manusia kalau masuk dalam rindukan bunian, ini kita orang pulak rindukan orang luar. Lepas tu mulalah kami buat lakonan semula.”
Papa Sulaiman memandang Kak Ilah,
“Ada ke patut masa tengah tidur dia mengigau ludah dalam lubang hidung aku! Pedih lubang hidung aku! Aku memang rasa nak tampar masa tu, tapi kesian pulak. Pas tu aku dendam… aku kata aku nak makan tengah malam buta, kelam kabut Kak Ilah masak, tapi aku pas tu buat-buat tidur, atau aku kata aku dah tak selera!”
Kak Ilah tersengih-sengih.
“Kau ni memang memalukan aku saja! Habis orang kat dalam ketawakan aku tau tak?”
“Kalau kau masuk ‘dalam’, jangan cari aku! Cari Tok Wira kau tu! Aku tak nak dah duduk dekat kau!”
Papa Sulaiman bergurau.
“Muka kau orang semua dah ada aura, bercahaya, lepas ni nak masuk dalam anytime, mandi lagi dengan herba-herba tu, nyanyi lagu suriram sekali, masa tu anak-anak tumpang, anak-anak kandung atau saudara mara kau akan keluar tolong mandikan kau! Nanti boleh nampak dia orang… Real experience. Masa tu you all pun tak tahu samada you all ada kat luar atau dalam…”
“tulis Rosya dalam novel kau tu! Padam je nama Papa Yee Manja kau tu! Letak nama aku! Banyak jasa aku kat kau, tau tak?”
Aku mengangguk. Namun apa yang perlu ditulis? Seperti baru sahaja berkenalan dengannya, kerana semasa dia galak bersama famili berhibur di Cherana aku ditinggalkan sendirian menjaga Ikhwanis yang baru dilahirkan. Mana boleh ku padam nama Yee Manja, dia tu lelaki satu dalam seratus juta! Lagipun lagi kerap Abang-abang Yee ‘memusuhi’ Yee Manja, ku lihat dia semakin comel. Dia memang berkebolehan dalam bidang ‘mendajalkan’ orang! Kalau Yee Manja tak ada, hidup tak ceria!
Suatu hari aku mendapat mesej dari Kak Suraya yang menyatakan keinginan Papa Dior agar aku datang ke rumahnya bersama Kak Suraya. Sebelum itu aku berkali-kali berbalas sms dengan Adik Yee. Katanya,
“Aunty sayang Pa Dior tak? Tau tak Pa sebenarnya sayang dan manjakan family? Apa pendapat Aunty tentang Pa Dior and The Yees?”
Aku membalas.
“Memang sayang Pa Dior. Kat you all pun aunty sayang.. comel!!! The Yees, berilmu tetapi merendah diri. Pa Dior tegas tetapi baik hati.”
Selepas beberapa kali bersms dia menyepikan diri dan tidak lama kemudian datang sms Suraya. Aku kemudian meminta Asakir menghantarku ke Subang Jaya kerana aku tidak memandu pada hari itu. Abang Yee meminta aku tidur di rumah itu bersama Maisarah. Aku memang ingin bermalam di situ tetapi mengenang aku tidak mempunyai persalinan aku menolak dengan lembut. Tetapi Abang Yee berkata kalau aku tidak mempunyai seluar dalam aku boleh meminjam darinya. Tiada alasan lagi ingin membantah, lebih-lebih lagi apabila mengetahui Pa Dior demam dan sakit tulang belakang. Malam itu aku dan Maisarah bergilir mengurut tulang belakang Papa. Namun Maisarah lebih banyak mengurut. Tergambar di mataku dan di fikiranku betapa sayang dan kasihnya Maisarah pada Pa Dior. Terbayang kepercayaan yang Papa berikan pada Maisarah. Aku tidak cemburu. Aku tidak pernah cemburu akan Mas dan Kak Ilah. Banyak pengorbanan dan kepedihan yang mereka tempuhi. Susah senang ditempuh bersama AbangYee.
Kami tidur sekatil tiga orang. Maisarah keletihan tidur di tepi. Aku dan Pa Dior menonton drama Melayu. Rasanya sudah hampir setahun aku tidak menonton drama Melayu. Akhirnya aku menangis kesedihan. Kisah kasih seorang anak dan ibu. Kasih suami dan isteri. Papa Dior menggosok kepalaku dengan lembut. Aku teringatkan zaman remajaku hampir tidak berpeluang tidur bersama ayah. Semasa darjah Lima sehingga Tingkatan Lima ayah dan ibu berpindah ke Kuala Krai. Selepas tingkatan lima, baru ingin merasa hidup seperti sebuah keluarga yang sempurna, aku ke Universiti Malaya. Setelah itu terus ke Jepun. Tamat belajar, berkursus di sana, kemudian berkahwin… dan akhirnya aku kesibukan dengan anak-anak dan kerja sehingga tidak lagi dapat bermesra dengan ayahku. Zaman kecilku, kadang-kadang aku mencabut uban ayah dan merasa belaian tangan dan gurauan tangan ayah.
Ketika tidur di sebelah Papa Dior aku mengenang semula kehidupan remajaku bersama ayah, mengenang kasih ayah yang tidak sempat ku hulur dan ku terima. Papa Dior mendepakan tangan dan aku tidur berbantalkan lengan papa. Akhirnya dia membalikkan diri ke dinding sana dan mengangkat tanganku supaya aku mendakapnya. Aku mendakap tubuh kurusnya. Tubuh yang kurus dan tidak bertenaga. Aku seringkali terjaga oleh igauan Papa Dior. Sekali sekala terkeluar nama permasiuri hati Papa Dior, Qudsi yang telah lama meninggal entah berapa ratus tahun atau berapa ribu tahun. Kasih seorang suami terhadap isteri yang serba sempurna. Cinta seorang suami terhadap isteri yang begitu setia. Setia seorang suami kepada seorang isteri yang begitu pemaaf dan mengambil berat. Kata Papa Dior keesokannya,
“Umi kau meninggal di atas dada aku. Dia mencium pipi aku, kemudian meletakkan kepala ke dadaku. Aku ingatkan dia tidur. Rupa-rupanya dia meninggal…”
Aku teringat lagu “first of May” yang sering dinyanyikan Papa Dior, teringat senikatanya,
“the day I kissed you cheeks and you were gone”
Aku menyeka sedikit air mata yang tumpah apabila Papa Dior berpaling ke lain.
“Takkan sama umi kau dengan perempuan lain. Setaip detik dia meminta maaf, walau dia tidak melakukan salah apa. Setiap detik mengukir senyum tatkala memandang. Kesusahan tidak pernah diluahkannya. Tiada siapa yang dapat mengganti… Dia aku didik sehingga menjadi seorang isteri yang sempurna…”
Dia memandang aku, kemudian berkata lagi.
“masa dulu susah. Mana ada kenderaan. Tepung buat sendiri. Naik keldai. Tapi keldai pula kalau dengan umi mulalah buat hal… malas nak bergerak. Akhirnya dia jalan kaki.”
“Aku tidak berkahwin selepas itu. Lagi pun aku sibuk. Tugas Raja bukan mudah!”
Aku masih ingin mendengar tentang cerita umi. Namun Papa tidak lagi meneruskannya. Dan aku tidak berani meminta. Isteri yang bagaimanakah Umi sehingga walau beratus tahun meninggalkan alam ini masih dirindui saban malam oleh suami. Suami bagaimanakah Papa Dior sehingga mendapat isteri yang sebegitu sempurna dan tiada wanita lain yang dapat mengganti kedudukan Umi? Kisah sebuah cinta. Kisah ketaatan seorang isteri. Kisah kesetiaan seorang suami. Kisah sebuah duka… Mana mungkin dapat ku selami penderitaan dan kesunyian Papa Dior. Walau ingin benar merasai kesedihan dan kesayuan papa tak mungkin dapat ku bayangkan pedih di hati Papa Dior.
“looking for love and nothing more
my soul will be my friend
and I love you for all my life”
Lirik lagu itu begitu menyentuh kalbu, membuat aku sedar akan kesunyian Papa Dior. Hendak dicari di mana lagi kisah setragis itu? Tidak akan seindah dan sepedih kisah Laila dan Majnun atau Uda dan Dara, tidak sehebat kisah Romeo dan Juliet. Saban malam dan ketika duka dan kesakitan Umi Qudsi hadir di dalam mimpi. Mana mungkin ku lupa air mata yang menitis perlahan dari dua kelopak matanya ketika matanya terpejam rapat sedangkan bibirnya tidak habis menyebut nama umi dan serta bahasa bunian yang tidak ku ketahui maknanya. Mana mungkin ku lupa jarinya mencecah bibirnya kemudian melambai mengucapkan selamat tinggal. Kasihan Papaku! Air mata menitis mengenang saat yang pedih itu. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh umiku dan semoga bersatu kembali di dunia abadi. Terima kasih umi kerana telah memberi kasih sayang dan cinta sejati pada papaku ini. Ingin menjadi seorang isteri seperti dirimu tetapi tidak mungkin tercapai…
When I was small, and christmas trees were tall,
We used to love while others used to play.
Dont ask me why, but time has passed us by,
Some one else moved in from far away.
Now we are tall, and christmas trees are small,
And you dont ask the time of day.
But you and i, our love will never die,
But guess well cry come first of may.
The apple tree that grew for you and me,
I watched the apples falling one by one.
And I recall the moment of them all,
The day I kissed your cheek and you were gone.
We used to love while others used to play.
Dont ask me why, but time has passed us by,
Some one else moved in from far away.
Now we are tall, and christmas trees are small,
And you dont ask the time of day.
But you and i, our love will never die,
But guess well cry come first of may.
The apple tree that grew for you and me,
I watched the apples falling one by one.
And I recall the moment of them all,
The day I kissed your cheek and you were gone.
Now we are tall, and christmas trees are small,
And you dont ask the time of day.
But you and i, our love will never die,
But guess well cry come first of may.
When I was small, and christmas trees were tall,
Do do do do do do do do do...
Dont ask me why, but time has passed us by,
Some one else moved in from far away.
And you dont ask the time of day.
But you and i, our love will never die,
But guess well cry come first of may.
When I was small, and christmas trees were tall,
Do do do do do do do do do...
Dont ask me why, but time has passed us by,
Some one else moved in from far away.
Aku kemudian dikejutkan oleh kata-kata Abang Yee.
“kuat kau berdengkur malam tadi Rosya. Anak tercomel tidur di sebelah berdengkur!”
Kadang-kadang memang aku berdengkur jika keletihan yang amat. Dua tiga malam sebelum itu aku tidak cukup tidur. Aku cuma tersengih tidak berani membuat dalih.
“Semalam papa dah tak ada pukul 12:30. Baru pagi tadi papa sampai sini. Papa buat mute2!”
Mute? Aku pernah terdengar istilah mute sebelum ini dari Abang Yee. Asakir juga pernah memberitahu.
“Tapi semalam Papa bergerak-gerak… Kalau mute figure ni kosongkan?”
“Memang boleh bergerak-gerak. Dah diprogramkan dari dalam! Kadang-kadang ada mute yang jahat, tak tahulah apa dia akan buat!”
Terkejut. Aku tidak berani bersuara lagi. Aku tersenyum sendiri kemudiannya mengenang kejadian malam tadi. Ada tangan meraba dadaku. Aku ambil tangannya dan ku letak kembali. Namun tangan itu datang lagi dan aku aku pulangkan semula. Aku agak ada Abang Yee yang sengaja nak menguji aku. Atau pun nak check penyakit aku. Aku pernah diurut oleh G tidak lama dulu, pernah juga beberapa Abang Yee menyentuh dadaku untuk memeriksa penyakitku, maka cubaan mute itu tidaklah memelikkan aku. Aku sekadar mengembalikan tanganya ke tempat asal. Namun godaan itu tidak berhenti setakat itu. Dia masih juga tanpa membalikkan dirinya, meraba tubuhku, dan aku menolak tangannya dengan lembut. Akhirnya dia tidak bergerak sehingga pagi. Nakal betul dia! Bila aku memberitahu Asakir, Asakir cuma tersengih-sengih. Bukan dia tahu cemburu. Dan dia pun tahu aku tidak pernah berahsia darinya walau sekelumit dosa. Walau sepahit mana aku memberitahu Asakir walau pedih dan sakit di hati kami. Itu yang menyebabkan dia begitu percayakan aku… .
“Dia ada buat apa-apa tak kat kau?”
Aku tersenyum dengan muka selamba.
“Adalah raba-raba sikit…”
“Dia tak biasa dengan kau. Saja nak check kau siapa. Dengan kak Ilah dia dah biasa. Tiba-tiba kau tidur sebelah dia…”
Monday, 5 September 2011
@ dimensi buni: Bahagian 25
@ dimensi buni: Bahagian 25: Pagi esoknya dapat sms dari Abang Yee yang muda, budak-budak belasan tahun entah nama apa. “mem, memang betul nama u cipta secara kebet...
Subscribe to:
Posts (Atom)